7 Cara Buat Duit Dengan Atomy

Kali ini kami nak berikan info cara buat duit dengan Atomy. Artikel sebelum ini kami telah membincangkan tentang apa itu Atomy dan 8 manfaat sebagai pengguna Atomy yang boleh anda perolehi. Apabila kami rujuk pada Google Trend, kelihatan dengan jelas peningkatan yang sangat ketara pada pengguna baru Atomy dari kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Apa maksudnya di sini? Maksudnya adalah rakyat Malaysia sudah menerima dengan baik kehadiran program Atomy yang terbukti berkesan membantu menjana pendapatan sampingan mereka. Atomy juga berada pada rangking ke -20 dari segi jumlah revenue.

Anda sudah bersedia? Nampaknya ramai yang sudah mula bersemangat dan berkobar-kobar untuk memulakan bisnes dalam Atomy. Baiklah, artikel ini akan menerangkan dengan lebih mendalam tentang bagaimana anda boleh membuat duit dengan Atomy.

cara buat duit atomy

1. Jadi ahli secara percuma

Bila kita sebut tentang bisnes networking, orang akan dihantui dengan syarat-syarat keahlian yang pelik lagi membebankan. Bukan itu sahaja, rata-rata darinya juga memerlukan ahli baru untuk membayar wang keahlian atau pun mungkin juga ada modus operandi program yang memaksa anda membeli barang dahulu baru boleh mendaftarkan diri.

Konsep ini sangat berbeza dengan Atomy kerana ahli baru yang ingin berdaftar kepada Atomy tidak terikat dengan apa-apa melainkan ianya percuma. Bagaimana pula ingin menjadi ahli? Satu perkara yang menarik dengan Atomy adalah anda tidak boleh mendaftarkan diri sendiri dalam Atomy dengan membuka aplikasi atau website Atomy dan click register.

Sebaliknya anda perlu mendapatkan sponser ID atau pun didaftarkan sendiri oleh orang-orang yang telah menjadi ahli dalam Atomy.

Perbezaan yang sangat ketara dalam Atomy juga adalah bila mana, orang yang didaftarkan dan orang yang mendaftarkan keahlian tersebut adalah percuma. Jelas, ini sangat berbeza dengan bisnes multilevel marketing yang lain yang menggunakan konsep “head hunting” atau komisyen akan diberikan kepada orang yang mendaftarkan keahlian kepada setiap individu yang berjaya ditariknya untuk turut serta. 

2. Tukar status dari pelanggan kepada distributor

Anda perlu menjadi pengedar kepada produk yang anda niagakan? Jangan risau, anda tidak perlu membuat bayaran atau meniagakan apa-apa produk pun. Tambahan lagi, dalam Atomy anda tidak boleh menjual produk. Dalam langkah kedua ini, apa yang anda perlu buat adalah cuma menukar status sahaja dari pelanggan kepada pengedar. 

Anda akan diberikan borang oleh Atomy dan anda dikehendaki untuk melengkapkan borang tersebut. Setelah selesai, anda perlu hantar semula borang kepada cawangan Atomy yang berdekatan dengan kediaman anda. Borang tersebut akan diproses dalam masa 3 hingga 5 hari sahaja. 

Tahniah! Status anda sudah bertukar dari pelanggan kepada pengedar.

Boleh isi borang di bawah ini untuk mendaftar dengan Atomy dan saya akan berikan 2 bonus dalam bentuk video kepada anda. Hanya yang berdaftar dengan kami sahaja.

3. Jadi pengguna dan produk lover

Ada banyak produk yang dipaparkan dalam website Atomy bermula dari barang kesihatan diri, barang penjagaan diri, produk kecantikkan, dan bermacam lagi. Anda perlu menjadi pengguna atau lebih tepat pencinta produk yang anda pakai.

Contohnya di sini, dalam kehidupan seharian anda, anda pasti mempunyai produk yang kerap kali anda pakai atau memang anda sangat gemar untuk menggunakan produk tersebut. Malah, jika anda ke pasaraya anda akan tetap mencari produk atau jenama tersebut walaupun masih berlambak jenama-jenama baru di pasaran. Pada tahap ini, anda sudah dikategorikan sebagai pengguna setia atau loyal user. 

Bagaimana pula anda ingin menjadi produk lover dalam Atomy sedangkan anda tidak tahu pasal produk di dalamnya? Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta. Di sinilah anda perlu memulakan langkah awal untuk membeli produk-produk Atomy dan mencubanya sendiri. Eh, tadi kata tak perlu membeli atau menjual barang?

Anda perlu faham, barang yang anda beli dalam Atomy bukan semata-mata untuk anda membuat bisnes. Sebaliknya, anda membeli produk tersebut kerana keperluan hidup anda sendiri. Untuk pengetahuan anda, Atomy menjual barang-barang yang menjadi kegunaan manusia setiap hari seperti sabun mandi, ubat gigi, berus gigi, sabun cuci pinggan, syampu, sabun cuci pakaian, dan bermacam lagi.

Mudah untuk anda faham di sini adalah anda cuma menukarkan kesetiaan anda pada produk-produk di pasaran dengan produk di Atomy. Kalau anda beli produk di pasaran, anda cuma akan melaburkan duit sahaja tetapi jika anda membeli produk di Atomy, anda akan melabur dan mendapatkan duit kembali.

4. Kumpul 10K PV

Pv adalah point value. Mengapa di panggil point value? Kerana nilai setiap produk itu tidak sama. Ada produk yang harganya tinggi, tetapi pv rendah. Ada juga produk yang harganya rendah, tetapi pv tinggi. Jadi, anda perlu dapatkan 10K pv.

10K pv hanya bernilai sekitar RM 80 hingga RM 100 sahaja. Wajar dan normalkan jika anda orang bujang yang berbelanja bulanan sekitar RM 80 sebulan untuk barangr-barang peribadi. Malah, mungkin nilai itu terlalu rendah bagi seseorang kerana bila anda sudah masuk di pasaraya, rambang mata jadinya.

Info lebih lanjut berkenaan dengan Atomy, boleh tengok penerangan di bawah;

5. Invite orang

Atomy adalah bisnes network dan dalam bisnes network, ia tidak akan berkembang sekiranya tiada orang di dalamnya yang bergerak. Peluang yang diberikan kepada anda sangat besar setelah menjadi ahli, bila mana hanya anda sahaja yang boleh mendaftarkan keahlian orang baru. 

Rebutlah peluang ini dengan mengajak orang di sekeliling anda khususnya untuk join sekali bersama anda dalam Atomy. Kalau anda tengok statistik di awal perbincangan tadi, anda sudah nampak dengan jelas bagaimana tingginya penerimaan masyarakat Malaysia dengan bisnes Atomy. Dan sudah tentu ada ramai lagi di luar sana yang masih tercari-cari bagaimana untuk mendaftarkan diri sebagai ahli.

Inilah masanya untuk anda bertindak membantu mereka dan secara tidak langsung membantu mengembangkan network anda di dalam binses Atomy.

Kalau nak invite orang lain sertai Atomy, kenalah pastikan yang ianya bukan satu lagi SKIM CEPAT KAYA. Macam mana nak dapatkan info lanjut, saya rekemen anda baca artikel Atomy penipu dalam artikel di SINI.

6. Capai target pv terkumpul di sebelah kiri dan kanan

Dalam Atomy anda boleh meletakkan dua orang di bawah anda, satu di sebelah kanan dan satu di sebelah kiri. Selebihnya diletakkan di bawah-bawah mereka dengat syarat yang sama iaitu dua orang sahaja. Atomy akan melihat kepada jualan, dan pv yang terkumpul di sebelah kiri dan sebelah kanan. Sebahagian keuntungan akan diberikan kepada anda. 

Sekali lagi, dijelaskan yang anda tidak perlu menjual atau membuat direct selling kepada orang lain. Anda cuma beli produk untuk kegunaan harian anda, kemudian anda pakai, dan anda kongsi kepada mereka. Setelah anda jadi ahli, anda juga tak wajib kekalkan pembelian setiap bulan tidak seperti syarikat-syarikat MLM yang lain. 

7. Konsep kayakan orang

Setiap bisnes network seperti ini, anda pasti sudah biasa melihat rangkaian yang berlapis-lapis seperti rajah di bawah. Atomy menggunakan sistem binary ataupun sistem dua kaki sahaja. Setiap orang hanya boleh diletakkan 2 orang sahaja untuk setiap level. Keyword yang menjadi panggilan dalam rangkaian ini adalah downline (orang yang berada di bawah), dan upline (orang yang berada di atas).

Apabila user atau anda mendapat pengikut baru, anda akan letakkan downline pertama di sebelah kiri dan downline kedua di sebelah kanan. Jika anda dapat downline ketiga pula, anda perlu letakkan di bawah downline pertama atau boleh juga pada downline kedua. Apabila ini berlaku, bermakna downline yang anda dapat itu tadi, akan dapat manfaat limpahan downline walaupun dia belum mula sebarang usaha pemasaran.

Untuk info lanjut berkaitan dengan cara untuk dapat income dengan Atomy, boleh tengok penerangan video di bawah.

Orang kata kaya bersama-sama dan memang betul Atomy membantu anda untuk mengajak lebih ramai lagi menjadi kaya dengan mereka. Dengan prinsip mudah, berbelanja jika ada keperluan, duit yang dikeluarkan untuk menampung kegunaan seharian.

Itulah ciri khas dalam Atomy yang mana ia sangat bertepatan kepada orang ramai untuk menjana pendapatan dengan membeli produk dan mendapatkan semula nilai pulangan yang lumayan. Ini adalah apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan cara buat duit dengan Atomy.

Sekali lagi, nak daftar Atomy, boleh KLIK link di bawah ini. Special bonus untuk mereka yang berdaftar dalam rangkaian kami, 2 video tips dan cara untuk sukses dalam Atomy khas untuk anda.

Kesimpulannya

Diharapkan artikel tentang cara buat duit dengan Atomy ini akan memberikan pengetahuan baru kepada anda untuk anda merancang dengan lebih jelas hala tuju anda dalam bisnes Atomy. Mulakan langkah pertama anda dengan menjadi sebahagian dari ahli Atomy.

Related Posts

35 thoughts on “7 Cara Buat Duit Dengan Atomy

  1. Wah keahlian percuma saja. Suka dengan konsep yang tidak menekan begini. Bermakna kita bebas buat pilihan untuk menentukan hala tuju dan kemampuan. Good job!

    1. sama-sama, apapun saya merasakan yang Atomy sesuai dengan saya. Apapun terima kasih.

  2. Yeah, this is a good new way to invest. Thank you for sharing your knowledge with me. Good post and have a good day.

  3. Dah lama juga dengar pasal Atomy tapi ni baru tahu secara details. Thank you for sharing ☺️

  4. the best part is kita sendiri sebagai pengguna, jadi banyak boleh jimat tu.

  5. Baru jer post kat FB sebab nak tahu dan nak study pasal apa itu ATOMY ! memang bekum pernah dengar tapi since dah ada entry ni senang nak rujuk sebab agak hot jugak topik ATOMY ni kat media sosial.

  6. Maaf tanya kalau system pyramid tu masih boleh lagi ker hehehe sebab dengar hari tu tak dibenarkan di Malaysia kita bertanya jer yer.. Atomy ni baru bagi kita kena banyak belajar lagi hehehehe..

  7. Menarik juga ni.. banyak yang dah berjaya guna concept ni dalam perniagaan mereka kan.. as long as the products really berkualiti, people will come before you inviting them.. betul tak?

  8. This is indeed a good way for those who want to earn extra pocket money. The best part is you can achieve financial independence with it. Thanks for sharing.

  9. This is my first time hearing about Atomy. Sounds like a great opportunity for earning a side income.

  10. Thanks for sharing this information, i have a few atomy products they are good but have not start making money yet.

  11. Kena pandai pilih bisnes yang sesuai dengan kita. Baca, faham dulu sebelum menyertai program apa-apa ya.

  12. Menarik jugak ni untuk dapatkan duit sampingan . Nanti Sal baca lanjut sebab nak kena fahamkan betul-betul ni . Mencuba selagi mampu !!

  13. Ooo… Sekarang ni tengah trending Atomy ya? Sejujurnya apa pun method tambah pendapatan, yang penting usaha dan kecekalan. InsyaAllah pasti ada ganjarannya. Good luck!

    1. betul dan sangat setuju.

      Pada saya memang sekarang ni agak trending pasal Atomy.

  14. Maaflah baru tau pasal program Atomy, sblm tu pernah juga buat bisness mcm2 direct selling, skrg dah mls nak joun

  15. bagus Atomy, kaedah sebegini membantu ramai diluar sana untuk jana pendapatan secara online .terbaik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *