5 Cara Main Game Dapat Duit 2023

Macam mana cara main game dapat duit? Sekarang ni memang boleh buat, main game pun boleh dapat duit. Pada kali ini, kami nak tunjukkan kepada anda beberapa cara untuk anda main game pun boleh dapat duit.Juga alternatif yang anda ada untuk anda main game dan dapat duit.

Susah nak hidup kalau tak ada duit. Dan sangatlah best kalau anda boleh main permainan video anda dan dapat duit daripada permainan tersebut. Tak perlu nak pegi ofis masuk pukul 8 pagi, balik pukul 5 petang setiap hari. Ada handphone pun dah boleh gunakan sebagai salah satu platform untuk buat duit dengan permainan video. Yang penting, anda konsisten dalam permainan anda dan tunjukkan kepada penonton apa keunikan anda. Macam mana tu? Baca sampai habis baru anda akan faham.

main game dapat duit

Perkara Penting Sebelum Anda Mula Main Game

Kalau anda nak main game, apa yang penting adalah untuk ada talian internet yang stabil. Kalau tak ada talian internet yang stabil, memang susah sangat kalau nak main game. Sebab itu sangat penting untuk ada wifi sendiri di rumah. Ada wifi, barulah ada talian internet yang stabil untuk anda main game dan pelbagai kegunaan lagi.

Selain daripada Wifi, memang boleh dikatakan wajib juga untuk anda mempunyai talian internet personal mempunyai data yang bagus. Kalau-kalau anda nak travel dan tempat tersebut tiada wifi, boleh gunakan internet personal sendiri.

Pakej data sekarang ini pun banyak yang bagus-bagus dan murah-murah. Dengan bajet RM35 hingga Rm50, anda boleh mendapatkan banyak pakej data yang menarik untuk anda gunakan untuk tujuan personal dan juga untuk anda bermain game. Lepas tu, barulah anda boleh buat duit dengan permainan game yang anda main tersebut.

Berikut adalah pakej datang yang kami rekemen kepada anda.

tune talk bebas 55

Ini adalah pelan terbaru dari Tune Talk. Kalau anda berminat dengan pelan ini, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk anda beli je simkad tune talk di kedai terdekat anda. Nak lebih mudah dan murah, beli je simkad Tune Talk ini di kedai Shopee kami di bawah.

InsyaAllah anda boleh dapat simkad secara cepat dan pantas.

Channel Youtube Khas Game Anda

Anda jadi seorang gamer dan pada masa yang sama anda jadi juga seorang youtuber. Saya lebih rekemen anda gunakan platform Youtube berbanding dengan platform lain seperti TikTok, ataupun Facebook Video. Kenapa youtube dan bukan platform lain?

Macam platform smartinvest youtube fokus kepada niche kewangan dan tambah income. Anda pun boleh lakukan perkara yang sama.

Youtube anda program ads mereka sendiri dan untuk pengetahuan anda, program ads di youtube adalah di bawah google adsense. Video yang anda upload, jika ramai yang view dan tonton, maka akan lebih banyaklah pendapatan anda. Di samping itu, anda juga boleh menjual produk anda sendiri seperti kelas membership, merchandise dan lain-lain yang anda boleh promosikan dalam video anda.

Permainan Video Macam Mana Yang Sesuai?

Permainan video yang ramai orang main adalah sesuai untuk anda jadikan sebagai content dalam channel Youtube anda. Ada banyak permainan video yang ramai orang sedang main sekarang, tak ada masalah untuk anda buat content dalam topik tersebut. Berikut adalah antara beberapa permainan game yang sangat bagus untuk anda jadikan sebagai content.

Ini adalah antara beberapa permainan video yang anda boleh jadikan sebagai content dalam channel Youtube anda. Tidak terhad kepada 4 permainan ini, ada banyak lagi permainan lain yang anda boleh masukkan dalam channel Youtube anda.

Manfaatkan Platform Shopee

Di Shopee ini mudah sahaja, anda daftar sahaja sebagai penjual. Kemudian jual sahaja pelbagai barangan anda di Shopee sebagai merchandise ataupun mungkin ebook untuk permainan tersebut. Barulah akan dapat banyak permintaan nanti.

Anda pun boleh promosikan kedai Shopee anda dalam platform Youtube seperti mana saya promosikan produk simkad Halo Telco saya dalam blog dan channel Youtube saya.

Tak ada idea nak jual, anda pun boleh menjual produk orang lain dan daftar sebagai affiliate di Shopee. Lagi berkenaan dengan affiliate info anda boleh dapatkan info lanjut di SINI. Memang tak mustahil sebenarnya nak main game dapat duit ni, ye betul tak mustahil dan tak susah yang penting sekali tetap kena ada usaha yang berterusan.

Ada beberapa artikel dari blog ini berkenaan dengan tips dan strategi untuk jadi penjual di Shopee. Nak tahu lebih lanjut, anda boleh baca artikel kami tersebut dalam artikel di SINI dan juga di SINI.

Manfaatkan juga platform TikTok

Dalam banyak-banyak platform social media, memang platform TikTok sedang meningkat naik. Tak salah pun kalau anda manfaatkan platform Tiktok bagi mendapatkan lebih banyak pengunjung dan kemudian, anda cuba menjual produk anda dalam platform tersebut. Buat masa ini, Tiktok tak ada platform seperti google yang membolehkan anda dapat duit daripada iklan dalam video. Cara terbaik untuk anda dapat income adalah dengan menjual produk anda di dalam Tiktok seperti di Tiktok shop.

Tak perlu semua social media, manfaatkan Youtube dan Tiktok pun anda pasti boleh dapat sedikit pendapatan sampingan daripada permainan video anda. Tak percaya, anda boleh cuba sendiri.

Alternatif Lain – Jadi Dealer Halo Telco Tune Talk

Saya pasti yang anda mesti gunakan telefon dan smartphone. Kalau guna smartphone, memang wajib melanggan satu pakej data plan untuk kegunaan seharian anda. Bertukar ke Tune Talk ataupun anda boleh sahaja untuk dapatkan no baru Tune Talk.

Kenapa? Salah satu sebab adalah, dengan hanya RM70, anda sudah boleh menjadi seorang dealer ataupun penjual simkad. Apa yang anda boleh dapat dengan RM70?

  • 10 keping simkad
  • 1 jersi
  • Flyers

Menarik kan. Ini adalah apa yang anda boleh dapat dan kemudian, anda boleh mula menjual simkad anda. Ada banyak cara dan strategi untuk menjual simkad. Apapun, kalau anda berminat nak menjual simkad, boleh hubungi kami di bawah ini.

Modal untuk jadi dealer sangatlah rendah dan yang lebih penting daripada itu adalah, anda boleh dapat pulangan yang konsisten setiap bulan.

Main Game Memang Boleh Dapat Duit

Main game memang boleh dapat duit. Yang saya beritahu dalam artikel ini simple sahaja. Kalau anda seorang pro gamer, memang boleh dapat elaun setiap bulan tapi memang kena ada skill tertentu la untuk jadi seorang pro gamer.

Apapun, memang tak mustahil untuk buat duit dengan permainan video game ini. Anda cuma perlu kretif dan sertakan skill dan idea menarik dalam permainan anda. Duit tu insyaAllah akan datang dengan sendiri nanti.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *