11 Senarai Broker Saham Terbaik 2021

Pada artikel kali ini, kami akan senaraikan 11 broker saham terbaik untuk tahun ini. Mana yang terbaik dari segi harga dan juga support. Apapun, boleh baca satu persatu.

Anda sedang mencari ilmu pelaburan dan perdagangan saham dari zero sehingga expert? Ini adalah ilmu yang berguna untuk anda. Artikel pada kali ini, kami akan menyenaraikan broker saham terbaik di Malaysia. Sebelum membuat apa-apa perancangan, anda perlu terlebih dahulu mengenali broker-broker yang menawarkan khidmat yang terbaik dalam pelaburan saham.

Apa Itu Akaun CDS?

Akaun CDS bermaksud ‘Central Depository System’ atau Sistem Depositori Pusat. Akaun ini berfungsi untuk menyimpan dan mengemas kini saham setelah anda membuat urusan belian dan jualan. 

Saham anda akan disimpan secara elektronik di sistem yang disediakan di Bursa Malaysia. Akaun CDS dan ‘trading’ untuk pelabur boleh dibuka lebih daripada satu. Sebagai contoh jika anda mempunyai akaun CDS dan ‘trading’ bersama Maybank Investment Bank, anda juga boleh membuka akaun CDS dan ‘trading’ Bersama Kenanga Investment Bank, RHB Investment Bank, Malacca Securities, atau Public Investment Bank.

Anda juga boleh dapatkan info di atas berkenaan dengan cara buka akaun CDS saham di Malaysia.

Perbezaan CDS Islamik VS CDS Konvensional

Dalam CDS terdapat dua kategori iaitu Islamik dan konvensional. Untuk pengguna Muslim, anda disarankan untuk membuka akaun CDS Islamik kerana diyakini sumbernya yang halal lagi baik. 

CDS IslamikCDS Konvensional
Hanya membenarkan pembelian saham yang patuh syariah sahajaBoleh membeli semua jenis saham sama ada yang patuh syariah atau tidak
Tidak akan menerima sebarang faedah ke atas wang disimpan dalam akaun “trading”Akan menerima faedah ke atas wang deposit yang disimpan dalam akaun “trading”
Margin “financial” dalam bentuk “Al-Murabah” iaitu struktur pinjaman yang patuh syariah dan memerlukan cagaran atau “collateral”Terdapat akses untuk margin “trading” di mana anda boleh membuat pembelian melebihi wang yang terdapat dalam akaun “trading” anda

1. Malacca Securities Sdn Bhd

Hasil carian imej untuk Mplus Online

Malacca Securities Sdn Bhd (M+) atau juga dikenali sebagai MPlus adalah sebuah broker patuh syariah yang dikawal dan dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia (BSKL). Ia diakui dalam menguruskan hal-hal berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia. Broker yang hampir 60 tahun bertapak di bawah nama Malacca Traders ini mempunyai beberapa cawangan seluruh Malaysia seperti di Wangsa Maju, Johor, Subang dan lain-lain. Selain itu, MPlus juga banyak memenangi pelbagai anugerah di antaranya “2017 Best Retail Equities Participating Organisation Non-Investment Bank”. 

Paling menarik dalam banyak-banyak broker, MPlus memegang gelaran sebagai CDS yang menguntungkan para pelabur. Ini disebabkan brokerage fee yang dikenakan olehnya adalah sangat rendah. 

Intraday0.05%Minima RM 8
Swing0.08%Minima RM 8

Ia juga adalah brokerage yang paling murah di Malaysia dan mempunyai platform Excel Forcel yang mana sangat mudah, komprehensif, dan mesra kepada pelabur untuk digunakan.

2. Rakuten

Hasil carian imej untuk rakuten trade

Rakuten Trade adalah syarikat kerjasama antara Kenanga Investment Bank Berhad dan Rakuten Securities Inc. dari Jepun. Ia memegang lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan lesen berkenaan membolehkan syarikat itu menjalankan urus niaga dalam senarai sekuriti dan menyediakan nasihat pelaburan. Broker ini juga pernah mengemparkan Malaysia pada 2018, apabila telah mencatatkan 800 pendaftaran dengan 30 peratus pelanggan baru.

6 saham patuh syariah yang menjadi pilihan broker ini adalah APPASIA, DNONCE, SCOMNET, TCS, AirAsia Group, dan Tenaga Nasional Berhad. Menariknya, broker ini menggunakan 100% transaksi secara online jadi anda tidak perlu bersusah payah beratur dan mengisi borang lagi. Untuk maklumat lanjut anda boleh klik pada laman web ini https://www.rakutentrade.my/

3. UOB Kayhian

Hasil carian imej untuk UOB Kayhian

UOB Kay Hian adalah broker terbesar di Singapura dan seluruh Asia. Produk lain yang boleh anda dagangkan melalui UOB Kay Hian termasuk sekuriti asing yang tersenarai di bursa saham Singapura, Hong Kong, New York dan Amerika, serta ETF, niaga hadapan dan waran berstruktur. Broker jenis ini juga menggunakan platform perdagangan berasaskan web broker yang dikenali sebagai Utrade.

4. Mitrade-Derivatif Broker

Mitrade-Derivatif Broker adalah bursa saham dalam talian yang terletak di Australia. Broker ini mendapat lesen perkhidmatan kewangan di bawah kuasa Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC). Lebih dari 100 instrumen kewangan boleh diperdagangkan melalui Mitrade. Mitrade juga unggul memegang pelbagai anugerah diperingkat global seperti Broker Paling Inovatif, Broker Berkembang Paling Cepat Australia dan Platform Dagangan Mudah Alih Terbaik. 

Kebaikan yang sangat membantu penggunanya adalah broker ini mempunyai platform perdagangan yang canggih, berteknologi tinggi dan kemudahan khidmat pelanggan berprofesional, yang akan membantu anda dalam urus niaga pasaran saham global yang lebih baik. Di samping itu, ia juga dilengkapi dengan perdagangan mudah alih, web dan profesional bagi membantu pelabur menganalisis asas pasaran saham, aspek teknikal dan risiko pelaburan saham.

5. Maybank Investment Bank

Hasil carian imej untuk Maybank Investment Bank

Maybank Investment Bank tidak asing lagi di Malaysia dan ia ditubuhkan pada tahun 1973. Popular sebagai sebuah syarikat terbesar di Malaysia dalam konteks modal pasaran, bank ini juga merupakan bank yang menjadi pilihan kebanyakkan rakyat Malaysia.

Untuk perdagangan saham melalui Maybank2u.com, anda dengan mudah boleh melihat sebut harga semasa, dan trend pasaran terkini dengan hanya melayari laman web rasmi mereka di https://www.maybank2u.com.my/

6. Hong Leong Investment Bank

Hong Leong Investment Bank menyediakan perkhidmatan broker saham biasa dan memberi maklumat kepada pelanggan untuk membuat keputusan pasaran yang lebih baik, cepat, mudah, dan tepat.

Platform perdagangan berasaskan web HLeBroking ini tersedia bagi pengguna Android dan iOS, mempunyai fungsi carta, sebut harga semasa, pengesan saham dan aplikasi perdagangan mudah alih. Anda boleh memperdagangkan saham yang tersenarai di bursa Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Hong Kong, Shanghai, Australia dan Thailand dengan harga yang terbaik.

7. Just Forex

Hasil carian imej untuk Just Forex

Justforex adalah sebuah broker dikenali di dunia yang membantu orang ramai menjana pendapatan dalam pasaran kewangan dengan menyediakan mereka syarat-syarat yang menguntungkan. Kerana broker ini bukan berasal dari Malaysia, maka ia sangat efisien berkerjasama dengan klien-klien dari negera yang berbeza. Buktinya, JustForex telah mendapat kepercayaan lebih daripasa berjuta-juta klient dari 197 negara. 

Platform yang digunakan di bawah broker ini adalah Meta Trader 4/5 dan boleh dimuat turun pada telifon pintar anda sama ada Android atau iOS. Untuk maklumat lanjut anda boleh klik pada laman web ini. Untuk Forex, anda boleh ke laman web ini bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan pelaburan Fores.

8. Fullerton Markets

Hasil carian imej untuk Fullerton Markets

Broker saham yang diasaskan oleh Mario Singh ini berasal dari Saint Vincent sejak tahun 2016 lagi. Ia menekankan Konsep 3S (Safety, Speed and System) untuk melancarkan sistem khidmat pelanggan mereka. Safety of fund bermaksud menjamin keselamatan dana dengan dua tahap pelayanan iaitu segregated accounts dan independent trustee administration.

Speed of execution pula menjamin kecepatan dalam transaksi. Manakala system of wealth creation adalah sistem yang memberi keselesaan untuk menarik lebih banyak trader turut serta.

9. OctaFX

Hasil carian imej untuk OctaFX

OctaFX adalah broker CFD dan FX yang ditubuhkan pada tahun 2011. Syarikat ini terletak di kepulauan St Vincent dan Grenadines manakala syarikat induk yang mengawalnya pula adalah Octa Markets Ltd yang berpusat di Griffith Corporate Centre, Kingston. Anak syarikatnya yang terlibat ialah Octa Markets Cyprus Ltd, berpusat di Cyprus. Untuk trader-trader dari Malaysia, jika anda membuka akaun dagangan dengan OctaFX, anda akan diletakkan di bawah seorang pengurus akaun. Pengurus akaun akan membantu anda untuk menyelesaikan segala isu yang berkaitan dengan akaun anda di OctaFX.

Broker ini sangat terkenal di kalangan rakyat Malaysia kerana keistimewaannya yang mesra pelanggan, mempunyai banyak bonus dan insentif, dan deposit permulaan yang rendah. 3 jenis akaun OctaFX yang ditawarkan adalah seperti akaun mikro, akaun pro, dan akaun ECN.

10. FBS

FBS adalah sebuah syarikat broker yang bermula pada tahun 2009 sehingga ia telah berjaya mendahului banyak broker antarabangsa yang lain di seluruh dunia. Sejak 2020 juga, FBS telah menjadi rakan perdagangan rasmi kelab Barcelona FC seperti Rakuten. Broker ini sangat aktif menyediakan seminar khas, bahan latihan dan acara khusus kepada pelanggan mereka tentang membina strategi terkini dalam pasaran Forex. Pelbagai anugerah telah berjaya FBS menangi di peringakat global seperti the Most Progressive Forex Broker Europe 2019, Best Forex Broker Vietnam 2019, dan lain-lain. 

Servis pasaran Forex tersedia 24 jam sehari. Ia dibuka lima hari seminggu dan beroperasi di seluruh dunia secara dalam talian. Ini bermakna, sesiapa pun mampu mengakses perdagangan mata wang pada bila-bila masa di hari berkerja.

11. IQ Option

Iq Option adalah platform terbaik untuk perdagangan binari, mata wang asing dan mata wang kripto, CFD, pilihan digital dan pilihan FX. Broker ini sangat sesuai untuk anda yang masih baru dalam dunia perdagangan saham. Ramai yang telah mencuba dan memberikan maklum balas yang terbaik. Mereka turut akui bahawa Iq Option sangat menyeronokkan dan yang paling penting boleh dipercayai. Anda boleh memuat turun terus aplikasinya ke telifon pintar anda di Google Play Store atau Apps Store. 

Antara kebaikan Iq Option ialah ia dikawal di bawah CySec, mempunyai platform yang mudah digunakan, deposit minimum yang rendah, diberikan demo pelajaran. dan banyak pertandingan yang ditawarkan. 

Mula Melabur Sekarang

Ini adalah antara beberapa senarai broker saham terbaik yang anda boleh dapatkan. Yang paling penting adalah, mahirkan diri anda dengan teknikal analisis terlebih dahulu. Boleh juga KLIK Butang di bawah bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan tips saham di blog smartinvest101 ini.

Selain nama-nama broker yang disenaraikan di atas, anda juga boleh membuat pelaburan di bank-bank yang terpilih seperti RHB Bank di bawah RHB Investment Bank, dan CIMB Bank di bawah CIMB Investment Bank, dan Affin Hwang Investment Bank Berhad. 

Layari laman web rasmi Bursa Malaysia, https://www.bursamalaysia.com untuk mendapatkan maklumat terkini. Diharapkan artikel berkenaan broker saham terbaik di Malaysia dapat memberikan anda informasi yang berguna untuk permulaan langkah membuat pelaburan.  

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest