Plan OneXOX Prepaid – Review Jujur Ikhlas 2024

Pada kali ini, saya nak berikan review berkenaan dengan plan XOX Prepaid juga, pelan internet milik mereka. Seperti juga Tune Talk, OneXOX menggunakan talian Celcom dan data milik Celcom dan jika data milik Celcom bagus, OneXOX juga bagus dan boleh digunakan.

Tiada syarikat yang benar-benar perfect, pada artikel ini, kami nak berikan beberapa info sebagai satu review berkenaan dengan OneXOX yang anda perlu tahu.

OneXOX Prepaid adalah sebuah layanan prabayar (prepaid) untuk telepon seluler yang ditawarkan oleh perusahaan telekomunikasi di Malaysia bernama OneXOX. Layanan ini memungkinkan pelanggan untuk membeli paket prabayar sebelum menggunakan layanan telepon seluler dan internet, sehingga pelanggan hanya perlu membayar sesuai dengan jumlah yang digunakan.

pelan onexox preiad

Apa Yang Menarik Daripada XOX

Antara perkara yang paling menarik kalau nak gunakan OneXOX adalah tempoh sah mereka yang panjang. Boleh dikatakan antara yang paling panjang di Malaysia. Tempoh sah mereka adalah sehingga 18 bulan ataupun bersamaan dengan 2 tahun 4 bulan. Ianya satu tempoh yang agak lama tu. Kalau memang anda nak tempoh yang panjang, ini adalah antara pelan yang bagus untuk anda gunakan.

Anda boleh memilih untuk menggunakan prepaid ataupun postpaid untuk OneXOX. Tak semua syarikat telekomunikasi menyediakan pakej prepaid dan postpaid untuk pelanggan mereka. Macam saya, saya lebih gemar menggunakan pakej prepaid berbanding dengan postpaid kerana ianya jauh lebih jimat dan memberikan lebih fleksibiliti kepada pengguna. 

Pelan daripada OneXOX membolehkan anda untuk menjadi seorang dealer dan membolehkan anda untuk menjual simkad milik mereka. Anda boleh mendapat keuntungan setiap kali ada pelanggan yang topup menggunakan syarikat Telco daripada OneXOX. Sekarang ini, ada beberapa syarikat yang menawarkan pakej untuk menjadi seorang dealer antaranya adalah Halo Telco yang merupakan anak syarikat Tune Talk. Alang-alang jadi pengguna tu, bolehlah cuba tambah pendapatan sekali daripada syarikat telekomunikasi.

Secara jujurnya dahulu saya tak berminat dengan pelan prepaid dari OneXOX. Pelan prepaid mereka agak ketinggalan zaman dan kadangkala dilihat mahal berbanding lainnya.  Itu dahulu, sehingga munculnya Wawa Prepaid dari OneXOX yang pada saya setanding dengan data plan milik syarikat telekomunikasi lain. Ianya seiring dengan Pakej Jimat Tune Talk yang baru dilancarkan ini.

Wawa Prepaid – XOX Boleh Pergi Jauh

Wawa Prepaid menawarkan 2 pakej menarik iaitu 

WAWA 18 

WAWA 35

Sejujurnya pelan Wawa18 dan Wawa35 ni tak lari jauh dengan pelan Hi35 dan Call20 Tune Talk. Saya sendiri merupakan seorang dealer Tune Talk dan pengguna plan Hi35. 

Nak dapatkan pelan OneXOX ini mudah sahaja, boleh terus dapatkan di link bawah. Official store ONEXOX dengan shipping percuma.

Pelan Hi35 memang menyerupai Wawa35, cumanya Hi35 dari Tune Talk ini, mempunyai call tanpa had dan sesuai untuk mereka yang kerap melakukan panggilan telefon. Lagi satu pelan Hi35 ini didatangkan dengan insurans kemalangan RM5000 dan khairat kematian RM800 bergantung pada syarat yang ditetapkan. Nak dapatkan info lanjut dan terus nak beli pelan Hi35, boleh terus ke kedai Shopee kami di bawah ini.

Apapun, dengan adanya pelan Wawa18 dan Wawa35 ini, nampak sudah ada harapan di hujung terowong yang gelap bagi OneXOX dan bolehlah OneXOX bersaing dengan syarikat telekomunikasi yang lain.

OneXOX – Penaja Utama Perak FC

Halo Telco merupakan penaja kepada Kedah FC, tapi bukan penaja utama. Yang menarik, OneXOX adalah penaja utama Perak FC dan ini mungkin salah satu cara dan strategi pihak OneXOX untuk mengembangkan jenama mereka di peringkat Malaysia dan mungkin di dunia, siapa tahu.

IPOH: ONEXOX Sdn Bhd, anak syarikat XOX Berhad memperkenalkan pelan edisi The Bos Gaurus (TBG) iaitu pelan eksklusif terbaharu, khas buat penyokong Perak FC.

Dalam kenyatannya, ONEXOX berkata, pelan baharu ini untuk menyampaikan pengisian eksklusif untuk meningkatkan penglibatan para peminat bola sepak tempatan dengan informasi dan berita terkini tentang kelab kegemaran mereka akan terus dihantar ke mudah alih.

Menurutnya, menerusi pelan itu, terdapat pakej yang berbeza untuk memenuhi keperluan penggunaan individu pada harga serendah RM54 sebulan, pelanggan akan mendapat 48GB data dan minit bual tanpa had. (sumber)

Saya bukan peminat Perak FC dan jika anda memang peminat Perak FC, memang digalakkan untuk anda berikan support ataupun dorongan kepada Perak FC dengan membeli ataupun menggunakan syarikat telekomunikasi OneXOX.

Jangan lupa dapatkan simkad Promosi ONEXOX, pelan Wawa ataupun pelan termasuk validity ini memang sangat berbaloi untuk anda dapatkan, boleh dapatkan di link bawah.

Kekurangan & Kelemahan OneXOX

Tak semua syarikat telekomunikasi ini perfect dan sesuai untuk semua orang. Setiap syarikat telekomunikasi ini pastinya mempunyai target market mereka sendiri. Berikujt adalah antara beberapa perkara yang mungkin pihak OneXOX boleh perbaiki lagi.

Call Tanpa Had adalah antara perkara yang mereka boleh perbaiki dari masa ke semasa. Saya lihat sekarang ini, akibat daripada perkembangan teknologi dan data, tak ramai sebenarnya yang menggunakan fungsi call tanpa had ini. Ramai yang menggunakan call dalam bentuk whatsapp untuk berhubung, juga menggunakan app telegram untuk membuat panggilan telefon. Pengalaman saya sendiri, saya jarang gunakan fungsi call, mungkin tak sampai pun 100 menit sebulan. 

Banyak syarikat yang menawarkan pelan khairat kematian dan juga insurans kemalangan. Antara syarikat yang menawarkan servis ini adalah Tune Talk. Ianya tak berikan kesan langsung kepda penggunaan seharian, akan tetapi, ianya memberikan satu nilai tambah kepada pengguna dan memberikan beberapa kelebihan dan pilihan kepada pengguna. Mungkin pihak OneXOX boleh ambil kira saranan ini dan saya juga nampak dan lihat pelan yang ditawarkan oleh OneXOX semakin baik dari masa ke semasa.

Apapun boleh tengok video di bawah bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan pelan OneXOX terkini.

Alternatif Lain OneXOX

Sekarang memang ada banyak alternatif lain kepada Onexox. Sebagai pengguna, pastinya kita boleh buat pilihan berkenaan dengan pelan mana yang terbaik untuk digunakan. Yang penting kita sebagai pengguna, dapat manfaat paling banyak dalam apa sahaja produk ataupun servis yang kita gunakan setiap hari ataupun setiap masa.

Sekarang ini, jumlah yang kita guna dan bayar setiap bulan ni, ada beberapa manfaat yang tak semua syarikat telekomunikasi boleh berikan. Berikut adalah antara manfaat kepada saya sekarang masih lagi setia menjadi dealer dan pengguna Tune Talk berbanding pelan lainnya.

  • Khairat kematian RM800 sehingga RM1400 bergantung kepada pelan yang digunakan. Siapa nak bagi kan khairat kematian banyak macam ni. Alang-alang guna, guna betul-betul.
  • Manfaat takaful kemalangan, yang ni kena langgan RM30 ke atas menggunakan app Halogo Lifestyle. Tak semua tawarkan.
  • Manfaat jadi dealer. Alang-alang guna, boleh buat income sekali.

Plan OneXOX Prepaid ataupun postpaid ini ada kebaikan dan kekurangan begitu juga dengan pelan Tune Talk, Celcom dan lain-lain. Guna sehabis baik dan cari syarikat dan manfaatkan secara maksimum apa sahaja yang anda gunakan dalam kehidupan seharian.

Related Posts

10 thoughts on “Plan OneXOX Prepaid – Review Jujur Ikhlas 2024

  1. One XOX ni akak pernah pakai. Di antara akaun telco yang mudah. Harga pun murah je bulanan untuk maintain. Info yang bagus!

    1. Onexox ni antara yang fleksible betul, saya pun pernah guna dan sekarang beralih ke Tune Talk

    1. memang antara yang bagus dan berbaloi kalau nak guna, memang boleh consider

  2. Wah!! Promosi plan yang sangat bagus.. Sebelum ini AM kena reload RM60, 8GB dan unlimited call.. Kadang Data pun tak terusik sbb kat opis ada WIFI kan.. Memang selalu call anak2 untuk pastikan keadaan diaorg.. Tawaran Plan yang menarik dan menjimatkan bagi AM

  3. wow now i understand why u cannot give up tune talk. the benefits are so amazing, including those which are not offered by other brands!

  4. ohh wow… thanks for sharing about this here, seems like a new Telco services that can be considered. gonna check out more for my another business line then. cheers Siennylovesdrawing

  5. Belum pernah pakai onexox tapi tahu kewujudan dia dah lama. Can consider later 🙂 Terima kasih atas review jujur ini 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *