6 Tips Penting Beli Kereta Baru 2023

Dah dapat gaji pertama dan berangan nak beli kereta baru? ini tips beli kereta baru yang anda perlu tahu. 

Dah ada gaji sendiri, ataupun dah berkeluarga, memang tak ada masalah untuk beli kereta baru. Apapun, kereta ini memang satu keperluan dan bukannya kehendak. Kalau beli kereta mewah tu lain cerita kerana ianya memang satu kehendak dan bukannya keperluan. 

Memang ramai yang buat kesilapan apabila membeli kereta pertama. Artikel pada kali ini adalah sedikit nasihat yang tak terlalu panjang untuk anda cuba buat satu keputusan yang betul terutama sekali kalau nak beli kereta baru. Apa pilihan yang ada? Berapa pendapatan yang anda perlukan untuk beli kereta baru? 

Boleh baca sampai habis kerana ada banyak info yang anda perlu tahu dan buat pengiraan untuk beli kereta yang berbaloi jangka masa panjang.

tips beli kereta baru

Tak Semestinya Kena Pakai Kereta

Kalau anda masih bujang dan belum lagi bekerja, nak beritahu awal-awal yang tak semestinya anda kena pakai kereta. Tak pakai kereta pun tiada masalah pada masa ini. Ianya berbeza beberapa tahun dahulu di mana, sekarang ini, sudah ada banyak syarikat e-hailang seperti Grab.

Sampai pada tahap, tak perlu nak gunakan kereta, guna sahaja syarikat seperti ini untuk ke mana-mana destinasi pilihan anda.

Ianya lebih menjimatkan kerana anda hanya perlu untuk membayar sekali sahaja. Tak perlu nak risau bayaran lain seperti minyak, maintenance fee, insurance dan road tak, dan pelbagai lagi kos sampingan lain. Guna sahaja perkhidmatan seperti ini dan ianya akan menjimatkan perbelanjaan anda untuk satu jangka masa panjang.

Kalau tak pun beli sahaja motosikal dan gunakan motosikal tersebut. Pun boleh jimat perbelanjaan anda juga.

Tips Beli Kereta Mengikut Gaji

Kalau seorang graduan ni, bila dapat gaji, perkara pertama yang mereka mahukan adalah, untuk beli kereta baru. Bukan kereta terpakai ye, kereta baru.

Memang tak dinafikan, ada banyak pilihan yang ada terutama kalau nak beli kereta baru. Daripada kereta jenama tempatan seperti Proton, Perodua dan lain-lain. Pun ada jenama luar seperti Honda dan Toyota untuk anda pilih.

Apapun, tips beli kereta mengikut gaji yang biasa ditunjukkan oleh pakar-pakar kewangan di Malaysia adalah:

  • Gaji sebulan x 12
  • Contoh gaji anda adalah Rm3000
  • 3000 x 12 = 36000

Begitulah, kena cari kereta yang bernilai pada kurang daripada RM36,000. Antara pilihan yang ada adalah, Axia (33,000), Bezza (36,000) pun sudah boleh dapat satu kereta Perodua Bezza yang menarik. Pilihan lain Proton Saga pun bagus juga, harga dalam sekitar RM39,000. 

Ini antara pilihan yang ada untuk anda beli kereta. Kalau gaji anda lebih besar, lebih banyak pilihan kereta yang anda boleh beli dan dapatkan.

Kalau boleh jangan beli kereta yang di luar kemampuan anda. Anda kena ingat yang kereta ini datang dengan pelbagai kos lain yang anda kena tanggung. Kos seperti minyak, maintenance, insurance dan road tak walaupun setahun sekali pun pening juga. Kalau nak beli kereta, kalau boleh beli yang di dalam kemampuan anda. Terutama sekali dalam ketidaktentuan ekonomi yang berlaku sekarang ni.

Sekali lagi, pilih pilihan kereta yang dalam bajet anda dan jagan sesekali beli kereta di luar kemampuan anda. Nanti duit gaji habis bayar kereta, dah kena makan mee meggi setiap bulan ataupun kena kerja lebih masa sebab duit dah habis bayar kereta. “Biar papa asal bergaya” jangan jadi macam tu ye.

Survey Kereta Di Carsome 

Tak Semestinya Kereta Baru, Kereta Terpakai Pun Tiada Masalah

Tak semestinya anda kena beli kereta baru, kereta terpakai pun tak ada masalah. Kalau kereta baru, “waiting period” untuk anda dapatkan kereta tu pun akan ambil masa yang agak lama. Baru-baru ini, ketika Perodua Alza 2022 baru dilancarkan, tempahan ambil masa sehingga 1 tahun. Ianya merupakan satu jangka masa yang agak lama juga. Kalau anda tak ada pilihan dan mahukan kereta anda dan tak nak tunggu terlalu lama, boleh sahaja beli kereta terpakai.

Kalau kereta terpakai ini pun bagus-bagus juga dan kena pandai pilih. Jangan salah pilih nanti merana hidup. Mungkin nanti kami akan keluarkan artikel berkaitan dengan tips memilih kereta terpakai. 

Apapun, kalau nak kereta terpakai ini, boleh sahaja buat survey di Carsome. Ianya memang tempat untuk anda mencari pilihan kereta terpakai yang bagus-bagus yang ada di pasaran. Boleh ke link bawah kalau nak beli kereta di Carsome.

Lihat Kembali Status Kewangan Anda

Faktor kewangan adalah perkara yang sangat penting terutama dalam berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi yang bakal berlaku pada tahun-tahun akan datang. Expenses bulanan anda adalah perkara yang anda kena lihat dari semasa ke semasa. 

Berapa banyak yang anda kena belanja setiap bulan? Apa cara untuk anda kurangkan perbelanjaan anda setiap bulan?

Memang ada banyak cara untuk kurangkan perbelanjaan bulanan anda dan antara cara yang paling bagus adalah lihat kembali penggunaan pelan telefom mudah alih anda sama ada prepaid ataupun postpaid. 

Kalau sebelum ini, bayaran bulanan adalah sebanyak RM80, dengan pakej yang lebih kurang sama, anda hanya perlu membayar tak sampai pun RM40 dengan pelan dari Tune Talk Halo Telco. Ianya juga datang dengan manfaat lain seperti khairat kematian, takaful kemalangan dan lain-lain lagi.

Nak dapatkan simkad Tune Talk ini, boleh dapatkan di kedai Shopee kami di link bawah ini.

Perbelanjaan Makin Besar Bila Ada Kereta

Memang perbelanjaan akan jadi makin besar bila anda sudah mempunyai kereta sendiri. Bukan sahaja bayaran bulanan yang anda kena bayar ke bank, bayaran lain pun anda kena tanggung seperti kos minyak, tol (kalau ada) dan lain-lain. Apapun, itulah pengorbanan kalau anda nak guna kereta baru mahupun kereta terpakai. Sebab itu, buatlah pilihan yang bijak dan pilih kereta terbaik yang sesuai dengan anda. Harga memainkan peranan yang sangat penting buat masa ini.

Pergi Ke Showroom Terdekat

Kalau anda dah nekad nak beli kereta baru, tak salah kalau pergi ke showroom terdekat. Kalau gaji anda dalam lingkungan RM3000 ke bawah tu, saya cadangkan untuk anda pergi je di Showroom Proton ataupun Perodua. Ianya antara pilihan yang baik sebagai harga permulaan untuk beli kereta.

Jangan pergi ke showroom Honda ke Toyota sudah. Kalau sekadar nak tengok-tengok cuci mata tu tak apa lagi. 

Apapun, buat pilihan anda. Kereta baru pun boleh, kereta terpakai pun tak ada masalah dan tak ada sesiapa yang nak marah. Ini tips beli kereta baru dari kami dan anda buatlah pilihan anda sendiri.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *