Pada kali ini, kami nak review phone gaming murah bawah Rm500. Memang ada banyak sangat kegunaan smartphone ini salah satunya adalah untuk bermain permainan di smartphone anda. Smartphone juga semakin lama semakin berkuasa dan harga pun semakin lama semakin murah.
Untuk bermain game di smartphone bukanlah perkara baru. Dari evolusi smartphone nokia 3310 lagi sehingga sekarang, permainan dalam smartphone pun berubah dari masa ke semasa. Lebih mengejutkan, ramai yang lebih gemar bermain dengan smartphone berbanding dengan laptop.
Ada banyak pilihan sekarang ini, akan tetapi, cukuplah 5 pilihan je untuk anda pada kali ini. Nak tahu phone apa yang murah dan berbaloi? Boleh baca artikel ini sampai habis ye.
Dah Ada Simkad 5G?
Sebelum anda membeli smartphone sama ada smartphone bajet ataupun smartphone 5G, adalah lebih baik untuk anda cuba dapaktan simkad 5G. Banyak manfaat simkad 5G daripada tune talk ini. Selain daripada anda boleh memilih nombor sendiri, anda juga boleh memperolehi manfaat berikut;
- Manfaat khairat kematian RM800 ke atas mengikut plan
- Manfaat Takaful Kemalangan RM5000
- Anda boleh tambah income jadi seorang dealer.
Lebih menarik, anda boleh dapatkan simkad ini di kedai Shopee kami di bawah. Banyak pilihan pelan berkualiti untuk kegunaan anda.
Oppo F9 Pro
Yang pertama sekali adalah telefon dari Oppo F9 pro. Telefon murah dengan speasifikasi menarik di bawah harga Rm500. Apa yang anda boleh dapat daripada phone ini adalah;
- 6GB Ram
- 128 GB Storage
- 3399mah
- Camera Front 25MP
Phone yang murah dan berbaloi, harga dan speasifikasi terkini, anda boleh tengok di butang di bawah ini.
Murah memang murah, tak percaya klik je link di atas ini. Akan tetapi, saya lebih gemar kalau phone ini mempunyai bateri kapasiti yang besar dan yang lebih penting dari itu adalah, mempunyai fungsi pengecasan pantas. Oppo F9 Pro ini agak kurang sikit dan tak mempunyai fungsi pengecasan pantas dan bateri kapasiti yang agak rendah.
LG G8 ThinQ
Satu lagi phone yang murah dan mempunyai speasifikasi yang menarik untuk anda sendiri guna. Kalau gemar bermain games, boleh consider untuk dapatkan telefon pintar ini. Ini adalah antara beberapa fungsi yang kami boleh highlight kepada anda.
- Qualcomm®️ Snapdragon™️ 855 Octa-Core
- 6.1 Inch
- Fast Charging 21W / Quick Charge 3.0
- 128GB Memory / 6GB Ram
- 3000 – 3999 mAh
Untuk harga dan speasifikasi yang lebih detail, boleh tengok dalam link di bawah ini.
Jika nak dibandingkan speasifikasi dan harga adalah sangat berbaloi. Tak salah juga kalau anda gunakan phone model ini sebagai telefon kedua anda yang anda boleh khususkan untuk perniagaan anda. Model ini juga didatangkan dengan teknologi pengecasan pantas dan ianya membolehkan anda untuk membuat ataupun caj telefon anda dengan pantas. Octa Core processor juga membolehkan anda untuk melayari internet dengan pantas.
Berbaloi ke dengan harga? Kena lihat semula bajet dan speasifikasi yang anda nak. Kalau memang kena bajet dan speasifikasi sebagai phone gaming murah bawah Rm500 pun tak ada masalah.
Vivo Y1s
Antara phone yang murah dan mampu milik untuk anda sendiri cuba. Speasifikasi dan harga pun sangat menarik.Boleh tengok speasifikasi phone ini dahulu.
- MediaTek Helio P35
- 2GB RAM + 32GB ROM
- 4,030mAh (TYP)
Untuk detail harga telefon, boleh pergi ke sini bagi mendapatkan info lanjut.
Ram 2GB pada saya sangat tak sesuai dengan banyaknya aplikasi yang semakin banyak dan berat. Boleh cuba cari phone lain yang mempunyai speasifikasi paling kurang untuk RAM3GB.
