Cara Daftar TikTok Shop 2024

Macam mana cara daftar TikTok Shop yang betul. Kalau dahulu nak jadi seller online, pilihan yang ada adalah dengan menjadi penjual di Lazada ataupun di Shopee. Antara dua platform ini adalah tempat untuk menjual dan membeli barangan secara online. Akan tetapi, kini muncul pula platform kedua selain daripada Lazada dan Shopee.

Platform tersebut adalah platform TikTok Shop yang merupakan antara platform baru dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Seiring dengan trend penggunaan platform TikTok yang sedang meningkat naik di Malaysia dan dunia, TikTok shop diperkenalkan dan ianya sedikit sebanyak membolehkan anda untuk menjual ataupun membeli pelbagai barangan menarik dalam platform ini.

cara daftar tiktok shop

Kenapa Kena Berniaga di TikTok Shop

Kalau memang anda kedai ataupun produk untuk anda menjual, tak salah untuk anda manfaatkan platform tiktok ini. Kalau dah ada kedai di Shopee, memang akan lebih mambantu anda dan boleh terus buka 1 lagi kedai di TikTok. Rugi kalau anda tak manfaatkan platform berniaga ini.

  • 17 Juta pengguna TikTok di Malaysia dan ianya semakin ramai apabila bukan sahaja ganerasi Z yang menggunakan Tiktok di Malaysia, malahan ganerasi Y dan mereka yang berumur 40 tahun ke atas pun sudah mula menggunakan tiktok. 
  • Ganerasi Z lebih gemar menggunakan TikTok sebagai enjin carian berbanding dengan google. Hampir 40 peratus Gen Z iaitu mereka yang lahir antara  tahun 1997 hingga 2012, memilih TikTok untuk melakukan carian online, demikian menurut data dalaman daripada Google yang pertama kali dilaporkan oleh akhbar TechCrunch. [sumber]
  • TikTok menyaksikan lonjakan terbesar dalam enjin carian google mengatasi rangkaian social popular lain seperti Facebook, Snapchat dan Twitter.

Memang asal tujuan TikTok adalah untuk bersocial dan berhibur. Akan tetapi kini, sudah muncul platform TikTok Shop yang membolehkan anda untuk berniaga dan menjual barangan anda sendiri dan pada masa yang sama untuk anda mencipta konten-konten berkualiti untuk platform TikTok anda.

Ada banyak lagi sebab kenapa anda perlu cepat daftar Tiktok Shop ini. Lagi cepat anda mendaftar dan mula mempromosikan produk anda, lagi bagus untuk bermula. Apapun, nak mula berniaga di TikTok ini memang tak susah pun. Berikut adalah antara step by step macam mana anda nak mula berniaga di TikTok.

Step By Step Cara Daftar TikTok Shop

Kalau nak buka akaun TikTok Shop ini memang kena ada beberapa syarat yang anda kena penuhi. Berikut adalah 2 syarat penting kalau anda nak buka akaun TikTok shop anda.

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai follower 1000 dan ke atas. Kalau tak cukup 1000 pun boleh je sebenarnya, nanti saya tunjuk macam mana nak buat kedai di TikTok walaupun anda tak cukup 1000 follower.

Jika dah capai syarat yang ditetapkan ini, anda sudah boleh daftar TikTok Shop dan mula menjual di sana. 

Sebelum mendaftar, pastikan anda sudah mempunyai akaun dalam TikTok sama ada akaun creators ataupun akaun business. Saya rekemen upgrade sahaja kepada akaun business kerana anda banyak kelebihan akaun business berbanding dengan akaun creators.

  1. Kemudian pergi ke seller-my.tiktok.com/account/welcome dan kemudian Sign Up with Phone & Email atau menggunakan akaun TikTok anda.
  2. Pilih sama ada anda daftar sebagai Corporation atau Peniaga Persendirian. Jika anda pilih Corporation, anda perlu sediakan dokumen seperti SSM dan tunggu dokumen verify. Jika persendirian, upload MyKad sahaja
  3. Jika TikTok sudah sahkan dokumen tersebut, boleh start untuk add product, add akaun bank dan beberapa informasi yang diperlukan
  4. Pergi My Account > Seller Profile. Pada bahagian ini, isi semua maklumat iaitu pada seller info, biz info, warehouse pickup/return, payment Shipping guna J&T sahaja, TikTok yang tetapkan dan kadar juga ditetapkan oleh pihak TikTok.
  5. Untuk Affiliate Marketing. Klik pada Affiliate Marketing dan pilih Shop Plan dan kemudian tetapkan peratusan komisyen. Nanti ramai creators yang akan tolong sebagai affiliate untuk jual produk anda.
  6. Langkah seterusnya, anda hanya perlu tunggu sahaja pesanan atau order masuk.
  7. Selesai!

Senang je kan step by step nak daftar akaun TikTok ini! Jadi sekarang timbul persoalan, kalau tak cukup 1000 follower macam mana? Saya sendiri buka kedai TikTok Shop jual simkad Tune Talk ni tak cukup pun 1000 follower pada masa tu. Boleh tengok kedai TikTok Shop kami di SINI.

Kalau anda tak tahu nak mula macam mana, boleh tengok perkongsian di bawah ini.

Daftar TikTok Shop Tak Cukup 1000 Followers.

Kalau anda tak cukup 1000 follower, anda boleh cuba mendaftar akaun TikTok Shop melalui akaun di Google sahaja. Ya, jika anda nak mendaftar akaun di TikTok, anda boleh mendaftar dengan menggunakan akaun TikTok anda ataupun akaun di Google. Adalah lebih baik untuk anda menggunakan akaun google sahaja. Dengan cara itu, anda boleh buka kedai anda tanpa anda perlu cukupkan 1000 follower. Mudah sahaja kan!

Selepas itu, ikut sahaja step by step arahan yang diberikan untuk anda buka akaun di TikTok Shop anda. Mudah sahaja kan.

Berniaga Secara Affiliate Di TikTok Shop

Anda pun boleh kalau nak berniaga secara Affiliate melalui platform TikTok anda. Berniaga stail affiliate ini mudah, anda tak perlu ada produk sendiri, gunakan sahaja produk orang lain dan letakkan sahaja dalam kedai anda. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan apa itu affiliate, boleh baca artikel di SINI.

Bagi membolehkan anda untuk berniaga secara Affiliate, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk anda ada kedai TikTok Shop terlebih dahulu. Dah ada kedai TikTok, barulah anda boleh mendaftar sebagai affiliate. 

Kalau nak jadi affiliate ini wajib kena ada 1000 follower dahulu dan wajib berumur 18 tahun dan ke atas. Kalau tak cukup umur memang tak boleh. Kalau nak buka kedai tu, tak cukup 1000 follower pun tak ada masalah. 

  1. Login aplikasi TikTok
  1.  Pergi ke Tab Profile (icon orang)
  1. Klik Menu (icon burger) di bahagian kanan atas dan pilih creator tools
  1. Klik TikTok shop
  1. Tekan Apply dan jika berjaya korang boleh tengok tab baru ditambah (icon shop)

Sebelum ini ada yang tanya, macam mana nak buat duit dengan TikTok, inilah caranya kalau anda nak buat duit sama ada anda jual produk anda sendiri di TikTok Shop ataupun anda jual stail affiliate iaitu anda promote produk orang lain. Memang best!

Manfaatkan Platform Baru Ini

Memang anda perlu manfaatkan platform baru ini disampiang kalau anda ada kedai Shopee ataupun kedai Lazada, tambah sahaja produk anda dalam platform TikTok ini. Tak rugi pun dan lagi banyak anda promosi produk anda, ada kemungkinan yang lagi banyak produk anda boleh terjual. Usaha dan tawakal sahaja insyaAllah.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *