5 Teknik Pelaburan Saham Yang Menguntungkan 2021

Bagaimana tips untuk membuat satu pelaburan saham yang menguntungkan dan berkesan? Tiada cara lain melainkan dengan jangan berhenti belajar dalam pelaburan saham. Saham ataupun stock investment merupakan satu proses pembelajaran yang mengambil masa yang agak lama dan pada kali ini, kami akan kongiskan beberapa tips pelaburan untuk pelabur baru.

Kedatangan anda ke artikel ini juga telah membuktikan yang anda sanggup belajar dan mempelajari teknik dan tips dalam pelaburan saham. Seterusnya membolehkan anda berjaya dalam pelaburan yang anda ceburi. Harap pembelajaran anda tidak terhenti pada artikel ini sahaja. Belajar dan teruskan belajar. Pada akhir atikel ini juga, kami akan berikan beberapa alternatif terbaik selain daripada saham. Teruskan membaca sampai habis ye.

teknik pelaburan saham

Bagaimana untuk membuat satu pelaburan saham yang menguntungkan?

Jawapan mudah adalah dengan memilih syarikat yang mempunyai potensi dari segi teknikal atau fundemantal. Kemudian membeli saham tersebut pada harga yang betul dan masa yang betul dan menjualnya juga pada masa yang betul. Nampak senang, tetapi ianya tidaklah semudah yang disangka. Boleh baca 2 perkongsian di bawah ini berkenaan dengan artikel saham

Kalau pelaburan saham itu mudah, kenapa lebih 90% rugi dalam saham Saya biar anda menjawab sendiri persoalan ini.

Kali ini, saya akan memberikan sedikit tips yang saya sendiri gunakan dalam pelaburan saham yang alhamdulillah mempu memberikan pulangan yang menarik setiap bulan. Teknik ini dinamakan teknik top down approach dalam pasaran saham.

Teknik Top Down Approach Dalam Saham

Tengok dan lakukan pelaburan anda berdasarkan kepada main indeks, iaitu indeks KLCI. JANGAN LAWAN INDEKS atau MEMBUAT PELABURAN BERTENTANGAN DENGAN INDEKS. Teknik ini ada diceritakan dengan lebih detail dalam ebook panduan pelaburan saham INI.

Apa yang saya maksudkan adalah, jika indeks dalam keadaan menurun atau dalam istilah lainnya “downtrend”. Adalah tidak diingatkan untuk membeli saham pada ketika ini.

Indeks umpama arus deras yang mengalir, apa yang akan terjadi jika kita berenang melawan arus. Jawapan hanya satu, LEMAS!

Anda ingin duit anda LEMAS?

Macam mana dengan slogan ‘buy when other people are selling‘?

Slogan ini memang betul, tetapi jika anda tahu apa yang anda buat. Pengalaman saya sendiri, apabila membeli saham yang sedang jatuh, saham itu terus jatuh. Seterusnya mengingatkan saya kepada slogan

‘dont ever catch a falling knife’

Saya membeli ketika satu kaunter saham sedang jatuh. Kemudian harga kaunter itu terus jatuh. Ini adalah pengalaman yang bermakna untuk saya dan saya tidak mahu anda mengalami nasib yang sama dengan saya.

Bila masa sesuai untuk membeli saham?

Tiada cara lain lagi melainkan dengan anda melihat kepada reversal signal dalam technical analysis. Reversal signal ini sangat penting jika anda memilih kaedah pelaburan dalam technical analysis. Jika anda inginkan maklumat lanjut berkenaan dengan reversal signal dalam pelaburan saham, boleh dapatkan di

Jika anda lihat indeks KLCI sedang menaik, itu menunjukkan tanda-tanda positif dalam pasaran dan lebih mudah untuk anda membuat duit kerana anda BERSAMA ARUS dalam pasaran.

main saham indeks

Jika indeks positif, lihat kriteris kedua pula, sektor INDEKS. Ada banyak sektor indeks dalam pasaran saham Malaysia. Ada technology, small cap, Trading and Service dan lain-lain lagi.

Boleh baca artikel saya berkenaan dengan Tradingview. Ianya merupakan satu paltform charting terbaik yang pernah saya gunakan. Boleh daftar akaun secara Percuma.

Daripada semua sektor indeks tersebut, anda kaji lagi, berdasarkan kepada pengetahuan anda dalam technical analysis, cari sektor indeks yang terbaik. Yang dalam keadaan menaik, positif dan lain-lain.

indeks technology
property

Jika anda merasakan yang sektor indeks Technology sebagai contoh adalah indeks yang terbaik berbanding semua sektor indeks. Langkah seterusnya adalah, anda pilih kaunter yang terbaik daripada sektor indeks Technology.

Dengan ini anda mempunyai beberapa filter yang bagus. Yang paling penting adalah anda bersama dengan arus dalam pasaran saham. Baiklah saya ringkaskan;

Main indeks dalam keadaan menaik > Pilih sektor indeks yang terbaik > Pilih kaunter terbaik dalam sektor indeks tersebut

Ini adalah satu teknik yang selamat dan yang paling penting sekali adalah, anda boleh buat duit dalam pelaburan saham. Sekaligus, inilah teknik pelaburan saham yang sangat menguntungkan.

Jika anda belum mahir lagi teknikal analisis, jangan berhenti belajar. Pergi ke seminar pelaburan saham, berguru dengan mereka yang pakar. Untuk permulaan, saya cadang ebook Panduan SISTEM SAHAM di link atas bagi membantu anda berjaya dalam pelaburan saham.

Semoga berjaya dalam pelaburan anda. Maklumat umum berkenaan dengan saham, anda boleh layari dan dapatkan maklumat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Saya Tak Sabar Ni Nak Buat Duit, Macam Mana Nak Mula?

Untuk bermula, anda perlukan 1 akaun untuk anda buka dengan broker terpilih. Nama akaun tersebur adalah akaun CDS Saham. Boleh tengok penerangan kami berkenaan dengan akaun CDS ini di video bawah.

Boleh baca juga artikel kami yang berkaitan dengan akaun CDS di SINI.

Sebagai bonus kepada pembaca yang membaca artikel ini, kami mempunyai akses untuk anda dapatkan info lanjut berkenaan dengan kelas pelaburan saham secara percuma. Nak dapatkan akses tersebut, anda boleh tengok di link bawah.

Alternatif Kepada Saham

Berikut merupakan antara alternatif terbaik kepada saham yang anda boleh baca dan dapatkan info lebih lanjut. Harap dengan ini membolehkan anda untuk mendapat alternatif lain dan ruang dan peluang untuk tambah pendapatan selain daripada saham.

Wahed Invest

Wahed invest ni macam unit trust. Anda berikan duit anda kepada satu pihak, dan mereka laburkan duit anda dalam banyak tempat. Yang menarik, Robo Advisor yang laburkan duit anda. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca info lanjut di bawah;

FCPO – Patuh Syariah

Pasaran komoditi kelapa sawit yang jauh lebih agresif untuk anda buat untung. Ianya merupakan satu pelaburan yang patuh syariah dan diluluskan oleh bank negara. Untuk info lanjut, boleh baca artikel di bawah ini.

Forex – Pilihan Lain Yang Baik

Pasti anda kenal akan Forex. Ianya merupakan satu pelaburan yang agresif dan membolehkan anda mendapat keuntungan dengan cepat. Tapi… Ada pendapat yang kata forex ini tak patuh syariah. Apapun, boleh baca artikel kami berkenaan dengan hukum terkini forex dan teknik untuk bermain forex di bawah.

Teruskan dan mulakan langkah sekarang untuk anda bermula. Lagi cepat anda bermula, lagi baik untuk pelaburan anda jangka masa panjang.

Pin It on Pinterest