11 Bentuk Bantuan Warga Emas 2023

Apakah bantuan warga emas yang anda boleh dapatkan bagi meringankan beban mereka. Pada kali ini, kami akan senaraikan apakah bantuan yang anda boleh berikan kepada mereka agar dapat meringankan beban mereka. Juga beberapa alternatif untuk tambah pendapatan yang akan kami berikan di akhir artikel ini.

Warga emas di takrifkan sebagai kelompok golongan yang berusia 60 tahun ke atas. Mengikut statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas menunjukkan peningkatan sehingga 10.3 peratus pada tahun 2019. Kadar pertambahan ini bukanlah baru kerana trend graf sentiasa berlaku kenaikan dari tahun ke tahun. 

Kenyataan ini di sokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan mengatakan Malaysia dijangka menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk negara.

bantuan warga emas

Bantuan Kebajikan Masyarakat

Kebajikan Masyarakat memberikan beberapa bantuan khas untuk warga emas antaranya seperti: 

i. Bantuan Kewangan

Bantuan kewangan atau juga di kenali sebagai Bantuan Orang Tua (BOT) sebanyak RM 350 sebulan akan di berikan kepada warga emas yang layak untuk menampung kehidupan seharian mereka. 

Kriteria Kelayakan Khusus

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia.

2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.

3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata 

    Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin per Kapita Semasa; dan

4. Warga emas yang bukan tinggal di:

  i. institusi kendalian JKM; atau

  ii. pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara     

     percuma;

     ATAU 

 iii. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kajian    

     Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM).

Cara Memohon Bantuan Kewangan JKM

Untuk permohonan secara terus. Anda boleh membuat permohonan dengan menghadirkan diri ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang terdekat. Di situ, anda akan terus berurusan dengan pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan kes anda.

Bagi permohonan secara online atau atas talian, anda perlu mengisi permohonan di sistem eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Langkah 1: Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

Langkah 2: Klik daftar permohonan atas talian.

Langkah 3: Klik daftar permohonan.

Langkah 4: Pilih negeri pemohon.

Langkah 5: Masuukan nombor Kad Pengenalan anda.

Langkah 6: Klik daftar.

Langkah 7: Isikan maklumat pendapatan seperti yang di minta.

Langkah 8: Isikan maklumat keperluan bulanan.

Langkah 9: Klik keputusan.

Hadir Ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah

Pemohonan di kehendaki untuk hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah mengikut daerah yang telah di pohon dalam system. Tempoh masa yang diberikan adalah 14 hari  dari selepas permohonan di buat. Jika pemohon gagal menghadirkan diri, permohonan tersebut di kira gagal.

Dokuman Sokongan

1. Salinan fotostat Kad Pengenalan / MyKad pemohon.

2. Salinan fotostat Kad Pengenalan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama.

3. Sertakan salinan sama ada bil utility seperti (air / elektrik / telefon / Astro) yang menunjukkan alamat rumah.

4. Jika bekerja sendiri, sediakan salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan.

5. Jika pemohon sakit atau tidak bekerja, pemohon di kehendaki mendapatkan salinan laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta.

Semakan Bantuan Kewangan JKM

Langkah 1: Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

Langkah 2: Klik semakan status permohonan online.

Langkah 3: Masukkan nombor kad pengenalan seperti yang di daftarkan semasa permohonan.

Langkah 4: Ikut langkah seperti di paparan untuk melihat keputusan. 

ii. Bantuan Alat Tiruan

Bantuan alat tiruan atau bantuan alat sokongan memberi manfaat kepada mana-mana golongan yang kurang upaya. Khas bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu, tangan palsu, callipers, tongkat tangan / ketiak, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan peralatan lain yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.

Inisiatif ini berupaya meningkatkan keupayaan dan meringankan beban mereka untuk menjalani kehidupan agar tidak sepenuhnya bergantung kepada orang lain.

iii. Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)

PAWE adalah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. Bantuan ini merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara Kementerian Wanita dan Keluarga Malaysia (KPWKM) dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Tiada bayaran yang di kenakan kepada warga emas yang berdaftar untuk mengikuti PAWE. 

Pelbagai aktiviti diadakan untuk mengisi masa warga PAWE antaranya ialah program keagamaan, program rekreasi, program terapi dan pemulihan, program ceramah kesihatan dan apa-apa latihan atau kursus yang bersesuaian.

iv. Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)

UPWE menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di Hospital / Klinik Kesihatan kepada warga emas. Terutamanya warga emas yang tinggal berseorangan atau dengan keluarga yang kurang berkemampuan. Bantuan ini juga meliputi rawatan yang melibatkan sama ada pihak kerajaan atau pihak swasta. Tiada bayaran yang di kenakan kepada warga emas yang menggunakan perkhidmatan UPWE.

Sayangi Warga Emas 

Bantuan yang di berikan bukan sahaja dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Malah, anda boleh melayari laman web rasmi kerajaan negeri masing-masing untuk mengenal pasti bantuan-bantuan yang sesuai dengan pemohon. Contohnya seperti Program Kebajikan Pulau Pinang (iSejahtera), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan sebagainya.

Warga emas golongan yang perlu di berikan perhatian yang tinggi oleh kita. Sebagai seorang masyarakat yang prihatin, kita perlu sentiasa mengambil peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling. Apabila semua masyarakat dapat hidup harmoni, negara juga akan mendapat manfaatnya untuk masa akan datang.

Idea Tambah Pendapatan

Selain daripada bantuan daripada pihak kerajaan, adalah lebih baik anda cuba berusan bagi menambah pendapatan agar tidak bergantung kepada mana-mana pihak. Berikut adalah antara idea untuk anda tambah pendapatan;

Business Makanan Dari Rumah

Makanan adalah keperluan. Di saat ekonomi merudum pun, rakyat perlukan makanan. Jika anda minat memasak, inilah masanya untuk anda manfaatkan hobi anda dan menjalan perniagaan makanan dari rumah. Nak berniaga makanan ni, tak semestinya kena ada kedai, anda boleh juga berniaga makanan walaupun dari rumah sahaja. 

Nak tahu info lanjut berkenaan dengan perniagaan makanan ini, boleh dapatkan info di SINI untuk info lanjut.

Business Menjadi Penjual di Shopee

Jadi penjual di Shopee adalah antara idea untuk anda tambah income anda. Tak susah pun sebenarnya. Nak tahu lebih detail, boleh tengok video di bawah ini.

Juga artikel tentang tips nak jual apa di Shopee yang anda boleh tengok di SINI.

Perniagaan Tudung

Tak semua suka menjual makanan dan tidak semua nak menjadi penjual di Shopee. Cara lain adalah untuk anda menjual tudung dan membina jenama sendiri. Nak tahu macam mana caranya, boleh tengok video di bawah ini juga,

Juga artikel berkaitan dengan cara untuk dapatkan pembekal tudung di SINI.

Harap anda mendapat sedikit pencerahan berkenaan dengan bantuan warga emas bagi meringankan bebanan mereka.

Jangan lupa untuk subscribe Channel Telegram kami di atas bagi mendapatkan lebih banyak informasi berkaitan dengan tips kewangan dan pelaburan khusus untuk anda di Malaysia.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *