Pernah terfikir tak barang yang cepat laku dijual online di Malaysia ni. Memang ramai nak jadi usahawan dan juga, ramai yang nak mempunyai income dan pendapatan sendiri. Juga tak kurang yang nakkan pendapatan sampingan daripada hasil perniagaan disamping kerja yang dilakukan setiap hari.
Pemilihan produk yang nak dijual secara tepat memainkan peranan penting dalam kelangsungan perniagaan anda. 85% daripada sukses dalam perniagaan adalah menjual produk yang tepat disamping jualan secara konsisten dalam macam-macam platform jualan. Tak lupa juga teknik dan promosi yang sesuai untuk anda mula menjual.
Dalam artikel ini, kami kongsikan pengalaman saya sendiri bersama dengan pengalaman rakan dan saudara yang terdekat menjual produk sendiri dan orang lain dan seterusnya dapat menjana pendapatan secara konsisten setiap bulan. Ianya tak mustahil dan saya yakin anda pun boleh melakukan perkara yang sama.
Kedai Smartinvest101 – Boleh Support Dengan Membeli Dan Guna Simkad
Sebelum pergi lebih jauh, saya nak perkenalkan satu perniagaan yang saya sendiri lakukan secara online iaitu menjual simkad Tune Talk. Ianya antara perniagaan yang agak laku keras dan saya mempunyai minat (baca : passion) dalam menjual simkad ini.
Ianya adalah antara pendapatan sampingan yang bagus untuk satu jangka masa panjang kerana anda boleh mendapat pendapatan secara passive. Nak tahu info lanjut berkenaan dengan skim Tune Talk boleh dapatkan di SINI.
Anda boleh dapatkan info lanjut berkenaan dengan simkad yang saya jual ini di link bawah. Setiap pembelian anda akan membantu kami untuk terus menulis content seperti ini pada masa akan datang. Banyak lagi idea bermanfaat lain yang boleh kami lakukan dari masa ke semasa.
Jumlah jualan simkad sudah sampai 1.3k dan akan meningkat dari masa ke semasa. Berminat nak dapatkan simkad Tune Talk, boleh dapatkan di link atas.
Platform Menjual – Shopee
Menurut similarweb, traffic ataupun pengunjung ke Shopee sama ada platform web ataupun mobile adalah dianggarkan sebanyak 3.2 juta pengunjung sebulan. Banyak ke sikit tu? Pada saya sangat banyak dan lagi ramai pengunjung, lagi mudah dan cepat untuk produk anda terjual.
Cuma, nak jual produk ataupun barang di Shopee ini perlukan strategi yang sesuai dan berkesan. Kalau anda teruskan listing barang yang anda nak jual, dan mengharapkan barang tersebut terus laku terjual, percayalah, ianya tak akan terjadi seperti itu.
Anda masih kena laburkan sebahagian daripada dana anda untuk ada jualan yang konsisten dalam listing di Shopee anda. Ianya akan ada sedikit advantage ataupun kelebihan kalau anda mempunyai youtube channel ataupun blog ataupun apa sahaja medium platoform untuk mempromosikan produk anda.
Banyak strategi berkenaan dengan perniagaan di Shopee ini saya belajar dari bro ni. Boleh tengok link di bawah.
Faktor pemilihan produk pun adalah antara faktor yang ketara dan sangat penting yang saya belajar dalam panduan tersebut. Kalau betul anda serious nak mula menjual, tak ada salahnya kalau anda cuba laburkan dengan ilmu dan teknik yang betul dan seterusnya menjadi seorang penjual berjaya.
Platform Menjual – TikTok Shop
Trend terkini ganerasi sekarang ini sudah mula berpindah ke TikTok mengalahkan Facebook, Instagram dan lain-lain. Cumanya tak tahu berapa lama trend ini akan bertahan, lagi lama lagi bagus. Disebabkan oleh trend ini, ramai penjual mula berjual di Tiktok dan mendapat sambutan yang baik oleh pembeli di sana.
Yang live di Tiktok sambil menjual pun ada ramai. Barangan yang dijual pula memang sangat laku keras dan kalau anda nak menjual barang yang cepat laku dijual online di Malaysia, boleh kaji senarai produk yang laku terjual di Tiktok. Boleh cuba buat content untuk produk tersebut dan jual sebagai affiliate.
Apabila dah mula dan nampak terjual dengan laku, anda boleh terus menjual produk tersebut dengan menggantikan produk affiliate tersebut dengan produk yang anda jual sendiri.
Banyak yang anda boleh belajar kalau nak jadi seorang penjual yang berjaya di Tiktok Shop. Tips dan strategi menjual pun ada dinyatakan dalam perkongsian di atas. Pemilihan produk killer untuk anda menjual pun anda boleh dapatkan dalam link di atas. Kalau serious nak berjual di Tiktok, boleh baca perkongsian di link atas.
Cuma nak beritahu siap-siap, kalau nak menjadi penjual di Tiktok ni, anda kena sangat rajin buat content. Dapat publish content sehari sekali lagi baik untuk anda teruskan mempromosikan produk anda. Teruskan promosi dan promosi, anda akan nampak hasilnya nanti.
Produk Kesihatan
Produk kesihatan adalah produk evergreen yang sentiasa ada sambutan dari tahun ke tahun kerana ramai orang di Malaysia mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Pun ada ramai yang mengamalkan gaya hidup sihat sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka.
Buat content berkenaan dengan produk kesihatan seperti khasiat madu, khasiat cuka epal, khasiat omega 3 adalah baik untuk jangka masa panjang. Anda boleh buat content untuk promosi sebagai affiliate dan jika ada sambutan, boleh jual produk anda sendiri. Paling kurang anda sudah mempunyai customer base yang ramai dan amatlah berbaloi kalau anda cuba promosikan.
Produk Gadjet
Produk gadget adalah antara produk yang sentiasa mendapat sambutan daripada pelanggan di Malaysia. Akan tetapi, awas, produk ini mempunyai pesaing yang tinggi dan ramai yang sanggup untuk buang harga untuk menjual produk ini.
Ianya memang barang yang sangat laku akan tetapi pada masa yang sama, yang menjual produk ini adalah kebanyakan mereka yang mempunyai modal yang tinggi dan biasanya tak mampu untuk dijual oleh mereka yang baru nak berkecimpung. Dapatkan panduan TikTok Shop dan Shopee di atas untuk elak daripada anda masuk ke dalam “niche” ataupun pasaran yang mempunyai pesaing yang tinggi.
Produk Perempuan – Tudung
Lain pula dengan produk seperti tudung untuk perempuan. Nampak macam dah tepu ataupun dalam istilah lain, agak “saturated”. Akan tetapi kalau ada fokus kepada niche yang lebih kecil seperti tudung muslimat, tudung tak perlu gosok, tudung kanak-kanak dan lain-lain, peluang untuk anda tambah income ini masih ada.
Perkongsian lebih detail berkenaan dengan produk tudung ini, boleh baca perkongsian Puan Madihah di SINI.
Ianya mampu membantu anda untuk membina empayer perniagaan tudung anda dengan sukses dan berkesan.
Produk Anak-anak
Produk mainan ataupun baju kanak-kanak sentiasa mendapat sambutan. Di Malaysia masih lagi ramai baby yang dilahirkan dan pada masa sama, permintaan terhadap barangan kanak-kanak masih tinggi.
Pakaian kanak-kanak, mainan dan sebagainya adalah antara produk yang mendapat sambutan yang baik kalau anda kena dengan cara dan teknik menjual.
Ini tips barang yang cepat laku dijual online di Malaysia. Banyak info yang saya cuba berikan dan yang lebih penting dari itu adalah, langkah seterusnya untuk anda bermula. Boleh mulakan dengan pelaburan ilmu dan jika konsisten, boleh terus bermula dengan membeli barang ataupun pilih niche yang sesuai. Kalau takpun, boleh sahaja bermula sebagai affiliate.
Thanks for the sharing. I bet more people will be getting new knowledge and know what to do based on your sharing about the platforms and products.
welcome bro, hope this tips help those newbie who want to success in online business
Menarik ni! Boleh jadi guideline untuk mereka2 yang mahu mula berniaga! Bila barang laku , semangat nak meniaga pun meningkat jugak!
terima kasih dan harapnya dapatlah membantu peniaga yang nak berjinak berniaga online
Artikel yang sangat membantu untuk orang yang nak mula meniaga online di shopee and tiktok.
harapnya artikel ini memang boleh membantu mereka yang memang nak bermula
Thank you for this valuable information. So I need to consider these four products for online business. Btw, product perempuan tu hanya tudung sahaja ke? What about cosmetics, perfume, and other kinds of stuff?
hi, tak semestinya tudung, tu cuma idea, kosmetik dan lain-lain pun tak ada masalah
Seriously sgt valuable bah this information, for those yang plan nak start business can refer this as reference!
thanks bro and hope this article help new business that want to try
Skrg org llbh suka shopping online, murah pun murah, byk pilihan dan mcm2 ada dijual
betul, shopping online ni jimat masa dan tenaga, order terus sampai ke rumah. Memang berbaloi nak cuba
Sekarang ni ramai menjual booster gemuk kucing, telekung solat, baju bundle. rajin buat live. You might like – Cara Jadi Affiliate Tiktok
waaa betul ke? berbaloi cuba