Cara Renew Road Tax Online 2023

Macam mana caranya nak renew Road Tak online? Mudah je zaman sekarang ni kalau kereta yang masih belum habis bayar pun, tak susah nak renew road tax secara online je. Memang boleh buat di pejabat Pos dan lain-lain, tapi disebabkan oleh zaman Covid-19 ini, lebih baik elak daripada pergi ke tempat yang ramai pengunjung.

Kalau anda mempunyai kenderaan sama ada motosikal ataupun kereta, perkara yang mesti anda lakukan setiap tahun adalah untuk renew ataupun perbaharui cukai jalan anda. Kalau tak perbaharui, kereta itu tidak boleh berada di jalan raya dan kalau ditangkap, akan dikenakan saman yang lebih berat. Jadi, untuk elak daripada masalah ini, adalah lebih baik untuk anda perbaharui road tax anda akan ianya memudahkan anda di kemudian hari.

Ramai yang bertanya saya tentang cara nak renew road tax secara online tanpa geran kerana geran yang ada dipegang oleh bank. Sampai anda habis membayar pinjaman kenderaan, barulah anda boleh memegang geran kereta anda sendiri. Kali ini kami akan tunjukkan langkah-langkah untuk anda membayar ataupun renew road tax anda dengan mudah tanpa menggunakan geran dan ianya boleh dilakukan secara online sahaja.

cara renew road tax kereta

Pertama Sekali Sebelum Perbaharui Cukai Jalan

Sebelum anda perbaharui cukai jalan, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk memperbaharui insurans kenderaan anda. Kalau anda belum lagi perbaharui insurans kenderaan anda, memanglah anda tidak akan dapat perbaharui cukai jalan anda. Sekarang ini ada banyak pilihan syarikat Insurans yang ada di Malaysia dan anda boleh bandingkan yang mana yang paling sesuai dengan anda.

Untuk langkah ini, anda boleh perbaharui cukai jalan di mana-mana syarikat insurans ataupun takaful di Malaysia. Boleh tengok senarai syarikat takaful di SINI.

Untuk lebih memudahkan, adalah lebih baik anda menggunakan platform dari MyEG untuk renew insurans ataupun takaful anda. Mudah nak lakukan untuk itu. Untuk info, anda pun boleh perbaharui cukai motosikal anda dengan MyEG dan tak terhad kepada cukai kereta. Menarik kan!

Step By Step Renew Insurans Di MyEG

Memperkenalkan MYEG

MYEG adalah satu laman web yang ditubuhkan khusus untuk memudahkan anda membuat pelbagai transaksi seperti memperbaharui cukai jalan, lesen memandu, membayar saman dan lain-lain. MYEG boleh dikatakan satu-satunya tempat yang anda boleh pergi untuk mendapatkan cukai jalan kenderaan anda. Ianya mudah dan anda hanya perlu untuk mendaftar akaun di sana. Daftar akaun MYEG di SINI.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah untuk buka akaun dengan MyEG. Register je satu akaun dengan MyEG dan lepas tu segalanya akan jadi mudah. Nak register akaun ini, saya tak tunjuklah step by step sebabnya ianya sangat mudah. Sama je macam anda register akaun di Lazada ataupun Shopee.

Baiklah, saya anggap anda sudah ada akaun dengan MyEG, seterusnya apa?

Pilih logo JPJ

Pilih Perbaharui Cukai Kereta, kalau cukai motor, pilih perbaharui cukai motor.

Ada banyak pilihan syarikat insurans dan takaful. Sedikit tips, jika anda beragama islam, pilihlah takaful kerana menurut majlis fatwa kebangsaan, memilih syarikat insurans bagi mereka yang beragama islam adalah HARAM. Lagipun Lagipun ada beberapa pilihan antaranya adalah Etiqa Takaful, Takaful Malaysia dan Zurich Takaful untuk anda pilih sendiri.

Dah pilih syarikat takaful, dapatkan quotation satu persatu. Dah jumpa yang sesuai teruskan sahaja sampai proses selesai.

Tips lagi, jika kawasan anda kawasan yang terlibat banjir seperti di Kelatan, Terengganu, Pahang, dan terkini Shah Alam dan Kuala Lumpur. Boleh kiranya untuk anda tambah perlindungan untuk banjir sekali. Sekarang ini, insurans ataupun perlindungan berkaitan dengan banjir sudah menjadi satu keperluan lagi dan kalau kawasan anda terkesan, cuba sahaja ambil perlindungan jenis ini. Kalau tak terkesan tak perlu pun tak apa, terpulang kepada anda. Lagipun, tak mahal pun insyaAllah.

Selepas Perbaharui Insurans – Apa Langkah Seterusnya?

Anggap sahaja anda dah perbaharui insurans kenderaan dan membuat pembayaran. Lepas itu, barulah anda boleh perbaharui cukai jalan anda. Ianya tidaklah susah dan anda boleh lakukan secara online walaupun masih belum mendapat geran kereta anda!

KLIK pada Road Tax Renewal seperti dalam gambar di bawah ini.

Anda perlu memilih sama ada untuk memperbaharui cukai jalan kereta ataupun cukai motosikal. Pilih ikut pilihan anda.

Selepas itu, isikan maklumat yang diperlukan untuk ke proses seterusnya. Mudah sahaja, dan terus buat bayaran jika sesuai dengan apa yang anda mahukan. Penghantaran pula boleh terus ke alamat yang anda inginkan. Memang mudah dan cepat sahaja semuanya.

Penting Untuk Anda

Perlu diingatkan, kalau anda menggunakan MYEG servis ini, mereka akan mengenakan cas servis dan penghantaran. Cas servis memang mereka akan kenakan, untuk penghantaran pula, anda boleh ambil sendiri di pejabat mereka kalau anda mempunyai masa dan ingin berjimat. Apapun, terpulang kepada anda dan mana yang paling sesuai untuk anda. Nak mudah dan nak cepat, minta sahaja mereka hantarkan, kecuali kalau rumah anda sangat dekat dengan tempat pick up cukai jalan ini.

Ini adalah tips untuk renew road tax kenderaan anda kalau tiada geran lagi. Kalau anda sudah mempunyai geran sendiri, boleh ke Pejabat Pos berdekatan dan renew cukai jalan anda dengan mudah. Apapun, ini adalah antara tips penting untuk anda. Kalau ini kalu pertama anda renew road tax, ini adalah langkah-langkah yang anda perlu lakukan ye.

Perlu diingatkan, walaupun anda sudah habis bayar kereta anda dan mempunyai geran sendiri, anda masih lagi perlu untuk perbaharui insurans ataupun takaful dengan syarikat takaful. Satu satu cara macam yang saya tunjuk dalam perenggan di atas tadi, guna sahaja servis dari MyEG.

Pilihan Lain Ada Ke?

Ada banyak pilihan lain sebenarnya, akan tetapi saya dah lama menggunakan servis dari MyEG ini dan agak selesa kalau nak renew road tax dan cukai jalan di sini. Pun  boleh dapat harga yang murah-murah dan tak terlalu membebankan. Memang satu pilihan yang bagus dan baik. 

Jika anda yang membaca ini tahu servis lain untuk renew cukai jalan selain myeg, bolehlah berikan info dalam ruangan komen di bawah dan kami akan cuba masukkan dalam artikel kami yang akan datang. 

Baca Juga Artikel Kami Yang Lain Berkaitan Kereta

Berikut adalah artikel cadangan kami yang lain untuk anda baca juga.

Mana tahu anda dalam proses nak jual kereta, nak beli ataupun mungkin nak refinance kereta anda. Boleh juga baca beberapa artikel kami di atas ini ya.

Sampai sini sahaja artikel berkaitan dengan cara renew road tax secara online ini. Minta tolong untuk anda kongsikan artikel ini agar lebih ramai lagi yang boleh mendapat manfaat daripada artikel yang seperti ini pada masa akan datang.

Related Posts

27 thoughts on “Cara Renew Road Tax Online 2023

  1. MYEG ni kebetulan ada berdekatan dengan rumah. Cantik sangat la. Banyak juga servis yang ditawarkan kat MYEG ni jadi kita hanya duduk kat rumah ajer tunggu road tax kita sampai. Tak payah beratur panjang2 dah kat post office ke, kat JPJ lagi.

    1. betul tu dan setuju. Ada masa pej pos ni terlalu ramai dan kita nak renew road tax je. Bayar caj sikit je utk lebih selesa.

  2. Senang kan semua dihujung jari je nak renew road tax pun boleh buat online. Road tax kereta yaya semua husband settle bayarkan nanti nak tanya dia bayar manual ke guna online haha noob saya ni

    1. haha, ok, kalau nak mudah memang pakai myeg je senang.

  3. My sister memang guna MyEG nie sebab senang nak deal – semuanya telus dan diterangkan with no hidden charges.

    1. ya betul, mmg myeg ni simple dan menarik

  4. Thanks so much for this useful tips, absolutely hassle free that can do renewal online, save my time. Yeah!! Cheers Siennylovesdrawing

    1. yes, thanks for coming, hope this helps.

    1. MYEG offered a good service on how to renew road tax. Hope you can use them as well.

  5. Bru ckp2 pasal myEG dgn husband.. Dia xcaye.. Hahaha… Boleh tnjuk dia pasal renew roadtax by online ni… Thanks sharing! =)

    1. haha, bagusla, senang pakai Myeg bleh renew proses dari awal sampai akhir. Memudahkan pengguna.

    1. betul tu, sebab semua blh buat online memang tak perlu nak ke kaunter lagi dah. Mudah dan simple je lepas ni.

  6. Senang la sekarang dengan adanya option untuk settle semua online! Kena explore la option ni, tak perlu dah bersesak2 utk urusan ni !

    1. Ya bro, memang kena explore sebab memudahkan dan tak perlu nak bersesak ke kaunter untuk renew road tax.

  7. nice! thanks for sharing the latest and most updated way to renew road tax to help ease our planning and arrangements 🙂

    1. welcome bro, hope this info helps user on how to renew road tax.

  8. Perkongsian yang bagus ni.. Sis kalau bab renew ni serah kat anak atau Suami jer, tak pernah buat sendiri hehehehe

    1. hahaha, takpe kalau sesekali nak cuba. Bleh la cuba fwd artikel ni ke suami, mana tau suami blh pakai myeg lepas ni.

  9. Sekarang dah banyak online platform untuk perbaharui roadtax dan juga insuran tapi orang kita jer malas guna lagi senang guna online ni jimat masa dan juga tenaga nak berbariskan…

    1. betul dah banyak, selain myeg ada beberapa lagi. Yang penting mudah dan tak perlu nak beratur.

    1. betul, pakai myeg memang simple dan memudahkan.

  10. Penting ni untuk tahu cara renew roadtax zaman sekarang ni supaya tak perlu ke JPJ secara face to face. Sekarang online je pun dah boleh

    1. betul tu, lagila zaman covid ni yang lebih baik banyak benda buat online je senang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *