4 Perbezaan ASB dan ASNB

Ada yang pernah tanya saya, apa beza antara ASB dan ASNB? Artikel pada kali ini khusus untuk menjawab persoalan berkaitan dengan topik ini. Boleh baca sampai habis ye.

Topik mengenai Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bukanlah sesuatu yang asing lagi dibincangkan oleh segenap inci masyarakat. Namun isu ini kembali semula apabila masyarakat sedang berhadapan dengan era pandemik, di mana ramai yang mula prihatin tentang kewangan dan ekonomi diri serta keluarga sejak norma baru mula mengherdik satu per satu pemikiran lampau mereka yang mengatakan “simpanan hanya untuk hari tua.” 

Malang itu tidak berbau, tetapi hujan boleh memberikan petanda bahawa ia akan turun dari cuaca yang mendung. Kerana itu adanya peribahasa, “sediakan payung sebelum hujan.” Artikel pada kai ini akan mengajak anda untuk memahami apa itu perbezaan ASB dan ASNB supaya anda yang mahu berjinak-jinak untuk mula merancang kewangan yang terbaik dapat menimba ilmu pertama sebelum memulakan langkah seterusnya. 

perbezaan asb dan asnb

1. Syarikat induk vs jenis-jenis tawaran 

Perbezaan yang paling ketara antara ASNB dan ASB adalah status dan fungsi mereka. ASNB bertindak sebagai pengurus unit amanah kepada ASB manakala ASB pula hanyalah unit saham yang diuruskan oleh ASNB. ASNB merupakan induk kepada unit-unit saham yang lain juga seperti ASM, dan ASN.

2. Unit trust kadar tetap

ASB memiliki kadar yang tetap atau fixed price. Ini bermaksud walau dalam situasi apa pun, harganya tidak akan berubah sama sekali. Sebagai contoh RM 1 untuk 1 unit, jika anda mahu membeli 10 unit maka duit yang perlu anda bayar adalah RM 10. Dana harga tetap ini bermakna harganya tetap dan tidak akan turun atau naik. Jadi wajar apabila dividen diumumkan 7 sen seunit bersamaan dengan 7%. Dengan cara itu anda mempunyai capital guarantee dan apa-apa sahaja yang anda laburkan di dalam unit saham ini, ianya pasti terjamin. Selain ASB, ada juga dana lain di bawah ASNB yang mempunyai harga tetap seperti ASB 2, ASB 3-Didik, ASM, ASM 2 – Wawasan, dan ASM 3. 

Berbeza dengan ASNB, yang mana ia memiliki pelbagai jenis dan bentuk unit saham. Walaupun ASM dan ASB mempunyai kadar yang tetap ASN di bawah kelompok dalam harga yang berubah-ubah dan tidak mempunyai capital guarantee. Misalnya, hari ini harga ASN adalah RM 1, tetapi esok mungkin ia boleh jadi RM 1.10 atau RM 0.90. Begitulah proses yang perlu anda hadapi, harganya boleh naik atau turun bergantung kepada situasi semasa dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Antara contoh lain unit saham di bawah ASN adalah ASN Equity 2, ASN Equity 3, ASN Equity 5, ASN Imbang 1, ASN Imbang 2, ASN Sara 1, dan ASN Sara 2. 

3.  Sumber modal pelaburan yang digunakan

Untuk pengetahuan anda, ASNB menggunakan modal 100 peratus daripada rakyat Malaysia yang melabur dalam skim-skim dibawahnya. Jadi walaupun Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan ASNB merupakan kumpulan perniagaan yang sama tetapi PNB mendapatkan modal permulaan daripada kerajaan Malaysia sewaktu penubuhannya berbeza dengan ASNB. 

4. Zero risk atau risk taker

Salah satu sebab mengapa ASB sangat popular dikalangan rakyat Malaysia adalah kerana sifatnya yang zero risk. Hal ini kerana modal pelabur boleh dikeluarkan bila-bila masa sahaja tanpa berkurang dan tiada caj yang dikenakan apabila pelabur menyimpan di dalamnya. Namun begitu, anda hanya boleh membiayai had maksimum unit untuk pertama kali adalah sebanyak 200 ribu unit sahaja. Had maksimum ini boleh bertambah setiap tahun apabila had maksimum tersebut telah penuh.

Berbeza dengan ASNB yang menguruskan pelbagai unit amanah lain, setiap unit mempunyai karakternya yang tersendiri. Sebagai contoh jika anda memilih ASN, akan ada risiko yang perlu anda ambil. Jika anda bijak dan sukakan cabaran, ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda. 

Langkah semak akaun ASB melalui portal MyASNB

Langkah 1: Pastikan anda mengemas kini maklumat peribadi apabila anda berada di cawangan/ejen ASNB

Langkah 2: Layari laman web https://www.myasnb.com.my/

Langkah 3: Klik pada pautan Daftar Di Sini di Portal MyASNB

Langkah 4: Setelah anda selesai membaca terma dan syarat, kemudian tandakan kotak dan klik pada ruangan Setuju

Langlah 5: Cipta ID Pengguna dan Password peribadi anda bagi tujuan keselamatan akaun

Langkah 6: Isikan maklumat yang diperlukan dan klik Tamat

Langkah 7: Simpan kata laluan sementara yang diberikan untuk Log Masuk kali pertama

Langkah 8: Layari laman web rasmi MyASNB https://www.myasnb.com.my/ dan klik Log Masuk

Langkah 9: Masukkan ID Pengguna dan klik Teruskan

Langkah 10: Masukkan Password peribadi akaun dan klik Teruskan

Langkah 11: Kemaskini dan tukar kata laluan anda untuk tujuan keselamatan, kemudian klik Tukar Kata Laluan

Langkah 12: Setelah tukar kata laluan, sila masuk semula menggunakan kata laluan baru. 

Langkah 13: Kini anda sudah boleh semak baki dan penyata akauan. Sangat mudah di halaman utama portal myASNB, ada terpapar jumlah pelaburan terkini, senarai portfolio pelaburan serta baki terkini, serta jenis-jenis pelaburan lain seperti Tunai, KWSP, dan Pinjaman. 

Cara membuat simpanan ASB melalui portal MyASNB

Langkah 1: Untuk topup pelaburan ASB anda, Login ke MyASNB dan klik di bahagian Portfolio

Langkah 2: Masukkan ID pengguna dan kata laluan anda kemudian, klik Teruskan

Langkah 3: Pada paparan berikutnya, klik pada Pelaburan Tambahan

Langkah 4: Pilih nama bank dan masukkan nombor akaun bank anda ke dalam ruangan yang disediakan dan klik Seterusnya

Langkah 5: Tick pada kotak yang disediakan bagi menandakan yang anda bersetuju dengan segala terma dan syarat dari pihak ASB.

Langkah 6: Masukkan jumlah duit yang anda ingin simpan pada ruangan Penambahan Pelaburan. Untuk pengetahuan anda had minima adalah sebanyak RM100 manakala had maksima sehari adalah RM30,000 sahaja.

Langkah 7: Klik Seterusmya.

Langkah 8: Masukkan Captcha (frasa keselamatan) pada ruangan disediakan dan klik Seterusnya.

Langkah 9: Ruangan yang seterusnya adalah ruangan FPX. Klik sahaja Proceed To Pay.

Langkah 10: Pilih bank yang anda ingin gunakan untuk memindahkan duit anda ke dalam MyASNB.

Langkah 11: Klik Agree and Continue.

Langkah 12: Selepas itu, anda akan dibawa ke ruangan FPX bank pilihan anda.

Langlkah 13: Masukkan nama pengguna anda.

Langkah 14: Masukkan kata laluan anda pada ruangan yang disediakan.

Langkah 15: Kemudian anda akan dipaparkan dengan maklumat tentang transaksi perbankan ke MyASNB. Klik sahaja Continue jika maklumat yang dipaparkan adalah betul.

Langkah 16: Masukkan nombor TAC pada kotak yang disediakan.

Langkah 17: Selepas itu, klik pada Continue with Transaction.

Langkah 18: Selesai proses simpanan duit anda di ASB

Alternatif Kepada ASB 

Ada beberapa alternatif yang anda boleh fikirkan. Pertama sekali saya nak perkenalkan kepada anda apa itu ETF dan Reits. Ianya adalah alternatif yang baik dengan kos yang agak murah jika nak dibandingkan dengan Unit Trust lain di Malaysia. 

Kalau kena cara dan strategi, insyaAllah boleh memberikan pulangan yang jauh lebih tinggi daripada ASB. Info lanjut berkenaan dengan topik ini, anda boleh baca secara detail di SINI.

Saham lagi menguntungkan dari ASB

Secara amnya, saham memang membawa pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan ASB. Ini boleh dilihat dari segi risiko yang perlu ditanggung, kos permulaan, jenis-jenis pelaburan dan bentuk kecairan yang rendah. Saham merupakan satu pelaburan yang agak berisiko tetapi apa yang anda perlu lakukan adalah untuk kurangkan risiko tersebut. 

Inginkan pulangan yang lebih tinggi daripada ASB, saya rekemen pelaburan dalam saham. Nak tahu lebih lanjut dan nak buka akaun saham dengan pihak kami, boleh ke artikel di SINI.

Diharapkan artikel tentang perbezaan ASB dan ASNB ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat dan berguna khususnya bagi pengguna yang baru berjinak-jinak dengan unit amanah di bawah kendalian ASNB. Mulakan simpanan, fikirkan masa depan, hiduplah anda dengan penuh harmoni bersama yang tersayang. 

FAQ

ASB Dan Unit Trust Sama Ke?

Secara mudah, ASB dan Unit Trust adalah sama, cuma anda perlu tahu, syarikat Unit Trust seperti Public Mutual dan lain-lain ada mengenakan caj, manakala ASB tidak.

Pulangan Unit Trust Lagi Tinggi Ke?

Bergantung kepada dana, ada yang lagi tinggi daripada dividen ASB, ada juga yang lagi rendah.

ASB Financing Tu Apa?

Info lanjut berkenaan dengan ASB Financing tu pula, boleh ke artikel ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest