Kelebihan Dan Kekurangan Pinjaman Tekun

Apa dia kekurangan dan kelebihan pinjaman tekun yang anda perlu tahu. Dah setiap tahun mesti akan ada disebut pinjaman Tekun di dalam belanjawan. Ada penambahan dana, pengurangan dana mungkin. 

Secara ringkasnya adalah, pinjaman Tekun ini diwujudkan khas untuk pinjaman micro bagi bumiputra yang nak dapatkan modal berniaga. Akan tetapi, adalah syarat kelayakan dan jumlah yang perlu dipatuhi. Anda mempunyai perniagaan sendiri dan nak cuba dapatkan pinjaman Tekun, tak ada masalah nak cuba dapatkan pinjaman ini. Boleh baca artikel ini sampai habis kerana ada banyak yang anda perlu tahu dan boleh tahu.

kelebihan pinjaman tekun

Pinjaman Tekun – Ada Dana Khas Setiap Kali Belanjawan

Memang kalau setiap kali belanjawan, memang ada khas untuk pinjaman Tekun. Kalau anda layak, boleh cuba dapatkan info lanjut untuk dapatkan pinjaman sesegera mungkin. 

KUALA LUMPUR : Usahawan mikro dan penjaja kecil disediakan kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dengan dana yang tersedia berjumlah RM1.7 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemudahan itu termasuk peruntukan RM300 juta yang dikhaskan bagi menyokong perniagaan mikro oleh usahawan wanita dan belia.

“BSN menyediakan lebih RM1 bilion dengan tumpuan kepada PKS Mikro dan penjaja. Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) juga menyediakan RM330 juta termasuk RM10 juta untuk membantu belia daripada keluarga susah meraih pendapatan melalui perniagaan.

“Mereka diberi modal memulakan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Belanjawan 2023, di Dewan Rakyat, di sini, pada Jumaat. [sumber]

Memang sangat rugi kalau anda tak dapat nak manfaatkan pinjaman seperti ini.

Apa Itu Tekun Nasional

TEKUN – Skim Pembiayaan Tekun Niaga adalah kemudahan pembiayaan berasaskan tawarruq iaitu yang melibatkan dua kontrak jual beli yang berasingan. Jual beli yang pertama berlaku apabila TEKUN menjual komoditi kepada pelanggan dengan harga yang telah dipersetujui pada peringkat awal iaitu jumlah pembiayaan ditambah keuntungan yang dibayar secara bertangguh. Jual beli kedua berlaku apabila pelanggan (dilakukan oleh TEKUN sebagai wakil) menjual komoditi yang telah dibeli kepada pihak ketiga secara tunai.

Ini yang ada dalam laman web mereka. Nampak macam susah betul nak faham kan. Yelah ayat skema macam tu. 

Kalau dalam bahasa mudahnya, Tekun ini adalah pinjaman perniagaan yang memang khusus untuk perniagaan. Ianya fokus untuk Bumiputra dan bukan untuk kaum lain sebab sebelum saya menulis artikel ini, ada laman web yang mengatakan pinjaman Tekun ini untuk kaum india juga. Akan tetapi, hasil carian saya, ianya tiada.

Akan tetapi, ada la syarat yang mereka tetapkan. Sama juga kalau anda nak buat personal loan ataupun pinjaman perumahan, ada syarat yang ditetapkan untuk membolehkan anda layak dapat pinjaman.

Peminjam (entiti yang bagi pinjam duit ini) cuma nak lihat, duit yang mereka bagi tu, boleh dibayar semula ataupun sebaliknya. Sebab itu ada tapisan.

Cara Memohon Pinjaman Tekun

Nak mohon tak susah, boleh tengok beberapa langkah mudah di bawah ini.

  • Peserta boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan
  • Dokumen Asas Yang Diperlukan
  • Borang Permohonan Pembiayaan
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon & pasangan (jika berkenaan) – depan & belakang
  • Salinan Lesen/Permit/Daftar Niaga (SSM) yang sah dan masih belum tamat tempoh
  • Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank Akaun Simpanan/Akaun Semasa yang mengandungi Nama Bank, Nama Pemohon/Syarikat Pemohon dan Nombor Akaun Bank
  • Gambar yang menunjukkan aktiviti perniagaan permohon yang sedang dijalankan
  • Dokumen tambahan (jika berkenaan)

Permohonan hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa.

Boleh tengok kekurangan dan kelebihan pinjaman Tekun lain dalam video di bawah ini.

Syarat Pinjaman Tekun

  • Bumiputera dan warganegara Malaysia
  • Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  • Pemohon bukan seorang muflis
  • Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
  • Salinan Lesen/Permit/Daftar Perniagaan (SSM)/Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh
  • Mempunyai tempat/ lokasi perniagaan yang khusus/berniaga secara bergerak (mobile)/atas talian (online)
  • Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
  • Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
  • Bagi pembelian kenderaan komersial/jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial/jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
  • Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
  • Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
  • Wajib menyediakan penyata bank yang digunakan untuk menjalankan perniagaan sama ada penyata bank akaun simpanan/akaun semasa yang menggunakan perbankan internet
  • Penerima biaya hendaklah membuat bayaran jumlah keseluruhan harga jualan dan simpanan melalui cek tarikh tertunda atau aplikasi eletronik (Direct Debit e-Mandate) bagi nilai pembiayaan yang diluluskan sebanyak RM15,000 sehingga RM100,000
  • Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah

Jenis Pembiayaan Tekun

Ini adalah 2 jenis pinjaman yang pihak Tekun berikan kepada peminjam. Boleh manfaatkan dan ikut pada kesesuaian anda. Cuba dahulu, kalau tak cuba tak tahu kan.

Pilihan Lain Yang Ada

Anda yang datang ke dalam artikel ini, saya yakin mesti dah buat kajian sehabis baik berkenaan dengan pinjaman Tekun ini, sama ada berbaloi nak ambil ataupun pinjaman sahaja dengan bank.

Saya nampak, pinjaman Tekun ini agak kurang strict sebab walaupun ada rekod yang tak elok dalam CTOS, pun masih boleh memohon. Kalau pinjaman bank, ada rekod tak elok dalam CTOS, memang boleh lupakan la nak buat pinjaman dengan mereka.

Pada masa yang sama, anda pun boleh cuba untuk buat satu model perniagaan atas talian yang tak perlu modal yang terlalu besar. Iaitu model perniagaan menjual simkad dan memang ada pendapatan pasif setiap bulan. Selagi pelanggan melanggan, selagi itu pendapatan pasif terus berjalan. Memang menarik dan kalau anda nak cuba, boleh ke aritkel dealer simkad di SINI.

Banyak kelebihan pinjaman Tekun yang bagus, cuba dahulu dan dapatkan detail kemudian. Ada juga kekurangan mungkin mereka tak sediakan training dan hanya pinjaman semata-mata. Apapun, ianya terpulang kepada anda dan kalau memang anda layak untuk dapat pinjaman ini, apa kata teruskan sahaja.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *