Barang Buatan Malaysia Yang Popular 2023

Apakah barang buatan Malaysia terbaik yang ada di Malaysia dan yang pastinya yang anda sendiri kerap gunakan. Barangan buatan Malaysia ini memang bagus dan berkualiti dan yang penting sekali adalah kita support local.

Pembelian barangan buatan Malaysia, mahu ataupun tak akan berikan sedikit keuntungan kepada syarikat tersebut dan ianya membolehkan syarikat tersebut menggunakan hasil daripada jualan untuk membayar gaji pekerja, membayar cukai dan lain-lain. Ya, secara tak langsung, ianya akan digunakan untuk merancakkan ekonomi di Malaysia.

Jadi, kalau ada pilihan untuk beli barangan buatan Malaysia dan barangan bukan buatan Malaysia, cuba pilih untuk beli dahulu barangan buatan Malaysia. Anda #supportlokal dan ekonomi kita akan terus berkembang dan bolehlah anak-anak muda mendapat gaji daripada pekerjaan mereka.

barang buatan malaysia

Kempen Dari Kementerian Beli Barangan Buatan Malaysia

Badan yang pertama ajak kepada kempen barang buatan Malaysia tentunya adalah Kementerian sendiri. Tak berhenti sampai di situ, pun ada video Upin Ipin berkenaan dengan kempen belilah barangan buatan Malaysia.

Boleh sahaja buat carian di Youtube, content dan info dalam video ini adalah sangat bagus untuk mengetengahkan pelbagai barangan buatan Malaysia yang berkualiti yang ada di Malaysia ini.

Kalau anda ada anak, boleh tengok rancangan ini dengan anak-anak. Menarik dan santai, pada saya mesej dalam video ini sampai kepada penonton. Jangan lupa, utamakan barangan buatan Malaysia yang anda jumpa.

Jenama Dari Malaysia Yang Unggul Dan Berkualiti

Berikut adalah antara beberapa barangan buatan Malaysia yang berkualiti yang anda boleh pilih. Beli barangan buatan Malaysia ini akan secara tak langsung membolehkan anda untuk menyokong pekerja tempatan dan sektor ekonomi tempatan. Nak beli barang, belilah barangan buatan Malaysia.

https://www.kpdnhep.gov.my/ms/kepenggunaan/program/kempen-beli-barangan-malaysia

Tune Talk Halo Telco

Memang kebanyakan syarikat telekomunikasi di Malaysia ini adalah syarikat tempatan. Termasuklah salah satunya adalah syarikat Tune Talk Halo Telco ini

Nak beritahu siap-siap yang pihak kami adalah dealer daripada syarikat Tune Talk Halo Telco ini. Setiap pembelian dan penggunaan anda, akan menyumbang sedikit sebanyak kepada kelangsungan blog ini. 

Apapun, dalam banyak-banyak syarikat telekomunikasi yang pernah saya gunakan, memang Tune Talk ini sangat best dari segi applikasi. Data dan harga taklah terlalu mahal dan agak tak jauh beza dengan syarikat lain, cuma yang menarik daripada syarikat ini adalah penggunaan applikasi milik mereka.

Nak beli simkad Tune Talk ini, mudah je, beli je di official store Shopee kami di bawah ini. 

Boleh cuba untuk dapatkan no baru ataupun nak kekal no lama pun boleh. Kami akan guide step by step macam mana cara nak kekal no lama dan nak no baru.

Proton & Perodua

Memang tak dinafikan ada banyak pilihan kereta yang ada buat masa ini. Daripada yang murah, mahal dan sebagainya.

Betul ke Proton dan Perodua ini buatan Malaysia? 

Soalan ini susah sikit nak jawab kerana kedua-dua kereta ini memang asalnya adalah buatan Malaysia dan mempunyai kilang di Malaysia. Apabila masa semakin berlalu, terjadi pemilikan dan pembelian ianya bukanlah 100% syarikat buatan Malaysia. Akan tetapi ianya mempunyai kilang di Malaysia.

Jadi, boleh dikatakan yang setiap pembelian anda akan turut membantu jurutera, juruteknik yang bekerja di kilang Proton dan Perodua. Lagipun, model kereta yang dikeluarkan oleh Proton dan Perodua pun adalah antara model kereta yang bagus dan menarik.

Kalau anda ada bajet, kalau boleh cuba utamakan dahulu kedua-dua kereta iin dan kemudian pilihlah pilihan kereta lain. Ataupun boleh baca artikel terbaru kami berkenaan dengan kriteria pemilihan kereta terbaru di dalam artikel di SINI.

Ogawa Dari Malaysia

Ya, Ogawa pun adalah antara jenama yang popular dengan produk kerusi urut milik mereka. Ianya merupakan satu jenama antarabangsa dan kalau kita tengok dari segi nama, nampak macam produk dari Jepun, akan tetapi, ianya adalah produk dari Malaysia.

Ogawa telah diasaskan pada tahun 1996 oleh Wong Lee Keong dan Lim Poh Khian.

Bonia

Kalau dengar nama Bonia, sekali dengar mesti rasa ianya adalah satu produk dari Itali. Akan tetapi, ianya sebenarnya adalah produk buatan Malaysia. Ianya adalah hasil ataupun ilham daripada pereka dari Itali. Kalau nampak produk ini dan kena dengan bajet anda, tak salahpun kalau nak beli. Nak beli secara online di kedai seperti Shopee ataupun Lazada pun tiada masalah.

Petronas

Antara banyak-banyak stesyen minyak, Petronas yang paling sinonim dengan rakyat Malaysia. Syarikat gergasi pengeluar dan pemprosesan minyak ini memang terkenal dan antara syarikat yang besar yang ada di Malaysia ini.

Petronas pun antara syarikat yang menyumbang kepada cukai di Malaysia. Tak salah kalau anda nak isi minyak, boleh cuba isi di Petronas. Syarikat minyak lain pun tak ada masalah nak isi kerana ianya adalah antara syarikat yang mempunyai saham daripada syarikat tempatan. Apapun, nak isi minyak ingat Petronas.

Minyak Masak Saji

Kalau nak cari minyak masak biasanya saya akan cari minyak masak jenama Saji ini. Saji adalah produk daripada Felda dan ianya adalah antara jenama yang meningkat naik selepas kempen Buy Muslim First #BMF satu ketika dahulu. Apapun, kempen ini sudah tak berapa nak popular pada masa ini atas pelbagai faktor. 

Jom guna Barangan Buatan Malaysia

Kalau nak guna barangan belilah barangan buatan Malaysia. Kalau tiada buatan Malaysia tak ada masalah. Antaranya adalah barangan seperti smartphone, laptop dan lain-lain yang memang bukan barangan buatan Malaysia. 

Barang buatan Malaysia bukan sahaja berkualiti, harganya pun berpatutan. Tak terlalu murah dan tak terlalu mahal.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest