Gaji RM1500 Beli Kereta Apa?

Gaji RM1500 beli kereta apa? Tak besar mana pun RM1500 ni. Tapi mungkin atas faktor tertentu yang menyebabkan anda perlu untuk memiliki kereta baru ataupun terpakai. 

Kereta boleh jadi satu keperluan ataupun sesuatu yang anda tak perlu pun. Ianya keperluan kalau anda tidak tinggal di kawasan yang mempunyai kemudahan laluan “public transport” yang baik. Contohnya di kawasan pantai Timur, utara, pinggir bandar dan lain-lain tempat yang tiada kemudahan LRT, juga Grab Car. 

Ada sesetengah tempat yang anda tak perlu nak miliki kereta pun, tak ada masalah kerana ada banyak kemudahan. Apapun, anda lebih tahu yang mana terbaik berdasarkan kepada pilihan anda.

Kali ini, team smartinvest101 akan cuba berikan beberapa idea cara untuk anda memiliki kereta yang bagus pada harga yang mampu milik dan terbaik.

Gaji RM1500 Beli Kereta Apa

Berapa Gaji Tahunan Korang?

Untuk ini anda kena jawab sendiri berapa gaji tahunan anda agar nanti, kewangan anda taklah terbeban sangat. 

Kalau gaji Rm1500, setahun adalah 1500 x 12 = Rm18,000. Kalau nak cari kereta pula, oada saya adalah dalam lingkungan Rm20,000.

Untuk pengetahuan anda, ada banyak je pilihan kereta terpakai pada harga sekitar RM20,000 ke bawah. Kalau anda berkeluarga dan ada bajet nak kereta yang besar sikit pun tak ada masalah, tapi kena beringat takut nanti susah nak buat pinjaman. 

Beli kereta bukan sekadar bayaran bulana sahaja, anda kena fikirkan sekali kos-kos lain seperti minyak, maintenance kereta, road tax dan lain-lain. Takut kalau bajet anda terlalu ketat sampai tak mampu nak hidup dan makan mi segera sahaja setiap bulan. Perancangan untuk hidup adalah sangat penting, lupakan falsafah “biar papa asal bergaya” tu.

Nak Beli Kereta Di Mana?

Kalau nak beli kereta, saya paling rekemen anda cari je di Carsome. Carsome banyak pilihan dan anda boleh pilih ikut negeri anda tinggal dan negeri bersebelahan. Anda boleh pilih kereta berdasarkan bajet anda, jika bajet anda dalam RM20,000, ya, anda boleh buat pilihan. Boleh tengok beberapa pilihan di bawah.

Carsome menarik kerana setiap kereta yang dijual ini, akan melalui proses inspection. Ini untuk elak daripada kerosakan yang tidak diingini dan sekaligus, bakal pembeli akan terlindung daripada kerosakan yang luar jangka. Ianya tidaklah “perfect” tapi membantu pembeli untuk buat pilihan kereta terbaik untuk mereka.

Memang anda boleh survey dahulu pilihan kereta yang ada di Carsome dan buat piilhan yang terbaik berdasarkan kepada keadaan kewangan anda. 

Boleh baca artikel kami yang lain berkenaan dengan Carsome di SINI dan juga pengalaman jual dan beli kereta di Carsome. Jual dan beli di Carsome lebih mudah dan cepat kerana semua proses mereka akan bantu sedaya upaya. 

Ataupun boleh tengok penerangan berkenaan dengan Carsome dalam video di bawah ini.

Keperluan Vs Kehendak

Gaji sebanyak RM1500 tidaklah terlalu besar terutama kalau tinggal di bandar besar. Ianya tak jauh daripada gaji median rakyat Malaysia sekitar RM2600. Untuk itu, anda perlukan perancangan yang rapi berkenaan dengan perancangan kewangan anda.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 82 peratus pekerja sektor formal di negara ini bergaji kurang RM5,000 dengan 35 peratus menerima pendapatan di bawah RM2,000 sebulan, demikian mengikut perangkaan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Pertama 2023, laporan suku tahunan julung kali diterbitkan DOSM itu menunjukkan lebih 50 peratus pekerja formal di negara ini menerima gaji di bawah RM3,000 pada Mac 2023. [sumber]

Jika masih belum berkahwin, masih boleh cuba untuk menunggang motosikal dahulu. Jika sudah berkahwin, boleh cuba berbincang dengan pasangan untuk mendapatkan kereta yang bersesuaian. Banyak sahaja kereta yang mudah yang anda boleh dapatkan di pasaran terutama kalau anda beli di Carsome.

Kalau kereta merupakan satu keperluan, boleh cuba dapatkan satu, dan jika anda merasakan yang ianya bukan keperluan, boleh cuba bertahan dengan menggunakan motosikal dahulu. Tak ada masalah pun kalau anda gunakan motosikal.

Komitmen Bulanan Tak Lebih 20% Daripada Gaji Bersih Anda!

Pastikan komitmen bulanan anda tidak lebih daripada 20% gaji bersih anda. Jika tidak, anda mungkin akan terpaksa ikat perut untuk makan dan lain-lain dan ianya akan menyukarkan anda untuk meneruskann kehidupan anda seperti biasa.

Ianya bukan sekadar bayaran bulanan, anda pun perlu untuk membayar kos minyak petrol, kos maintenance, kos road tak dan insurance serta lain-lain kos tersembunyi. Itu belum kerosakan luar jangka yang berlaku takpa di jangka. Semuanya memakan kos. 

  • Kos bahan api petrol
  • Kos insurance dan cukai jalan
  • Kos tol 
  • Kos pengelenggaraan
  • Bayaran parking – bergantung kepada keadaan.

Anda pun masih perlu untuk membayar kos rumah sewa jika menyewa, bil telefon anda (nak jimat boleh guna Tune Talk) juga makanan seharian anda. Jangan semuanya habis disebabkan oleh anda bayar kereta.

Kereta Apa Yang Sesuai?

Memang banyak pilihan kereta yang sesuai untuk anda gunakan. Kalau bawah RM2000 untuk mereka yang gaji RM1500 beli kereta apa? boleh tengok beberapa pilihan kereta daripada jenama Perodua dan Proton. Jika gaji anda lebih daripada Rm1500, boleh tengok beberapa pilihan lain yang anda yang lebih mahal. 

Gaji RM2000 ke bawah

Lebih speasifik gaji Rm1500 ni, kalau nak cari kereta, boleh cuba kereta mampu milik macam Axia Rahmah. Cuma kalau kereta Perodua baru ini, kena masuk dalam senarai menunggu dan kadangkala memakan masa sehingga 6 bulan lamanya. Nak lebih mudah boleh dan tak ada masalah beli je kereta terpakai dan anda boleh shopping kereta terpakai di Carsome SINI.

Harga Axia dalam RM 30,000 ke bawah ini memang sesuai untuk anda kerana ianya terkenal jimat minyak dan mempunyai ruangan yang besar. Kami akan cuba tulis artikel berkenaan dengan Axia dalam masa terdekat.

Kalau gaji anda bawah RM3000, ada banyak pilihan kereta yang anda boleh pilih. Kalau di Carsome, tentunya anda boleh memilih kereta yang berharga RM30,000 sehingga RM40,000. Nak beli kereta baru pun boleh tak ada masalah.

Myvi, Alza, Bezza Persona adalah antara kereta yang anda boleh pilih. Kalau nak kereta Toyota dan Honda terpakai pun boleh lihat sahaja pilihan kereta di Carsome.

Mula Fikir Tambah Side Income

Cuba sehabis baik untuk keluar daripada pendapatan RM1500 kepada pendapatan paling kurang RM2000 dan kemudian RM3000. Ada banyak cara untuk anda cuba keluar antaranya adalah sambung belajar, tambah skill baru dan sijil ataupun mula untuk tambah pendapatan tambahan melalui pelbagai cara.

Berikut adalah antara 2 cara untuk anda tambah pendapatan anda;

Ada banyak lagi tips dan strategi untuk anda tambah income dan cukuplah setakat ini. Harap artikel gaji Rm1500 beli kereta apa membantu anda buat keputusan terbaik untuk kereta yang anda bakal gunakan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *