7 Cara Naikkan Sales Jualan Anda – 2024

Macam mana cara naikkan sales untuk perniagaan anda supaya lebih ramai yang membeli dan lebih banyak jumlah keuntungan yang bakal anda perolehi. Pada kali ini kami nak tunjukkan beberapa strategi yang anda boleh lakukan untuk naikkan sales anda. Macam mana boleh baca artikel ini sampai habis.

Cuma, pada kali ini, kami fokuskan strategi untuk naikkan sales secara online ataupun dalam talian. Penting untuk anda dapatkan sales secara online dan untuk itu, ada beberapa strategi yang bakal kami kongsikan kepada anda. 

Strategi pada kali ini, ada yang berbayar dan ada juga yang free. Seterusnya terpulang kepada strategi anda. Lakukan tips yang bakal kami kongsi kepada anda ini secara konsisten, insyaAllah sales ataupun keuntungan anda boleh naik.

cara naikkan sales

Rajin-Rajin Buat Live

Algorithm Facebook dan juga Youtube mula berubah dan memberikan lebih tumpuan kepada Live berbanding dengan anda post artikel ataupun content dalam bentuk penulisan di Facebook ataupun Youtube.

Rajin buat live ataupun sharing secara konsisten membolehkan jenama produk ataupun servis anda mula naik. Apabila jenama mula naik, lebih mudah untuk dapatkan jualan daripada produk anda. Untuk konsisten, anda boleh mulakan dengan perkongsian live seminggu sekali pun sudah memadai. Terkini ramai yang mula buat live di Tiktok, pun tak ada masalah.

Ada beberapa Software yang membolehkan anda live secara serentak di banyak platform antaranya, Facebook dan Youtube serentak. Kalau anda kurang bajet, boleh mula buat sesi live di Facebook ataupun Youtube dahulu dan kemudian boleh explore platform lain yang ada untuk anda cuba.

Iklankan Produk Anda Di Facebook Group

Facebook mempunyai peminatnya yang tersendiri dan salah satu daripada strategi yang anda boleh cuba adalah untuk post ataupun publish iklan jualan anda di Facebook Group ataupun Facebook Marketplace. 

Iklankan secara konsisten sebagai contoh, 100 group dalam masa 2 hari. Nak buat manual pun boleh tiada masalah. Tetapi lebih baik anda invest dekat tools yang membolehkan anda untuk lakukan perkara ini secara automasi, lebih mudah. 

Tools apa tu? Saya guna tools Fboom dan daripada tools ini membolehkan saya untuk mendapatkan sales secara konsisten dari Facebook. Saya dah cuba dan nampak tools ini sangat berbaloi. Sebelum anda google tools ini, adalah lebih baik anda baca dahulu review jujur dari saya berkenaan dengan tools ini di SINI.

Boleh juga tengok macam mana tools ini beraksi dalam video di bawah ini;

Sekejap, kenapa tak nak guna facebook ads? Kerana kos facebook ads semakin lama semakin mahal! Sebab itu saya beralih tumpuan kepada facebook group dan Facebook Marketplace.

Bina Database Whatsapp

Bina database besar dan juga kerap untuk iklankan produk ataupun servis, merupakan antara cara yang efektif untuk menaikkan jualan anda. Akan timbul persoalan, macam mana nak dapatkan database daripada Whatsapp kalau anda masih belum ada apa-apa database lagi. Database yang saya maksudkan di sini adalah senarai no tel bakal pelanggan yang anda boleh whatsapp.

Penting sebenarnya untuk simpan database anda sendiri ataupun anda boleh dapatkan database dengan lebih mudah. Dengan software Automasi Waboost ini membolehkan anda menghantar iklan anda terus ke database anda. Lebih menarik, apa yang software ini boleh lakukan adalah untuk anda dapatkan sendiri database daripada group whatsapp. Daripada strategi ini, saya dapat sendiri new database, iaitu 3000 database dalam masa hanya 2 jam sahaja.

Sekali lagi, sebelum anda google waboost, boleh baca dahulu review saya berkenaan dengan Waboost di SINI. Tools ini memang berbayar akan tetapi dengan kos pada saya yang sangat minima. Setelah menggunakan kedua-dua tools ini, ianya merupakan satu pelaburan yang paling berbaloi untuk naikkan jualan.

Nak tengok macam mana waboost, boleh tengok dalam video di bawah ini.

Facebook live untuk naikkan branding, sama ada personal branding ataupun branding business anda. Fboom untuk dapatkan sales dari Facebook group, Waboost untuk follow up customer, dapatkan database dan tak salah juga untuk dapatkan jualan di Whatsapp.

Ini Adalah strategi yang cepat dan berkesan yang anda boleh cuba sendiri.

Cara Naikkan Sales di Shopee

Memang ada beberapa strategi yang anda boleh guna untuk naikkan sales anda di Shopee terutama sekali kalau anda merasakan yang jualan anda di sana langsung tiada pembelian ataupun semakin berkurangan. Ini beberapa tips dan perkongsian untuk anda.

Review Produk di Youtube – Link Di Description

Saya suka Youtube dan ada channel smartinvest101 di Youtube juga. Ikutkan statistik, Youtube adalah enjin carian yang kedua terbesar selepas google. Maksudnya ramai yang mencari ataupun nak lihat video review di Youtube. 

Untuk naikkan jualan di Shopee, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk, buat review dalam bentuk video dan kemudian, cuba untuk letak link produk shopee anda dalam video description. Dengan itu, mereka yang menonton boleh terus membuat pembelian ke kedai Shopee anda.

Jika anda lakukan perkara ini, anda bukan yang pertama kerana ramai seller di Shopee yang dah mula lakukan perkara ini. Macam mana saya tahu, saya dah nampak sendiri. 

Baru-baru ini, saya mencari antenna untuk lajukan speed 4g moden saya, dan ternampak ada seorang youtuber ini berikan tips dan tools untuk lajukan speed internet tersebut. Lebih menarik, youtuber tersebut mengajak untuk membeli antenna yang dijual dengan lihat di video description. Ramai yang sudah buat, anda boleh lakukan perkara yang sama.

Buat Live Di Shopee

Sekarang Shopee membolehkan anda untuk buat live dalam platform mereka. Buat live memang sangat bagus untuk tingkatkan jualan produk anda terutama sekali jika pesaing belum lagi lakukan perkara tersebut. Mulakan untuk buat live di Shopee dan jika bukan anda yang promote produk yang anda jual, siapa lagi yang akan promote.

Cara Naikkan Sales di Instagram

Saya ada pendapat berbeza berkenaan dengan Instagram dan mungkin betul dan mungkin salah. 

Instagram adalah platform untuk anda letakkan gambar-gambar cantik dan lebih sesuai untuk branding anda. Mungkin akan ada la mereka yang PM anda di Instagram dan kemudian membuat pembelian dari situ, ya kalau ada alhamdulillah. Kalau ada anggaplah itu sebagai bonus.

Untuk naikkan jualan, adalah lebih baik untuk fokus kepada platform lain seperti Facebook, Whatsapp dan mungkin Shopee untuk menjual. 

Ya, setiap perniagaan berlainan dan ada perniagaan yang tak sesuai untuk diiklankan di Shopee tetapi lebh sesuai diiklankan di Instagram. Ianya bergantung kepada keadaan dan kesesuaian juga.

Zaman Sudah Berubah – Inilah Masa Untuk Pasarkan Produk Anda

Jika anda setup kedai fizikal dan kemudian biarkan sahaja pelanggan walk in datang ke kedai anda, mungkin tidak sesuai lagi pada masa ini. Memang perlu untuk anda pasarkan produk anda secara digital kepada pelanggan anda. Macam mana nak pasarkan? Boleh ikut beberapa strategi dalam artikel pada kali. Tak dapat nak buat semua, buat sikit-sikit pun tak apa yang penting boleh terus fokus dan konsisten.

Ini strategi untuk naikkan jualan anda dan harap ianya membantu menaikkan sales perniagaan anda.

Related Posts

12 thoughts on “7 Cara Naikkan Sales Jualan Anda – 2024

  1. Saya ni tak meniaga so bila baca ni banyak info dan tips saya dapat.. next time boleh share pada kengkawan yang meniaga.. thanks yaa sharing..

    1. silakan sis lin, Share je pada kawan2 lain semoga dapat banyak manfaatnya.

  2. Banyak juga cara untuk boost our sales kan.. good information and knowledge for me yang plan nak startup business as side income .. kena bookmark posting ni… berguna for my reference..

    1. ya betul memang ada banyak cara nak naikkan sales. Boleh guna method berbayar dan free, tips kali ini, saya share yang minima je.

  3. Wah its very informative. Great! I will share it to my Deaf friend who need to start a business sales!

    1. yes and thanks. Hope you can share this article with your friends.

  4. Thanks for sharing these tips, tahun ni memang kena work harder coz its endemic so most of the industry is getting back to normal.

    1. ya, hope so and when everything back to normal, small business also can start do what before cannot.

  5. Seiring dengan perubahan zaman. Digitalisasi semakin menjadi kewajipan untuk para peniaga mahir. Belajar dan praktis. Bab buat LIVE masih ramai segan malu kan Tuan? Kalau tak cuba, tak start. Mana kita tau kemampuan kita. Sekali cuba, pasti nak lg. Hehe.

    1. Huhu, memang tak ramai nak buat live tapi itulah method yang paling efektif buat masa ni. Apapun, semoga berjaya.

  6. Memang terbaik utk orang bisness ikut langkah mcm ni jika hendak berjaya, apa2 pun kits kena rajin berusaha

    1. Betul tu, rajin usaha dan disertakan dengan strategi yang betul baru boleh pergi jauh. Nak dapatkan strategi yang betul pula ada macam-macam cara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *