Pinjaman Perniagaan SSM 2023 Untuk Anda

Apakah pinjaman perniagaan SSM dan tawaran bantuan pembiayaan kerajaan bagi tahun 2023 yang boleh para peniaga mohon? Anda ada syarikat sendiri dan inginkan pinjaman untuk syarikat tanda? anda berada dalam artikel yang betul. Boleh baca artikel ini sampai habis untuk info lanjut dan terkini pinjaman perniagaan terbaik untuk anda.

Artikel pada kali ini, kami senarai bantuan pinjaman perniagaan SSM 2023 yang boleh membantu anda di luar sana khususnya kepada peniaga kecil-kecilan, golongan belia, wanita, dan bumiputera. 

pinjaman perniagaan ssm

1. Pinjaman PUNB Loan

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)  adalah sebuah badan nasional yang ditubuhkan khusus untuk pembangunan usahawan Bumiputera di Malaysia. Ia menyediakan sebuah pakej keusahawanan bersepadu yang turut merangkumi produk pembiayaan. 

Pembiayaan dan pinjaman PUNB loan tawarkan sehingga RM100 ribu untuk tempoh maksimum bayaran semula sehingga 7 tahun terutama kepada syarikat bumiputera. 

Untuk maklumat lengkap, anda boleh rujuk pada laman portal ini : https://www.punb.com.my/ms/

2. Loan Pinjaman Perniagaan Mara

Skim pinjaman Mara yang diberikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) sudah tidak asing lagi dikalangan peminjam Bumiputera. Ia memberikan pembiayaan dari sekecil-kecil jumlah sehinggalah yang paling tinggi iaitu RM5 juta.

Antara jenis pinjaman yang ditawarkan adalah seperti:

  • MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)
  • Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)
  • Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi)
  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
  • Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS)
  • Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU
  • Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)

Selain itu, ada juga disediakan bantuan khas pinjaman dari Mara dibawah PEMERKASA iaitu Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro. Dengan jumlah dana sebesar RM50 juta dan had pinjaman RM50,000, anda hanya dikenakan kadar faedah sebanyak 3 peratus sahaha!

Memang berbaloilah kalau anda dapat buat pinjaman dengan MARA. 

Untuk maklumat lengkap, anda boleh rujuk pada laman portal ini :
http://www.mara.gov.my

3. Pinjaman Amanah Ikhtiar

Jika anda sudah mencecah umur 18 tahun pula, dan memiliki gaji atau pendapatan isi rumah di bawah RM3,855 sebulan boleh cuba salah satu daripada 7 skim di bawah agensi Amanah Ikhtiar. 

Ia menyediakan pinjaman loan sehingga maksimum RM20 ribu.

Untuk maklumat lengkap, anda boleh rujuk pada laman portal ini : http://aim.gov.my

4. Pinjaman Perniagaan PKS Bank Rakyat

Selain itu, ada juga pinjaman perniagaan Bank Rakyat yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia tidak kira di Semenanjung Malaysia atau Sabah dan Sarawak. 

Untuk maklumat lengkap, anda boleh rujuk pada laman portal ini : https://www.bankrakyat.com.my

5. BSN – Micro/i Penjaja 

BSN Micro Penjaja Kasih-Muda adalah satu kemudahan pinjaman mikro bagi membantu penjaja dan peniaga  mikro untuk mengembangkan dan meningkatkan perniagaan masing-masing. Tujuan pinjaman adalah untuk modal kerja, pembelian aset dan kerja-kerja pengubahsuaian.

Pinjaman ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

  • BSN Micro Penjaja Kasih-Muda : Khusus untuk peniaga mikro belia
  • BSN Micro-i Penjaja Kasih-Bumiputera : Khusus untuk peniaga mikro bumiputera
  • BSN Micro-i Penjaja Kasih-Bukan Bumiputera : Khusus untuk peniaga mikro bukan Bumiputera
Amaun PinjamanTempoh Pinjaman
Penjaja: RM5,000 – RM20,000Trak makanan: RM5,000 – RM50,0001 hingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium (rehat bayaran) bagi pembayaran ansuran bulanan

6. BSN – Micro/i 

BSN – Micro/ ialah satu kemudahan pinjaman yang ditawarkan kepada usahawan mikro bagi kategori yang terpilih untuk membantu mereka yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan. Tujuannya bagi modal kerja, pembeliaan aset, dan kerja-kerja pengubahsuaian.

Pinjaman ini terbahagi kepada 7 kategori iaitu:

  • Micro/i Kasih :  Ditawarkan kepada usahawan mikro
  • Micro/i Kasih-Nita : Diitawarkan kepada usahawan mikro wanita
  • Micro/i Kasih-Belia : Ditawarkan kepada usahawan mikro belia
  • Micro/i Kasih-Bumiputera : Ditawarkan kepada usahawan mikro bumiputera
  • Micro/i Kasih-Bumiputera Sabah/Sarawak : Ditawarkan kepada usahawan mikro bumiputera Sabah/Sarawak
  • Micro/i Kasih-Veteran : Ditawarkan kepada usahawan mikro veteran (pesara pegawai beruniform sektor kerajaan) 
  • Micro/i Kasih-Taska : Ditawarkan kepada usahawan mikro yang menjalankan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak atau taska
Amaun PinjamanTempoh Pinjaman
Minima : RM5,000Maksima : RM50,0001 hingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium (rehat bayaran) bagi pembayaran ansuran bulanan

7. Skim Pembiayaan Tekun Niaga

Skim Pembiayaan Tekun Niaga adalah antara pinjaman perniagaan SSM yang terbaik. Ia memberi kemudahan pembiayaan berasaskan tawarruq iaitu yang melibatkan dua kontrak jual beli yang berasingan. 

Jumlah pembiayaan Tekun :

PembiayaanJumlahTempoh Bayaran
Skim Pembiayaan Kecil (SPK)>RM 10,000 – RM50,000Sehingga 5 tahun
Skim Pembiayaan Sederhana (SPS)> RM 50,000 – RM100,000Sehingga 10 tahun

Setiap pembiayaan akan dilindungi dii bawah Takaful Perlindungan Pembiayaan dalam keadaan keilatan kekal dan menyeluruh (TPD) atau kematian

Untuk maklumat lengkap, anda boleh rujuk pada laman portal ini : https://www.tekun.gov.my/

8. Skim Pembiayaan Teman Tekun

Skim ini khusus menyediakan pembiayaan mikro berkumpulan bagi meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi golongan B40.

Berikut adalah jumlah dan tempoh pembiayaan:

  • Pembiayaan kali pertama had maksimum RM7,000
  • Pembiayaan kali kedua had maksimum RM14,000
  • Pembiayaan kali ketiga had maksimum RM20,000
  • Nilai pembiayaan hendaklah dipersetujui oleh ahli kumpulan dan PSAT
Jumlah PembiayaanTempoh Bayaran
RM 1,000-RM5,0006 bulan sehingga 12 bulan
RM 5,001-RM14,0006 bulan sehingga 18 bulan
RM 14,001-RM20,0006 bulan sehingga 24 bulan

Untuk maklumat lengkap, anda boleh rujuk pada laman portal ini : https://www.tekun.gov.my/

9. Skim Pembiayaan Lanjutan Usahawan Setia (PLUS)

Pinjaman perniagaan SSM yang selanjutnya adalah pembiayaan Lanjutan Usahawan Setia (PLUS). Ia menyediakan pembiayaan berasingan kepada usahawan B40 dengan terma pembiayaan seperti yang berikut:

PerkaraPenerangan
Jumlah PembiayaanRM1,000 – RM3,000
Tempoh Bayaran BalikAntara 6 bulan hingga 9 bulan
Kadar KeuntunganSebanyak 2% untuk tempoh 6 bulan

Untuk maklumat lengkap, anda boleh rujuk pada info ini: Brochure PLUS

10. Skim Pembiayaan Kontrak-i

Skim pinjaman perniagaan SSM ini khusus untuk membiayai kontrak dan pembekalan secara terus yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan, Badan Berkanun & Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Berikut adalah terma pembiayaan yang perlu anda tahu:

PerkaraPenerangan
Jumlah PembiayaanRM1,000 – RM200,000
Tempoh Bayaran Balik1 sehingga 6 bulan
Kadar KeuntunganSebanyak 1.5% sebulan

Untuk maklumat lengkap, anda boleh rujuk pada info ini : https://www.tekun.gov.my/

11. Program Khas : Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS)

PPUS ini dikhususkan bagi golongan siswazah yang baru menamatkan pengajian atau telah bekerja tetapi berminat  untuk meniaga, namun tiada modal.

Maklumat pinjaman adalah seperti berikut:

  • Jumlah Pinjaman sehingga RM 100,000 sahaja
  • Tempoh Bayaran Balik sehingga 5 tahun @ 60 bulan
  • Sumbangan Tabung Pengurusan 4% setahun
  • Simpanan wajib 5% setahun

Terdapat juga skim lain dibawah TEKUN yang mungkin sesuai untuk anda mohon seperti: 

  • Skim Pembiayaan Bekas Penjawat Keselamatan (SPEK)
  • Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera
  • Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0

Untuk maklumat lengkap, anda boleh rujuk pada laman portal ini : https://www.tekun.gov.my/

12. DanaNITA

DanaNITA ialah sebuah skim pembiayaan perniagaan khusus untuk usahawan wanita Bumiputera bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan dan memperkasakan usahawan wanita sedia ada disamping meningkatkan pendapatan isi rumah.

Skim pembayaan ini adalah salah satu dari galakan untuk mengembangkan perniagaan mereka. 

Amaun PinjamanTempoh Pinjaman
RM150,0001-10 tahun (12-120 bulan)

13. Pinjaman di bawah Bank Negara Malaysia (BNM)

Terdapat beberapa jenis pinjaman yang disediakan oleh BNM untuk memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia dari semua golongan masyarakat. Antaranya adalah:

  • iTEKAD : Membantu usahawan mikro berpendapatan rendah memperkukuh pengurusan kewangan dan kepintaran dalam perniagaa
  • Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF) : Menyokong perusahaan mikro termasuk pekerja sambilan (gig workers) yang menggunakan platform digital dan pekerja yang bekerja sendiri.

Untuk maklumat lengkap, anda boleh rujuk pada laman portal ini : https://www.bnm.gov.my/

14. Pinjaman di bawah MARA (profesional)

Selain dari pinjaman MARA yang disenaraikan di atas tadi, anda juga boleh cuba untuk memohon beberapa program pembiayaan lain khusus bagi golongan professional dalam pelbagai bidang. 

Antara kemudahan pembiayaan yang disediakan adalah :

  • Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) : Pinjaman bagi usahawan muda yang memulakan perniagaan dalam bidang teknikal
  • Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA/Belia (PUTRA) : Pinjaman mikro bagi usahawan Lepasan Institut Pendidikan MARA (IPMa)
  • MARA Integrated Smart Auto (MISA) : Pinjaman bagi usahawan Bumiputera dalam bidang automotif 
  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)/SPiKE GLC : Skim pembiayaan bagi kontraktor Bumiputera binaan kelas G1-G5
  • Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) : Pinjaman bagi profesional Bumiputera

Sebarang maklumat lanjut mengenai program pembiayaan ini anda boleh rujuk dalam portal rasmi MARA.

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai senarai pinjaman perniagaan SSM 2023 ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *