3 Rahsia Jutawan saham BSKL & Strategi Untung

Ramai yang nak tahu rahsia jutawan saham BSKL dan ingin menjadi salah seorang daripada jutawan saham ini. Saham merupakan satu instrumen pelaburan yang bagus dan memang terbukti menjana pelaburan yang konsisten setiap bulan. Ramai yang menjadi kaya dengan pelaburan saham yang mereka lakukan dan ramai juga yang hilang duit dengan pelaburan saham yang mereka lakukan.

Apa yang penting dalam pelaburan saham adalah strategi yang anda gunakan untuk terus membuat untung. Tanpa ada strategi yang betul, memang tidak mustahil yang pelaburan yang anda sedang lakukan akan terus mencatakan kerugian dari hari ke hari.

Apapun, kali ini, kami akan tunjukkan beberapa tips penting bagi anda untuk menjana pendapatan secara pasif dan konsisten dengan saham. Orang lain boleh dan saya yakin, anda pun pasti boleh melakukan perkara yang sama.

pelaburan saham

Teknik Jutawan Saham yang anda perlu untuk berjaya

Apa teknik yang perlu anda ada untuk menguasai teknik jutawan saham? Saya anggap anda sudah mempunyai akaun CDS saham, kalau tidak boleh baca artikel ini untuk cara buka akaun saham. Penting untuk buat dulu satu akan CDS untuk mula melabur sebab bila dah ada akaun, barulah boleh untuk bermula dalam pelaburan saham.

#1 Ketahui stail pelaburan anda

Apa yang saya nak beritahu pada kali ini juga banyak dibincangkan dalam buku jutawan saham yang lain atau buku-buku pelaburan saham yang lain. Ianya tidak lain adalah stail pelaburan anda. Stail pelaburan ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu teknikal analisis saham, fundemantal analisis saham dan gabungan antara dua-dua stail tersebut iaitu teknikal analisis dan fundemantal analisis.

Bagi saya, gabungan antara teknikal dan fundemantal adalah yang terbaik. Saya bagi contoh, anda boleh gunakan asas fundemantal dalam pelaburan saham untuk menilai kedudukan kewangan syarikat. Anda boleh menilai dari segi aset, liabiliti dan hutang mereka dengan asas fundemantal. Caranya adalah anda baca laporan kewangan mereka sama ada di laman bursa atau laman web mereka. Dari situ anda sudah dapat agak kekuatan dan kelemahan kedudukan kewangan mereka. Penting juga kena tahu candlestick signal dalam pelaburan saham untuk memudahkan anda mendapat maklumat yang tepat apabila beli dan jual.

Dah nampak syarikat mana yang berpotensi, tiada banyak hutang, mempunyai kedudukan aset dan kewangan yang kukuh? Kalau dah jumpa, gunakan teknikal analisis untuk tentukan timing untuk beli saham tersebut. Timing yang diperlukan adalah signal-signal penting dalam pelaburan saham seperti signal beli dan signal jual. Untuk asas teknikal analisis, saya rekemen anda untuk dapatkan PANDUAN PELABURAN SAHAM INI. Ianya adalah antara panduan yang baik untuk mereka yang baru nak memulakan langkah dalam pelaburan saham.

Apapun, boleh layan video ini dulu berkenaan dengan perbezaan teknikal analisi dan fundemantal analisis sebelum anda boleh bergelar sebagai jutawan saham di BSKL;

Saya percaya setiap orang mempunyai kecenderungan yang berbeza, begitu jugak antara teknikal analisis dan fundemantal analisis. Macam saya, saya lebih gemar gunakan teknikal analisis dalam pelaburan saha,.

#2 Beli Sesuatu saham berdasarakan pergerakan indeks

Apa itu indeks KLCI? Menurut wikipedia, indeks KLCI adalah;

The FTSE Bursa Malaysia KLCI, also known as the FBM KLCI, is a capitalisation-weighted stock market index, composed of the 30 largest companies on the Bursa Malaysia by market capitalisation that meet the eligibility requirements of the FTSE Bursa Malaysia Index Ground Rules. The index is jointly operated by FTSE and Bursa Malaysia.

Ianya merupakan average atau penanda aras pergerakan saham di Malaysia. Mungkin ramai pelabur tidak tahu yang pelabur profesional menggunakan indeks untuk mengukur kekuatan dan kelemahan pasaran di Malaysia. Ianya sangat penting, jadi untuk anda yang ingin buat duit dengan saham, walaupun anda berpegang pada fundemantal analisis, wajib untuk lihat pergerakan indeks jika anda serious ingin mengaut keuntungan dalam pelaburan saham.

Bukan sahaja pelabur profesional, syarikat-syarikat besar seperti KWSP, KWAP, Tabung Haji dan pelabur dari luar negara juga melihat pergerakan indeks sebagai satu hala tuju untuk membeli saham yang mereka mahukan. Jika indeks menaik, maka lebih mudah untuk membuat duit dengan pelaburan saham. Jika indeks menurun, agak sukar sikit untuk membuat duit dengan pelaburan saham. Jadi pergerakan indeks ini sangat penting, kalau indeks sedang menaik, anda boleh melabur dengan agresif pada waktu tersebut, ianya memang satu strategi yang saya selalu praktikkan dalam pelaburan saham saya.

#3 Ikut Jerung

ikut jerung saham

Apa itu jerung dalam pelaburan saham? Jerung yang saya maksudkan dalam pelaburan saham ini adalah syarikat-syarikat besar seperti unit trust, KWSP, KWAP, PNB, Tabung Haji yang merupakan nama-nama besar dalam saham malaysia BSKL. Syarikat ini mempunyai beberapa kriteria yang anda boleh kenalpasti apabila mereka mulai memasuki sesuatu kounter saham. Antara tanda-tanda awal yang anda boleh lihat apabila syarikat Jerung seperti ini sudah memasuki sesuatu kaunter adalah apabila jumlah volume naik mendadak dan konsisten selama beberapa hari. Kalau anda dapat lihat tanda-tanda ini di mana-mana saham yang berada dalam watchlist anda, memang inilah peluang yang ditunggu-tunggu.

Sejujurnya, strategi ikut jerung dan ikut indeks ini saya dapat apabila membaca ebook Sistemsaham ini. Dalam ebook tersebut, penulis berkata, apabila ‘jerung; sudah memasuki sesuatu kaunter, mereka perlukan masa untuk terus berada di dalam kaunter tersebut dan tidak boleh masuk dan keluar semudah pelabur runcit. Inilah sebab jika anda melihat peningkatan volume dan beberapa kriteria lain yang disebut dalam ebook tersebut, ianya akan membuatkan anda mendapat keuntungan yang bagus melalui pelaburan saham.

#4 Doa Murah Rezeki

Jangan lupa doa murah rezeki. Tawakal pun penting agar dipermudahkan Allah untuk mendapat rezeki yang konsisten dalam saham. Untuk amalan berdoa ni, kami rekemen anda baca satu artikel kami di SINI berkenaan dengan doa harian pagi agar memudahkan anda untuk mengetahui doa yang di amalkan sendiri oleh Rasuallah S.A.W.

Konsisten dalam pelaburan saham

Apa yang penting adalah konsisten dalam pelaburan saham. Memang akan ada naik dan turun dalam pelaburan saham, itu biasa. Yang penting adalah semangat untuk terus belajar dan belajar dan berjaya dalam pelaburan saham. Jangan sombong, kerana banyak lagi yang anda perlu tahu mengenai pelaburan saham ini.

Sebagai bonus, saya rekemen anda dapatkan signal penting dalam candlestick yang diharapkan mampu membantu dalam teknikal analisis pelaburan saham anda. Dapatkan di SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest