Cara Daftar Pakej Perpaduan Internet 2023

Macam mana cara daftar pakej perpaduan internet mudah alih ini? Pakej perpaduan ini telahpun diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan dan ianya merupakan antara pakej menarik untuk golongan yang disasarkan mereka. 

Ini adalah apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan pakej perpaduan ini dan jika anda berminat nak melanggan pakej ini, boleh baca sampai habis. 

Apa manfaat kalau anda melanggan pakej ini akan kami cuba rungkaikan satu persatu. Lebih penting, alternatif kalau anda nak cuba pakej internet lain yang lagi berbaloi. Terutama kalau anda seorang pengguna yang memang kerap menggunakan data, ini adalah antara beberapa pakej yang berbaloi untuk anda sendiri cuba.

cara daftar pakej perpaduan

Apakah Pakej Perpaduan Prabayar Ini ?

Pakej perpaduan internet prabayar mudah alih ini telahpun diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan oleh Kementerian Komunikasi Dan Digital pada harga RM30.

Tujuan utama pakej ini diperkenalkan adalah untuk mengurangkan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat. Terutama bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan dalam memiliki akses internet pada harga yang murah dan berbaloi.

Pakej ini menawarkan kelajuan yang dipertiungkatkan daripada pakej 1MBPS sebelum ini kepada 3MBPS. Kuota data juga dipertingkatkan daripada 20GB selama 3 bulan kepada 30GB untuk 6 bulan. 

Syarikat telekomunikasi yang terlibat buat masa ini adalah CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications.

Pengguna dapat menikmati penjimatan harga sebanyak 50 peratus berbanding pakej sedia ada iaitu dari RM10 sebulan kepada RM5 sebulan. Kalau anda layak apa salahnya kan!

Menarik kan, berikut adalah cara daftar pakej perpaduian ini

Cara Daftar Pakej Perpaduan Ini

Jika anda adalah pengguna telco yang tersenarai ini, CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom dan YTL, anda boleh merujuk kepada applikasi telco anda masing-masing. Cara daftar pun bergantung kepada syarikat telekomunikasi masing-masing dan semuanya boleh dilakukan dalam applikasi telekomunikasi anda tu. 

Perlu diingat, ianya kepada mereka yang layak, Ada kemungkinan yang anda tak kayak untuk memiliki pelan ini. Tak apa, ada banyak lagi pelan lain yang jauh lebih murah, mudah dan berbaloi untuk anda cuba.

Promosi Pakej Perpaduan Simkad pada harga 10 sen sahaja.

  • Rm30 6Bulan 30GB
  • 3MBPS
  • Belia , B40 , Oku , Warga Emas , Veteren Atm & Polis
  • Anda dah boleh dapatkan sekarang . Cuma pakej itu akan lancar pada 28Feb2023
  • Jadi dapatkan simkad 10sen di bawah ini, boleh terus beli di Shopee sahaja.

Pilihan Lain Yang Lebih Berbaloi

Jika anda merupakan seorang yang “heavy user” terutama dalam urusan penggunaan data, memang data yang ditawarkan oleh pakej ini tidak cukup. Pakej ini mempunyai target user mereka sendiri dan semestinya daripada golongan B40 dan lain-lain.

Pakej Perpaduan ini disasarkan untuk dinikmati oleh golongan belia, B40, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta veteran polis.

Untuk anda yang sedang membaca dan mungkin perlukan data yang lebih daripada jumlah ini, ada beberapa pilihan untuk anda. Pilihan terbaik adalah pilihan seperti di bawah ini. 

Pakej RM35

Juga ada beberapa pilihan yang lain daripada pakej dalam Tune Talk. Boleh tengok beberapa pilihan pakej yang ada di kedai Shopee kami di bawah ini.

Pakej perpaduan internet ini tidak disertai dengan pakej panggilan telefon. Untuk pakej panggilan telefon, boleh tengok pakej Call20 yang ditawarkan oleh Tune Talk dan antara pakej yang agak berbaloi untuk anda cuba. 

Anda pun boleh memilih 4 nombor paling belakang dan daftar no tersebut terus untuk anda gunakan. Simkad pun tak mahal sangat, pelan yang ditawarkan pun sangat best dan berbaloi untuk anda guna. Pakej Perpaduan Internet ini biarlah golongan yang kurang berkemampuan gunakan, anda gunalah pelan lain yang antara lain adalah pelan yang ditawarkan oleh Tune Talk ini.

Harga Yang Di Tawarkan

Harga : RM30

Kelajuan Internet : 3 Mbps

Kuota : 30GB untuk 6 bulan

Pelan Type : Prepaid

Pakej ini merupakan pakej asas yang disedaiakan dan ia terpulang kepada penyedia perkhidmatan untuk menawarkan nilai tambah ke atas pakej ini.

Info lanjut berkenaan dengan pakej ini, anda boleh tengok di bawah ini;

Tarikh Jualan & Pembelian

Jualan dan langganan hanya akan bermula pada bulan Feb 2023. Jika anda merupakan salah seorang peserta dalam telco di atas, boleh lihat dan periksa dalam applikasi telefon anda. 

Maklumat Lanjut

Sekali lagi, cara daftar pakej perpaduan internet mudah alih 2023 ini adalah bergantung kepada syarikat telekomunikasi masing-masing. Boleh lihat dan periksa dalam app syarikat terbabit.

Secara jujur, pakej ini memang menarik kerana menawarkan kelajuan pada 3mbps. Cuma penggunaan data yang ditawarkan itu agak terhad iaitu 30GB untuk ataupun selama 6 bulan. Untuk mereka yang tak gunakan data terlalu banyak memang tak jadi masalah. 

Akan tetapi, pelan ini sekali lagi hanya untuk penggunaan data sahaja. Apabila anda nak membuat panggilan pula, ada caj lain yang dikenakan. Jika anda layak tak ada masalah, akan tetapi, jika bajet anda lebih besar sikit, memang ada banyak pilihan yang anda ada. Terutamanya dalam melibatkan pakej data internet yang agak banyak dan laju dan paling penting sekali melibatkan pakej panggilan telefon. Boleh tengok beberapa pelan dari tune talk seperti yang saya nyatakan di atas.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *