5 Cara Daftar Free Shipping Shopee 2023

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi info tentang cara daftar Free Shipping Shopee. Kaedah berbelanja secara atas talian semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia lebih-lebih lagi apabila norma baru yang melanda seluruh dunia. Masyarakat lebih memilih berbelanja secara atas talian berbanding berbelanja secara fizikal atau terus di kedai kerana beberapa faktor seperti keselamatan, risiko, iklan yang menarik, dan potongan harga yang murah. 

Artikel pada kali ini adalah khusus kepada anda yang nak jadi penjual di Shopee. Penting untuk daftarkan free shipping di Shopee sebagai satu nilai tambah, malahan perkara yang wajib anda perlu lakukan untuk menarik pelanggan berbelanja di Shopee. Jika semua penjual lain telahpun mengaplikasikan FREE Shipping di Shopee ini, anda pun perlu lakukan perkara yang sama.

daftar free shipping shipee

3 Jenis Shipping Shopee

Di Shopee anda boleh memilih tiga jenis shipping seperti Pilihan 1 (Free Shipping atau bersubsidi), Pilihan 2 (pembeli bayar kos pengeposan), dan pilihan 3 (penjual menanggung sendiri kos pengeposan sepenuhnya). 

Kelebihan Program Free Shipping Shopee

Semakin banyak penjual yang menjual barang di Shopee, semakin tinggi persaingan kedai atau produk anda di pasaran. Pembeli masa kini sangat bijak dalam membeli dan memilih produk di atas talian. Mereka inginkan sesuatu yang memberi manfaat dan kelebihan bukan sahaja dari segi kualiti, dan harga, tetapi juga nilai tambah yang berbeza dan unik, dan ianya berani diberikan penjual kepada pembeli. 

  • Anda dikenakan zero kos untuk mendaftar (percuma)
  • Anda dan pelanggan tidak perlu menganggung kos penghantaran
  • Anda boleh drop barang di mana-mana cawangan kurier yang anda mahukan
  • Anda tidak perlu menunggu giliran, beratur dan mengambil nombor di kaunter pejabat pos. Sebaliknya anda boleh terus ke kaunter serahan barang (express counter)
  • Anda hanya perlu mencetak WayBill sahaja dan tidak perlu mengisi borang Poslaju.

Free Shipping ini adalah antara perkara yang penting untuk anda menjadi seorang penjual di Shopee yang sukses. 

Saya pun dah mendaftar program free shipping ini untuk kedai Shopee Saya DI SINI. Salah satu business saya adalah menjual simkad ataupun seorang dealer simkad Tune Talk.

Nak tahu macam mana nak dapatkan free shipping shopee ini, anda baca sehingga ke akhir artikel. Ada link untuk anda terus mendaftar free shipping shopee di sana nanti.

Syarat dan Terma: 

  • Free shipping hanya terhad kepada pembelian RM40 ke atas. Manakala RM30 pula untuk potongan separuh harga
  • Berat timbangan parcel yang dibolehkan terhad kepada 5kg ke atas untuk Semenanjung dan 1kg ke atas untuk Sabah dan Sarawak
  • Hanya 5 kali pembelian dalam sebulan untuk satu akuan pembeli sahaja yang dibenarkan. 

Apa yang perlu anda siapkan sebelum memohon Free Shipping Shopee:

  • Printer untuk mencetak “waybill”
  • Bagi anda yang memilih Poslaju, anda perlu mengambil Borang PL9 di mana-mana cawangann Poslaju yang berdekatan.

Cara Daftar Free Shipping Shopee:

1. Download dan daftar aplikasi Shopee 

Sekarang semuanya semudah di hujung jari. Anda boleh memuat turun aplikasi Shopee terus ke telifon bimbit anda sama ada menggunakan Google Play Store (pengguna Android) dan Apps Store (pengguna IOS). Kemudian anda perlu log in ke akaun anda atau sign up sekiranya anda belum mempunyai akaun Shopee lagi. 

2. Pergi ke Help Center

Anda boleh masuk terus ke Help Center dengan menggunakan aplikasi Mobile Shopee atau anda juga boleh layari laman web ini https://help.shopee.com.my/my/s/article/How-do-I-join-Shopee-s-Free-Shipping-Program

2. Survey Kurier

Jangan tergesa-gesa membuat pilihan kurier. Anda boleh buat survery terlebih dahulu untuk beberapa kurier yang telah ditetapkan seperti Poslaju, DHL, J&T dan sebagainya. Setiap jenis kurier ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ciri-ciri kurier yang baik boleh anda lihat dari segi kelajuan dan masa penghantaran, kebolehpercayaan, kemudahan untuk menjejak barang yang dipos, dan kemudahan liputan kurier di kawasan anda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut setiap satu kurier ini, anda boleh layari laman web di bawah.

DHL: https://seller.shopee.com.my/edu/article/1105

PosLaju: https://seller.shopee.com.my/edu/article/1099

J&T Express: https://seller.shopee.com.my/edu/article/1106

Ninja Van: https://seller.shopee.com.my/edu/article/1108

Thelorry.com: https://seller.shopee.com.my/edu/article/1440

Shopee Express: https://seller.shopee.com.my/edu/article/1459

City Link-Express: https://seller.shopee.com.my/edu/article/3251

3. Pilih Kurier

Setelah anda selesai membuat pertimbangan bagi kesemua jenama kurier yang ada di bawah Shopee, sekarang masanya untuk anda membuat pilihan. Sekiranya anda memilih servis dari PosLaju, anda perlu mendaftar secara online di sini http://sgiz.mobi/s3/MY-Shopee-FREE-5KG-Shipping-Program-Signup-Form/?sglocale=en&userid=81913262

Butiran seperti tarikh dan masa untuk aktifkan akaun, username, dan lokasi perlu anda isi sebelum menekan butang Submit atau hantar. Untuk lebih jelas, disarankan anda untuk membaca terma dan syarat terlebih dahulu sebelum menghantar borang ini. 

Sekiranya anda menggunakan servis kurier selain dari PosLaju. Kesemuanya boleh diaktifkan secara automatik di akaun Shopee anda. 

4. Pilih Kurier Selain PosLaju

Anda boleh temukan butang setting di bahagian kiri skrin komputer atau laptop anda. Jika anda menggunakan telifon bimbit sendiri, anda perlu tekan pada butang Account Setting. Di bahagian setting ini hampir kesemua proses yang melibatkan urusan pembelian, maklumat peribadi, dan transaksi kedai online tersenarai di sini. Untuk urusan pendaftaran Free Shipping, anda perlu tekan pada butang My Shipping terlebih dahulu. 

Jika sistem dahulu, pilihan kurier di Shopee agak terhad yang mana hanya tiga jenis kurier sahaja yang disediakan iaitu PosLaju, DHL, dan J&T Express. Selain itu, sistem dahulu juga tidak akan memaparkan bahagian Shopee Supported Logistic, sekiranya anda belum lulus pemohonan tersebut. 

Tetapi pembaharuan telah di buat, yang mana anda boleh memilih pelbagai jenis kurier yang ada, dan disebabkan pendaftaran kurier selain PosLaju adalah secara automatik jadi ada boleh terus memilih di kurier yang ingin anda gunakan di ruangan Shopee Supported Logistics. 

Untuk lebih banyak tips lain menjadi seorang penjual di Shopee, anda boleh dapatkan info lanjut di bawah;

Banyak tips lain untuk menjadi seorang penjual yang berjaya terutama daripada perkongsian Bro John Jenin di atas ini. Tips marketing, produk research, semua penting untuk kedai anda sukses. 

5. Cetak Waybill

Bila sudah ada pelanggan yang membeli di kedai online anda. Anda perlu menguruskan proses penghantaran barang tersebut. Dengan Free Shipping Shopee, anda tidak perlu untuk beratur dan mengisi borang secara manual. Sebaliknya, anda hanya perlu mencetak semula Waybill yang telah disediakan untuk setiap transaksi penjualan. Nak daftar Free Shipping Shopee boleh ke SINI.

Dalam dunia perniagaan, keuntungan dan kerugian adalah lumrah yang perlu ditanggung oleh setiap peniaga. Namun, peniaga yang berani mengambil risiko adalah peniaga yang berani mencuba dan sanggup berdepan dengan segala kemungkinan. Semakin besar risiko, semakin tinggi peluang perniagaan itu untuk berjaya. 

Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram smartinvest101 di atas untuk lebih banyak tips penting berkaitan dengan tambah income, kewangan dan lain-lain. Diharapkan artikel cara daftar free shipping Shopeei memberikan anda informasi yang berguna kepada anda yang ingin menceburi bidang perniagaan atas talian di Shopee. 

Related Posts

2 thoughts on “5 Cara Daftar Free Shipping Shopee 2023

  1. Nak tanya, macam mana nak adakan poslaju dalam pilihan kurier?

    1. sekarang shopee dah tak bagi seller tentukan pilihan company courier, company courier ditentukan secara automatik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *