7 Cara Scammer Menipu – No 4 Paling Bahaya

Macam mana cara scammer menipu? Sekarang ini dah banyak kes scammer di Malaysia. Simpanan banyak kadang kala jumlah yang tak logik pun boleh terjadi. Ada macam-macam cara untuk mereka menipun dan anda haruslah lebih berhati-hati untuk elak ditipu pada masa akan datang.

Duit simpanan yang banyak pun boleh hilang dalam sekelip mata. Ada bermacam cara scammer sekarang ini menipu. Dalam artikel ini, kami nak berikan info berkenaan cara scammer menipu yang anda patut tahu. Apa-apapun, jangan mudah terpedaya dan sentiasa semak dan beritahu orang sekeliling anda.

cara scammer menipu

Berhati-Hati Dengan Penipuan Cara Ini

Ada banyak cara scammer menipu dan pelbagai cara yang mereka gunakan untuk menipu. Dalam artikel kali ini, kami nak beritahu beberapa cara yang biasa mereka gunakan untuk menipu mangsa.

Menyamar Sebagai Kenalan Di Whatsapp

Antara cara ataupun strategi yang kerap terjadi adalah apabila kenalan lama ataupun orang yang anda kenali tiba-tiba whatsapp anda dengan niat nak pinjam duit. Kenalan yang anda kenali itu boleh jadi rakan di tempat kerja, ustaz yang bagi ceramah di masjid dan juga mungkin bos anda sendiri. 

Scammer menggunakan profil rakan dan kenalan anda dan kemudian menghubungi anda dan juga mangsa lain dengan tujuan untuk meminjam duit. Scammer biasanya menggunakan platform Whatsapp ataupun Telegram.

“Boleh pinjam RM3000 tak, terdesak nak pakai duit ni”

Orang itu pun bagi no akaun dan kemudian ada sahaja yang transfer ke dalam akaun tersebut. Nampak macam tak logik tapi ianya pernah terjadi dan banyak kali terjadi. Jika anda dapat mesej yang agak pelik seperti ini, pastikan call no tersebut untuk dapatkan kepastian kerana kita tak tahu apa yang terjadi. Jika memang kenalan anda terdesak itu tiada masalah, yang jadi masalah jika ianya scammer dan wang yang anda nak pinjamkan kepada rakan anda akan lesap begitu sahaja. 

Dapat Panggilan Telefon – Ada Cukai Tertunggak

Yang ini pun seringkali terjadi apabila anda mendapat panggilan telefon yang menyatakan anda mempunyai cukai tertunggak. Kemudian anda akan disambungkan kepada pegawai LHDN dan di sanalah akan terjadi kes penipuan ini.

Jika anda dapat panggilan seperti ini, kalau boleh jangan panik dan cuba untuk hubungi LHDN Hotline. Daripada LHDN Hotline ini, anda minta penjelasan pihak LHDN berkenaan dengan tunggakan cukai anda ataupun boleh sahaja terus ke cawangan LHDN yang terdekat dengan rumah anda. Jangan terlalu percaya talian seperti ini dan sentiasa cuba pastikan dengan pihak yang berwajib.

Ada Barang Di Kastam

Anda dapat panggilan daripada pegawai kastam yang menyatakan, anda mempunyai bungkusan yang anda perlu ambil segera. Untuk mendapatkan bungkusan tersebut, anda perlu untuk membayar sejumlah wang kepada pihak yang menelepon anda. 

Strategi mereka sangat bagus kerana mungkin mereka mempunyai sedikit latar belakang anda sebelum menghubungi anda. 

Jika anda mendapat panggilan seperti ini, jangan panik dan cuba untuk dapatkan info lanjut seperti tracking number dan lain-lain. Kalau misalkata anda memang tiada barang yang anda beli dan anda rasakan ianya merupakan satu penipuan, abaikan sahaja panggilan tersebut dan masukkan no tersebut ke dalam blacklist. 

Oh ya, di akhir artikel ini, kami berikan beberapa strategi penting bagi mengelak daripada mendapat panggilan seperti ini. Boleh baca artikel ini sampai habis ye.

Panggilan Daripada Agen KWSP

Anda mungkin dapat peluang untuk keluarkan duit dari KWSP sempena dengan umur 55 tahun dan sebagainya. Mungkin juga pengeluaran khas seperti program isinar dan lain-lain. Pihak scammer ini tahu yang anda mendapat duit yang banyak hasil daripada pengeluaran di KWSP.

Bermacam cara yang akan mereka gunakan untuk mengambil duit anda. Antaranya adalah menawarkan skim pelaburan MLM yang menjanjikan pulangan yang tak masuk akal. Skim ternak ikan patin, ikan siakap dan lain-lain lagi. 

Berhati-hati dengan skim-skim seperti ini dan jika anda tak biasa dengan pelaburan seperti ini, kalau boleh elakkan daripada membuat pelaburan di sini. Lindungi duit anda daripada pelaburan dan elakkan di tipu.

Scam Cinta – Love Scam

Love scam ini tak lari jauh dengan applikasi cari jodoh. Boleh tengok senarai aplikasi cari jodoh yang pernah kami senaraikan di SINI.

Tujuan utama memang nak cari jodoh akan tetapi cuba berhati-hati kerana tak mustahil ada ramai penipu di sana. Dengan menggunakan profil palsu, scammer ini berpura-pura berminat untuk bercinta dengan anda. Jika anda baru sahaja kenal, elakkan daripada membuat apa-apa bayaran kepada kenalan tersebut. Antara strategi yang sering mereka gunakan adalah;

Ada Masalah Kewangan

Mereka mengatakan yang mereka mempunyai masalah kewangan dan meminta untuk meminjam duit dengan anda. Cuba berhati-hati jika anda langsung tak pernah berjumpa dan elakkan daripada memberi pinjam duit anda. Lebih baik anda berhati-hati daripada ditipu.

Menawarkan Pakej Pelik-Pelik

Scammer menawarkan pakej pelik-pelik terutama sekali menerusi applikasi seperti WeChat dan juga terkin MiChat. Berhati-hati kerana apa yang mereka tawarkan adalah penipuan semata-mata dan anda jangan mudah terpedaya dengan pakej yang ditawarkan dalam applikasi ini. Ini adalah antara strategi yang kerap para scammer ini gunakan dan biasanya mereka akan menggunakan akaun profil palsu untuk tujuan menipu. Sekali lagi, hati-hati apabila menggunakan perisian seperti ini pada masa akan datang.

Tipu Pakej Haji Dan Umrah

Ramai yang nak pergi menunaikan haji dan umrah, akan tetapi tak melalui Tabung Haji dan menggunakan pakej swasta. Ya, tabung haji ada kuota dan nak cepat, dapatkan pakej furada. Akibatanya, duit dah bayar, tak dapat nak tunai haji sebab terkandas di lapangan terbang di Malaysia dan lebih sedih kadangkala terkandas di Arab Saudi. 

Nak tunai Haji di Mekah, kalau boleh melalui pakej Tabung Haji dan kalau nak tunaikan umrah, gunakan travel agensi yang dipercayai. 

Tak Apply Loan Tapi Dapat Tawaran

Anda tak buat apa-apa pinjaman, akan tetapi, tiba-tiba dapat panggilan menyatakan yang permohonan pinjaman anda telahpun lulus. Pelik kan, ye memang pelik!

Tak berhenti setakat situ sahaja, untuk dapatkan pinjaman tersebut, anda perlu untuk membayar sejumlah wang kepada pihak tertentu. Lagi pelik dan tak logik, tapi memang ada kes seperti ini dan ianya memang terjadi. Biasnaya terjadi pada kes personal loan, dan pernah juga untuk pinjaman perumahan.

Anda dapat tawaran pinjaman, mintak pihak tersebut untuk tunjukkan letter offer daripada bank yang menyatakan pinjaman anda telahpun lulus. 

Cara Elak Di Tipu – Guna App Truecaller

Saya sangat galakkan untuk anda gunakan app truecaller bagi menapis panggilan daripada scammer yang nak ambil kesempatan terhadap anda. Aplikasi ini akan filter terus panggilan daripada scammer yang nak ataupun cuba nak menipu anda. Anda terus tahu yang panggilan tersebut adalah daripada pihak scammer dan tak perlu pun nak angkat panggilan tersebut.

Apapun, memang banyak cara scammer menipu sekarang ini. Banyak lagi strategi yang mereka gunakan untuk menipu. Anda, kena hati-hati dengan panggilan telefon dan tawaran pelaburan yang tak masuk akal. Sentiasa cuba untuk memastikan dan berbincang dengan rakan dan kenalan yang mahir dalam bidang kewangan. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *