Lupa No Akaun Tabung Haji? 3 Cara Simple

Anda lupa no akaun tabung haji anda? Ada banyak cara sebenarnya untuk anda dapatkan semula no akaun tabung haji anda tersebut. Dalam artikel ini, kami akan tunjukkan beberapa cara dan langkah mudah untuk anda dapatkan no akaun anda yang anda sudahpun terlupa.

Memang ada banyak cara dan pada artikel ini, kami nak tunjuk cara online dan juga cara offline bagaimana untuk anda dapatkan semula no akaun anda. Pada artikel kali ini, kami tunjuk 3 cara paling mudah untuk anda dapatkan semula no akaun anda. Dah dapat no akaun tersebut, jangan lupa untuk terus daftar akaun Thijari untuk memudahkan proses ataupun urusan pada masa akan datang.

lupa no akaun TH

Dah Buka Akaun Tabung Haji?

Saya anggap anda sudah ada akaun Tabung Haji sendiri. Kalau belum ada, boleh tengok step by step macam mana nak daftar akaun Tabung Haji dalam artikel di SINI.

Selain untuk diri sendiri, jika anda sudahpun berkeluarga, boleh daftar akaun Tabung Haji untuk  anak-anak dan juga untuk ister. Tak rugi pun daftar Tabung Haji untuk anak-anak dan isteri kerana ianya mempunyai banyak manfaat. Tabung Haji adalah antara tempat simpan duit yang bagus untuk saya rekemen kepada anda. Akan tetapi, kalau anda nak simpan duit untuk anak anda, ada alternatif lain yang lebih baik yang anda boleh guna. Boleh baca artikel dengan lebih lanjut di SINI.

Saya dah ada akaun Tabung Haji, akan tetapi, saya lupa no akaun Tabung Haji. nak buat macam mana?

Pergi ke branch TH Terdekat

Walk in sahaja ke mana-mana branch TH terdekat dengan rumah anda dan anda boleh dapatkan terus no akaun TH anda. Tapi jangan lupa bawak IC anda sekali kerana kalau tak bawa, memang akan susah nak dapatkan no akaun tersebut.

Dah alang-alang anda ke branch TH terdekat, buat sekali;

  • Pendaftaran Haji
  • Pendaftaran Hibah
  • Semak baki penyata duit anda\

Semua anda boleh lakukan di branch Tabung Haji anda sahaja. 

Cumanya, cara ini perlukan seseorang untuk ke branch terdekat. Tak semua orang boleh ke branch terdekat dan lebih mudah jika boleh dilakukan secara online.

Telefon TH Untuk Bantuan 

Anda lupa kata laluan, anda boleh sahaja untuk menelefon pihak TH bagi mendapatkan no akaun anda. Macam mana caranya, boleh tengok dalam gambarah di bawah.

Dah dapat no akaun jangan lupa untuk daftar akaun Online Tabung Haji atapun Thijari.

Daftar Thijari

Mudah kalau ada akaun Thijari ini. Mudah untuk anda periksa akaun Tabung Haji secara berkala sama ada akaun anda ataupun akaun anak-anak anda. Semua boleh dilakukan dengan mudah dan secara fleksible.

Berikut adalah step by step macam mana cara nak daftar akaun Thijari.

Selepas anda daftarkan No Telefon,  anda boleh daftar Portal Thijari untuk memudahkan anda menyemak secara online. Berikut adalah merupakan cara daftar Thijari:

  • Layari pautan portal Thijari: www.thijari.com.my
  • Pada paparan Utama, klik pada DAFTAR
  • Isikan maklumat yang diperlukan:
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Akaun TH
  • Tekan seterusnya. Apabila maklumat sepadan, IsiNombor Telefon Berdaftar
  • Seterusnya semak dan sahkan:
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor Akaun TH
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Masukkan nombor TAC yang diterima dalam hanphone anda.
  • Isikan butiran yang diperlukan seperti:
  • Kata Nama – sebagai Key Pharase
  • Kata Laluan – ciptakan kata laluan anda
  • Nama Pengguna – masukkan ID Pengguna ada
  • Negeri Terkini – isikan negeri terkini anda berada
  • Tick kan pada Terma & Syarat
  • Tahniah, Anda berjaya mendaftar sebagai penggunaTHiJARI!

LOGIN THIJARI (LUPA NO AKAUN TABUNG HAJI)

Selepas proses pendaftaran seperti di atas, anda boleh Login akaun Thijari anda. Berikut adalah merupakan cara Login:

  • Layari pautan portal Thijari: www.thijari.com.my
  • Masukkan ID Pengguna anda
  • Tekan Log Masuk
  • Pastikan kata Nama anda akan terpapar
  • Masukkan Kata Laluan anda
  • Tekan Log Masuk
  • Anda telah berjaya Login akaun Thijari anda

Mudah sahaja kalau anda lupa no akaun Tabung Haji dan terus sahaja buat secara online. Jika anda boleh lakukan secara online, banyak urusan akan jadi lebih mudah dan cepat.

Tips Simpan Duit

Tabung Haji adalah antara tempat yang bagus dan baik untuk anda simpan duit anda. Ada banyak manfaat yang boleh anda dapat daripada menyimpan di Tabung Haji, antaranya adalah manfaat pengurangan zakat simpanan (tak perlu bayar zakat simpanan). Satu lagi adalah manfaat pergi menunaikan haji. Jadi, jangan lupa untuk simpan duit anda di Tabung Haji.

Nak mula menyimpan tak susah, mulakan dengan 5% daripada gaji anda setiap bulan. Jika gaji anda adalah RM3000, cuba simpan sehingga RM150 sebulan. Simpan secara konsisten setiap bulan dan anda bakal nampak manfaatnya nanti.

Kurangkan Belanja Anda

Kurangkan belanja setiap bulan. Kalau pening tak tahu nak mula dengan apa, cuba lihat kembali pelan data telefon anda setiap bulan. Sekarang ini agak kompetatif, dan anda boleh dapat pelan yang bagus dengan Tune Talk pada hanya RM35 sebulan. Memang sangat berbaloi dan bagus untuk anda sendiri cuba.

Banyak lagi tips kurangkan belanja ini. Berhenti merokok adalah antara amalan yang anda boleh lakukan. Untuk lebih tips lagi tentang bagaimana nak kurangkan belanja anda boleh dapatkan info lanjut di SINI.

Tambah Pendapatan

Buat simpanan di Tabung Haji, kurangkan belanja dan sehabis baik untuk tambah pendapatan anda. Ada banyak cara nak tambah pendapatan anda antaranya adalah dengan menjadi penjual di Shopee. Menggunakan model Dropship sebagai model perniagaan dan banyak lagi. 

Cuba cari apa-apa pendapatan yang membolehkan anda untuk tambah pendapatan anda setiap bulan.

Anda Lupa No Akaun?

Berbalik kepada topik asal. Adakah anda lupa no akaun anda? Boleh terus daftar no akaun anda sekarang. Sama ada anda boleh ke branch terdekat, menelefon pihak TH dan juga cara yang terakhir, anda boleh terus daftar di Thijari.

Related Posts

One thought on “Lupa No Akaun Tabung Haji? 3 Cara Simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *