Jawab Survey Dapat Duit – RM30 Sehari

Jawab surver dapat duit betul ke? Memang betul boleh dapat duit ataupun gimik sahaja. Boleh ataupun tak itu bergantung kepada anda sendiri dan apapun, boleh baca artikel ini sampai habis. Ada banyak program seperti ini dan juga mungkin program lain yang membolehkan anda untuk dapat duit setiap hari.

Jawab survey je dapat duit, siapa tak nak dan saya pasti semua orang nak. Tapi anda perlu tahu yang berapa je jumlah wang yang anda boleh dapat apabila anda menjawab survey. Berbaloi tak dengan usaha anda? Kalau berbaloi boleh teruskan dan jika tak berbaloi boleh tinggalkan terus program seperti ini.

Kalau jawab survey dapat duit untuk bayar topup bulanan pun dah sangat membantu. Ianya perlukan kesungguhan kerana anda perlu menjawab banyak survey setiap hari. Apapun, berikut adalah antara beberapa program survey yang anda boleh ikuti untuk anda sendiri dapat jana duit tambahan setiap bulan.

jawab survey dapat duit

Ekonomi Makin Meruncing

Ekonomi makin meruncing, ini adalah masanya untuk anda tambah pendapatan. Tak kiralah survey ataupun program lain, yang penting ada pendapatan kedua, ketiga dan seterusnya.

Nak jimat boleh mulakan dengan pelan telekomuinikasi anda sama ada postpaid ataupun prepaid. Saya rekemen prepaid kerana lebih murah dan lebih fleksible. Ada banyak pelan di pasaran sekarang dan dalam banyak-banyak tu, saya rekemen Tune Talk Halo Telco. Memang menarik sebab anda boleh gunakan pelan yang bukan sahaja murah, akan tetapi pada masa yang sama, membolehkan anda untuk jana pendapatan tambahan.

  • Pelan murah bermula dengan RM15/bulan
  • Boleh jana pendapatan sebagai dealer, tak susah, mudah je
  • Ada takaful kemalangan dan khairat kematian.

Anda boleh jadi dealer dengan tambah pendapatan anda setiap bulan. Nak jadi dealer di Halo Telco Tune Talk, anda cuma perlukan RM70 sahaja untuk bermula. Mudah kan! Ya, memang mudah dan murah.

Nak jadi pengguna pun boleh, nak jadi pengguna + dealer pun ok, lagi bagus ada pendapatan tambahan. Beli je simkad di bawah ini.

Untuk info, kedai Shopee di atas adalah kedai kami dan setiap pembelian dari anda akan memotivasikan kami untuk terus menghasilkan konten seperti ini.

Pengalaman Jawab Survey Dapat Duit

Sebelum pergi lebih jauh saya nak cerita sikit realiti macam mana program survey ini di Malaysia. Dahulu saya kerap juga promosikan program survey melalui program affiliate di Involve asia. Anda boleh daftar sebagai seorang affiliate di Involve Asia ni secara percuma sahaja. Boleh daftar di SINI

Dalam involve asia ni ada banyak merchant seperti Carsome, Lazadan, Shopee dan lain-lain lagi. Setiap pembelian melalui link, anda akan dapat sedikit komisyen daripada Involve Asia.

Untuk survey, dahulu saya memang banyak kali mempromosikan juga program survey, akan tetapi apabila offer tersebut kejap ada, kejap pause, kemudian ada kembali dan hilang. Hilang semangat dah nak promosi program survey di InvolveAsia. Offer yang ada untuk program survey sangat tak konsisten dan saya pun kurang promosikan. Juga mungkin ada sebab lain kenapa tawaran survey di Malaysia langsung tak memberangsangkan.

Ini realiti program jawab survey di Malaysia dan ianya berbeza dengan program di luar negara seperti di US, UK dan Europe. Mungkin pengiklan untuk program dan juga mungkin dana untuk program seperti ini ada banyak. 

Join Program Survey Suatu Masa Dahulu

Dahulu program survey ada banyak. Dulu tu pada tahun 2013 macam tu. Pernah juga buat beberapa kali tapi agak susah nak cash out, jadi saya tak teruskan dengan program tersebut. Ianya agak susah dan bayaran dikenakan adalah sangat rendah dan untuk cashout biasanya ada jumlah tertentu seperti RM50 dan sebagainya.

Sangat tak berbaloi untuk anda cuba. Bila fikir-fikir balik lebih baik anda cuba program ataupun cara lain untuk tambah income. Antaranya adalah dengan cuba untuk buat duit main game di artikel SINI. Anda gunakan cara yang kami tunjuk dalam artikel ini, memang tak susah nak mula dapat income walaupun anda bermain game dengan smartphone anda. Konsisten dan berterusan, insyaAllah akan mula nampak hasilnya nanti. Yang penting kesungguhan kena ada.

Bina Database – Bantu Usahawan Online

Ya, anda boleh bina database anda sendiri dengan menggunakan software Waboost Whatsapp blaster dan pada masa yang sama, anda boleh promote program tersebut untuk dapat extra income. 

Saya sendiri dah beberapa kali dapat komisyen dari program ini. Daripada anda cuba jawab survey, kadang-kadang saya rasa adalah lebih baik untuk anda cuba program ini. Program ini adalah daripada syarikat Solvy yang saya sendiri menggunakan 2 software milik mereka untuk marketing dan perniagaan saya sendiri. Software ataupun perisian yang saya gunakan adalah Waboost untuk Whatsapp dan juga Fboom untuk Facebook.

Ianya adalah antara pembelian yang  sangat-sangat berbaloi untuk anda cuba dan lebih menarik, mereka ajar step by step macam mana nak buat income dari program ini. 

Bina Kedai Shopee Anda

Shopee makin menigkat naik sekarang ini dan mungkin akan terus naik pada masa akan datang harapnya. Kenapa? Apabila populasi rakyat Malaysia makin ramai, graduan yang mula bekerja secara tak langsung mereka pun ada kuasa membeli dan membolehkan plaform seperti Shopee dan Lazada ini akan berkembang pada masa akan datang.

Kami pun ada buka kedai Shopee kami di sini dan ianya fokus kepada menjual simkad sahaja. 

Antara strategi yang kami guna untuk tingkatkan populariti kedai ini adalah dengan menggunakan ebook Shopee di SINI.

Kalau anda minat nak menjual di Shopee dan tak tahu nak mula macam mana, boleh laburkan sedikit duit dengan membeli produk ini. Ianya akan sedikit sebanyak membantu untuk anda bermula.

Cari Program Yang Boleh Beri Anda Pendapatan Pasif

Fokus pada program yang boleh memberikan pendapatan pasif setiap bulan. Jual hanya sekali tetapi, dapat untung berkali-kali. Salah satu daripada program tersebut adalah dengan menjadi dealer simkad Tune Talk Halo Telco.

Anda hanya menjual simkad sekali sahaja, akan tetapi apabila pelanggan melanggan data setiap bulan, anda dapat komisyen dari situ secara konsisten. Memang menarik kan. Sebab ianya agak pasif dan boleh memberikan keuntungan untuk satu jangka masa panjang

Apapun ini adalah pandangan peribadi saya berkenaan dengan program jawab survey dapat duit yang ada di Malaysia. Saya sendiri dah cuba dan saya sendiri dah promosi, kesimpulannya, lebih baik anda cuba fokus pada program yang boleh jana duit yang lain. Ada banyak program jana duit yang lain yang anda boleh cuba.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *