Refinance Rumah Sudah Habis Bayar 2023

Boleh ke kalau nak buat refinance rumah sudah habis bayar? Pada artikel kali ini, kami akan berikan info dan tips terutama kalau anda mempunyai persoalan yang sama seperti di atas. 

Persoalan lain berkenaan dengan refinance seperti boleh ke refinance kalau rumah dah habis bayar. Juga boleh ke refinance kalau masih ada loan dengan bank. Juga soalan asas lain berkaitan dengan refinance yang anda perlu tahu.

Pada kami, kalau memang anda layak, cuba sahaja. Kerana lagi lambat anda lengahkan, lagi tak berbaloi untuk buat pembiayaan semula. Ianya adalah kerana faktor umur, semakin anda berumur, semakin mahal jumlah caruman takaful anda. Jika boleh dapat untung dan berbaloi, tak ada masalah kalau anda cuba dulu pembiayaan semula rumah ini.

refinance rumah habis bayar

Refinance Rumah Sudah Habis Bayar

Realitinya, saya lagi suka kalau nak buat pembiayaan semula rumah dalam keadaan rumah tersebut dah habis bayar. Kenapa? Kerana proses pembiayaan semula terbabit akan menjadi lebih mudah dan lebih cepat jika nak dibandingkan dengan rumah yang masih dalam pinjaman bank.

Jika rumah sudah habis bayar, pihak bank hanya perlu untuk melakukan 1 kali pembayaran sahaja terus ke akaun peminjam. Ianya sedikit berbeza, kalau proses jual dan beli rumah, biasanya duit akan terus dikreditkan ke akaun lawyer. Untuk refinance, akan terus dikreditkan kepada peminjam.

Ianya akan menjadi jauh lebih mudah dan cepat dan sangat digalakkan untuk anda yang sudah menyelesaikan pinjaman ataupun mendapat rumah dalam bentuk tanah pusaka, untuk anda buat pembiayaan semula rumah ataupun Refinance Rumah.

Kalau anda mempunyai rumah yang sudah habis bayar dan ingin membuat pembiayaan semula rumah sendiri pun tiada masalah. Nak kami tolong, klik je pada butang di bawah untuk kami bantu anda selesaikan masalah pinjaman perumahan rumah anda.

Refinance Rumah Masih Dalam Loan Bank

Kebanyakan kes-kes pembiayaan rumah memang termasuk dalam kategori ini. Tak kiralah, belum habis bayar kepada bank, ataupun sudah habis bayar, memang boleh dan tiada masalah itu adalah penting.

Berbanding dengan kalau rumah yang sudah habis bayar, refinance rumah yang masih belum habis bayar ini perlukan pihak bank untuk membuat 2 kali pembayaran. Bayaran kali pertama akan dikreditkan kepada pihak bank. Ianya bagi tujuan untuk mendapatkan geran secara original nanti.

Bayaran kali kedua pula akan diteruskan dan dikreditkan kepada pihak peminjam terus. Pihak peminjam boleh terus dapat cash nanti. Kalau memang kena dengan jumlah dan bayaran yang anda bakal dapat, tiada masalah. Yang penting, gunakan cash tersebut untuk tujuan yang baik seperti kembangkan business dan modal dan lain-lain lagi.

Nak Refinance Tapi Pernah Blacklist dan CTOS

Kalau nak buat refinance ini, ianya tak tumpah seperti anda perlu untuk buat pinjaman perumahan semula. Perkara seperti slip gaji, komitmen bulanan, adakah anda mempunyai masalah CTOS dan lain-lain akan dinilai dan dilihat semula.

Kalau memang anda mempunyai masalah tunggakan yang banyak dan boleh dilihat dalam CCRIS rekod anda, memang sukar nak lulus pinjaman perumahan ini. Kalau anda pula ada rekod dalam CTOS, biasanya rekod yang tak baik, pun adakalanya agak sukar nak buat pinjaman perumahan. Jadinya, kalau anda memang bercadang nak buat pembiayaan semula rumah, jangan lupa untuk jaga komitmen bulanan anda.

Nak Refinance Atau Jual?

Timbul persoalan, sama ada nak buat pembiayaan semula rumah ataupun jual sahaja. Pada saya, ianya bergantung kepada anda dan perancangan anda untuk rumah tersebut. Jika anda memang tak mahu lagi rumah tersebut, jualkan sahaja. 

Jika anda masih lagi mahu rumah tersebut dan hanya perlukan cash untuk tujuan yang baik, lakukan sahaja refinance. Kadangkala apabila komitmen anda terlalu tinggi, dan dengan menjual rumah, akan memudahkan anda untuk mengurangkan komitmen bulanan anda, lebih baik anda jual sahaja.

Apapun, ianya bergantung kepada anda dan pilihan anda mana yang lebih berbaloi. 

Berapa Cashback Boleh Dapat?

Saya pernah ada pelanggan yang dapat jimat RM800 untuk pinjaman bulanan beliau kerana menggunakan pakej penyatuan hutang atuapun dalam bahasa lain, sebagai “debt consolidation”. 

Apabila bercerita berkenaan dengan pakej consolidate loan ini memang agak menarik. Ini kerana saya mempuyai pengalaman menolong client menerusi pakej pakej consolidate loan. Client dapat mengurangkan hampir RM800 sebulan menerusi pakej ini. Sebab itu, kalau anda mempunyai hutang yang terlalu tinggi, ya AKPK adalah antara jalan terakhir, akan tetapi pilihan refinance rumah juga adalah salah satu pilihan yang baik.

Pakej-pekej ini membolehkan hutang-hutang jahat disatukan dalam satu akaun dan tempoh pinjaman itu ditarik secara maksimum sehingga ada kalanya adalah selama 35 tahun. Dalam jangka masa panjang, ianya memang boleh untuk mengurangkan beban kewangan anda. Mana tahu anda pun boleh kurangkan perbelanjaan bulanan anda hanya dengan melakukan proses refinance rumah. Nak tahu pengalaman saya refinance rumah dan tolong refinance rumah client, boleh dapatkan info lanjut di SINI.

Macam Mana Nak Refinance?

Anda nak refinance rumah sama ada rumah sudah habis bayar ataupun masih dalam loan. Tak ada masalah kalau nak refinance.

Cara mudah, anda isi je borang di bawah. Pihak kami akan membantu anda refinance rumah anda tanpa ada sebarang kos. Klik je borang di bawah bagi mendapatkan info lanjut.

Untuk dokumen refinance rumah pula, berikut adalah antara dokumen yang anda perlu sediakan kalau anda nak buat pembiayaan semula rumah anda. 

  • IC
  • Slip gaji 3 bulan
  • Bank Statement 3 bualn
  • Pengesahan Majikan
  • Penyata KWSP (swasta)
  • Geran rumah

Ada kesemua dokumen ini, memang tak ada masalah sebenarnya kalau anda nak buat pembiayaan semula rumah.

Untuk cara yang lebih detail dan anda boleh lakukan sendiri.

  • Periksa harga pasaran rumah anda dengan valuer.
  • Submit application permohonan pinjaman semula rumah kepada pihak bank. Ada kemungkinan permohonan pinjaman perumahan anda tak akan diproses atas sebab-sebab tertentu.
  • Urusan dengan peguam untuk urusan dokumentasi pejabat tanah, dokumentasi dengan pihak bank dan lain-lain.

Ini adalah antara beberapa proses simple sahaja terutama kalau anda nak refinance rumah anda sendiri step by step. Nak lebih mudah dan lebih simple, kami sahaja yang uruskan dan sekali lagi nak diingatkan, tanpa ada sebarang kos.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest