8 Cara Mohon Rumah Selangorku Terkini 2023

Kuala Lumpur dan Selangor mencatatkan negeri yang mempunyai harga rumah teres yang paling mahal di Malaysia. Ini adalah fakta yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini. Kesannya, ramai orang tidak mampu untuk memiliki rumah milik sendiri di mana kebanyakkan lebih gemar untuk menyewa rumah untuk di diami.

Namun, tahukah anda ada satu skim perumahan yang ditawarkan Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan rumah-rumah mampu milik untuk dibeli oleh kita. 

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda bagaimana cara mohon Rumah Selangorku 2023.

mohon rumah selangorku

Apa itu skim Rumah Selangorku?

Skim Rumah Selangorku adalah sebuah skim yang menyediakan Perumahan Mampu Milik atau juga dikenali sebagai “Affordable Homes” yang sangat selesa dan menarik dari segi saiz, reka bentuk, dan komunitinya.

Ciri-ciri Rumah Selangorku

Rumah Selangorku menyediakan empat pilihan rumah yang berbeza jenisnya untuk anda semak dan pilih. Berikut adalah butiran untuk dijadikan rujukan:

JenisKeluasan (sqft)HargaGaji Dibenarkan
Pakej A (Perumahan Rumah Kos Rendah Selangor)700RM42KRM3,000 dan ke bawah
Pakej B (Rumah Kos Sederhana Rendah)750Bermula RM100 hingga RM250KRM10,000 dan ke bawah
Pakej C (Rumah Kos Sederhana800 @ 900 @ 18×60Bermula RM100 hingga tidak melebihi RM250KRM10,000 dan ke bawah
Pakej D (Harga Mampu Milik)1000 @ 20×60Bermula RM100 hingga RM250KRM10,000 dan ke bawah

Syarat permohonan Rumah Selangorku Jenis A

  1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
  2. Bermastautin di negari Selangor
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
  4. Satu keluarga satu permohonan sahaja
  5. Pemohon atau suami/isteri pemohon belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan dan swasta
  6. Pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun

Syarat permohonan Rumah Selangorku  Jenis B, C, D

  1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
  2. Pendapatan isi rumah di antara RM3,001.00 hingga RM8,000 sebulan
  3. Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang keluarga boleh memohon
  4. Pembelian rumah adalah untuk didiami bukan disewa
  5. Pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun

Syarat permohonan kedai / industri kos rendah di Selangor

  1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
  3. Belum memiliki sebarang hartanah untuk tujuan komersial
  4. Hartanah ini hanya boleh dipindahmilik selepas 5 tahun bermula dari yarikh CF diterima dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri

Panduan semasa membuat permohonan

  • Setiap pemohon wajib melepasi syarat kelayakan permohonan
  • Selesai mendaftar, pemohon perlu mengemaskini dan melengkapkan profil peribadi seperti yang telah dikehendaki berpandukan kepada pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim.
  • Buat kira-kira menggunakan kalkulator pengiraan pinjaman bagi membolehkan pemohon dan pihak LPHS sendiri tahu akan status kelayakan kita berpandukan jumlah pendapatan dan perbelanjaan bulanan.
  • Permohonan yang LENGKAP sahaja boleh dihantar, disemak, dan diproses oleh Lembaga Perumahan dan Hartanag Selangor (LPHS)
  • Siapkan dokumen sokongan selepas pemohon berjaya ditawarkan rumah
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang di daftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut, data permohonan yang masih dalam status SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan permohonan baru perlu dibuat jika pemohon masih berminat.

Dokumen yang diperlukan untuk membuat pendaftaran

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan Surat Nikah / Daftar Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian pasangan
  • Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin
  • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri
  • Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja
  • Penyata KWSP (jika ada)
  • Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS

Bagaimana mengira pemohon layak atau tidak beli rumah?

Salah satu syarat khusus bagi membolehkan pemohon mendapat kelulusan membeli rumah dari skim ini adalah dengan memgira kelayakan terlebih dahulu menggunakan formula DSR rumah.

Debt Service Ratio (DSR) merupakan nisbah pembiayaan hutang iaitu nisbah jumlah hutang seseorang individu yang dibandingkan dengan pendapatan isi rumahnya. Dalam erti kata lain, DSR menjadi penanda aras sama ada permohonan layak untuk diluluskan atau pun tidak.

Seandainya DSR pemohon di bawah 70%, maka peratusan untuk permohonannya diluluskan amatlah tinggi. Hal ini disebabkan kerana pemohon diyakini mempunyai lebihan pendapatan berbanding hutang kepada pihak bank.

Oh ya, untuk anda dapatkan pinjaman 100%, boleh ke SINI.

Berikut adalah cara bagaimana untuk mengira kelakayakan beli rumah menggunakan formula DSR:

  • Formula DSR (Jumlah komitmen hutang / Pendapatan bulanan) x 100%
  • Hutang (seperti: kereta, rumah, pinjaman peribadi, kad kredit, PTPTN, hutang dengan institusi / agensi kerajaan)
  • Pendapatan per bulan iaitu pendapatan bersih (yang sudah ditolak oleh EPF, SOCSO, EIS, dan sebagainya)

Cara mohon Rumah Selangorku

Untuk membuat permohonan Rumah Selangorku. Berikut ini adalah cara mohon Rumah Selangorku yang boleh anda aplikasikan dalam setiap permohonan:

  1. Layari lamab werb rasmi untuk buat permohonan Rumah Selangorku di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) iaitu: https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/
  2. Masukkan nombor ID kad pengenalan pada bahagian kata nama (Username) dan masukkan juga kata laluan (Password) yang pemohon guna semasa mendaftar.
  3. Klik butang “Mohon” dan paparan halaman Borang Permohonan
  4. Pilih daerah dan mukim yang pemohon mahukan bagi memilih jenis hartanah dan projek yang berdaftar
  5. Lengkapkan maklumat peribadi seperti maklumat pasangan sekiranya pemohon sudah berkahwin
  6. Muat naik salinan kad pengenalan dan slip gaji pemohon dan pasangan dengan jelas dan boleh dibaca
  7. Baca dan fahamkan terma dan syarat pengakuan permohonan
  8. Jika pemohon berpuas hati dan sudah memastikan semua maklumat diisi dengan betul, pemohon boleh klik butang “Hantar”. 
  9. Permohonan selesai!

Berjaya atau gagal, ini cara untuk buat semakan 

Permohonan yang dibuat oleh pemohon Rumah Selangorku ini akan dinilai berdasarkan sistem merit yang telah ditetapkan. Pemohon akan dibuat perbandingan mengenai syarat kelayakan dan potensi merit masing-masing.

Untuk membuat semakan status sama ada permohonan diluluskan atau tidak. Kita boleh semak secara atas talian dengan butiran seperti di bawah ini:

  1. Layari laman web rasmi LPHS: https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/index.php?id=4&page_id=6
  2. Masukkan maklumat No Kad Pengenalan pemohon tanpa simbol “-“
  3. Klik pada butang “Semak”

Sekiranya pemohon berjaya dalam saringan tersebut, pemohon akan menerima surat atau email untuk mengesahkan kelulusan permohonan yang dibuat untuk mendapatkan rumah di bawah skim Rumah Selangorku

Diharapkan semoga perkongsian mengenai cara mohon Rumah Selangorku ini dapat memberikan anda informasi dan panduan yang bermanfaat khususnya kepada warga Selangor yang sedang dalam perancangan untuk memiliki sebuah rumah. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *