XOX Internet Plan Unlimited – Terkini 2024

Bila bercakap pasal XOX Internet Plan Unlimited ni, memang tak ada banyak pilihan dahulu, tapi sekarang ini keadaan dah berbeza betul. Memang ada beberapa pelan yang pada saya sangat-sangat best dan boleh menandingi pesaing lain di luar sana. Siapa kata OneXOX sudah tak releven lagi?

Dalam artikel ini, saya akan cuba sejujurnya ceritakan berkenaan dengan OneXOX dari segi baik dan buruknya. Mungkin juga beberapa alternatif yang ada untuk anda cuba dan gunakan selain daripada OneXOX. Boleh baca artikel ini sampai habis kerana memang ada beberapa info yang mungkin membuka minda anda berkenaan dengan telco ini dan beberapa alternatif lain yang ada di pasaran.

XOX Internet Plan Unlimited

Revolusi Simkad 5G Tune Talk

Tune Talk adalah antara alternatif yang baik kepada simkad OneXOX. Kalau anda harapkan 28 month validity tu, boleh kata tiada satu pun syarikat telekomunikasi di Malaysia ini yang boleh melawan OneXOX. Akan tetapi kalau untuk penggunaan biasa, Tune Talk adalah antara beberapa pilihan yang bagus untuk anda cuba.

Tune Talk datang dengan pelan yang boleh dikatakan sebagai marhaen. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah, bukan juga untuk heavy user dan lebih target pada pengguna biasa. Contoh pelan Tune Talk yang ada di pasaran ini anda boleh tengok beberapa pilihan yang ada di bawah ini.

Banyak pelan Tune Talk yang bagus untuk anda cuba sendiri dari pelan serendah RM15, ada juga pelan yang berharga RM28 sebulan pun ada. Boleh tengok di atas untuk senarai pelan Tune Talk yang ada di pasaran.

Boleh terus dapatkan simkad Tune Talk ini daripada kedai Shopee kami di atas ini. Untuk info, kami adalah antara penjual simkad Tune Talk dan merupakan antara salah satu alternatif yang baik kepada OneXOX.

Pelan XOX Internet Plan Unlimited

Sekarang ini selain daripada pakej call, data adalah sangat penting. Jika ada data, masih lagi blh berhubung dengan whatsapp call dan sebagainya.

Pelan daripada OneXOX pula semakin lama semakin baik, kini didatangkan dengan pakej yang boleh menyaingi pelan lain di Malaysia iaitu pelan Ultimate 35. Detail berkenaan dengan pelan Unl35 ini, boleh tengok dalam screenshot di bawah. Ianya terbahagi kepada pelan lama dan pelan baru untuk pakej data ini.

XOX Internet Plan Unlimited

Penambahbaikan dari segi jumlah data iaitu 100GB FUP yang pada saya sangat baik dan patut dicontohi oleh banyak telco lain di Malaysia. Juga penambahbaikan pada jumlah panggilan yang tanpa had daripada sebelum ini hanya 50 minit sahaja masa panggilan. Ianya satu penambahbaikan yang sangat bagus dan harapnya ada lagi penambahbaikan lain daripada OneXOX.

Kekurangan hanyalah pada speed terhad kepada 3mbps. Mungkin penambahbaikan pada masa akan datang di mana speed ini boleh ditambah kepada 6 mbps ataupun speed yang jauh lebih tinggi. Bagus ada persaingan seperti ini di mana syarikat telekomunikasi lain pun akan berlumba-lumba untuk berikan yang terbaik kepada pelanggan. Kalau rasa tak berbaloi, boleh tukar ke syarikat telco lain, Tune Talk antara nyalah.

Antara info lain yang anda perlu tahu berkenaan dengan pelan dari Unlimited 35 ini.

  • Hotspot adalah sama dengan nilai data asas iaitu 100GB. Sekali lagi nak ingatkan yang ianya terhad kepada speed 3mbps. Taklah terlalu laju, akan tetapi, bolehlah kalau nak tengok youtube tu, masih boleh lagi.
  • Sekiranya data anda lebih daripada 100gb sebulan, secara automatik speed internet akan jadi lebih perlahan iaitu sekitar 512kbps sahaja. Selepas tamat sebulan, akses akan kembali seperti biasa dan kalau nak langgan baru sebelum sebulan pun tiada masalah. 
  • Kalau rasa tak OK, bulan berikutnya tak perlu nak sambung langganan. Ini keistimewaan prepaid. Cuma pilihan pelan daripada OneXOX tak sebanyak pilihan pelan daripada Tune Talk. Kalau berminat dengan pelan Wawa OneXOX, ada beberapa step yang kena ambil dan ianya agak sedikit leceh.

Pelan Lain Dari OneXOX

Saya secara peribadi tak berminat dengan pelan postpaid daripada Onexox. Rasanya, pelan Ultimate 35 ini jauh lebih baik dari segi harga dan data berbanding beberapa pelan postpaid dari OneXOX.

Kalau nak rekemen pun, saya lebih rekemen pelan daripada Wawa Onexox. Ianya sebagaimana poster di bawah ini.

onexox wawa prepaid

Ianya didatangkan dengan pelan Wawa 18 dan Wawa 35. Pelan yang bagus dan boleh menjadi pesaing kepada pelan baru OneXOX iaitu Ultimate 35. Cuma pelan daripada Wawa35 ini lebih berbaloi dari segi kelajuan kerana tiada speedcap dan kekurangan, data terhad pada 35GB. Kalau bukan heavy user tak ada masalah pun nak gunakan pelan ini.

Yang pasti, banyak dah pelan-pelan menarik daripada OneXOX sekarang ini, kalau berminat, boleh cuba dapatkan di pasaran sekarang.

Mana Nak Dapat Pelan OneXOX Ni?

Nak dapatkan pelan OneXOX ini tidaklah susah mana, anda boleh dapatkan di shopping mall terdekat anda kalau ada. Cuma kadang-kadang, kalau ada booth OneXOX pun, tak ada yang jaga. Mungkin sebab tak ramai yang membeli secara berdepan agaknyalah.

Nak lebih mudah dan taknak pening kepala, beli je di kedai online antaranya adalah di Shopee. Boleh cuba request dengan seller nak pelan sama ada pelan OneXOX 28 bulan ataupun pelan OneXOX Wawa. Kalau nak pelan Wawa, memang kena request siap-siap sebab ianya berbeza dan kena ada sedikit input teknikal dalam OneXOX tersebut.

Apapun, kalau berminat nak dapatkan simkad OneXOX, boleh terus dapatkan di Shopee melalui link di bawah.

Mudah kerana boleh terus beli di Shopee dan tunggu sahaja simkad sampai ke rumah. Tak perlu pening nak cari simkad di kedai online, Facebook ataupun shopping mall. Yang penting, lepas dapat simkad tu boleh cepat-cepat daftar dan gunakan. Jangan dibiarkan lama-lama takut nanti expired pulak.

Ini adalah antara pelan yang baik untuk anda sendiri cuba. Kalau berminat, boleh cuba beli pelan ini dan saya mengharapkan XOX Internet Plan Unlimited akan sentiasa bertambah baik dari masa ke semasa.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *