5 Langkah Mudah Cara Jual Rumah – Tips Berkesan

Pada artikel kali ini, kami ingin tunjukkan kepada anda berkenaan dengan cara untuk jual rumah. Selain daripada itu juga, ada tips ataupun info lain berkenaan dengan tempoh dapat duit rumah dan juga sedikit sebanyak berkenaan dengan prosedur jual rumah. Yang paling penting adalah anda dapat menjual rumah anda dalam masa terdekat bagi memenuhi keperluan anda yang lain.

Ini adalah antara langkah-langkah mudah sebagai satu proses bagi anda menjual rumah anda. Harap anda boleh praktikan dan boleh cuba jual sendiri rumah anda.

Tidak semestinya masalah kewangan

Ada bermacam sebab kenapa anda mahu untuk jual rumah yang anda ada. Ada kalanya ingin berpindah dan adakalanya disebabkan oleh faktor-faktor seperti bertukar tempat kerja dan lain-lain lagi. Menjual rumah merupakan satu perkara yang tidak pelik sekarang ini dan kami tunjukkan betapa mudahnya untuk anda jual rumah anda.

cara jual rumah

Semudah ABC

Tak susah pun dan anda boleh lakukan sendiri tanpa perlukan agen, dengan syarat, anda mempunyai masa!

  1. Iklankan rumah anda – Jika anda iklankan di mudah.my atau lain-lain, ada kemungkinan anda akan dihubungi agen rumah ataupun broker.
  2. Tahu harga pasaran rumah – Ini untuk elak daripada harga rumah yang anda jual adalah terlampau tinggi. Macam mana nak tahu harga pasaran, kena dapatkan no penilai. Kalau tak biasa, memang penilai tak akan layan. Kalau memang anda nak jual rumah anda dan nak tahu harga pasaran rumah anda, ISI BORANG INI dan kami akan dapatkan harga pasaran rumah anda tanpa sebarang CAS! [Semenanjung Malaysia kecuali Terengganu, Kelantan dan Perlis]. Ataupun boleh baca artikel kami berkenaan dengan cara untuk periksa harga pasaran rumah anda di ARTIKEL INI.
  3. Cari Buyer – Cari pembeli merupakan perkara yang penting sekali. Tapi yang lebih daripada itu adalah untuk tapis pembeli agar kelayakan pinjaman dia adalah OK. Boleh berhubung dengan pihak bank untuk dapatkan info lanjut.
  4. Submit loan pembeli – biasa pembeli akan submit sendiri pemohonan pinjaman berdasarkan kepada harga pasaran. Tetapi tidak semua bank boleh berikan harga pasaran yang tuan rumah mahukan. Apapun, boleh hubungi kami untuk konsultasi percuma pinjaman rumah pembeli anda. Atau boleh ke artikel ini untuk tahu cara pengiraan pinjaman rumah. KLIK DI LINK INI.
  5. Urusan Guaman – Ini selepas pembiayaan selesai dan pembeli lulus permohonan pinjaman. Urusan guaman ini tidak susah kerana ada banyak lawyer firm yang boleh lakukan urusan seperti ini. Cuma anda perlu elak kalau lawyer yang tak biasa lakukan urusan ini, kerana ianya akan menjadikan proses jual dan beli rumah menjadi lebih panjang.

Ini adalah antara 5 langkah mudah kalau anda ingin menjual rumah anda. Kalau anda nak menjual rumah anda dan mempunyai masa dan boleh lakukan semua urusan sendiri, tiada masalah. Tetapi, kalau tak biasa tu, kami galakkan untuk anda lantik agen hartanah yang berdaftar. Ya, yang berdaftar untuk elak daripada penipuan dan Broker yang ambil kesempatan kepada urusan jual dan beli rumah anda.

Tengok Video Di Bawah Untuk Info Lanjut

Adalah lebih baik untuk anda dapatkan khidmat daripada Agen Berdaftar ataupun daripada Agensi yang dipercayai. Kebanyakan agen ini mempunyai list senarai “ready buyer” ataupun database buyer dalam bentuk no telefon, facebook dan lain-lain. Lebih mudah untuk rumah anda terjual. Satu lagi, marketing platform yang digunakan agen adalah jauh lebih luas meliputi Facebook, Instagram, yang merangkumi social media dan laman web jualan rumah yang lain.

Juga boleh ikuti 2 video ini iaitu cara jual rumah bagi membantu anda mendapatkan gambaran yang lebih jelas untuk proses jual dan beli rumah.

Nak Gunakan Agen Yang Macam Mana?

Elakkan guna broker ataupun mereka yang claim sebagai freelance agent. Kebanyakan broker ini sering mengambil kesempatan atas harga rumah yang ditawarkan. Kadang-kadang, kalau agen tersebut tiada REN Tag, pastikan agen tersebut adalah di bawah agensi yang berdaftar. Boleh ke laman web ini untuk dapatkan info lanjut berkenaan dengan agen tersebut ataupun agensi itu sama ada berdaftar ataupun sebaliknya. LPPEH.

Fee Ataupun Bayaran Yang dikenakan

Untuk fee ataupun bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 3%. Yelah, agen dah buat kerja, dia dah cari buyer, dah tapis buyer, tologn submit loan, viewing semua tu, takkan la langsung tak ada upah kan. Jadinya 3% ini adalah upah yang dikenakan pada penjual dan itu sahaja cas yang dikenakan kepada penjual.

Untuk cas guaman, memang pembeli yang tanggung.

Apapun, kalau anda nak tahu harga pasaran rumah anda, nak submit loan untuk client anda ataupun nak jual rumah anda, bolehlah isi borang di bawah ini dan pihak kami akan hubungi anda dalam masa terdekat.

>Borang Berkaitan Dengan Jual & Beli Rumah<<

Tempoh Dapat Duit Rumah – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Untuk tahu berapa lama yang diperlukan untuk anda dapatkan duit, ini adalah kronologi yang anda perlu tahu.

  1. Dalam masa 2 minggu untuk pinjaman diluluskan oleh mana-mana institiusi kewangan (kalau semua dokumen mencukupi.
  2. 4 Bulan untuk proses disbursement dan tukar nama. Kalau loan lulus dengan loan daripada Kerajaan ataupun LPPSA, biasa akan ambil masa yang lebih lama.
  3. 1 Bulan untuk penyerahan kunci dan lain-lain.

Ini adalah proses yang basic dalam jual dan beli rumah. Ini juga adalah prosedur dalam jual dan beli rumah. Harap artikel cara jual rumah ini dapat memberikan anda sedikit info tentang cara step by step untuk menjual rumah anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *