Tone Wow Penipu ? Review Jujur Ikhlas 2024

Betul ke Tone Wow penipu? Pada artikel kali ini, kami nak kupas kelebihan dan kekurangan yang ada pada Tone Wow kemudian anda tentukan sendiri sama ada berbaloi atau tidak untuk anda menggunakan Tone Wow ini.

Biasanya mereka yang menggunakan Tone Wow ini adalah mereka yang nak tambah income disamping gunakan simkad yang mereka ada sekarang. “Daripada guna talian telekomunikasi dan tak ada apa nilai tambah, lebih baik cari platform seperti Tone Wow yang di mana anda guna dan ada peluang tambah income”.

Boleh baca sampai habis kerana dalam artikel ini juga, kami berikan anda beberapa alternatif terbaik kepada Tone Wow. Akan tetapi, kalau anda sudah selesa dengan Tone Wow, tak ada masalah nak teruskan hasrat pembelian.

tonewow penipu

Kelebihan ToneWow

Apa yang menarik dalam ToneWow dan ianya sangat ketara adalah pada peluang untuk tambah pendapatan dengan menjadi seorang dealer Tone Wow. Boleh kata Tone Wow adalah antara pengasas skim tambah income melalui penjualan simkad. Ianya tak lari jauh dengan apa yang Tune Talk tawarkan di mana anda boleh menjadi seorang dealer ataupun penjual simkad.

Persoalannya, adakah ianya tipu dan tak berikan komisyen seperti yang dijanjikan? Pada saya ianya tak menjadi isu kerana ramai yang sudah sangat berjaya dengan ToneWow dan memang tiap-tiap bulan mereka akan mendapat komisyen dari Tone Wow. Akan tetapi, persoalan lain yang saya nak utarakan, adakah ianya sesuai untuk anda?

Kelebihan lain yang ada pada Tone Wow adalah pada khairat kematian dan juga insurans kemalangan yang mereka tawarkan. Ianya memang tak lari jauh dengan apa yang Halo Telco Tune Talk tawarkan dan boleh dikatakan perbandingan yang baik antara Tone Wow dan Tune Talk. OneXOX pun ada menawarkan skim menjadi dealer akan tetapi tiada program khairat kematian dan insurans kemalangan yang mereka tawarkan.

Cuma antara perbezaan yang ketara adalah, pihak ToneWow menggunakan Digi sebagai talian utama mereka manakala Tune Talk dan OneXOX menggunakan Celcom untuk coverage mereka. Kalau di tempat anda, coverage Digi bagus, Tone Wow adalah pilihan yang baik dan kalau coverage Celcom bagus, Tune Talk adalah pilihan yang baik untuk anda.

Apapun, kalau anda berminat dengan Tune Talk dan nak dapatkan simkad terkini, boleh terus beli dengan kami di link bawah. Anda akan di bawa ke kedai Shopee kami.

Kekurangan ToneWow

Setiap syarikat telekomunikasi ini ada target merket mereka sendiri dan begitu jugan dengan Tone Wow. Pada saya kalau anda nak membina rangkaian network sehingga beberapa level, memang Tone Wow adalah antara pilihan yang baik. Akan tetapi, untuk pilihan pelan langganan data, tak ada banyak pilihan untuk ToneWow berbanding dengan syarikat pesaing lain seperti Tune Talk terutamanya dan juga OneXOX.

Pelan ToneWow paling murah adalah pada harga RM35 dan ini berbeza sekali untuk Tune Talk dan juga OneXOX. Memang ada banyak pilihan pelan yang anda boleh guna dan manfaatkan. Kalau Tune Talk itu, anda boleh gunakan pelan Call20 pada harga RM20 sebulan untuk mak ayah di kampung dan juga Pelan Hi15 untuk anak-anak di asrama dan anak sekolah. Pun Ada pelan untuk langganan tahunan dan sebagainya. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan pelan Tune Talk ini, anda boleh dapatkan info lanjut di bawah ini.

Ini pendapat peribadi saya sendiri, ToneWow lebih mesra kalau seseorang tu nak buat income stail network marketing. Kalau nak buat income sehingga 7 ke 8 layer pengguna, memang ToneWow boleh pergi jauh berbanding pesaing lainnya.

Kalau untuk anda nak jadi pengguna biasa, memang Tune Talk adalah antara pilihan yang baik. Kerana lebih banyak pilihan penggunaan pelan data terutama melalui pakej jimat daripada RM15 kepada RM55 sebulan. Anda pun boleh untuk melanggan terus pakej tahunan ataupun mingguan. Lebih menarik, anda pun boleh menjadi seorang dealer dengan Tune Talk.

ToneWow munggunakan coverage Celcom dan penggunaan coverage ini adalah sangat subjektif. Ianya boleh jadi kelemahan di sesetengah tempat dan kelebihan di tempat-tempat lain. Kalau di tempat anda, coverage Digi tak bagus, jagan guna ToneWow dan begitu juga kalau di tempat anda, coverage Celcom tak bagus, jangan guna Tune Talk dan OneXOX. Ya betul dan ianya sangat subjektif.

Alternatif Selain ToneWow

Kalau tanya saya, alternatif terbaik selain daripada Tone Wow adalah Tune Talk. Sama sahaja mereka ada pakej menjadi seorang dealer, ada khairat kematian dan takaful kemalangan dan harga pakejnya pun tak jauh beza.

Cuma Tune Talk membolehkan anda untuk memilih lebih banyak pelan untuk kegunaan harian seperti Hi15 dan Call20 pada harga yang lebih murah. Ada juga pakej tahunan dan bulanan yang pada saya sangat-sangat menarik sebagai seorang pengguna.

Terkini Tune Talk ada keluarkan pelan Epik. Ianya pelan revolusi baru dan berbaloi untuk anda sebagai pengguna ataupun sebagai dealer. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan pelan ini, anda boleh di artikel Tune Talk Epik SINI.

Cumanya, kalau anda nak tambah income dan nak bina jaringan yang besar (network), memang anda boleh cuba ToneWow kerana jaringan ataupun network Tune Talk adalah sehingga 3 level sahaja.

Tak Semua Nak Tambah Income – Lebih Selesa Jadi User

Akhirnya memang tak semua orang nak tambah income dengan menggunakan telefon mereka. Ada yang lebih selesa jadi user dan buat perniagaan lain ataupun kekalkan kerja sekarang. 

Cuma, bila jadi user dan nak gunakan syarikat telekomunikasi, boleh pilih syarikat yang berbaloi untuk anda guna antaranya adalah Tone Wow, Tune Talk dan lain-lain. Timbul persoalan adakah Tone Wow penipu? Pada saya tak tipu pun kerana mereka memang membayar komisyen pada waktu dan masa yang dijanjikan. Cuma persoalan lain itu, adakah Tone Wow sesuai untuk anda?

Related Posts

4 thoughts on “Tone Wow Penipu ? Review Jujur Ikhlas 2024

  1. Tonewow tds35 katanya unlimited call..bila buat panggilan utk talian hotline hbs kredit.minit panggilan pun tak gerak.unlimited bende kalau ada minit kuota.highspeed utk 30gb data guna 4 hari je dah pokai utk heavy user. Paling menghampakan ialah tdu55 unlimited konon adoii la.letak je la sana 100gb.speed 10mbps pun xpe. Tak payah la nak kelentong user. Sbb sekarang dah tahun 2023,zaman 5G. org dah boleh nilai mana yg better sbb pesaing telco lain offer lg better dan berbaloi. Org dah boleh nmpk dah. Contoh umobile GX38/GX43 walaupun plan ni dah lapuk (unlimited funz) tapi tetap rare tau simkad dia ramai yg cari.u mobile siap bagi new plan gx43 unlimited call/data/hotspot rm43. Minta2 tonewow upgrade la plan diorang yang dah lapuk tu. apa strategi tonewow untuk plan 5G yg akan datang nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *