Keburukan Omi Chat – Dating App Bahaya?

Pada kali ini kami nak cerita berkenaan dengan keburukan Omi chat ataupun dating app yang lain kepada anda semua. Betul ke boleh dapat jodoh dengan Omi chat ini dan memang tak dinafikan, setiap apa pun applikasi yang ada ini, ianya boleh mendatangkan kelebihan dan juga kekurangan.

Omi Chat merupakan satu platform chat yang tak asing lagi, lagilah apabila pihak mereka membelanjakan jumlah yang besar untuk tujuan pengiklanan. Kita pun boleh nampak apabila iklan Omi Chat ini sering keluar dalam platform android play store, apple app store dan kadangkala di youtube, tiktok dan beberapa platform popular lain. Kalau tiada yang langgan dan guna, masakan pihak mereka sanggup keluarkan dana yang banyak untuk tujuan pengiklanan.

Boleh tengok dan baca artikel ini sampai habis, untuk anda tahu berbaloi tak guna dating app macam Omi Chat ini dan betul ke boleh dapat jodoh daripada platform seperti ini.

keburukan omi chat

Ikhtiar Tak Salah

Sebagai seorang Islam, memang digalakkan dan diwajibkan untuk terus berikhtiar dalam banyak perkara. Termasuklah dalam bab jodoh. Ada yang kata, jodoh tu kan dah tetap, betul akan tetapi, ikhtiar tu pun salah satu perkara yang penting untuk kita sebagai seorang islam dan bukan islam untuk usahakan.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir,” (QS Ar-Rum: 21).

Teruskan berusaha dan berikhtiar dan termasuklah menggunakan platform dating app ini pun merupakan salah satu ikhtiar kita. Cumanya, bila menggunakan app seperti ini kena tambah hati-hati kerana takut terjerat dengan perangkap scammer ataupun love scam. Mintak baca artikel ini sampai habis kerana akan kami terangkan sedikit demi sedikit info berkenaan dengan hal ini.

Ada Juga Yang Dah Berjaya Dapatkan Jodoh

Memang tak dinafikan, ramai yang sudah dapat jodoh daripada dating app ini termasuklah Omi Chat. 

Tak percaya, saya banyak nampak testimoni before dan after perbualan yang berakhir dengan jinjang pelamin ini di twitter. Bermula dengan perkenalan biasa dan masing-masing pun serious, akhirnya pergi ke jinjang pelamin, alhamdulillah.

Nak tahu Twitter apa, saya ada ceritakan dalam salah satu app cari jodoh di dalam artikel di SINI. Memang berbaloi untuk anda juga ikhtiar dan cuba.

Walaupun begitu, banyak juga cerita yang tak menjadi dan terpaksa untuk post beberapa kali dalam laman twitter tersebut. Ianya ada diceritakan dan anggaplah ianya sebagai “tak ada jodoh”. Bersangka baiklah sahaja dan jodoh yang lebih baik itu akan ada pada kemudian hari nanti.

Cara Guna Omi Chat

  • Nak guna Omi Chat ini tak susah pun, pertama sekali download je Omi Chat di google play store ataupun Apple App Store. 
  • Dah download tu, buat je pendaftaran, sama je proses kalau anda nak buat email baru, nak daftar Facebook ataupun Whatsapp tu. Perlu bagi email, username, password dan lain-lain.
  • Selepas daftar, masukkan nama, butir peribadi seperti jantina, umur, beberapa gambar dan lain-lain. Kemudian anda enable kawasan dan cuba cari pasangan di kawasan terdekat dengan anda. Boleh je cuba guna tiada masalah pun.
  • Dah berkenalan tu, kalau serasi bolehlah ke proses seterusnya dan kalau dah jodoh, alhamdulillah boleh teruskan ke proses seterusnya, cuma nak beritahu awal-awal, dalam dating app ini, ada ramai scammer dan ada juga yang memang ikhlas nak cari jodoh. Jadi kena hati-hati dalam menggnakan app ini.

Dating App Penuh Dengan Scammer?

Kita kalau boleh tak nak perkara seperti ini terjadi.

KUALA LUMPUR: A local woman claims to have been cheated of over RM1.4mil after meeting a someone online who claimed to be South African engineer working in New Zealand.

Petaling Jaya district police chief ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid said the 54-year-old victim met the suspect on Facebook in April and continued their “friendship” through the WhatsApp. [source]

Ni lagi cerita dan saya pasti, banyak lagi cerita seperti ini sebagai satu kesedaran kepada anda.

KUALA LUMPUR: A company director in Ipoh, Perak, lost RM5.29 million after being duped by a man she met on an online dating site.

Kuala Lumpur police chief Azmi Abu Kassim said the 64-year-old victim lodged a police report here yesterday.

“The suspect introduced himself as a paramedic at a California hospital and told the victim he had received a large contract for the supply of medical equipment worth US$22 million and needed initial capital funds. He also promised to marry her,” he said in a statement. [source]

Platform yang digunakan ini tidaklah merujuk kepada Omi Chat dan ianya boleh juga merujuk kepada platform dan lain dan saya tidak kata Omi Chat ini tak bagus dan semuanya scammer. Cuma, kena lebih berhati-hati dalam mengenal. 

Apabila bakal pasangan yang tak pernah kenal, tak pernah jumpa ini cuba untuk pinjam duit, yang ini kena lebih hati-hati. Biasanya yang tak pernah kenal, tak pernah jumpa dan berani nak pinjam duit ini memang scammer.

Sedangkan kenalan dan ahli keluarga yang pinjam duit pun susah nak bayar balik, inikan lagi mereka yang langsung tak pernah kenal. Jadi kena lebih berhati-hati. Ini adalah antara keburukan Omi Chat yang ketara.

Perlu Ke Khidmat Berbayar Premium Dan Lain-Lain?

Kalau dalam Omi Chat ini ada khidmat premium untuk anda dapatkan lebih detail mereka yang “like” profile anda. Ada yang tanya, berbaloi ke pakej premium ini?

Ada yang kata tak perlu premium pun tidak mengapa, pakai yang free pun dah boleh. 

Ianya terpulang, mungkin anda boleh cuba sahaja menggunakan pakej premium selama satu bulan dan lihat hasilnya. Kalau tiada hasil, tak perlu nak gunakan pakej premium dan guankan pakej yang free sahaja.

Alternatif Lain Dating App

Saya percaya ada banyak lagi alternatif lain selain daripada Omi Chat yang anda boleh gunakan. Ada yang berbayar seperti yang saya nyatakan di SINI dan juga ada yang free. Yang percuma seperti di Twitter itu, anda boleh sahaja cuba post, mana tau ada jodoh di laman web twitter yang saya nyatakan dalam artikel di atas, pun tiada masalah nak juga website lain yang popular dan mana tahu jodoh anda di sana.

Akhir kata, berbalik kepada keburukan Omi Chat ataupun dating app yang lain, nasihat saya ianya taklah buruk, ada sahaja mereka yang berjaya dapatkan jodoh dalam app seperti ini. Cuma kena lebih berhati-hati terutama dengan scammer yang cuba nak pinjam duit. Ianya dah banyak kali terjadi kepada ramai orang dan tak mustahil boleh terjadi kepada anda yang sedang membaca artikel ini. 

smartinvest101.com merupakan satu laman web untuk pelbagai info terkini kewangan, tips tambah income, telco dan lain-lain. Untuk info kami mempunyai kedai di Shopee dan anda boleh akses dan beli simkad Tune Talk dari kami di kedai Shopee kami.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *