3 Cara Buat Full Settlement Kereta

Kereta adalah satu keperluan pada hari ini bagi memudahkan kita bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Sebelum membeli kereta kita semestinya wajib untuk menyemak terlebih dahulu status kewangan dan kos harga yang memenuhi syarat kelayakan untuk memiliki sebuah kereta. 

Pembeli biasanya akan membuat loan pada bank untuk membeli kereta yang diidamkannya. Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda bagaimana cara buat full settlement kereta yang telah kita tanggung selama ini. 

Tips ini pastinya akan sangat membantu terutama kalau anda sudah ada kereta dan nak beli kereta baru. Kalau kereta anda masih ada hutang lagi pun tak ada masalah, baca sahaja artikel ini sampai habis kerana ada beberapa info yang anda perlu tahu tentang macam mana nak jual kereta walaupun belum habis bayar lagi.

cara buat full settlement kereta

Apa itu full settlement?

Full settlement adalah penyelesaian penuh yang dibuat pada setiap kenderaan yang kita beli contohnya seperti kereta, lori, motor, dan sebagainya daripada baki yang tinggal. 

Contohnya, pinjaman kereta yang kita buat termasuk dalam kadar interest berjumlah RM40K selama 9 tahun. Tiba-tiba pada tahun ke-5, kita mempunyai kewangan yang baik lalu mahu melangsaikan full settlement loan kereta yang berbaki lagi 4 tahun itu. 

Inilah yang dipanggil sebagai full settlement. Kadang kala ia juga dipanggil sebagai Car Loan Early Settlement.

Mereka yang selesai membuat full settlement ini tidak akan bersusah payah lagi untuk membuat pembayaran monthly installment setiap bulan seperti kebiasaannya. 

Full settlemen kereta ini juga penting dan perlu dilakukan kalau anda nak buat pembiayaan semula kereta. Nak tahu lebih detail berkenaan dengan pembiayaan semula ataupun refinance kereta, boleh baca lebih lanjut dan lebih detail di SINI.

Kebaikan dan keburukan buat full settlement kereta

Tidak dinafikan, setiap tindakan kita akan memberi kesan kepada kehidupan yang kita jalani. Ini termasuklah dalam hubungannya dengan membuat full settlement kereta.

Berikut ini adalah kesan dari segi kebaikan dan keburukannya apabila kita membuat full settlement kereta.

Kebaikan buat full settlement keretaKeburukan buat full settlement kereta
Bebas dari belenggu hutang kereta setiap bulanKene keluarkan jumlah duit yang banyak dalam satu-satu masa
Mendapat diskaun atau rebate dari pihak bank
Mengelak dari interest bertambah banyak

Cara semak full settlement kereta dengan panggilan telefon

  1. Hubungi customer service bank atau institusi kewangan yang anda berurusan. Boleh dapatkan nombor telefon tersebut di laman web rasmi bank atau institusi kewangan tersebut.
  2. Beritahu kepada Customer Service tentang tujuan kita untuk semak full settlement kenderaan.
  3. Customer service akan sambungkan kita kepada talian yang berkenaan
  4. Berikan pegawai yang bertugas maklumat diri kita seperti Nombor Kad Pengenalan untuk buat pengesahan
  5. Pegawai yang bertugas akan maklumkan jumlah full settlement kereta
  6. Proses selesai !

Cara semak full settlement kereta melalui laman web platform e-dagang

  1. Kita boleh semak full settlement sebelum buat pembayaran penuh menerusi laman web penggiraan secara online seperti Carsome, Lonstreet, Myrakan, MyTukar dan myBestCarDealer, atau mana-mana kaunter bank yang berkenaan.
  2. Isikan maklumat yang berkaitan yang diperlukan dalam kalkulator itu.
  3. Proses selesai !

Cara buat full settlement kereta melalui kaunter bank

  1. Kunjungi mana-mana cawangan bank atau institusi kewangan yang kita buat pinjaman kenderaan.
  2. Bawa bersama semua dokumen yang diperlukan seperti Kad Pengenalan dan maklumat berkaitan kereta tersebut.
  3. Pergi ke kaunter check-in untuk dapatkan nombor giliran dan tunggu sehingga nombor kita dipanggil. 
  4. Maklumkan kepada pegawai yang bertugas yang kita mahu membuat semakan penyelesaian penuh kenderaan.
  5. Berikan dokumen yang berkaitan untuk tujuan pemprosesan maklumat.
  6. Pegawai yang bertugas akan memproses maklumat tersebut dan memaklumkan kepada kita berapa jumlah penyelesaian penuh yang perlu kita jelaskan (termasuklah rebat atau pergurangan bayaran)
  7. Isi borang khas “Loan Payoff” yang diberikan oleh pengawai bank yang bertugas
  8. Pembayaran boleh dibuat sama ada secara online banking atau cash bergantung kepada pilihan yang ada diberikan oleh bank
  9. Proses selesai !

Bagaimana untuk dapatkan geran kereta?

Untuk dapatkan geran kereta penuh, kita hanya akan diberikan geran tersebut apabila selesai membuat full settlement. Selesai membuat pembayaran, kita perlu pergi semula ke department Hire Purchase dengan membawa resit pembayaran tadi.

Minta pegawai yang bertugas geran kereta kita bersama-sama dengan settlement. Akhir sekali selepas geran kereta sudah kita dapatkan, kita boleh teruskan dengan membuat pembatalan hak tuntutan bank supaya tiada isu bank untuk tarik kereta atau apa-apa masalah di kemudian hari.

Berbaloi jual dan trade in kereta lama belum habis bayar dengan Carsome

Pernah atau tidak anda mengalami situasi di mana anda bercadang untuk beli kereta baru dalam masa yang sama mahu menjual atau trade in kereta lama yang belum habis dibayar tetapi tidak tahu bagaimana caranya? 

Dengan Carsome, kini tidak sukar lagi. Anda boleh jual kereta terpakai dengan mudah, cepat, selamat dan sangat berbaloi. 

Carsome merupakan sebuah platform e-dagang automotif yang terkenal dan terbesar di Asia Tenggara. Pengaruhnya sudah mencapai beberapa buah negara Asia seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, dan Singapura.

Ia memberi solusi yang cukup segera tetapi menyeluruh bagi memudahkan urusan jual dan beli kereta kepada pengguna dan dealer kereta terpakai. Ratusan jenama dan jenis model kereta ada disediakan.

Paling penting kita akan diberikan banyak manfaatnya seperti pengalaman untuk pandu uji kereta, laporan pemeriksaan yang menyeluruh dan teliti, jaminan waranti 1 tahun, jaminan pulangan dalam masa 5 hari, dan banyak lagi.

Menurut rekod, Carsome Malaysia terdapat lebih 8000 pengedar, 50 pusat Carsome di lebih 50 buah bandar di Asia Tenggara. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi mereka di carsome.my

Diharapkan semoga perkongsian mengenai cara buat full settlement kereta ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat untuk dijadikan panduan kepada anda semua yang sedang merancang untuk menyelesaikan pinjaman hutang kenderaan dengan segera. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *