Cuepacs Care Penipu – Berbaloi Ke Langgan?

Kali ini saya nak share berkenaan dengan Cuepacs Care penipu betul ke? Untuk makluman siap-siap yang, Cuepacs Care ini adalah satu pelan khusus untuk penjawat awam sahaja. Kalau anda merupakan seorang penjawat awam dan sedang mencari info berkenaan dengan pelan ini, anda datang ke tempat yang betul.

Saya cuba cerita pro dan kons pelan ini dan pengalaman jujur seorang pakcik saya yang pernah dapat claim menggunakan pelan daripada Cuepacs Care ini. Adakah berbaloi itu, anda boleh tentukan sendiri sama ada berbaloi ataupun sebaliknya. Boleh baca sampai habis dan jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, bolehlah kongsikan manfaatkan kepada yang lain. Yang sedang survey tu, boleh sahaja konngsikan artikel ini kepada mereka yang berkenaan.

Nak beritahu siap-siap yang saya bukanlah seorang agen cuepacs care dan artikel ini hanyalah satu perkongsian pengalaman saya sendiri dan juga beberapa artikel rujukan terutama di Facebook. Anda buat kajian sendiri dan jika berbaloi, boleh terus langgan kerana ianya agak murah dan jika tak berbaloi, dan ada rasa was-was, boleh langgan pelan daripada syarikat lain seperti Prudential, AIA, Etiqa dan lain-lain.

cuepacs care penipu

Siapa Yang Layak Untuk Cuepacs Care Ini?

Sebagai Penjawat Awam, anda layak menerima rawatan komprehensif di hospital kerajaan dengan mudah tanpa bayaran. Tetapi, bilangan doktor pakar yang terhad di hospital kerajaan ada kalanya menyebabkan pesakit terpaksa menunggu giliran yang agak lama, manakala di hospital swasta, walaupun menyediakan rawatan yang pantas, kos rawatannya agak tinggi dan perlu ditanggung sendiri. Kos ini di luar kemampuan kebanyakan Penjawat Awam.

Menyedari hakikat ini, CUEPACS dengan kerjasama Medicare Assistance Sdn Bhd telah memperkenalkan Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan CUEPACSCARE pada tahun 1999, khas untuk Penjawat Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan. Ini adalah satu inisiatif untuk mewujudkan alternatif bagi Penjawat Awam bersama keluarga untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar yang mampu disertai oleh semua warga Penjawat Awam.

Cuepacs Care ini untuk penjawat awam, badan berkanun dan PBT terlibat seperti yang ada dalam website mereka di SINI.

Cuepacs Care Murah & Berbaloi Ke?

Apa yang saya tertarik berkenaan dengan pelan dari Cuepacs Care ini adalah, ianya murah, lebih murah daripada pelan yang ada di pasaran sekarang ini. Boleh tengok pelan di bawah ini, ianya adalah antara pelan untuk seisi keluarga yang agak murah!

Had tahunan untuk individu adalah sebanyak RM40,000 untuk satu tahun manakala had tahunan untuk keluarga adalah sebanyak RM60,000.

Dengan bayaran caruman lebih kurang RM106 anda boleh mendapat caruman sehingga RM60,000 untuk setahun. Lebih baik ada sedikit perlindungan daripada langsung tiada kan. Pada saya sangat OK dan berbaloi untuk anda sendiri cuba. 

Cuma untuk perhatian anda, apa isu baik dan tidak berapa baik apabila mencarum pelan ini? Betul ke sampai ada kes tak boleh ataupun susah sangat nak claim? 

Pengalaman Guna Cuepacs Care

Saya cerita kisah yang baik dahulu apabila seorang pakcik saya berjaya claim dengan Cuepacs Care untuk rawatan tonsil dia. Claim dilakukan di salah sebuah hospital yang agak terkenal di Johor Bahru. 

Cuma kisah pakcik saya ini bukanlah satu kisah emergency, beliau berjumpa dengan doktor dahulu, buat appointment dan dapatkan kepastian daripada syarikat adakah boleh claim, selepas tahu boleh, barulah dia teruskan rawatan dan pembedahan. Ianya bukanlah satu kes emergency yang terjadi.

Kisah kedua berkenaan dengan Cuepacs Care ini saya dapat di Facebook di mana client telahpun beberapa kali claim dengan pihak syarikat. 

Assalamualaikum, hari ni sy nak share pengalaman guna medical card CuepacsCare khas utk penjawat awam. 

Ok ceritanya camni, bulan lepas, anak kami yg no 2 selsema + kahak dah lebih kurang 3 minggu, kami dh bwk pegi klinik 2 kali utk check, ambil ubat dan sedut kahak. Sampailah 29 nov lepas, temperature naik sampai 39°c, kami terus bwk pegi KPJ Ampang Puteri, jumpa Dr, Dr ckp memang kena warded. Jd kami berurusan di kaunter, tunjuk card cuepacscare. Staff tu ckp dia dah call cuepacscare, malangnya belum tamat tempoh bertenang 120 Hari. (dalam tempoh bertenang ada penyakit yg dicover, ada yg tak).

Apapun cuepacscare kata 50-50, dia akan tanya lanjut dgn Dr di Cuepacscare. Tggu punya tggu, tak lama lepas tu dpt sms, permohonan diluluskan. Alhamdulillah. Syukur sgt2. Cuma kena bayar RM300 deposit. Duit akan refund masa discharge nnt. 

Dipendekkan cerita, berkampunglah di KPJ Ampang Puteri 6 hari 5 Malam. Tempat selesa, layanan first class, service keseluruhan KPJ memang terbaik. 

Sampai hari discharge, tengok bill, terbeliak bijik mata tengok bill nak dkt rm10k. Tp dgn cuepacscare ni, yg kami perlu bayar hanyalah rm70 shj utk pendaftaran kemasukan ward. Kemudian pegi ambik ubat, dptlah discharge dgn tenang. Yg bestnya jugak, boleh claim dgn cuepacscare 30 hari sebelum warded Dan 30 hari selepas warded segala bill klinik yg berkaitan dgn penyakit tersebut. Anak sy ni disahkan kena pneumonia. (actually dia complete with vaksin Pneumoccocal 4 dose, tp still boleh kena juga) 

Walaupun medical card yg stand alone tp rugi penjawat awam yg tk ambil kesempatan. Bayaran sgtlah murah, rm40 utk individu,rm 106 utk family yg mana tiada had bilangan anak. Sekali warded maksimum rm20k, setahun rm60k. Tahun berikutnya akan jadi semula rm60k. Cukuplah tu kan. Kalau sakit kritikal pegilah hospital kerajaan je. 

Untuk makluman sy bukan ejen cuepacscare ya. Boleh click link utk register 

Sekian perkongsian sy, semoga bermanfaat utk anda atau kenalan anda. ☺

#myCuepacsCare #medicalcard artikel asal di sini

Pilihan lain yang lebih murah, boleh tengok quotation Berjaya Insurance di link bawah.

Kisah Cuepacs Care Penipu Tak Boleh Claim

Kisah tak boleh claim dan cerita negatif memang sentiasa mendapat tempat di hati dan sanubari warganet di Malaysia. Banyak sebenarnya kisah berkenaan dengan isu tak boleh claim yang saya dengar dan ada satu kisah yang tak la viral, tapi dapat tumpuan dan agak banyak share dan like. 

Assalammualaikum n salam hujung minggu.. 

Nk tnya rakan guru ada x yang ambil cuepacs care medical card ni? 

Saya dah 3 tahun byr utk kad ni.. Selama 3 tahun ni baru julai lepas nk guna sbb masalah sinus.. 

Bila saya tnya agen,  agen kate boleh guna medical card ni utk rawatan n warded.. 

Masa mula2 smpai kt kaunter,  staff hospital tu tnya saya guna insurans ape.. 

Bila saya ckp cuepacs care dia kate biasa mmg sgt2 susah nk berurusan n kebanyakan x cover.. Ada ramai juga pesakit yg dtg n dptkan rawatan (ada yg operation)  tibe2 kata xcover n terpaksa byr sndri.. 

Tp utk kes saya,  Saya dah tanya pd ejen.. N ejen kate cover.. Doc pun dah ajar cara jawab bila ade staff cuepacs care call.. N sayapun ikut smua tu..  

Tp bila dah siap ct scan.. Cuepacs care htr mesej kate x cover…

Terpaksalah doc batalkan kemasukkan saya ke wad,  saya byr sndri smua kos rawatan dan ubat rm800..lepas tu balik rumah.. 

.

Bila saya call ejen,  dia kata baru tukar kpd sistem baru… Jd xcover pulak… Sedih betul… 

.

Lepas kes tu saya rasa nk terminated.. 

Tp nk tnya jgk pendpt rakan guru dlm grup ni… 

Ada x rakan2 yg guna medical card ni?

N boleh tak bg feedback rakan2 ttg medical card ni…

artikel asal di SINI

Nak Langgan Atau Tak Cuepacs Care Ini

Betul ke Cuepacs Care penipu? Saya cuba berikan satu solusi yang agak berbaloi untuk anda sendiri cuba, apapun akhir sekali terpulang kepada anda sama ada nak teruskan melanggan atau sebaliknya.

Kalau bajet anda besar, tak ada masalah nak langgan pelan takaful daripada syarikat seperti FWD, Takaful Malaysia, AIA dan lain-lain. Cuba dapatkan pelan medical card sahaja tanpa hibah, ianya agak berbaloi dengan syarat anda tahu fungsi pelan tersebut. Atau boleh terus dapat quotation daripada Berjaya di link bawah.

Kalau bajet anda tak besar dan anda nakkan sedikit perlindungan untuk anda dan ahli keluarga, pelan Cuepacs Care pun agak berbaloi untuk anda sendiri cuba. Tak mahal pun, RM106 untuk perlindungan sekeluarga dengan coverage RM60,000 setahun. Ada la juga sedikit perlindungan daripada langsung tiada kan!

Harap artikel ini membantu anda buat keputusan yang tepat kerana takaful ataupun medical card ini memang fungsinya untuk digunakan sewaktu kecemasan. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *