Kerja Sambilan Di Rumah Buat Sarung Tangan 2024

Ada ke kerja sambilan di rumah buat sarung tangan yang memang betul-betul legit dan dipercayai. Ya memang ada dan sekarang ini pun ada banyak kerja yang anda boleh buat dari hari ke hari. Tinggal pilih je kerja mana yang paling sesuai untuk anda. Yang penting, kerja tu halal.

Anda boleh pilih kerja secara aktif, seperti kerja buat sarung tangan di rumah. Ataupun jadi rider, tak kisahlah rider J&T ke Shopee. Ianya kerja yang anda perlu lakukan dari hari ke hari dan kalau anda tak buat, anda tak dapatlah income pada hari tersebut.

Apapun, artikel pada kali ini nak bagi pendedahan kepada anda tentang macam mana cara untuk anda tambah pendapatan dari masa ke semasa. Juga beberapa alternatif yang anda ada untuk anda tambah pendapatan dan teknik yang paling sesuai untuk anda. 

kerja sambilan buat sarung tangan

Kerja Yang Tak Perlu Menjual Sangat

Ramai yang tak nak jumpa orang dan buat “hard sell” iaitu menjual secara terus kepada pelanggan. Sekarang ini ada banyak pilihan kerja yang anda tak perlu pun nak menjual sangat. Lagilah dengan zaman internet dan teknologi maklumat seperti sekarang ini, lagi mudah anda nak menjual walaupun tanpa buat “hard sell” yang terlalu teruk. Kami senaraikan beberapa teknik ataupun cara untuk anda buat kerja yang anda tak perlu pun nak menjual sangat.

Jadi Seller Di Shopee

Senang sahaja jadi seller di Shopee ataupun Lazada ni. Listkan barangan di kedai anda dan buat marketing sikit-sikit. Kalau boleh buat video untuk mempromosikan barangan anda di Shopee. Ya, ini teknik killer menarik yang bro ni ajar.

Timbul persoalan, macam mana nak dapatkan supplier yang bagus untuk pelbagai barangan seperti di Shopee ini. Ada banyak pilihan supplier sama ada supplier tempatan ataupun yang dari China. Akan tetapi, kalau anda baru bermula, boleh cuba gunakan stail dropship pun tak ada masalah. Tak ada isu pun kalau anda nak jual tudung dropship di Shopee. 

Kalau pening sangat dan tak ada idea nak jual barang apa, tak ada masalah pun kerana anda masih boleh menjual macam biasa. Macam mana tu? Pergi je ke kedai seperti Ninso, Eco dan yang seumpama dengannya. Dari situ, anda boleh lihat pelbagai barangan yang dijual. Cari idea untuk letak barangan ini di kedai Shopee anda. Untuk ini, anda perlu untuk buat kajian dan pilihan produk yang sesuai untuk anda jual. Saya yakin mesti ada produk yang anda boleh jual di Shopee yang anda ambil dari kedai seperti ini. 

Cuba listkan seminggu 3 barang anda listkan di Shopee. Sebulan dah 12 barang walaupun kebanyakan barangan ini anda ambil dari pembekal yang dekat seperti Ninso dan Eco sahaja.

Buat Content Di Youtube Dan Blog

Penat tak kalau anda nak kena buat sarung tangan di rumah? Lebih baik buat sahaja content di Youtube dan Blog kerana lebih mudah. Upload sahaja content berkualiti di Youtube seperti channel smartinvest101 ini.

Anda pun boleh buat content yang sama dan apa yang anda perlu lakukan adalah untuk kekal konsisten dalam pekerjaan yang anda buat. 

Blog pun sama, fokus je pada artikel. Cuba buat untuk setiap artikel itu, anda letak minimum 1000 patah perkataan. Buat sehari sekali kalau boleh, kalau tak boleh, buat 3 artikel seminggu pun tak mengapa.

Kenapa blog dan youtube? Bukan Tiktok dan lain-lain? Kerana anda boleh dapat sedikit income dengan berkongsi idea dan pengalaman di blog dan youtube. Buat sahaja content berguna dan memudahkan ramai orang, pengunjung akan datang dengan sendirinya nanti selepas anda konsisten.

Gunakan Strategi Dropship Dalam Perniagaan Anda

Saya paling suka strategi Dropship, kenapa? Sebab ianya hanya perlukan modal yang minima untuk bermula. Anda tak perlu nak simpan barang, dan hanya fokus kepada aspek marketing sahaja. Untuk permulaan, boleh gunakan strategi ini.

Dalam banyak-banyak perniagaan Dropship, saya paling rekemen anda buka ataupun explore business tudung. Perniagaan tudung mempunyai peminatnya yang tersendiri dan mempunyai target pengguna yang besar. Cari sahaja niche tudung yang bersesuaian dengan anda. 

Ada beberapa strategi killer lain yang membolehkan anda untuk bermula dengan dropship tudung, cara nak cari pembekal dan lain-lain. Saya tak dapat nak beritahu dalam artikel ini, kerana ianya akan menjadi artikel yang sangat panjang. Sebagai alternatif, tengok sahaja dalam video di bawah ini.

Menarik kan idea dropship tudung ini. Ianya alternatif yang baik kepada kerja sambilan di rumah buat sarung tangan.

Idea Business Perniagaan Online

Ada banyak idea perniagaan online yang anda boleh lakukan dari masa ke semasa. Sama ada anda seorang student, ataupun yang sudah bekerja, boleh mulakan perniagaan online ini. Tak susah pun senang je. Untuk idea perniagaan online untuk student, anda boleh dapatkan info lanjut di SINI.

Menjadi penulis content, servis konsultansi dan bermacam lagi adalah antara beberapa idea perniagaan yang anda boleh lakukan secara online.

Anda Perlu Aktif Menjual

Tak semua orang sesuai untuk buat kerja secara online dan ada yang lebih suka menjual. Jika anda memang berminat dengan bidang jualan, ini adalah antara beberapa alternatif yang baik untuk anda mencuba dan mana tahu ada yang sesuai dengan apa yang anda mahukan.

Real Estate Negotiator

REN ataupun dalam bahasa Melayunya adalah perunding hartanah. Merupakan antara bidang yang agak popular dan mempunyai fleksibiliti yang baik. Kami ada terangkan dengan lebih detail berkenaan dengan kerjaya sebagai “agen hartanah” ini dalam artikel kami di SINI. Jika anda memang berminat dengan kerjaya sebagai agen hartanah, boleh mula dapatkan info lanjut dalam artikel tersebut.

Agen Takaful & Agen Unit Trust

Satu pekerjaan yang sudah tak asing lagi pada masa ini. Saya yakin, anda mesti pernah berjumpa sama ada dengan agen Unit Trust ataupun agen Takaful. Ada yang lebih meminati kerjaya dalam bidang takaful dan unit trust. Ianya mempunyai cabaran yang tersendiri dan jika memang anda berminat, boleh teruskan kerjaya dalam bidang ini.

Memang ada kerja sambilan di rumah buat sarung tangan! Tapi, saya tak rekemen kerana ianya agak memenatkan. Lebih baik anda laburkan masa dan tenaga untuk buat content ke ataupun listkan produk di Shopee, mudah dan sebagainya.Untuk permulaan, ianya akan ambil masa sedikit untuk nampak perubahan dan kesan yang baik, akan tetapi, jika anda terus konsisten, insyaAllah anda pasti akan nampak hasilnya nanti.

Apapun, apa pun pekerjaan, buatlah yang terbaik dan artikel ini hanya berikan anda panduan sahaja untuk anda sukses dalam kerjaya seterusnya. 

Related Posts

3 thoughts on “Kerja Sambilan Di Rumah Buat Sarung Tangan 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *