Macam mana cara nak memulakan perniagaan kek dan roti dari rumah? Pada artikel kali ini, kami akan berikan tips penting tentang cara memulakan perniagaan berasaskan bakeri yang anda perlu tahu. Daripada mindset, barangan dan resepi untuk anda explore.
Perniagaan kek dan roti mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada setiap orang. Lebih-lebih lagi pada masa ini, negara terpaksa berdepan dengan penularan Covid-19 yang memberi impak buruk kepada industri dan sektor-sektor awam di Malaysia. Pekerja berdepan dengan ancaman dipotong gaji, dipaksa bercuti tanpa gaji, dipaksa menggunakan cuti tahunan dan lebih teruk lagi terus dibuang kerja.
Ramai Hilang Pekerjaan
Statistik mengesahkan kenyataan ini apabila seramai 30,000 ribu orang pekerja hilang pekerjaan manakala 10,000 ribu lagi di cutikan secara paksa pada pertengahan tahun ini. Punca pendapatan yang menjadi sumber rezeki telah hilang tetapi kelangsungan hidup masih tetap perlu di teruskan.
Salah satu sektor yang masih menjadi pemacu kepada ekonomi negara dan nadi dalam penggerak dalam kejayaan seorang jutawan adalah dengan menjadi seorang usahawan. Contohnya seperti menjana pendapatan dengan perniagaan kek dan roti dari rumah.
Perniagaan yang bermula dari rumah memberi penjimatan yang banyak kepada anda seperti penjimatan bayaran sewa kedai, upah pekerja, kos peralatan infrastruktur kedai, rak pameran dan lain-lain. Tambahan lagi, anda juga mempunyai kuasa sebagai seorang ketua dalam menentukan hala tuju perniagaan anda serta tidak terikat dengan masa dan tempat untuk mengembangkan potensi diri.
1. Bersedia Untuk Memberi Komitmen
Kunci utama kejayaan sebuah perniagaan adalah sikap komited seorang usahawan sendiri. Sedar atau tidak, sebenarnya permulaan anda mengatakan yang anda ingin mula berniaga, anda sudah terikat untuk membangun dan mengembangkan perniagaan anda ke peringkat yang lebih tinggi.
Dalam perniagaan, anda perlu memberikan komitmen terhadap matlamat perniagaan, rancangan perniagaan, tindak-tanduk dalam perniagaan, pasaran, keuntungan, memberi manfaat kepada masyarakat dan menjalankan kewajipan dalam ibadah fardhu kifayah. Apa yang anda perlukan ketika ini cuma diri dan kesediaan hati anda sahaja.
2. Faham Tujuan, Cipta Matlamat dan Pasang Strategi
Tujuan dan matlamat yang jelas akan memandu perancangan awal dan akhir anda untuk mencapai target yang di tetapkan. Apabila anda sudah memiliki tujuan dan matlamat, kemudian pasang strategi dalam perniagaan. Strategi atau business plan sangat berguna untuk menjadi panduan untuk capat matlamat yang diinginkan, bantu usahawan kekal fokus dengan objektif yang di tetapkan, dan komponen penting untuk mengembangkan lagi perniagaan yang di jalankan.
Contoh Business Plan Yang Sistematik
i. Definisi
Jelaskan konsep dan siapa yang akan terlibat menjayakan business plan anda. Contohnya untuk bisnes dari rumah, anda sendiri yang menjadi planner dan individu yang menjalankan perniagaan.
ii. Produk atau Servis
Terangkan tentang produk atau perkhidmatan yang anda jual dan mengapa orang patut membeli jualan anda. Keistimewaan dan nilai tambah dari produk boleh memberikan persepsi pertama yang baik oleh pelanggan. Contohnya seperti layanan servis yang baik, pembungkusan yang menarik dan testimoni yang berkesan.
iii. Pasaran
Bagi pemulaan, ada perlu mencari pasaran atau niche market yang khusus yang mana jika anda pasarkan produk tersebut pasti akan ada ramai pembeli. Kebaikan mempunyai niche market sendiri, anda berupaya untuk menunjukkan kemampuan atau kemahiran anda dalam perniagaan tersebut, anda mula di kenali dan mencipta nama, mudah mendapat pelanggan dan ada ruang yang luas untuk mengembangkan bisnes.
iv. Analisis
Buat analisis mengenai strategi pemasaran dan operasi yang bersesuian dengan produk anda. Anda boleh menggunakan SWOT analisis sebagai medium utama. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan produk, ancaman, dan peluang.
v. Rangka Proses
Merangka segala proses bagaimana untuk kembangkan lagi perniagaan anda.
vi. Objektif
Tetapkan matlamat dan bila anda perlu capai apa yang di rancang. Jangan malu untuk berangan-angan kerana ianya percuma. Banyak usahawan yang menjadi jutawan dengan bermula dari bawah dan angan-angan. Yang penting, usaha dan angan-angan itu perlu berjalan seiring.
3. Pemilihan Produk Untuk Dipasarkan
Mulakan dengan jenis kek atau roti yang anda telah mahir dalam menyediakannya. Atau anda juga boleh memfokuskan perniagaan kepada satu jenis kek atau roti sahaja.
4. Senarai Peralatan dan Kos
Anda perlu teliti dan peka dalam membuat senarai peralatan dan kos. Pastikan peralatan yang di beli benar-benar di gunakan dalam proses pembuatan produk tersebut.
Tips Memilih Oven
i. Jika untuk kegunaan peribadi, beli jenis “conventional oven” yang boleh membakar kek, biskut dan lain-lain produk. Harganya bermula dari serendah RM100.
ii. Jika untuk bisnes, beli jenis oven heavy duty yang tahan lasak. Ada oven elektrik dan ada yang menggunakan gas (gas heated baking oven). Oven komersil ini berharga RM1,500 – RM3,000. Biasanya oven jenis gas lebih mahal dari oven elektrik tetapi dari segi jangka panjang, ia menjimatkan kos elektrik anda kerana ia menggunakan elektrik yang minima.
Berikut adalah beberapa pilihan oven yang bagus untuk memulakan perniagaan anda. Boleh tengok pilihan yang kami rekemen di SINI.
Tips Memilih Mixer
i. Jika untuk membuat produk dalam kuantiti kecil atau sedikit, hand mixer sesuai di gunakan untuk beginners yang baru berjinak-jinak membuat kek atau biskut. Banyak jenama yang terdapat di pasaran seperti Panasonic, Elba, Kenwood dan lain-lain. Harganya pula dari RM50 – RM200.
ii. Jika anda bercadang untuk bisnes, stand mixer adalah sesuai. Stand mixer bersaiz lebih besar dan dilengkapi dengan 3 alat untuk membancuh adunan iaitu alat whisk, paddle dan hook. Mesin ini sesuai untuk membuat kek, roti, pastri dan lain-lain. Jenama yang terkenal adalah seperti KitchenAid atau Kenwood. Harganya sesuai dengan kemampuannya sekitar dari RM2,000 – RM3,000.
Boleh tengok beberapa pilihan Mixer terbaik di bawah ini;
5. Mempunyai Ruang Kerja Yang Selesa
Pastikan ruang tempat anda bekerja jauh dari sebarang ganguan yang boleh mengurangkan fokus anda. Bagi seorang suri rumah tangga yang mempunyai anak kecil, aspek-aspek keselamatan perlu di utamakan untuk mengelakkan kemalangan di dapur berlaku.
Cuba untuk jadikan ruangan dan tempat kerja anda sebagai satu tempat yang kondusif dalam menjalankan perniagaan.
6. Mengira dan Menetapkan Harga Jualan
Pelanggan akan lebih cenderung membeli sesuatu produk jika ia di pasarkan dengan harga yang tepat. Strategi penentuan harga sesuatu produk boleh di tetapkan dengan menentukan harga pokok, melihat kepada suasana keadaan pasaran, memantau harga pesaing, dan mengenakan harga yang lebih rendah bergantung kepada pasaran.
Untuk menetapkan harga jualan, boleh tengok pilihan dan tips di bawah ini bagi membantu anda menetapkan harga. Agar produk anda tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal. Ianya adalah sangat penting.
7. Cipta Nama Brand Sendiri
Sesetengah orang beranggapan untuk memiliki nama brand sendiri adalah tidak penting terutama sekali perniagaan dari rumah. Nama brand sebenarnya membawa identiti produk anda untuk jangka masa yang panjang. Pelanggan akan mudah ingat produk yang mereka beli di samping menjadi instrumen dalam pemasaran dan pengiklanan.
8. Pasaran Secara Online dan Offline
Walaupun anda cuma menjalankan perniagaan di rumah tetapi ini tidak mengehadkan pasaran produk anda untuk berkembang. Gunakan kaedah secara online seperti media sosial dan secara offline seperti tempahan. Anda perlu pastikan, anda buat berdasarkan permintaan bukan kemampuan. Bila order masuk, baru anda buat.
9. Mendapatkan Komen atau Maklum Balas Produk
Ini penting untuk meningkatkan kualiti produk anda di pasaran. Segala maklum balas yang negatif adalah lubuk emas untuk anda memperbaiki sesuatu produk itu agar di terima oleh semua lapisan masyarakat. Manakala maklum balas yang positif akan menjadi penanda aras tahap kemajuan perniagaan yang di usahakan.
10. Daya Tahan Kekuatan Fizikal dan Mental
Dalam membina sebuah asas perniagaan, anda tidak akan lari dari mendapat tekanan dari luar dan dalam. Contohnya seperti cemuhan dari kawan, saudara atau keluarga dengan pilihan pekerjaan baru anda, kesal dengan rancangan perniagaan yang tidak menjadi, gagal merancang strategi yang berkesan, letih dan mula berputus asa untuk mencapai kejayaan dan seterusnya anda mula berasa benci untuk melihat tempat berniaga atau barang-barang yang di niagakan.
Ambil langkah bijak dalam menanganinya. Pilihlah untuk berehat seketika dalam masa yang sama meneliti dan memperbaiki semula aspek-aspek yang anda terlepas pandang dalam memulakan perniagaan itu. Berhenti buat selamanya bukanlah jalan yang terbaik kerana perjalanan anda untuk bergelar usahawan berjaya baru sahaja bermula.
Sebagai alternatif, anda juga boleh tengok video di bawah penerangan ringkas kami berkenaan dengan perniagaan bakeri.
Jom Jadi Usahawan Berjaya Dari Rumah
Tahniah, anda berjaya melangkah ke satu fasa yang baru! Tanpa kemahuan dan kesungguhan, impian yang diangankan hanya sekadar mimpi di siang hari. Percayalah industri makanan atau perniagaan berasaskan makanan tidak akan mati malah permintaannya akan meningkat dari hari ke hari.
Hanya sahaja sebagai seorang usahawan, anda perlu yakin dan percaya kepada perniagaan yang anda usahakan. Jika anda tidak yakin kepada perniagaan sendiri, bagaimana untuk anda menyakinkan pelanggan dan menarik minat mereka untuk membeli produk tersebut.
E-book Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah
Di harapkan artikel ini dapat membantu usahawan-usahawan muda dan suri rumah tangga yang baru ingin berkecimpung dalam dunia perniagaan bakeri dari rumah. Untuk panduan dan info yang lebih lengkap, anda boleh dapatkan E-book Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah sebagai teman yang mengiringi langkah pemula anda dalam dunia perniagaan. Dalam e-book ini, anda akan diajar tentang formula 2M+2P, langkah membuka bisnes bakeri, cara mengira dan menetapkan harga jualan, teknik promosi dan pelbagai lagi.
Harap artikel memulakan perniagaan kek dan roti ini memberikan anda sedikit gambaran tentang tips dan cara untuk memulakan perniaggan berasaskan bakeri.
Boleh subscribe channel Telegram kami di atas bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan tips pelaburan lain di Malaysia.
Boleh juga untuk anda tengok beberapa pilihan info lain berkaitan dengan tips untuk tambah pendapatan di bawah;