6 Teknik Main Saham Maybank2u – 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini saya nak berkongsi pengalaman bagaimana cara main saham Maybank2u. Sebenarnya ada banyak platform yang boleh anda gunakan untuk bermain saham dan maybank2u adalah salah satu platform yang anda boleh gunakan untuk bermain saham.

Jika anda nak alternatif lain selain daripada maybank2u, boleh rujuk beberapa platform lain. Apapun, artikel kali ini, saya akan tunjukkan bagaimana cara dan tips yang sesuai untuk bermain saham menggunakan platform maybank2u. Di akhir artikel juga kami tunjukkan kepada anda antara platform lain yang anda boleh gunakan sebagai alternatif kepada Maybank2u ini.

main saham maybank2u

Platform Maybank2u Pilihan Kami

Bagi yang sudah ada akaun tentunya tiada masalah untuk terus menggunakan maybank2u sebagai trading platform. Bagi yang masih tiada akaun lagi, apa yang perlu anda lakukan adalah membuka akaun CDS Maybank. Selepas itu, anda bolehlah mula bermain saham menggunakan platform maybank2u.

Untuk bermain saham menggunakan platform maybank2u, apa yang anda perlu lakukan adalah mempunyai Internet Explorer. Sejujurnya, ini adalah antara perkara yang saya tidak gemar berkenaan dengan paltform maybank2u kerana anda WAJIB menggunakan Internet Explorer. Ya, internet explorer merupakan satu browser yang semakin dilupakan ketika ini. Tetapi tidak apa, saya akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan cara dan tips untuk melabur menggunakan platform maybank2u.

Update terkini, Januari 2020, kami sudah tidak menggunakan platform Maybank2u dan beralih kepada RHB Invest. Boleh baca artikel kami di platform RHB di SINI berkenaan dengan buka akaun CDS. Kalau anda nak gunakan maybank2u, boleh teruskan pembacaan di artikel ini.

Cara-cara untuk anda melabur menggunakan Maybank2u

Login ke maybank2u seperti biasa, kemudian, Investment > Online Stock > Real Time market info.

saham maybank2u

Kemudian 2 menu yang penting dalam maybank2u adalah live quotes. Live quotes membolehkan anda melihat harga semasa jual beli saham, seperti harga yang sedang dalam ‘queue’ dan lain-lain lagi. Juga Online enquire membolehkan anda melihat secara detail akaun anda.

saham terbaik

Di live quotes, membolehkan anda melihat interface seperti di bawah. Ini membolehkan anda melihat secara terperinci saham-saham yang anda minati dan membolehkan anda melihat faktor-faktor lain saham tersebut. Anda boleh susun saham berdasarkan kepada “most active” “Best gain” “Top loss” dan lain-lain lagi.

saham maybank2u

Kemudian anda boleh terus membeli atau menjual semua saham-saham yang diniagakan. Menarik bukan. Sebelum membeli saham yang telah anda minati, terlebih dahulu kaji faktor-faktor berkaitan dengan saham tersebut, seperti penyata akaun, aspek teknikal dan lain-lain faktor dalam pelaburan saham tersebut.

Anda Sudah Boleh Buka Akaun CDS Dengan Kami

Untuk pengetahuan, anda boleh membuka akaun CDS dengan kami di CIMB, Saya merupakan seorang remiser berdaftar dengan CGS CIMB dan pembukaan akaun semua boleh dilakukan secara online sahaja. Jadi, tak perlu nak send form semua, buka akaun secara online sahaja mudah dan senang. Macam mana cara nak buka akaun secara online ini, boleh tengok info di bawah ini.

Pembukaan akaun adalah secara online dan semuanya FREE, Boleh baca link di atas bagi mendapatkan info lanjut.

Cara Analisa Pelaburan Saham

Analisa dalam pelaburan saham ini membolehkan anda untuk mendapat untung berganda dalam pelaburan saham. Oleh yang demikian, saya nak berikan laporan percuma signal-signal berkaitan dengan teknikal analisis yang pelabur patut tahu.

Sebelum anda pergu lebih jauh dan nak memahami topik berkaitan dengan pelaburan saham ini, saya rekemen untuk anda tengok video di bawah ini berkenaan dengan tips penting untuk teknikal analisis dalam saham. Boleh tengok video yang kami maksudkan di bawah ini;

Selepas tengok video ini, saya rekemen anda cuba dapatkan tips dan panduan pelaburan saham di bawah ini. Terkini untuk tahun 2021, link di bawah ini bukan panduan pelaburan saham. Untuk anda yang nak belajar saham, kami akan guide satu persatu setelah menjadi client kami di CGS CIMB. Saya merupakan remiser di CDS CIMB dan kami akan cuba guide anda untuk mendapatkan profit yang pertama dalam pelaburan saham.

Ianya penting terutama kalau anda masih belum ada setup sendiri dan teknik sendiri untuk sukses dalam pelaburan saham.

Saya juga sering analisa sesuatu kaunter menggunakan platform Tradingview akaun berbayar. Contoh kaunter adalah seperti kaunter TNB di bawah ini.

Di atas adalah kaunter TNB untuk daily chart bagi bulan April 2020 daripada Tradingview (boleh buka akaun percuma dahulu di SINI). Ianya clean dan simple dan yang lebih menarik adalah, ianya boleh diakses menggunakan laptop, smartphone dan tablet. Lebih mudah utnuk membuat analisa terutamanya analisa teknikal dan juga fundemantal.

Analisa kaunter menggunakan platform Tradingview dan apabila nak key in order menggunakan maybank2u. Memang mudah dan menarik. Apapun, selamat mencuba.

Kena Buka Akaun CDS Saham

Sebelum mula melabur dalam saham, adalah lebih baik untuk anda mula untuk membuka akan saham. Nak buka akaun saham ini tak susah, boleh tengok beberapa tips dan panduan pada video di bawah ini.

Sebagai alternatif untuk tips lanjut pelaburan saham ini, anda boleh baca berkenaan dengan topik dan cara buka akaun saham ataupun CDS saham di artikel SINI.

Alternatif Kepada Saham

Untuk alternatif kepada saham adalah FCPO. Kami rekemen ini kerana ianya patuh syariah dan anda boleh mendapat keuntungan sama ada market jatuh ataupun naik. Boleh tengok artikel berkenaan dengan FCPO di SINI.

Satu lagi alternatif selain daripada FCPO adalah Forex. Mesti anda pernah dengar pasal forex kan? Ianya sama seperti FCPO yang merupakan pasaran 2 arah. Anda boleh buat untung semasa pasaran jatuh dan juga naik. Saya ada tulis artikel berkaitan dengan FOrex yang saya sangat galakkan untuk anda baca di artikel Apa Itu Forex di SINI.

Artikel berkaitan :

  1. Teknik main saham tanpa modal

FAQ Soalan Berkaitan

Apa itu pelaburan saham?

Pelaburan saham adalah anda melabur dalam perniagaan syarikat mereka yang tersenarai dalam bursa saham.

Apa platform terbaik melabur saham?

Ada banyak pilihan untuk melabur saham antaranya adalah maybank2u, rhb dan banyak lagi platform lain.

Apa itu saham patuh syariah?

Terdapat saham patuh syariah dan tidak, yang patuh syariah adalah pilihan saham yang dibolehkan dan diwajibkan umat islam untuk melabur dalamnya.

Boleh ke untung melabur saham

Anda boleh membuat keuntungan dengan saham asalkan anda mempunyai disiplin dan teknik yang betul.

Jangan Lupa untuk follow Channel Telegram kami untuk lebih banyak tips kewangan setiap hari.

Pin It on Pinterest