5 Cara Trade Saham Profit Konsisten

Kepada pelabur-pelaur baru, macam mana cara trade saham khusus untuk mereka yang nak bermula dan macam mana cara nak konsisten buat untung setiap hari dan setiap bulan. 

Saham memang satu kelas aset yang tak asing lagi kepada pelabur dalam dan luar negara. Selain daripada saham, anda boleh dapatkan info lanjut berkenaan kelas aset yang lain seperti Forex, FCPO, Cyrptocurrency dan lain-lain. Akan tetapi, fokus artikel pada kali ini adalah berkenaan dengan pelaburan saham di Malaysia.

Macam mana nak trade saham di Malaysia untuk yang baru mula dan sedikit strategi untuk anda konsisten buat untung dengan saham,

cara trade saham

Buka Akaun Saham

Untuk berdagang saham di Malaysia, perkara pertama yang anda kena lakukan adalah untuk buka akaun saham dengan broker yang berdaftar di Malaysia. Ada banyak broker yang anda boleh pilih, senarai broker untuk anda berdagang saham pula anda boleh dapatkan di SINI.

Anda perlu membuka akaun CDS dengan mana-mana broker yang berdaftar di Malaysia. Sudah ada akaun saham, barulah anda boleh mula berdagang saham di Malaysia. Pun ada sebahagian broker yang membolehkan anda untuk berdagang saham di luar negara. Sebagai tips, adalah lebih baik anda buka akaun dengan lebih daripada 1 broker. Sekarang ini dah mudah, kebanyakan broker membolehkan pelanggan seperti saya dan anda membuka akaun secara online sahaja.

Selain daripada boleh daftar online, kalau boleh anda pilih broker yang boleh buat deposit dan withdraw secara online sahaja sekarang ini. Memang ada broker yang membolehkan anda untuk deposit dan withdraw secara online sahaja dan ada juga yang masih menggunakan sistem lama iaitu, setiap kali nak withdraw dan depost, kena beritahu remiser terdekat. Apapun, pilihlah broker yang sesuai dengan anda, nak tahu yang mana sesuai, boleh cuba daftar beberapa broker untuk tahu lebih lanjut.

Strategi Pilih Kaunter Saham

Dah ada akaun CDS saham, seterusnya adalah untuk anda cuba filter dan pilih kaunter saham dan syarikat yang berpotensi untuk anda labur. Ada banyak pendapat dalam bab ini, dan tentunya, sifu-sifu saham seperti DDNK dan Asri Ahmad pun ada pandangan yang tersendiri.

Anda boleh pilih syarikat yang modal rendah, di bawah RM1, pun boleh target kaunter “blue chip” dalam indeks KLCI ataupun mana-mana strategi yang bersesuaian dengan apa yang anda mahukan. 

Setiap orang mempunyai strategi berbeza sebagai cara untuk trade saham, dan sebagai asas, strategi tersebut biasanya dibahagikan kepada 2 bahagian.

Teknikal Analisis 

Analisa terknikal adalah analisa graf seperti support dan resistance ataupun mencari titik perubahan dalam pergerakan harga dalam saham. Kebanyakan trader di Malaysia dan diluar sana menggunakan strategi teknikal analisis dalam analisa saham dan antara strategi yang bagus untuk memilih kaunter yang berkesan. 

Teknikal analisis membolehkan anda untuk membeli saham pada harga “support” ataupun harga lantai. Apapun, masih ada juga kemungkinan harga akan jatuh lagi dan dari situ, penting untuk anda amalkan strategi untuk “cut loss”.

Untuk bermula, ada banyak video berkenaan dengan teknikal analisis saham seperti di bawah ini. Ataupun anda boleh baca perkongsian bro Zul bagi mendapatkan info dan tips untuk membuat pemilihan kaunter saham yang bagus untuk anda melabur.

Untuk membuat analisa dalam saham, biasanya saya menggunakan tools tradingview sahaja. Tools ini sangat mudah dan anda boleh kata ianya memudahkan saya untuk membuat analisa kaunter saham juga tak terhad kepada saham, kelas aset yang lain pun saya boleh analisa sebagai contoh Bitcoin, FCPO dan lain-lain.

Fundemantal Analisis

Fundemantal analisis adalah analisa dalam sudut kewangan syarikat. Analisa penyata kewangan, “balance sheet” dan lain-lain adalah penting untuk fundamental analisis ini. Seseorang itu mungkin perlu untuk memiliki kelebihan dalam bidang perakaunan untuk mahir dengan strategi dan analisa fundamental ini.

Sejujurnya, kami di smartinvest101 lebih cenderung menggunakan analisa teknikal analisis berbanding dengan analisa fundamental.

Nak dapatkan analisa fundemental ini tidaklah terlalu susah, anda boleh pergi sahaja di laman web bursa Malaysia (google sahaja) dan anda boleh dapatkan laporan kewangan secara detail untuk setiap tahun dan laporan untuk setiap 3 bulan. Pun begitu, ada banyak juga laman web lain yang memberikan info berkenaan dengan laporan kewangan ini dan anda boleh cari semua ini dengan google sahaja dan semua maklumat akan sampai. Sebagai contoh, anda boleh sahaja google berkenaan dengan laporan kewangan TNB ataupun laporan kewangan Telekom Malaysia dan saya pasti, semua maklumat berkenaan dengan laporan kewangan akan ada di page pertama google.

Inilah serba sedikit berkenaan dengan cara untuk melabur dalam saham. Pemilihan kaunter adalah sangat penting terutama kalau anda nak berjaya untuk satu jangka masa panjan dan mendapat keuntungan yang konsisten daripada pelaburan saham anda. Apapun, kalau nak tahu asas dalam pemilihan saham, boleh belajar lebih lanjut dengan Bro Zul di bawah. Sedikit sebanyak perkongsian beliau akan membantu anda untuk membuat pemilihan kaunter yang betul dalam saham.

Alatan Penting Untuk Analisa Saham

Untuk buat analisa saham, saya lebih suka kalau buat analisa dengan manggunakan laptop. Nak guna smartphone pun boleh, cuma mungkin screen agak kecil dan agak terhad nak buat analisa kaunter dan analisa terknikal. Akan tetapi, kalau anda nak buy dan sell, tak ada masalah nak gunakan smartphone sahaja. Untuk analisa, laptop ataupun desktop adalah lebih sesuai.

Selain daripada laptop dan smartphone, anda perlu juga ada internet yang stabil untuk membuat analisa saham berkualiti. Sekarang ini, ada banyak pelan yang membolehkan anda untuk mendapatkan internet yang stabil untuk tujuan pelaburan.

Tak lupa juga, saya nak rekemen untuk anda gunakan applikasi ataupun platform Tradingview untuk buat analisis. Anda boleh unlock semua feature dengan dapatkan 30 day trial dari link SINI.

Paling best tradingview ini, anda boleh terus analisa kaunter berpotensi dengan indikator teknikal yang bersesuaian dengan mudah. Tak percaya, boleh cuba sendiri.

Alternatif Saham – Anda Patut Tahu

Berikut adalah antara beberapa alternatif terbaik selain daripada melabur dalam saham.

Cryptocurrency

Selain daripada saham, kelas aset lain sebagai alternatif yang kami nak rekemen adalah Cryptocurrency. Kalau dalam dunia crypto ini, biasanya akan dikaitan dengan Bitcoin, akan tetapi, ianya tidak terhad kepada Bitcoin semata-mata. Banyak lagi crypto ataupun projek lain yang anda boleh beli dan dapatkan info lanjut berkenaan dengan projek tersebut. Nak bermula dengan crypto, boleh baca 2 artikel di bawah.

Wahed Invest – Unit Trust

Saham memang agak berisiko sedikit, begitu juga dengan Crypto, kalau tak nak risiko yang terlalu tinggi, boleh cuba invest dalam Wahed Invest. Wahed Invest ni macam Unit Trust akan tetapi ianya berlainan sedikit. Perbezaan ketara, Unit Trust dilaburkan oleh Fund Manager ataupun seseorang yang bertauliah untuk melaburkan duit anda dalam pasaran modal. Wahed invest pula, dilaburkan menggunakan Robo Advisor ataupun robot. Nak tahu berkenaan dengan Wahed Invest, boleh baca dalam 2 artikel di bawah ini.

Sampai sini sahaja artikel pada kali ini berkenaan dengan cara trade saham. Sebelum bermula buka akaun dahulu dan cuba untuk laburkan dalam ilmu kerana ianya sangat penting dikemudian hari.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *