7 Cara Daftar Lalamove Online 2023

Macam mana cara nak daftar Lalamove ini? Ramai yang mahukan pendapatan sampingan selain daripada kerja yang kita ada. Cara lain adalah dengan menggunakan konsep lalamove ini. Tugas anda hanyalah selesaikan tugasan yang kebanyakannya adalah tugasan penghantaran barang dan lain-lain lagi.

Pada kali ini, kami tunjukkan beberapa cara dan teknik untuk anda membuat pendaftaran dengan menggunakan applikasi Lalamove ini. Harap ianya akan sedikit sebanyak membantu anda untuk menambah pendapatan anda. Sama ada pendapatan secara sampingan ataupun pendapatan secara “full time”.

cara daftar lalamove online

Berbaloi Ke Kerja Lalamove

Berbaloi ke kerja Lalamove ini? Jawapannya bergantung kepada anda sendiri. Kalau rajin, insyaAllah pendapatannya berbaloi. Kalau tak berapa rajin tu pendapatannya tak seberapa. Ianya taklah sangat sukar dan bukanlah sangat mudah, ianya bergantung kepada kerajinan anda sendiri dan cara anda untuk bekerja.

Kerja akan sentiasa ada terutama di bandar-bandar besar dan apa yang anda boleh lakukan adalah untuk mengambil kerja berdasarkan kepada masa dan kesesuaian yang anda nak buat dan lakukan. Ianya memang fleksible dimana anda tentukan sendiri kerja yang anda nak buat.

Syarat & Kelayakan Jadi Lalamove Driver

Berikut adalah antara syarat dan kelayakan yang anda perlu tahu kalau anda serious nak jadi seorang pemandu di Lalamove.

  • Mempunyai lesen memandu yang sah (lesen P dibenarkan)
  • Warganegara Malaysia (pendatang asing dengan kad pengenalan Permanent Resident (PR) tidak dibenarkan)
  • Mempunyai kenderaan sendiri.

Cara Daftar Lalamove Step By Step

Taknak cerita panjang-panjang, macam mana cara nak daftar Lalamove ini dan step by step yang anda perlu tahu kalau anda nak jadi seorang pemandu di Lalamove.

Perlu ingat yang semasa proses pendaftaran ini, akan ada virtual training ataupun ujian yang anda kena lalui. Ujian tu tak susah pun, apa yang penting, kena fokus semasa ujian dan jawab berdasarakan kepada video yang di tanya.

  • Layari laman rasmi Lalamove driver di sini: https://www.lalamove.com/en-my/driver
  • Masukkan nombor telefon anda di ruangan Mobile number
  • Tekan butang Get Started
  • Anda akan menerima 4-digit code melalui SMS di telefon bimbit anda
  • Di ruangan Verify phone number, masukan 4-digit code tadi
  • Sekiranya semua berjalan lancar, anda akan dibawa ke Step 1, iaitu bahagian Create your account
  • Masukkan Basic information seperti dipinta:
  • Pilih Kenderaan (kereta, motosikal. Pickup truck dan lain-lain.
  • Tick I agree
  • Seterusnya, anda akan dibawa ke Step 2, iaitu bahagian Tell us about yourself
  • Masukkan maklumat Tell us about yourself seperti dipinta:

Ikut sahaja langkah dan berikan sahaja maklumat yang diminta. 

  • Tekan butang Next
  • Sekarang, anda akan dibawa ke Lalamove Virtual Training
  • Ikut sambungan di bawah untuk lulus ujian ini

Cara Lulus Ujian Lalamove – Virtual Training

Selepas selesai isi borang, anda wajib untuk ke virtual training. Ianya seperti satu orientasi, pengenalan kepada Lalamove, cara penggunaan app, cara ambil order dan lain-lain info yang anda perlu tahu kalau nak jadi pemandu di Lalamove.

Virtual training ini adalah wajib dan anda perlu menjawab dan menonton video yang disediakan. Anda diwajibkan untuk lulus sebelum layak menjadi pemandu di Lalamove.

Markah lulus adalah sebanyak 70% dan anda boleh mencuba sebanyak 3 kali. Soalan tak susah kalau anda dengar video penerangan. Kalau anda fokus dengar video penerangan, soalan akan jadi mudah. Yang jadi masalah apabila anda cuba lakukan kerja lain semasa mendengar video penerangan dan biasanya nanti tak boleh nak lulus. 

Tak boleh nak “skip” video training ini dan anda perlu dengar kesemua video ini. Tak susah kalau anda betul-betul fokus. Pada kami, ianya akan ambil masa sekitar 10minit ke 15 minit. Fokus pada video dan insyaAllah anda boleh lulus dengan jayanya.

Ekonomi Tak Menantu – Tambah Income

Tahun-tahun mendatang ini penuh dengan ketidaktentuan ekonomi. Memang perlu ada perancangan jangka pendek dan jangka panjang, bukan sahaja pada kerajaan, juga pada peribadi. Untuk kerajaan, biarkan mereka lakukan kerja mereka dan kita sebagai rakyat, cuba sehabis baik untuk tingkatkan ekonomi sendiri dan keluarga.

Lalamove adalah antara cara untuk anda tambah pendapatan yang sedia ada. Cara daftar lalamove ini pun mudah je, semua boleh buat secara online. Pada saya, jauh lebih mudah jika nak dibandingkan dengan pekerjaan ehailang yang lain seperti grab driver ataupun foodpanda

Teruskan pembacaan anda, teruskan ikhtiar untuk tambah income anda dan kurangkan hutang. InsyaAllah anda akan jumpa cara yang sesuai dengan minat dan bakat anda nanti insyaAllah.

Pendapatan Sampingan Lain Melalui Lalamove

Ketika saya cuba mendaftar applikasi Lalamove ini, ada sesuatu yang menarik. Anda boleh dapat pendapatan pasif melalui Lalamove ini. Saya lebih suka dan galakkan anda untuk mencuba dapatkan pendapatan pasif kerana, anda tak perlu nak bekerja terlalu terus, income dan pendapatan akan datang dengan sendiri.

Pasang sticker Lalamove di kereta anda, dan anda berpeluang untuk mendapat RM70 sebulan. Ini ketika saya mendaftar dan perlu diingat, mungkin ketika anda mendaftar nanti, harga ataupun upah ini mungkin meningkat ataupun mungkin menurun. Ianya bergantung kepada keadaan nanti.

Boleh tengok video di bawah untuk info lanjut.

Ada banyak lagi video seperti ini yang anda boleh tengok dan dapatkan info lanjut di youtube. 

Oh ya, ada satu lagi benda penting yang saya terlupa nak beritahu.

Cara Nak Dapatkan Job Lalamove

Saya pernah cuba buka app lalamove di beberapa tempat, dan hasil ataupun job adalah ikut pada tempat tersebut. 

Jika anda cuba buka app Lalamove di Johor Bahru, memang tak dinafikan, akan ada banyak job ataupun pekerjaan kerana ianya adalah ikut kawasan.

Akan tetapi kalau anda cuba open job di tempat-tempat lain seperti Segamat, Batu Pahat, tak banyak job ataupun ada keadaan yang langsung tak ada job untuk anda. Jadi, pekerjaan ataupun job adalah ikut pada tempat ataupun lokasi.

Pasti akan ada banyak job di kawasan urban seperti di Kuala Lumpur dan Penang dan kurang job di luar kawasan ini. Nak jadi driver Lalamove ini, sangat bagus jika anda tinggal di kawasan bandar besar seperti JB, KL ataupun Penang. Tempat lain, boleh cuba dulu dan daftar untuk lihat hasilnya.

Beberapa Idea Pendapatan Sampingan Anda Perlu Tahu

Jika anda berminat dengan pekerjaan seperti ini, anda boleh dapatkan info lanjut untuk kedua-dua jenis pekerjaan ini.

Kalau nak sambil-sambil jadi driver dan cuba untuk tambah income dengan telefon, boleh cuba untuk jadi seorang dealer di Tune Talk. Info lanjut di SINI.

Apapun, tak susah pun cara daftar Lalamove ini. Boleh ikut step by step dan cuba lakukan secara konsisten untuk nampak hasilnya nanti.

Related Posts

2 thoughts on “7 Cara Daftar Lalamove Online 2023

  1. Assalamualaikum..sy tertanya2, mcm tuan ckp..dftar dekat dgn lokasi kn…tpi sy tgk bandar yg terpilih hnya yg besar2 shj, yg bnda kecil tiada. mcm sy berminat nk dftr tapi nk dftr berdekatan dgn bandar yg sy tggl. skrg sy menetap di batu pahat…msih boleh berdaftar ke?

    1. batu pahat mcm susah sikit, bandar besar mcm JB, Bangi dll tu mmg ada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *