Margin Untung Bersih: Makna, Jenis, dan Formula Pengiraan

Salah satu cara untuk memastikan sama ada syarikat yang kita kelolai itu berjaya dan menguntungkan adalah dengan mengambil kira kepada margin untung bersih.

Justeru, bagaimanakah cara mengira untung bersih dan kesannya kepada sesebuah perniagaan?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan margin untuk bersih dan cara pengiraannya yang tepat.

margin untung bersih

Apa itu margin keuntungan?

Margin keuntungan merujuk kepada peratusan keuntungan bersih yang diperoleh daripada pendapatan penjualan produk atau perkhidmatan dalam perniagaan

Ia adalah ukuran penting yang digunakan untuk menilai kecekapan dan keuntungan dalam perniagaan. 

Margin keuntungan membantu pemilik perniagaan untuk memahami berapa banyak wang yang mereka peroleh sebagai keuntungan bersih daripada setiap pendapatan penjualan selepas mengambil kira semua kos operasi.

Jenis margin keuntungan

Komponen utama dalam margin keuntungan terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya jenis margin keuntungan adalah seperti:

1. Margin untung kasar

Margin untung kasar adalah keuntungan syarikat selepas mengambil kira kos yang berkaitan dengan proses pembuatan, penjualan, dan perkhidmatan produk.

Untuk mengira untung kasar, anda perlu menolak kos barang yang dijual (kos langsung) daripada jumlah hasil. Kemudian dibahagikan pula dengan jumlah hasil dan di darabkan dengan 100.

Formula Untung Kasar = [Jumlah Hasil – KBDJ] / Jumlah Hasil (x 100)

Tujuan mengira keuntungan kasar ini adalah untuk menentukan sama ada syarikat berjaya menjalankan operasi yang menguntungkan atau terpaksa mengubah harga jualan produk.

Ia digunakan untuk mengenal pasti kesihatan perniagaan dengan menggambarkan jumlah wang yang tersisa setelah menolak kos pengeluaran dari penjualan.

Sekiranya anda mendapati, keuntungan kasar adalah rendah, anda mungkin terpaksa meningkatan harga bayaran agar setiap produk yang dijual memberi untung dan berbaloi.

2. Margin untung operasi

Margin untung operasi adalah keuntungan syarikat selepas mengambil kira kos berubah atau dalam kata lain perbelanjaan tidak langsung yang berkaitan dengan perniagaan tersebut.

Jika margin untung kasar hanya khusus bagi kos produk secara langsung dan tidak termasuk perbelanjaan lain, berbezanya dengan margin untung operasi.

Hal ini kerana margin untuk operasi meliputi pelbagai kos perbelanjaan operasi seperti kos buruh, gaji, sewa, utiliti., pengiklanan, insurans, pemasaran, overhed, dana yag dibayar dalam perundingan undang-undang atau perniagaan, penyedlidikan dan sebagainya.

Untuk mengira untung operasi, anda perlu menolak kos operasi daripada jumlah hasil. Kemudian dibahagikan pula dengan jumlah hasil dan di darabkan dengan 100.

Formula Keuntungan Operasi: [Jumlah Hasil – KBDJ + Kos Operasi] / Jumlah Hasil (x 100)

Tujuan mengira keuntungan operasi adalah untuk memastikan sama ada keuntungan sebelum cukai syarikat anda di tahap yang baik atau sebaliknya.

Jika syarikat menjana keuntungan operasi yang besar, ini adalah petunjuk bahawa firma itu melaksanakan operasi terasnya dengan cekap dan berkesan. Jika firma itu membuat kerugian operasi, ini bermakna syarikat harus menilai operasi perniagaan utamanya dan mengurangkan pembaziran, kos, dan meningkatkan aliran pendapatannya.

3. Margin untung bersih

Ianya adalah metrik kewangan yang menentukan keuntungan syarikat, dengan menunjukkan peratusan pendapatan yang tersisa setelah menolak perbelanjaan operasi, faedah, cukai dan dividen pilihan.

Formula Untung Bersih: [Jumlah Hasil – Jumlah Kos] / Jumlah Hasil (x 100)

Tujuan mengira untung bersih ini secara tidak langsung akan membantu anda untuk mengukur kejayaan keseluruhan perniagaan anda. Sekiranya untung bersih anda tingga, ini bermakna syarikat anda telah berjaya dari segi pengurusan perbelanjaan dan penjualan produk.

Perbezaan margin untung bersih dan margin untung kasar

Asas PerbandinganMargin Untung KasarMargin Untung Bersih
PengertianMargin untung kasar adalah peratusan untung kasar berbanding jualanMargin untung bersih adalah peratusan untung bersih berbanding jualan
KelebihanMembantu mengetahui peratusan keuntungan yang diperoleh daripada perniagaan teras oleh syarikatBerguna dalam mengetahui peratus keuntungan sebenar yang diperoleh syarikat
ObjektifUntuk mengetahui kecekapan syarikat dalam aktiviti pengeluaan dan pengedaranUntuk mengetahui kesihatan kewangan syarikat

Jelasnya, di sini kesilapan kita dalam menilai antara untung bersih dan untung kasar boleh memberi kesan kepada kewangan syarikat itu sendiri untuk jangka masa panjang.

Formula margin untung bersih

Berikut adalah formula bagi pengiraan margin untung bersih:

Margin untung bersih =    Untung Bersih / Jualan Bersih        X 100

Contoh pengiraan margin untung bersih

Berikut kami kongsikan cara pengiraan margin untung bersih bagi Syarikat A dan Syarikat B untuk rujukan anda menggunakan formula yang dinyatakan di atas:

Syarikat A

  • Jualan kasar: RM350,000
  • Pulangan jualan: RM5,000
  • Keuntungan bersih untuk tahun 2022: RM40,000

Margin untung bersih =        RM40,000                      X 100

                                        (RM350,000 – RM5,000)         

                               = 11.59%

Syarikat B

  • Jualan kasar: RM150,000
  • Pulangan jualan: RM6,000
  • Keuntungan bersih untuk tahun 2022: RM25,000

Margin untung bersih =        RM25,000                      X 100

                                        (RM150,000 – RM6,000)         

                               = 17.36%

Daripada pengiraan margin untuk bersih kedua-dua syarikat ini boleh kita simpulkan bahawa Syarikat B lebih tinggi dan cukup baik berbanding Syarikat A.

Cara untuk meningkatkan keuntungan perniagaan

Terdapat banyak cara yang dapat membantu meningkatkan keuntungan perniagaan dan pilihan yang sesuai akan bergantung pada jenis perniagaan dan situasi anda.

Di bawah ini, kami akan rangkumkan lima cara umum yang dapat membantu meningkatkan keuntungan perniagaan:

1. Peningkatan penjualan

  • Strategi Pemasaran Lebih Efektif: Misalnya, jika anda menjalankan sebuah kedai pakaian online, anda boleh meningkatkan penjualan dengan menggunakan pemasaran digital yang lebih berfokus, seperti iklan Facebook yang terancang atau email marketing kepada pelanggan yang sedia ada.
  • Penawaran Promosi: Sebagai contoh, sebuah restoran boleh menawarkan diskaun 20% untuk pelanggan yang datang ketika waktu makan tengah hari untuk meningkatkan pengunjung pada waktu-waktu yang kurang sibuk. Boleh tengok beberapa strategi marketing di SINI.

2. Mengoptimumkan pembiayaan

  • Analisis Pengeluaran: Jika anda mengendalikan perniagaan pembuatan produk, anda boleh menyemak proses pembuatan untuk mengidentifikasi pembaziran bahan atau tenaga buruh yang berlebihan lalu mengambil tindakan yang sesuai.
  • Pemilihan Vendor: Sebagai contoh, sebuah perniagaan restoran boleh mempertimbangkan untuk menukar pembekal makanan bagi mendapatkan harga yang lebih berpatutan atau kualiti yang lebih baik. Boleh tengok jenis pembiayaan yang anda boleh mohon khusus untuk perniagaan di Tekun.

3. Mempelbagaikan produk dan layanan

  • Tambahkan Produk Baru: Jika anda memiliki perniagaan peralatan elektronik, anda boleh memperkenalkan produk aksesori baru seperti beg pelindung atau perlindun skrgin untuk menambahkan sumber pendapatan tambahan.
  • Penawaran Harga yang Berbeza: Sebuah hotel mewah yang biasanya menawarkan bilik berharga tinggi mungkin mempertimbangkan untuk menyediakan bilik standard dengan harga yang lebih terjangkau untuk menarik minat pelanggan dari latar belakang ekonomi yang rendah.

4. Meningkatkan kualiti layanan pelanggan

  • Perbaiki Layanan Pelanggan: Contoh, sebuah perniagaan penyedia layanan internet boleh meningkatkan layanan pelanggan dengan memberikan sokongan 24/7 dan perbaikan cepat jika ada gangguan
  • Program Loyaliti Pelanggan: Sebuah kedai kopi boleh memberikan member kad dengan tawaran secawan kopi percuma setelah pembelian sepuluh cawan kopi untuk mendorong pelanggan tetap datang kembali.

5. Pengelolaan stok dengan bijak

  • Meminimumkan Stok yang Tidak Terjual: Misalnya, seorang peniaga bunga boleh memantau permintaan berdasarkan musim untuk meminimumkan pembelian bunga yang akan layu sebelum terjual.
  • Mengkaji Permintaan: Sebuah perniagaan pakaian boleh membuat analisis terperinci berkenaan permintaan pelanggan berdasarkan data sebelumnya untuk menentukan jumlah persediaan yang diperlukan untuk musim sejuk yang akan datang.

Penting untuk anda faham bahawa setiap perniagaan adalah unik, jadi tidak semua strategi sesuai digunakan untuk setiap jenis perniagaan. Jangan lupa untuk optimumkan pemasaran online seperti Shopee dan TikTok Shop bagi membantu melariskan jualan anda.

Sebelum mengimplementasikan strategi tertentu, pastikan anda melakukan penelitian market dan analisis yang mendalam untuk memahami bagaimana strategi tersebut akan memengaruhi keuntungan perniagaan anda. Harap artikel margin untung bersih ini membantu anda mengira keuntungan anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *