Berapa Kos Jual Beli Saham? 4 Info

Berapa kos yang terlibat untuk proses jual beli saham di Bursa Malaysia? Artikel pada kali ini akan memberikan anda beberapa penerangan berkenaan dengan topik ini bagi memudahkan anda untuk membuat pengiraan secara detail berkenaan dengn kos-kos yang terlibat.

Mudahlah nak kira berapa profit dan berapa loss % untuk satu pergerakan saham. Mungkin sebelum ini cuma nampak profit yang app dalam broker anda tunjuk sahaja, tetapi berapa jumlah sebenar tu masih belum nampak lagi. Pada kali ini, untuk memudahkan anda, kami tunjuk contoh pengiraan dan beberapa app bagi memudahkan anda untuk kira betul-betul berapa % profit dan loss. Lebih mudah sebenarnya kalau ada app ataupun calculator khas mengenai ini dan ianya memang akan memudahkan anda.

Ada beberapa tools bagi memudahkan anda juga Frequently Asked Question(FAQ) berkaitan dengan topik ini di akhir artikel.

kos jual beli saham

Brokerage Fee

Sebelum pergi lebih jauh, anda kena tahu berapakah brokerage yang ditawarkan oleh bank ataupun broker anda. Ini adalah soalan yang paling penting sekali bagi memudahkan anda untuk membuat pengiraan.

Kita ambil contoh mudah, produk icash dari CGS CIMB memberikan RM8 min / 0.08%. Pengiraan mudah adalah seperti berikut.

Kita teruskan kepada pengiraan. 

Contoh 1:

Beli saham berharga RM0.8 sebanyak 1000 unit.

RM0.8 x 1000 = RM800 – RM800 ini perlu untuk didarabkan dengan brokerage 0.08%

RM800 x 0.08% = RM0.64, tak lepas pula minimum RM8, jadi automatik broker akan caj RM8

Contoh 2:

Beli saham sebanyak RM1.2 sebanyak 10,000 unit

RM1.2 x 10,000 = RM12,000 – RM12,000 ini perlu untuk didarabkan dengan brokerage 0.08%

RM12,000 x 0.08% = RM9.6. Di sebabkan melebihi RM8, maka inilah brokerage yang akan dikenakan kepada anda.

Untuk info memang setiap broker akan menawarkan brokerage yang berbeza-beza mengikut keadaan tertentu dan jika anda berdaftar dengan kami, insyAllah boleh dapat brokerage Rm8 / 0.08% ni. Info lanjut berkenaan dengan pembukaan akaun ini anda boleh dapatkan dan lihat di SINI.

Clearing Fee

Berikut adalah pengiraan untuk clearing fee.

0.03% (Maksimum RM 200)

Kita ikut contoh 1 di atas untuk memudahkan proses pengiraan dilakukan.

RM 800 x 0.0003 = RM 0.24

GST (6%) bagi clearing fee:

0.06 × RM 0.24 = RM 0.01

Jumlah clearing fee = RM0.24 + RM0.01 = RM 0.25

Duti Stem

Duti stem adalah caj yang dikenakan oleh Bursa Malaysia untuk setiap transaksi yang dilakukan. Ianya akan dibayar kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN. RM 1 akan dikenakan bagi setiap transaksi bernilai RM1,000. (Maksimum RM 200)

Bagi contoh ini, caj duti setem yang dikenakan adalah RM 1. 

Jumlah bayaran sebenar

Jadi, berapakah jumlah bayaran sebenar untuk ataupun kos untuk proses jul beli saham ini? Jadi kita kira bali dari awal sehingga akhir untuk setiap proses.

RM 800 + RM 8 + RM 0.25 + RM 1 = RM 809.25

Take note taupun perlu untuk saya ingatkan di sini yang caj ini dikenakan untuk proses beli dan kemudian akan dikenakan sekali lagi caj yang sama untuk proses jual juga. Beli dan jual pun akan dikenakan caj yang sama.

Tetapi sekarang ini memang semua benda boleh dilakukan secara online, pengiraan ini akan berlaku secara automatik dan anda boleh lihat di statement pada hujung bulan seperti yang dihantar oleh broker anda. 

Asalkan kaunter yang anda masuk ini tidak rugi dan boleh cover brokerage fee ini pun sudah sangat memadai. 

Ataupun anda boleh cuba target untuk buat duit RM100 sehari seperti dalam video di bawah, teknik intraday dalam saham.

Ini adalah antara contoh dan tidak semestinya anda perlu ikut. Ada banyak tips dan cara serta strategi lain untuk buat profit dalam saham. Jika brokerage anda agak mahal, boleh cuba buka akaun dengan kami untuk mendapatkan brokerage yang murah sedikit dan support untuk SOP dan trading strategi lain.

Kalkultor Ataupun Tools Lain

Ada banyak tools lain yang ada di pasaran. Saya sendiri gunakan app nama adalah MyStock. Boleh je kalau nak download daripada apple app store ataupun google play store. Boleh tengok screenshot di bawah untuk jumlah charge yang dikenakan.

pengiraan kos jual dan beli saham

Search je app nama MyStock. Jangan lupa untuk anda tekan taupun isikan sekali buy dan sell price, di situ anda pun boleh pilih broker yang anda mahukan. Ada banyak list broker yang ada untuk anda pilih dan setiap broker mengenakan caj yang berbeza.

Pelajari Saham Percuma

Jika anda nak pelajari saham percuma pun tak ada masalah. Boleh ke section training kami dan pelajari kelas saham percuma dari situ. Nak akses kelah saham percuma, boleh ke kelas tersebut di SINI.

Selain daripada itu, untuk banyak lagi tips terkini berkaitan dengan kewangan secara umum dan tips-tips lain berkaitan dengan saham, anda boleh ke Youtube Channel kami bagi mendapatkan banyak info berkenaan dengan topik-topik tersebut. IanysaAllah berbaloi dan banyak yang anda boleh pelajari dan masa ke semasa.

FAQ

Berikut adalah FAQ ataupun soalan yang sering ditanya selain daripada soalan mengenai kos jual beli saham di Malaysia.

Macam mana cara jual beli saham

Ianya perlukan detail yang panjang, tapi secara ringkas, untuk jual dan beli saham di Malaysia, anda perlukan akaun CDS dan berdaftar dengan Broker di Malaysia.

Berapa Tempoh Jual Beli Saham?

Bergantung kepada strategi anda, anda boleh jual dan beli saham pada hari yang sama ataupun anda boleh beli saham hari ini dan jual setahun kemudian. Tak ada masalah. Tapi anda perlu jawab sendiri apa strategi yang anda nak guna untuk jual dan beli saham sebelum mula membeli.

Berapa Harga Seunit Saham?

Ianya bergantung kepada saham apa yang anda nak beli. Ada kaunter saham yang berharga 50sen, ada yang berharga Rm1.2 ada yang berharga RM8 dan lain-lain.

Waktu Terbaik Beli Saham

Pada saya, waktu terbaik adalah ketika anda beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. Untuk tahu ini, anda perlukan kemahiran asas teknikal analisis

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest