3 Cara Melabur Unit Trust Sendiri – No 2 Murah

Macam mana cara nak melabur unit trust sendiri tanpa khidmat agen? Boleh ke nak buat perkara ini tanpa mendapatkan khidmat agen. Jawapannya memang boleh, ya anda boleh lakukan kerana tanpa khidmat agen, anda sudah boleh jimat banyak dan bebas membeli banyak dana daripada pelbagai institiusi yang ada di Malaysia ini.l

Apapun, pada kali ini saya nak berikan beberapa info kepada anda bagaimana anda selaku pelabur boleh laburkan duit anda sendiri tanpa agen. Cuma syaratnya adalah anda kena pandai pilih dana sendiri sahaja. Artikel kali ini kami tak dapat nak berikan info bagaimana anda nak pilih dana tetapi lebih kepada cara nak laburkan duit anda sendiri tanpa khidmat orang tengah bagi meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan.

labur unit trust tanpa agen

Strategi Membuat Pelaburan Tanpa Agen

Ada beberapa strategi bagi melabur dalam Unit Trust ini. Tapi sebelum tu saya nak nyatakan semula apa itu Unit Trust ataupun unit amanah. Artikel lebih detail anda boleh semak di dalam artikel di SINI.

Secara ringkas, ianya adalah dana yang diuruskan oleh pengurus pelaburan dan dana tersebut adalah hasil ataupun dana daripada orang persendirian ataupun syarikat. Dana ini dikumpulkan dan dilaburkan oleh pengurus dana berdasarkan kepada tujuan asal dana itu ditubuhkan. Ada dana yang ditubuhkan untuk melabur dalam saham di Malaysia. Ada juga untuk melabur dalam hartanah dan boleh pergi dana untuk dilaburkan dalam saham-saham berpotensi di Amerika dan China.

Ada bermacam-macam jenis dana yang ada di pasaran ini untuk anda pilih dan sebab itu skill untuk memilih dana merupakan satu lagi skill penting bagi mendapatkan ataupun memberikan pulangan yang konsisten kepada kita sebagai pelabur.

Labur Sendiri Duit Anda Di KWSP

Ramai rakan-rakan saya daripada mereka yang bergaji tetap setiap bulan mempunyai pelaburan daripada akaun 1 KWSP. Tetapi, tahukah anda yang, anda boleh mencarum dana dalam akaun 1 KWSP sendiri tanpa memerlukan khidmat agen daripada syarikat tertentu. Kenapa boleh laburkan sendiri tanpa agen? Tentulah untuk menjimatkan kos dan selain itu juga, anda boleh memilih dana yang bagus daripada bermacam-macam dana yang ada untuk anda pilih.

Cara ataupun step by step anda boleh tengok dalam video di bawah juga banyak sahaja artikel ataupun video berkaitan dengan dana yang anda boleh pilih untuk laburkan dalam akaun 1 daripada bermacam-macam syarikat yang ada di luar sana. 

Kalau dah ada pelaburan akaun 1 KWSP dengan agen-agen tertentu, tak perlu nak sambung dan fokus kepada pemilihan dana yang terbaik untuk akaun 1 anda. Dana yang anda pilih haruslah lebih tinggi daripada dividen yang diberikan oleh akaun KWSP setiap tahun. Jika kurang, mengapa anda nak melabur dalam dana di luar KWSP.

Reits dan ETF Dalam Bursa Saham

Selain daripada anda beli saham individu syarikat tertentu seperti saham Maybank, Telekom, TNB dan sebagainya, anda boleh juga membeli Reits dan ETF. Reits adalah Real Estate Investment Trust dan ETF adalah Exchange Traded Fund. Kedua-dua ini mempunyai fungsi yang sama seperti Unit Trust iaitu, dana yang dikumpulkan oleh pelabur dilaburkan dalam dana khas mengikut tujuan asal dana ini ditubuhkan.

Reits fokus kepada pelaburan hartanah ataupun hasil sewaan hartanah komersial dan kemudian dipulangkan semula kepada pelabur dalam bentuk dividen. Kita amik contoh salah 1 daripada 4 Reits yang patuh syariah seperti di bawah ini;

Al Aqar Reits – Al-`Aqar Healthcare REIT (Al-`Aqar or the Fund) was listed on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad on 10 August 2006. Marking the momentous 10th Anniversary on August 2016, Al-`Aqar has accomplished various achievements, such as, the world’s first listed Islamic REIT, Asia’s first Islamic Healthcare REIT and a benchmark for the development of Islamic REITs in Malaysia, as well as in the region. Established with an initial portfolio of 6 properties, Al-`Aqar has grown its portfolio to 23 properties comprising 17 hospitals, 3 wellness/health centres, 2 colleges and 1 aged care & retirement village.

Al-`Aqar is managed by Damansara REIT Managers Sdn Berhad (DRMSB or the Manager), a wholly-owned subsidiary of Johor Corporation and supported by KPJ Healthcare Berhad. (sumber)

Company Reits ini memerlukan modal dari pelabur untuk membeli dan kemudian menyewakan kembali hartanah komersial seperti hospital, hotel dan lain-lain dan pelabur pula mendapat pulangan modal dalam bentuk dividen. Bagi kami, ianya win-win situation. 

ETF pun mempunyai strategi modal yang sama di mana dana yang mereka dapat itu, dilaburkan dalam dana-dana tertentu dan pelabur mendapat dividen daripada modal yang mereka laburkan.

Macam mana nak labur ETF dan Reits ni?

Nak melabur dalam ETF dan Reits ini, anda perlu ada akaun CDS dan Trading akaun dengan broker yang ada di Malaysia. Kelebihan, kos yang lebih rendah untuk setiap transaksi sama seperti transaksi dalam saham dan ianya pastinya jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan kos ataupun komisyen yang dikenakan oleh agen daripada syarikat Unit Trust. Cumanya, anda perlu tahu Reits dan ETF mana yang anda nak beli.

Melalui EUnitTrust

Selain daripada pembelian di Reits dan ETF, anda pun boleh sahaja kalau nak membeli dana-dana daripada syarikat Unit Trust tempatan di dalam laman web eunittrust. Melalui dana di sini, anda boleh akses beratus dana yang ada dalam pasaran di Malaysia. Sekali lagi, faktor penting adalah cara pemilihan dana kerana ianya memainkan peranan yang sangat penting.

Pelbagai syarikat yang ada untuk anda beli termasuklah Public Mutual dan lain-lain dana available untuk pelabur terus kepada syarikat tanpa melibatkan orang tengah ataupun agen unit trust. Sekali lagi di sini, suka saya ingatkan yang anda perlu untuk mempunyai skill ataupun ilmu untuk memilih dana yang sesuai dengan apa yang anda mahukan. 

Sama seperti pelaburan saham, teknikal analisis dan fundemantal analisis adalah sangat membantu dalam pemilihan dana. Beli di support ataupun beli pada harga diskaun adalah antara beberapa strategi yang utuh sepanjang zaman. Dalam eunittrust ini, ada bermacam dana yang ada untuk anda pilih dan daripada kesemua dana tersebut, pastinya akan ada dana yang berada pada harga diskaun ataupun pada harga support untuk anda membuat pembelian. 

Buat pendaftaran dahulu dan kemudian pilihlah dana yang paling sesuai untuk nda laburkan.

Strategi Pelaburan Unit Trust Tanpa Agen

Ini adalah antara beberapa strategi untuk anda boleh membuat pelaburan Unit Trust sendiri tanpa agen dengan kos yang lebih rendah. Sekali lagi, pastikan strategi ataupun dana yang anda pilih ini, matlamat akhir adalah untuk dapatkan dividen ataupun pulangan yang lebih tinggi daripada KWSP dan Tabung Haji. 

Jika anda melabur sendiri, bagi ruang untuk anda buat kesilapan kerana mungkin awal-awal anda akan melakukan kesilapan dalam memilih dana seperti Reits dan ETF, juga mungkin dana di eunitrust, pada saya tak mengapa. Jika tersilap, cuba untuk belajar dari kesilapan tersebut dan menjadi lebih baik untuk pelaburan akan datang.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest