Macam mana cara tunaikan cek kalau anda baru je terima cek. Mungkin dapat refund insurans ataupun takaful melalui cek ataupun anda baru sahaja jual rumah dan bank buat pembayaran menggunakan cek. Dah dapat tu apa yang anda perlu lakukan untuk anda cashkan cek tersebut.

Artikel kali ini tak berapa nak panjang sebab cara nak “cash” kan cek ini taklah susah sangat. Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu terutama kalau kali pertama anda nak cashkan cek. Apapun, boleh ikuti step by step macam mana cara nak cashkan cek anda dengan mudah.

cara tunaikan cek

Pengalaman Saya Tunaikan Cek Kali Pertama

Ianya satu pengalaman berharga, terutama kalau dapat tunaikan cek bernilai ribuan ringgit. Alhamdulillah saya dikurniakan rezeki untuk tunaikan cek setelah selesai urusakan proses jual beli rumah pelanggan saya. Ini ketika saya bekerja sebagai seorang perunding hartanah (Real Estate Negotiator : REN).

Rumah yang saya jual masa itu berada di daerah Batu Pahat Johor. Dipendekkan cerita, selepas sahaja dapat cek daripada peguam, saya terus ke branch CIMB terdekat untuk tunaikan cek. Sebab tak pernah tunaikan cek, saya pun pergilah tanya dengan pegawai khidmat pelanggan tentang bagaimana nak tunaikan cek ini.

Pertama sekali kena isi di ruang belakang cek maklumat seperti nama penuh, no akaun bank dan no telefon. Kemudian masukkan sahaja dalam cheque deposit di bahagian depan bank, biasa akan ada bersama dengan mesin ATM dan mesin Cash Deposit.

Percayalah, hanya sekali sahaja anda akan rasa susah dan leceh, selepas itu akan jadi lebih mudah dan proses dapat berlaku dengan cepat dan pantas.

Kena Ada Akaun Bank

Kena ada akaun bank dengan mana-mana bank di Malaysia ini. Kalau tak ada kena buat akaun bank yang baru. Saya pasti, anda yang sedang membaca artikel ini mesti ada akaun bank kan. Tak kiralah, Bank Islam, CIMB, Maybank dan lain-lain. Hampir semua bank ini anda boleh gunakan untuk tunaikan cek yang anda dapat.

Kalau tiada akaun bank macam mana?

Kalau tiada akaun bank, kena buat 1 akaun bank. Paling mudah kalau nak buat akaun bank dengan BSN. Ada IC sahaja dah cukup.

Saya pernah nak buka 1 akaun bank dengan 1 bank ni, nak buka akaun macam-macam dokumen mereka mintak. Slip gaji dan lain-lain. Dah macam nak apply loan pula.

Kena Ada No Telefon Untuk Pihak Bank Hubungi

Anda mesti ada no telefon untuk dihubungi kan. Sebenarnya, untuk anda tunaikan cek, wajib kena ada dan sertakan no telefon di belakang cek. Kenapa kena ada no telefon? In case kalau ada maklumat yang tersilap, pihak bank boleh hubungi anda. Ianya akan jadi mudah dan letakkan sahaja no telefon anda.

Kalau anda nak no baru boleh sahaja beli pakej dari Tune Talk melalui kedai kami di Shopee. Boleh pilih 4 no belakang dalam sistem dan anda boleh pilih no sendiri yang anda mahukan. 

Gunakan no sedia ada pun tiada masalah.

Ada 2 Ini Dah Mudah

Ada 2 maklumat ini, proses nak tunaikan cek akan jadi sangat mudah. Pada bahagian belakang cek, ada 3 maklumat yang anda kena isikan. 

  • Nama penuh ikut IC
  • No akaun bank anda
  • No telefon

Anda nak cashkan di Maybank, anda kena masukkan no akaun Maybank dalam cek tersebut. Tu je nak bagitau, simple je sebenarnya nak cashkan cek ni.

Boleh Guna Cheque Deposit Machine

Tak perlu pun nak pergi ke kaunter, gunakan cheque deposit machine pun dah boleh sangat dan sangat membantu. Cuma pastikan maklumat di bahagian belakang cek adalah betul. Kalau maklumat betul, barulah boleh cashkan cek anda nanti.

Cuma kalau anda tak mahir macam mana nak cashkan cek, boleh sahaja datang ke bank waktu ofis hour dan minta pihak kaunter ataupun staff guide macam mana nak cashkan cek anda. Tak ada masalah.

Bila Cek Akan Di Proses?

Cek biasanya akan diproses dalam 3 hari bekerja. Kalau anda cashkan hari jumaat, biasanya dalam hari Selasa macam tu dah boleh nampak duit masuk dalam akaun anda. Memang kena sabar sikit.

Lokasi Cheque Deposit Machine

Hampir setiap kaunter bank akan ada cheque deposit machine di luar premis mereka. Cuma bila ada sesetengah bank yang tak ada cheque deposit machine tu, boleh sahaja berurusan di kaunter milik mereka. Contoh macam BSN dan lain-lain. Biasnaya kalau kaunter BSN branch kecil tak ada Cheque Deposit ini, jadi apa yang anda perlukan adalah untuk pergi ke kaunter pada waktu ofis hour mereka. 

Simple je artikel cara tunaikan cek pada kali ini kerana tak perlu nak terlalu panjang pun untuk terangkan benda yang simple. Harap artikel pada kali ini membantu anda untuk anda tunaikan cek anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *