3 Cara Buat Live Di Shopee 2024

Macam mana cara buat live di Shopee ni? Salah satu cara untuk anda buat engagement dengan pelanggan adalah dengan melalui program live di Shopee. Tak jauh beza pun sebenarnya dengan live di Facebook dan di Youtube, cuma di Shopee ini, fokusnya adalah untuk menjual.

Shopee live streaming adalah salah satu cara di mana pembeli dan penjual dapat berinteraksi antara satu sama lain. Penjual boleh promosikan produk yang nak di jual, dan pembeli boleh menonton secara live produk yang ingin di jual dan bertanyakan soalan secara terus kepada penjual, menarik kan!

Untuk info, fungsi Shopee live ini hanya untuk penjual sahaja. Anda perlu jadi penjual untuk dapatkan fungsi ni. Boleh tengok step by step macam mana nak jadi seorang penjual yang berjaya di Shopee di SINI.

cara buat live di shopee

Dah Ada Kedai Shopee Ke Belum?

Bila buat live ni ada kemungkinan yang, pembeli yang sedang menonton live anda akan “follow” kedai anda. Lagi banyak follower di Shopee, ada kemungkinan yang lagi banyak barangan anda yang boleh terjual. Ianya secara tak langsung meningkatkan algorithm Shopee untuk kedai anda berada pada carian lebih baik jika seseorang “search” kedai anda di Shopee berbanding pesaing lain. 

Boleh tengok kedai kami di Shopee ini, walaupun ada 1 sahaja produk buat masa ini, akan tetapi, bilangan follower semakin bertambah dari masa ke semasa. Nanti kami akan tunjuk dan share beberapa strategi untuk tambah follower ke kedai anda dalam masa terdekat ini.

Kalau anda tak nak beli simkad di kedai Shopee kami pun tak apa, follow pun dah sangat membantu. Nanti kami akan follow anda semula. Kedai Shopee Kami

Apapun, anda dah ada kedai ke belum? Kalau belum kena buka kedai di Shopee dahulu. Dah ada kedai, akan jadi lebih mudah nak menjual pelbagai produk anda. Tak tahu nak jual apa, boleh baca artikel kami di SINI berkenaan dengan beberapa produk hangan di Shopee.

Cara Buat Live Di Shopee

Dah ada kedai, bolehlah terus buat live di Shopee. Yang menariknya, anda boleh buat live hanya menggunakan applikasi Shopee sahaja. Tak perlu pun nak login dari laman web menggunakan laptop ataupun desktop. Senang je kan.

Buka je app shopee anda dan boleh terus buat live. 

1 Klik pada me > live streaming > create streaming

cara buat live di shopee

2 Masukkan produk serta maklumat produk yang anda nak jual

3 Next > Go Live

Memang sangatlah simple kalau anda nak live di Shopee. Ada app Shopee, ada smartphone yang berkualiti dan satu lagi item yang saya nak rekemen, kena ada juga earphone untuk tujuan microphone semasa live nanti. Ada earphone akan jadi lebih mudah sesi live anda nanti.

Kenapa Kena Buat Live?

Kalau kedai anda masih baru, saya memang cadang untuk anda buat live di Shopee. Kenapa kena buat live? Ada banyak sebab akan tetapi, yang penting dan utama adalah 3 sebab berikut.

  • Nak ramaikan pengungjung datang ke kedai Shopee anda
  • Ramaikan follower ke kedai Shopee anda
  • Sale terjana daripada live anda, untuk kedai baru, jualan permulaan adalah sangat penting.

Memang ada banyak cara nak hasilkan jualan di Shopee dan live ini adalah salah satu cara untuk biar ramai orang datang ke kedai anda. Dah ramai yang datang ke kedai anda, harapanyya adalah, ada la beberapa produk yang terjual hasil daripada live anda di Shopee tersebut.

Ataupun, anda dapat tambah bilangan follower di kedai anda pun sudah sangat-sangat membantu. Ianya akan membantu anda untuk jualan pada masa-masa akan datang dan seterusnya, meningkatkan kredibiliti kedai Shopee anda.

Cara Lain Nak Tingkatkan Jualan di Shopee

Live di Shopee adalah salah satu cara untuk anda menjual produk anda secara live di Shopee. Memang ada banyak cara lain dan ini adalah antara cara yang bagus untuk anda cuba.

Minta Kenalan Dan Saudara Beli Dan Rating Produk Kedai Anda

Kedai anda masih baru, masih tiada sale, tiada siapa yang nak komen dan sebagainya, boleh gunakan cara dan strategi ini. Mintak kenalan, saudara mahupun adik beradik, beli je barang di kedai anda, lepas beli, bagi je rating 5 star dan tinggalkan komen.

Kenapa kena buat macam tu? Ini adalah strategi, pembeli di Shopee perlukan verifikasi sesuatu kedai itu bagus ataupun tidak melalui jumlah jualan di Shopee dan juga komen di produk tersebut. Lagi banyak lagi bagus, dan pada permulaan ini, ada 1 ataupun 2 komen seperti ini akan sangat membantu kedai anda untuk berkembang.  Memang menarik kan!

Buat Channel Youtube & Blog Sendiri

Anda boleh cuba untuk buat promosi di luar dari Shopee. Antara platform yang bagus adalah di Blog dan Youtube channel anda sendiri. Buat content yang menarik dan kemudian linkkan ke kedai anda. Kalau di channel Youtube, anda boleh dapat income melalui iklan di dalam platform Youtube melalui google adsense juga. Kemudian, anda link ke kedai anda, ianya akan sedikit sebanyak membantu kedai anda untuk berkembang. Nak buka channel Youtube ni pun FREE je.

Blog pun sama, anda boleh je buat blog dan kemudian share berkenaan dengan topik kedai anda. Kalau macam kedai shopee kami jual simkad Tune Talk, mungkin kami boleh share beberapa info berkenaan dengan produk Tune Talk dalam blog dan channel youtube kami. Anda pun boleh lakukan perkara yang sama.

Manfaatkan Social Media Lain

Anda pun boleh lakukan perkara yang sama dan manfaatkan social media lain seperti Facebook, Instagram, Twitter dan terbaru TikTok. Cuma sekarang ini, TikTok dah ada platform menjual sendiri melalui TikTok Shop.

Selain daripada buat live di Shopee, anda pun boleh untuk buat live di Tiktok sebagai salah satu cara untuk mempromosikan perniagaan anda. Pada pengalaman saya, lebih ramai yang akan ada untuk live di Tiktok berbanding di Shopee buat masa ini.

Lagi banyak platform, lagi tinggi kebarangkalian untuk produk anda lebih laku. Kalau anda ada staff ataupun team marketing sendiri, boleh minta team marketing untuk promote produk di pelbagai platform social media. Akan tetapi, kalau anda tak ada team dan cuma buat secara solo, boleh fokus kepada beberapa channel marketing yang anda ada dahulu. Ianya akan lebih mudah kalau anda fokus beberapa channel sahaja.

Apapun, ini adalah cara buat live di Shopee. Senang sahaja nak buat live ni, akan tetapi cuba anda buat live secara konsisten di Shopee. Seminggu sekali dan seminggu 2 kali dan kemudian lihat hasilnya. Memang ada kemungkinan yang pengunjung kedai anda akan makin bertambah dan kemudian, sale anda di kedai tersebut pun akan bertambah dari masa ke semasa. Menarik dan memang sangat menarik.

Sampai sini sahaja artikel pada kali ini, harapnya anda tahulah kenapa dan cara untuk anda buat live streamin di Shopee.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *