Berapa kos bersalin hospital kerajaan dan swasta? Suami isteri yang sedang menghitung hari menunggu ketibaan cahaya mata baru, tentunya inginkan yang terbaik dalam proses bersalin itu. Maka bermulalah episod dilema untuk memilih sama ada bersalin di hospital kerajaan atau swasta.
Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda mengenai kos bersalin hospital kerajaan dan swasta yang terbaru bagi memudahkan anda membuat perbandingan dan keputusan yang terbaik. Mesti nak buat survey kan berapa kos anggaran untuk kos bersalin.
Trend peratusan bersalin di hospital meningkat setiap tahun
Rekod dari dapatan graf mengenai peratusan rakyat Malaysia bersalin adalah meningkat dengan drastik setiap kali tiba bulan September hingga November pada setiap tahun.
Apabila pasangan disahkan mengandung perkara utama yang menjadi beban fikiran kita dan pasangan adalah lokasi bersalin yang sesuai.
Perkara yang sama berlaku, ketika pemeriksaan bulanan di klinik, jururawat atau doktor tentu mahukan jawapan di mana lokasi yang kita ingin lahirkan anak kelak.
Faktor yang mejadi fokus utama setiap pasangan tentunya dari segi bajet dan kos. Kos bersalin hospital kerajaan dan swasta mempunyai perbezaan yang luar biasa jauhnya.
Perbezaan hospital swasta dan hospital kerajaan
Di Malaysia terdapat dua jenis hospital / klinik / pusat rawatan yang menjadi pilihan bagi sesiapa yang mahukan rawatan tidak kira untuk bersalin atau rawatan sakit yang lain.
Ia adalah hospital kerajaan atau hospital swasta. Dalam memilih antara dua ini, antara ciri-ciri yang diambil kira adalah seperti kos perubatan, pemilihan doktor, servis pemeriksaan susulan, dan waktu menunggu.
Ciri-ciri | Hopsital Kerajaan | Hospital Swasta |
Kos perubatan | Murah | Mempunyai beberapa peringkat iaitu mahal, sederhana mahal, |
Pemilihan doktor | Tidak boleh memilih doktor dan hanya doktor yang bertugas akan merawat pesakit | Bebas. Boleh memilih atau tidak boleh memilih adalah bergantung kepada situasi. |
Pemeriksaan susulan | Menyediakan khidmat house call | Tidak menawarkan khidmat house call |
Waktu menunggu | Terpaksa menunggu lama | Bergantung kes kecemasan yang ada |
Kos bersalin di hospital kerajaan
Bayaran atau kos yang diperlukan untuk mereka yang bersalin di hospital kerajaan tidaklah terlalu membebankan disebabkan oleh harga mereka lebih murah dan berpatutan untuk semua lapisan masyarakat. Hospital kerajaan adalah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan ianya tak lari jauh beza antara hospital dengan hospital lainya di Malaysia.
Berikut ini kami kongsikan anggaran kos yang perlu disediakan oleh bakal ibu bapa di luar sana.
Jenis Rawatan | Kelas Satu | Kelas Dua | Kelas Tiga |
Bersalin biasa | RM 450 | RM 150 | RM 10 |
Bersalin kembar | RM 600 | RM 200 | RM 50 |
Bersalin dengan bantuan (forcep / songsang / vakum) | RM 600 | RM 200 | RM 50 |
Pembedahan caesarean | RM 1200 | RM 400 | RM 100 |
Jenis Rawatan | Harga |
Bilik bersalin (setiap kemasukan) | RM 120 |
Dewan bedah (setiap kemasukan) | RM 120 |
Caj Wad Sehari Per Individu | Bilik Tidak Berhawa Dingin | Bilik Berhawa Dingin |
Kelas satu – Bilik 1 katil | RM 90 | RM 120 |
Kelas satu – Bilik 2 katil | RM 60 | RM 90 |
Kelas satu – Bilik 3 katil | RM 45 | RM 60 |
Kelas dua | RM 25 | RM 40 |
Kelas tiga | RM 3 | RM 3 |
Bersalin di hospital swasta
Bayaran atau kos yang diperlukan untuk mereka yang bersalin di hospital swasta sedikit mahal dan boleh menjangkau puluhan ribu ringgit sekiranya terdapat komplikasi rawatan pada pesakit.
Namun begitu, dari segi servis perkhidmatan, kebebasan, dan keselesaan hospital swasta jauh lebih baik kerana keistimewaan tersendiri yang ada padanya.
Berikut ini kami kongsikan anggaran kos yang perlu disediakan oleh bakal ibu bapa di luar sana.
Perlu diingat yang kos-kos ini adalah anggaran sahaja kerana ianya bergantung kepada keadaan semasa di dalam wad.
1. Pakej bersalin Andorra
Jenis Bersalin | 4 Katil | 2 Katil | Katil Single |
Bersalin biasa | RM 3399 | RM 3899 | RM 4599 |
Pembedahan caesarean | RM 8599 | RM 9399 | RM 9999 |
2. Pakej bersalin Annur Bangi
Bersalin Biasa (SVD – spontaneous vaginal delivery):
- 4 katil: RM 2,999
- 2 katil: RM 3,199
- Single: RM 3,379
Kelahiran secara pembedahan atau kelahiran secara bantuan:
- Vakum/Forceps: harga bermula RM 1,000
- Epidural: harga bermula RM 1,100
- Caesarian (3 hari 2 malam): harga bermula dari RM 7,800
3. Pakej bersalin Hospital Pakar Al-Islam
Jenis Pakej | Kemudahan | Harga |
Pakej 1 | Katil singlePenginapan 1 hari 1 malamKelahiranoleh pakar O&GSuntikan BCG, Hepatisis B (dos pertama) dan Vitamin KPenjagaan luka episiotomiRawatan bayi | RM 2500 |
Pakej 2 | 4 katilPenginapan 1 hari 1 malamKelahiran oleh pakar O&GSuntikan BCG, Hepatitis B (dos pertama) dan vitamin KRawatan bayi | RM 2300 |
4. Pakej bersalin Hospital Salam
Bersalin Biasa (SVD – spontaneous vaginal delivery):
- Single/2 katil: RM 2,499
Perkhidmatan termasuk:
- Penginapan 2 hari 1 malam
- Kelahiran normal tanpa komplikasi
- Kelahiran oleh pakar O&G dan konsultasi pakar kanak-kanak
- Imunisasi BCG, Vitamion K dan Hepatitis B
- Makanan disediakan
- LSCS kelahiran secara pembedahan
- Single: RM 6,499
- Penginapan 3 hari 2 malam
5. Pakej bersalin Sunway Medical Centre
- Kelahiran Normal: RM 3,500 – 4,500
- Cesarean (C Section): RM 6,500 – 9,000
6. Pakej bersalin Pantai Hospital Kuala Lumpur
- Kelahiran Normal: RM 5,040 – 7,200 (deposit 6,000)
- Cesarean (C Section): RM 11,520 – 14,400 (deposit 12,000)
7. Pakej bersalin Subang Jaya Medical Centre (SJMC)
- Kelahiran Normal: 7,000 (deposit 7,000)
- Cesarean (C Section): 12,000
8. Pakej bersalin Prince Court Medical Centre
Kelahiran Normal:
- 3 hari 2 malam (Single) — RM 9,000
- 2 hari 1malam (Single) — RM 7,000
Cesarean:
- 4 hari 3 malam (Single) — RM12,000
- 4 hari 3 malam — RM12,900
9. Pakej bersalin Glenegles Kuala Lumpur
- Kelahiran Normal: RM 5,000 – 7,500 (deposit 5,000)
- Cesarean (C Section): RM 8,000 – 11,500 (deposit 8,000)
10. Pakej bersalin Tung Shin Maternity
- Kelahiran Normal: – RM 3,500 ( inclusive of ward charges for mother and baby).
- Vacuum – RM 4,000
- Epidural –RM 4,300
- Caesarean – RM 7,000.
11. Pakej bersalin Thomson Hospital Kota Damansara
- Kelahiran Normal: 4,000 – 6,000
- Cesarean (C Section): 8,500 – 12,000
12. Pakej bersalin KPJ Damansara
Kelahiran Normal:
- Epidural, 3 hari 2 malam (Double Room) — RM6,000
13. Pakej bersalin KPJ Ampang
SVD kelahiran normal
- 4 katil: RM 2,550
- 2 katil: RM 3,050
- Single: RM 3,550
Perkhidmatan termasuk:
- Penginapan 3 hari 2 malam
- Kelahiran oleh pakar O&G
- Ujian saringan neonatal untuk kumpulan darah, G6PD dan TSH
Tidak termasuk lain-lain perkhidmatan makmal.
14. Pakej bersalin Assunta Hospital
- Kelahiran Normal
- 3 hari 2 malam (Single) — RM5,800
15. Pakej bersalin Columbia Asia Setapak
- Kelahiran Normal
- Pitocin (induce), Pethidine, 3 hari 2 malam — RM3,000+
16. Pakej bersalin Columbia Asia Petaling Jaya
- Kelahiran Normal: 4,000 – 6,000
- Cesarean (C Section): 6,000 – 11,000
17. Pakej bersalin Columbia Asia Puchong
Kelahiran Normal
- 1 malam (Double) — RM3,000
- Emergency Cesarean Delivery
- 3 hari 2 malam (Single) — RM9,500
18. Pakej bersalin Columbia Asia Bukit Rimau
- Kelahiran Normal
- No drugs, 2 hari 1 malam (Double Room) — RM3,500
19. Pakej bersalin Columbia Asia Balakong
Kelahiran Normal
- 2 hari 1 malam (Double) — RM4,000
Cesarean
- 3 hari 2 malam (Single) — RM8,000
Setiap bayaran ini biasanya perlu diselesaikan apabila ibu dan bayi dibenarkan pulang oleh doktor yang merawat lebih kurang sehari selepas selesai bersalin khususnya kepada ibu yang melalui proses bersalin normal yang tidak mempunyai komplikasi lain.
Untuk maklumat lebih lanjut, amat disarankan untuk anda hubungi terus hospital kerajaan atau swasta yang menjadi lokasi bersalin untuk mendapatkan lebih kepastian.
Diharapkan artikal ini memberikan anda informasi yang berguna dan bermanfaat untuk anda membuat perbandingan yang terbaik tentang kos bersalin hospital kerajaan dan swasta.
Medical Card Berguna Ke?
Kebanyakan medical card tak cover untuk kos bersalin di hospital kerajaan dan swasta. Kalau anda tahu ada medical card yang cover kos bersalin, sila beritahu di ruangan komen.
smartinvest101.com merupakan satu laman web untuk pelbagai info terkini kewangan, tips tambah income, telco dan lain-lain. Untuk info kami mempunyai kedai di Shopee dan anda boleh akses dan beli simkad Tune Talk dari kami di kedai Shopee kami.