Untuk storage 32GB ROM memang tiada masalah. Lagipun anda boleh tambah memory kad untuk kegunaan phone anda.
Saya agak tekankan untuk sesuatu telefon ini mempunyai teknologi pengecasan pantas. Banyak yang anda boleh gunakan kalau anda teknologi pengecasan pantas ini. Terutama kalau anda sering terlepas masa untuk caj telefon anda.
Berbaloi ke brand ataupun model ini? Ikut kepada bajet yang anda ada. Tiada masalah pun untuk anda dapatkan model ini yang paling penting, sesuai dengan apa yang anda mahukan.
Oppo F11
Antara model telefon yang pada saya sangat sesuai untuk anda belii dan dapatkan di pasaran sekarang. Untuk speasifikasi dan harga, adalah sangat-sangat menarik.
- 6.53 inches, 105.2 cm2 (~85.3% screen-to-body ratio)
- Android 9.0 (Pie), ColorOS 6
- Mediatek MT6771 Helio P70 (12nm)
- 128GB 6GB RAM
- Li-Po 4020 mAh, non-removable
- Fast charging 20W
Kapasiti bateri yang agak tinggi dan juga mempunyai teknologi pengecasan pantas. Harga pun sangatlah berpatutan dan mampu dimiliki. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan harga terkini dan speasifikasi yang lebih detail untuk phone ini, boleh dapatkan di bawah ini.
Model ini sangat berbaloi untuk anda miliki terutama kalau kena bajet dan speasifikasi yang anda mahukan. Teknologi pengecasan pantas dan kapasiti bateri pun sangat menarik untuk adna sendiri cuba.
Redmi 5 Plus
Antara phone gaming bajet yang anda patut cuba. Speasifikasi sangat OK dengan harga yang berpatutan. Kalau misalkata bajet anda tak tinggi, tak ada masalah untuk anda cuba dapatkan phone model ini.
- 5.99 inches, 92.6 cm2 (~77.4% screen-to-body ratio)
- Android 7.1.2 (Nougat), planned upgrade to Android 10, MIUI 12
- Qualcomm MSM8953 Snapdragon 625 (14 nm)
- Octa-core 2.0 GHz Cortex-A53
- 32GB 3GB RAM, 64GB 3GB RAM, 64GB 4GB RAM
- Li-Po 4000 mAh, non-removable
- Charging 10W
3GB Ram dan storage 32GB ROM pada saya berbaloi dengan harga phone ini yang murah. Detail berkenaan dengan harga phone model ini, anda boleh tengok pada link di bawah ini.
Menarik memang menarik akan tetapi ianya tak didatangkan dengan teknologi pengecasan pantas. Akan tetapi jika nak dibandingkan dengan harga, masih lagi berbaloi.
Yang Mana Pilihan Terbaik?
Pilihan terbaik sangat bergantung kepada bajet dan apa yang anda perlukan. Kalau ikutkan pengalaman saya, saya memang sangat perlukan teknologi pengecasan pantas dan bateri kapasiti yang besar sikit. Ianya untuk tahan lama ketika bermain permainan komputer dan juga, kalau anda ada side income lain sebagai runner Foodpanda ataupun Shopee antaranya. Takkan nak bergantung kepada power bank pada setiap masa sahaja!
Tambah sikit modal untuk beli model telefon yang mempunyai kapasiti bateri yang besar seikit, paling kurang pun 4000mah. Juga mempunyai teknologi pengecasan pantas paling kurang pun 18kw.
Untuk kesemua model telefon pada kali ini, daripada kesemua 5 model ini, kami cadangkan untuk anda lihat lebih detail model Oppo F11 dengan lebih detail. Harga model phone ini pada kami adalah sangat berbalo dan kena dengan phone gaming murah bawah RM500 sebagai tajuk artikel pada kali ini.
Phone lain pun tiada masalah cuma kalau nak dibandingkan dengan harga dan speasifikasi yang ditawarkan, memang Oppo F11 adalah antara yang bagus untuk anda lihat lebih detail lagi seabgai salah satu phone gaming untuk anda. Apapun, pilihan di tangan anda dan anda kena pilih sendiri phone mana yang paling sesuai dengan apa yang anda mahukan.