Syarat-syarat Memohon Kad Kredit Maybank

Pada kali ini, kami ingin memberikan informasi berkenaan dengan syarat memohon kad kredit Maybank. Penggunaan kad kredit ini mempunyai kesan baik dan juga kesan buruk, apapun, gunakan sebaiknya kerana ianya mempunyai pelbagai manfaat seperti cashback dan lain-lain lagi.

Penggunaan kad kredit seringkali dikaitkan dengan tabiat boros, suka berhutang, tiada perancangan kewangan dan yang paling teruk sehingga menjadi punca muflis. Sebenarnya penggunaan kad kredit memberikan banyak manfaat jika digunakan secara berdisiplin dan bijaksana. 

Kad kredit diibaratkan seperti pisau atau senjata. Ia boleh memberikan banyak manfaat jika betul penggunaannya, sebaliknya boleh membunuh jika disalahguna.

syarat kad kredit maybank

Kebaikan kad kredit

  1. Boleh digunakan sebagai rekod mata kredit (credit score) sebelum membuat pembiayaan kewangan yang lebih besar seperti pinjaman kenderaan, kediaman, pinjaman peribadi dan sebagainya.
  2. Lebih mudah dan selamat kerana tidak perlu membawa wang tunai yang banyak.
  3. Transaksi anda dilindungi kerana terdapat sistem keselamatan seperti nombor pin, One Time Password(OTP) yang dihantar ke telefon pintar dan sebagainya. Sebarang transaksi yang asing juga dapat dikesan dan dilaporkan terus kepada pihak bank.
  4. Dapat menyemak dan menyelia semula rekod perbelanjaan untuk perancangan kewangan.
  5. Terdapat mata ganjaran yang boleh ditukar dengan hadiah atau pulangan tunai (cash back).
  6. Kuasa membeli yang lebih tinggi di mana kita dapat membeli dulu walaupun tidak mempunyai wang tunai ketika membeli.

Terdapat banyak pengeluar(bank) kad kredit sama ada bank tempatan atau luar negara. Syarat-syarat untuk memohon kad kredit pun tidaklah susah. Antara bank tempatan yang menawarkan pelbagai pilihan kad kredit konvensional dan islamik ialah Maybank.

Pengguna boleh memilih daripada pelbagai pilihan kad kredit daripada Maybank bersesuaian dengan penggunaan dan syarat minimum untuk lulus permohonan kad. Info lanjut berkenaan dengan kebaikan dan keburukan kad kredit anda boleh tengok pada artikel di SINI.

Syarat-syarat memohon kad kredit Maybank

Secara umumnya mana-mana rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun layak memohon kad kredit. Berikut adalah syarat-syarat memohon untuk setiap kad kredit Maybank mengikut jenis kad.

Kad kredit islamik

Jenis Kad KreditYuran TahunanPendapatan MinimumUmur LayakKerakyatan
Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-iTiada250021 hingga 65 tahunSemua
Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-iTiada (Bersyarat)8333.3321 hingga 65 tahunSemua
Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card-iTiada250021 hingga 65 tahunSemua
Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Platinum Card-iTiada500021 hingga 65 tahunSemua
Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-iTiada500021 hingga 65 tahunSemua
Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-iTiada500021 hingga 65 tahunSemua
Maybank Islamic World Mastercard IkhwanTiada (Bersyarat)8333.3321 tahun ke atasSemua

Kad kredit konvensional

Jenis Kad KreditYuran TahunanPendapatan MinimumUmur LayakKerakyatan
Maybank Shopee Visa PlatinumTiada300021 hingga 65 tahunSemua
Maybank GRAB Mastercard PlatinumTiada300021 hingga 65 tahunMalaysia sahaja
Maybank Visa SignatureTiada (Bersyarat)5833.3321 hingga 65 tahunSemua
Maybank 2 Gold CardsTiada250021 hingga 65 tahunSemua
Maybank American Express Cash Back GoldTiada (Bersyarat)250021 hingga 65 tahunSemua
Petronas Maybank Visa PlatinumTiada500021 hingga 65 tahunSemua
Maybank FC Barcelona Visa SignatureTiada400021 hingga 65 tahunSemua
Maybank 2 Platinum CardsTiada500021 hingga 65 tahunSemua
Maybank Manchester United Visa InfiniteTiada (Bersyarat)8333.3321 hingga 65 tahunSemua
Singapore Airlines KrisFlyer American Express GoldTiada (Bersyarat)400021 hingga 65 tahunSemua
Maybank Manchester United Visa CardTiada250021 hingga 65 tahunSemua
Maybank Visa InfiniteTiada (Bersyarat)8333.3321 hingga 65 tahunSemua
Maybank 2 Cards PremierTiada (Bersyarat)8333.3321 hingga 65 tahunSemua
Maybank American Express PlatinumTiada (Bersyarat)500021 hingga 65 tahunSemua
Petronas Maybank Visa GoldTiada250021 hingga 65 tahunSemua
Maybank World MasterCardTiada (Bersyarat)8333.3321 hingga 65 tahunSemua

Dokumen yang diperlukan Ketika memohon ialah,

  1. Salinan kad pengenalan (depan belakang) atau passport.
  2. Salinan terkini boring BE beserta resit cukai.
  3. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  4. Salinan penyata bank 6 bulan terkini.

Untuk yang bekerja sendiri,

  1. Salinan pendaftaran perniagaan.
  2. Salinan penyata bank 6 bulan terkini.

Untuk bukan warganegara Malaysia, sila sertakan surat daripada majikan yang menyatakan tempoh kontrak bekerja di Malaysia.

Untuk memohon kad kredit, sebenarnya tidaklah sukar tetapi kelulusannya akan bergantung kepada pihak bank.

Setelah memiliki kad kredit, pastikan anda betul-betul berdisiplin menggunakannya. Banyak atau sikit anda menggunakannya bukanlah perkara utama, tetapi yang penting anda bijak dan berdisiplin untuk mengurus perbelanjaan supaya ia tidak menjadi beban hutang yang boleh menjerat.

Artikel ini ditulis oleh Zambri Zakaria. Meminati bidang hartanah dan pelaburan serta rajin berkongsi ilmu di blog Smartduit.com.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest