Tune Talk Plan RM48 Review 2024

Tune Talk telahpun memperkenalkan Tune Talk Plan RM48 yang mana merupakan antara plan internet dengan panggilan tanpa had yang bagus dan sangat berbaloi untuk anda cuba. Jika anda kerap menggunakan panggilan dan inginkan data tanpa had, ini adalah antara plan yang baik untuk anda cuba.

Pada artikel ini, kami akan cuba berikan kebaikan, keburukan dan alternatif untuk plan ini. Paling menarik, anda pun boleh terus membuat pembelian pelan ini secara online jika memang anda berminat nak dapatkan plan ini. Ianya sangat sesuai untuk semua peringkat umur kerana plan ini adalah di bawah RM50.

Terkini Tune Talk sudah tidak keluarkan pelan ini lagi. Pelan terbaru dari Tune Talk adalah pelan Tune Talk Epik yang anda boleh dapatkan info lanjut di SINI. Ada beberapa pelan yang jauh lebih berbaloi berbanding dengan pelan M48 ini dan anda boleh baca dahulu dalam artikel di atas.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tune Talk Plan RM48

Apa yang plan Tune Talk RM48 ini tawarkan. Berikut adalah tawaran daripada pihak Tune Talk untuk plan ini.

tune talk plan rm48
  • RM48 / Bulan
  • Unlimited Call
  • Unlimited Internet – FUP 100GB
  • Speed cap 6MBPS

Bagi saya, plan yang berharga bawah RM50 adalah antara plan mampu milik yang anda boleh dapatkan. Memang ada banyak alternatif plan seperti ini yang anda boleh dapatkan di pasaran. Tidak lupa plan ini didatangkan dengan Hotspot 5GB yang memang anda boleh gunakan untuk tujuan Hotspot. 

Nak cari plan bajet dan bernilai, boleh dapatkan plan ini yang pada saya sangat berbaloi. Dengan pakej unlimited call, akan memudahkan untuk anda berhubung dengan keluarga terdekat di kampung dan juga sangat berguna kepada mereka yang berada dalam bidang pemasaran seperti agen takaful, agen hartanah dan lain-lain. 

Kenapa? Sebab bidang ini memerlukan call yang sangat banyak dan ada plan unlimited call ini akan sangat membantu anda. Ada kalanya, plan ini lebih berbaloi daripada plan Postpaid dan dalam banyak keadaan, kami lebih sarankan plan prepaid berbanding dengan Postpaid

Berbaloi ke pakej ini? Sangat berbaloi dan kalau anda sedang review plan ini, saya sarankan untuk anda cuba sahaja.

Nak info lanjut berkenaan dengan Plan Tune Talk Halo Telco RM48 ini, oleh ke video di bawah.

Macam Mana Nak Dapatkan Plan Ini

Macam mana nak dapatkan simkad Tune Talk ini. Ada banyak cara nak dapatkan simkad Tune Talk ini dan pada kali ini kami nak tunjuk 2 cara sahaja. Kalau letak banyak cara takut nanti tak tercari pulak.

Dapatkan Simkad ini di Kedai Shopee. Lebih mudah untuk beli sahaja di kedai Shopee. Beli sahaja dan tunggu sampai simkad tu sampai. Ada banyak pilihan simkad di kedai Shopee, akan tetapi kami rekemen anda beli di link kedai Shopee di bawah ini.

Untuk info, kedai di atas ini adalah kedai kami, dan setiap pembelian anda akan memotivasikan kan untuk terus memberikan konten dan input dalam pelbagai topik seperti kewangan, palaburan, telco review dan lain-lain. Boleh beli dan dapatkan di link atas ye.

Cara kedua untuk anda dapatkan simkad ini adalah, anda boleh beli sahaja di cawangan stesyen minyak Petronas terpilih. Kebanyakan Petronas yang besar-besar pasti ada menjual simkad ini dan anda boleh beli sahaja di situ. Cuma tak semua Petronas ada, hanya yang terpilih sahaja. Untuk anda tahu Petronas yang mana ada simkad ini, anda boleh je KLIK LINK INI.

Kalau memang anda nak cepat, tak ada masalah kalau anda beli je di Petronas. Boleh terus dapat simkad tersebut. Cuma kalau anda beli di Petronas, boleh masukkan referal code di bawah ini untuk dapatkan special discount.

O9FFJMVM

Tapi kalau anda tak nak terlalu cepat, boleh beli sahaja di kedai Shopee kami. Sekali lagi, link untuk kedai Shopee kami ada di SINI.

Penting Untuk Anda Tahu

Plan ini didatangkan dengan 100GB Fair Usage Policy (FUP). Ianya bermaksud, walaupun Tune Talk claim internet tanpa had, akan tetapi ianya disekat sehingga 100GB sahaja. Sebenarnya 105GB kerana ada penambahan 5GB data Hotspot.

Apa jadi kalau anda guna lebih dari 100GB? Kelajuan internet akan jadi sangat perlahan. Adalah lebih baik untuk anda monitor penggunaan data internet anda di dalam applikasi Tune Talk ataupun applikasi Halogo Lifestyle.

Satu lagi yang anda perlu tahu adalah, Tune Talk menggunakan servis line dari Celcom. Penggunaan line dari pelbagai servis provider ini sangat subjektif. Walaupun Celcom mengatakan mereka adalah “The Best Mobile Coverage” [sumber] akan tetapi dalam sesetengah keadaan dan realiti tak semestinya di sesuatu tempat itu Celcom adalah yang terbaik. Ada kemungkinan di tempat anda, Digi, ataupun Umobile adalah jauh lebih baik sebagai contoh. Dalam keadaan seperti itu, tak perlu tunggu lama-lama, tukar je servis provider lain.

Kalau servis Celcom bagus, boleh sahaja teruskan dengan penggunaan Tune Talk ini. Yang lebih penting, anda sebagai pengguna puas hati dengan tawaran dan servis yang diberikan.

Macam Mana Nak Daftar Plan Ini

Sekarang ini pendaftaran plan kebanyakan Telco adalah secara pendaftaran kendiri (baca self registration). Apabila anda dapat simkad sahaja, anda dah boleh buat pendaftaran secara sendiri dan hampir kesemua Telco adalah sama sahaja. Untuk mendaftar, anda boleh gunakan app Tune Talk ataupun lebih mudah, guna app HaloGo Lifestyle. Jika anda bercadang nak membeli simkad ini di Petronas, jangan lupa untuk masukkan referral code seperti di bawah ini.

O9FFJMVM

Alternatif Lain Plan Ini

Dunia Telco memang sering bersaing antara satu sama lain. Berikut adalah antara beberapa alternatif yang anda boleh dapatkan.

Plan OneXOX Ultimate Data RM35

  • RM35 / Bulan
  • Data 50GB Untuk 30 Hari
  • Call Untuk 50 minit

Antara plan yang bagus dari ONEXOX untuk anda cuba. Apapun, plan ini sesuai untuk dibandingkan dengan plan Hi35 Tune Talk Sendiri. Cuma kami tak review plan tersebut pada kali ini.

Hotlink Best Value RM50

  • RM50 /  Bulan
  • Unlimited Internet (6MBPS)
  • Unlimited Call 
  • Unlimited Hotspot

Antara alternatif lain daripada Hotlink untuk anda gunakan. Tak jauh beza sangat dengan plan Tune Talk cuma Hotlink ini menggunakan coverage line Maxis. Harga pun ada sedikit beza dengan Tune Talk yang dijual pada harga RM48. Apapun, ianya pun bagus dan tak jauh beza dengan plan Tune Talk.

Apapun sampai sini sahaja review simple berkenaan dengan Tune Talk Plan RM48 ini. Kalau memang anda nak plan ini, pada saya ianya OK dan anda boleh cuba sendiri plan ini untuk kegunaan anda. Ianya memang pada saya sangat berbaloi untuk anda sendiri cuba dan gunakan untuk kerja-kerja seharian anda. 

Kalau setakat nak tengok Youtube ataupun Netflix dengan plan ini, pada saya tiada masalah untuk anda cuba sendiri.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *