9 Cara Menggunakan E Wallet 2023

Macam mana cara menggunakan E Wallet di Malaysia ini. Pada artikel kali ini, kami akan berikan beberapa informasi berkaitan dengan cara dan tips menggunakan e wallet di Malaysia ini. Juga, E Wallet yang popular yang ada di Malaysia untuk pengetahuan anda.

Secara umum, E-wallet adalah salah satu teknologi yang telah merubah sistem transaksi dunia dengan tidak menggunakan sebarang wang tunai atau kad debit atau kad kredit semasa pembayaran di lakukan. 

Dalam dunia moden ini, pelbagai penemuan dan teknologi baru telah dilaksanakan untuk membantu meningkatkan kecekapan, keupayaan dan keberkesanan kehidupan manusia. Sebagai seorang pengguna, anda tidak boleh menafikan bahawa penggunaan telifon pintar menjadi keperluan bukan lagi kemahuan masa kini. 

cara menggunakan e wallet

Informasi Terkini E Wallet

Berdasarkan dapatan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (2018), pengguna berumur 20 tahun ke bawah sehinga 65 tahun ke atas menunjukkan peratusan peningkatan penggunaan telifon pintar dari 68.7% di 2016 kepada 78.0% di  2018. Tinjaun juga mendapati generasi muda berumur 20 tahun ke bawah atau pelajar yang lebih berorientasikan teknologi dan lebih bergantung pada peranti teknikal menjadi pendahulu dengan peratusan tertinggi sebanyak 93.5% dan 95.5%.

Bukan Malaysia sahaja yang mula mengambil rentak ke hadapan. Malah negara lain sudah menggunakan teknologi ini dalam urusan seharian mereka seperti di negara Jepun, China, Korea Selatan, Indonesia, Hong Kong, Singapura dan pelbagai lagi negara di peringkat Global. 

Contoh E-Wallet Yang Popular Di Malaysia

Nama BoostGrabPayTouch ‘n Go E-walletWeChat PayBig Pay
Cara pembayaranKod QR, pembayaran secara dalam aplikasi.Kod QR, pembayaran secara dalam aplikasi.Kod QR.Kod QR.Kod QR, NFC, kad prepaid.
Pedagang99 speedmart, Telekom Malaysia, SYABAS, tempat letak kereta DBKL. TeaLive, Inside Scoop, Manhanttan Fish Market.Baskin Robbins, Dunkin Donuts, myNEWS.com, Tesco, Plus.KK Mart.AirAsia.
PenggunaPeniaga kecil, peniaga pasar malam dan rakan kongsi syarikat terkemuka.Grab ride, Grab Food dan rakan kongsi Maybank. Pengguna lebuh raya, pengguna LRT dan pengguna MRT.Pelancong China yang melawat Malaysia.Pelanggan AirAsia. 
Jenis Berasaskan rangkaian.Berasaskan rangkaian.Berasaskan rangkaian.Berasaskan rangkaian.Berasaskan kad. 

Boleh baca review saya berkenaan dengan Touch N Go E Wallet DI SINI.

Cara Mendaftar

Langkah 1: Anda perlu memuat turun aplikasi ini ke telifon pintar secara percuma menggunakan Google Store atau Apple Store. 2 Pilihan Telefon pintar adalah seperti di bawah ini;

Langkah 2: Isi maklumat peribadi diri untuk melengkapkan butiran simpanan.

Langkah 3: Anda perlu memuat naik Kad Pengenalan di bahagian depan dan belakang secara imbasan dan gambar selfie bagi tujuan pengesahan dalam proses verifikasi akaun.

Langkah 4: Proses daftar selesai. Anda boleh membuat tambah nilai ke dalam akaun E-wallet menggunakan kad debit atau kad kredit atau membeli soft pin di kedai-kedai terpilih.

Langkah 4: Akaun bersedia untuk di gunakan untuk apa-apa urusan pembayaran.

Cara Membuat Pembayaran Secara kod QR Peniaga

Langkah 1: Aktifkan aplikasi E-wallet anda.

Langkah 2: Pilih ikon “Scan”.

Langkah 3: Imbas kod QR peniaga.

Langkah 4: Masukkan jumlah untuk di bayar.

Langkah 5: Masukkan nombor PIN 6-digit anda. 

Langkah 6: Pembayaran anda selesai.

Cara Membuat Pembayaran Secara kod QR Pengguna

Langkah 1: Aktifkan aplikasi E-wallet anda.

Langkah 2: Pilih ikon “Pay” dan masukkan nombor PIN 6-digit anda.

Langkah 3: Tunjuk Kod QR kepada peniaga.

Langkah 4: Peniaga akan imbas Kod QR anda.

Langkah 5: Pembayaran anda selesai.

Cara Tambah Nilai

Langkah 1: Tekan tambah nilai pada paparan aplikasi.

Langkah 2: Masukkan jumlah tambah nilai yang di kehendaki.

Langkah 3: Pilih cara pembayaran sama ada secara kad debit atau kad kredit atau perbankan atas talian (online banking). Jika anda menggunakan Touch ‘n Go E-wallet, anda juga boleh membuat tambah nilai dengan membeli TNG pin di 7-Eleven.

Langkah 4: Log masuk ke mana-mana sistem perbankan atas talian untuk buat pembayaran. Atau isi TNG pin dalam TNG reload pin. Atau masukkan butiran sama ada kad kredit atau kad debit.

Langlah 5: Duit akan automatik berpindah ke dalam E-wallet anda. 

Langkah 6: Tambah nilai selesai.

Kelebihan Dan Kekurangan

Pengguna akan mendapat banyak manfaat dengan penjimatan berupa diskaun, mata ganjaran dan pulangan tunai (cashback). Selain itu antara kelebihan lain yang boleh pengguna dapat adalah mengawal bajet perbelanjaan, transaksi lebih selamat, pantas dan mudah.

Banyak cashback dan terutama zaman selepas Covid-19, penting untuk ada transaksi tanpa tunai selain daripada Kad Kredit dan juga kad debit, E Wallet adalah antara alternatif yang baik untuk kita semua gunakan dalam urusan jual dan beli produk dan barangan runcit. Memang mudah sebab tak perlu nak bawa cash. Apapun, ianya tetap mempunyai perkara yang anda perlu berhati-hati.

Cashback dan cashless adalah antara sebab utama dan cara menggunakan E Wallet yang betul. Saya sendiri gunakan E Wallet disebabkan oleh cashback yang mereka berikan dari masa ke semasa.

Namun begitu, teknologi ini juga mempunyai kekurangan sama seperti teknologi-teknologi yang lain seperti terhad untuk di gunakan di semua tempat, risiko pendedahan maklumat peribadi dan ganguan internet.

Promosi Daripada Kerajaan

Pihak kerajaan di Malaysia banyak mempromosikan penggunakan E Wallet di mana mereka memberikan RM30 dan juga RM50 ke dalam E Wallet anda. Jika ada lagi bajet seperti ini, pastikan untuk anda memanfaatkan sepenuhnya apa yang kerajaan bakal berikan.

Jom Berbelanja Dengan Bijak

Di harapkan artikel mengenai panduan menggunakan E-wallet ini dapat membantu untuk menaiktaraf kehidupan anda dengan lebih baik. Yang paling penting, anda haruslah bijak dalam menguruskan kewangan sama ada dengan menggunakan tunai atau transaksi tanpa tunai. Orang yang bijak berbelanja akan bijak menguruskan kewangan diri dan keluarga.

Harapnya artikel cara menggunakan E Wallet ini memberikan info kepada anda untuk menggunakan E Wallet ini secara efektif dan berkesan. 

Jangan lupa untuk anda subscribe channel Telegram kami di atas bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan tisp kewangan lain di Malaysia ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *