Macam mana cara guna ShopeePay? Dalam artikel kali ini, kami nak tunjuk kepada anda cara nak guna Shopee.
Dunia tanpa sempadan. Semakin lama kita membiarkan teknologi memonopoli bahagian demi bahagian sektor di dunia ini, maka kita akan boleh lihat perubahan indikasi yang semakin maju, berkembang, dan canggih dari setiap satu kemudahan moden yang ada. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tentang smart shopping menggunakan ciri kecanggihan terkini dari Shopee iaitu ShopeePay, dan apa itu SPayLater?
Apa itu ShopeePay?
ShopeePay adalah servis atau perkhidmatann dompet digital (e-wallet) yang ditawarkan oleh pihak Shopee sendiri. Tekan sahaja beberapa butang yang dikhaskan ia akan membawa anda kepada pengalaman beli-belah paling mudah, dan menyeronokkan.
Tidak perlu lagi menunggu mesej nombor TAC, untuk bayar secara atas talian. Atau pun beratur panjang di ATM bank untuk masukkan duit ke dalam akaun penjual. Ciri ini hanya memerlukan ada untuk memasukan kata laluan yang ditetapkan untuk mengaktifkan pembayaran secara e-wallet.
Kebaikan menggunakan ShopeePay
Aplikasi ini memiliki banyak kelebihan yang mungkin tidak dimiliki oleh pesaingnya yang lain seperti TnG Wallet, GrabPay, Boost, BigPay, MAE dan sebagainya. Antara kebaikan menggunakan ShopeePay adalah seperti:
1. Kemudahan berbelanja dari atas talian, pembayaran luar talian, pembayaran bil dalam talian, dan pemindahan wang
Tidak terhad sebagai medium untuk beli-belah dalam talian sahaja, ShopeePay juga amat berguna sebagai salah satu e-wallet yang mampu melakukan kerja transaksi lebih mudah, dan pantas menerusi kaedah-kaedah yang mampu dicapai.
2. Mendapakan baucer percuma
Lagi banyak anda berbelanja, lagi banyak baucer yang boleh anda dapatkan daripada kedai-kedai online yang terpilih. Kebanyakkan peniaga Shopee akan memberikan peluang ini kepada semua pengguna ShopeePay kerana mereka mempunyai sistem pembayara yang baik, terjangkau, dan terus melalui akuan perniagaan Shopee mereka.
Baucer percuma ini selalunya diberikan ketika jualan hangat di setiap bulan seperti 11.11 Shopee Sale, musim perayaan, dan sebagainya.
3. Menyediakan pelbagai promosi, dan tawaran yang menarik
ShopeePay banyak menawarkan pembelian dengan promosi zero shipping fee, atau dalam kata lain anda tidak perlu membayar kos penghantaran sama sekali di seluruh Malaysia.
Tidak cukup dengan itu dengan kupon Shopee baucer kod pula, ia boleh berikan anda tambahan promosi diskaun untuk harga lebih murah.
Cara daftar dan aktifkan ShopeePay
Untuk mengaktifkan ShopeePay, anda perlu melalui beberapa proses lain terlebih dahulu. Antaranya seperti:
1. Daftar akaun ShopeePay
Langkah 1: Muat turun aplikasi Shopee secara percuma dari Google Playstore atau Apps Store
Langkah 2: Kemudian, buka aplikasi Shopee menerusi peranti telefon pintar anda
Langkah 3: Cari butang ShopeePay, dan klik pada butang tersebut. Sekiranya tiada, pastikan kemaskini semula aplikasi Shopee anda kepada versi terkini
2. Mengisi maklumat peribadi dengan lengkap
Selanjutkan anda perlu mengisi segala butiran peribadi yang diperlukan untuk tujuan verifikasi keselamatan. Cara-caranya adalah seperti:
Langkah 1: Klik pada paparan butang Activate ShopeePay
Langkah 2: Anda akan dibawa ke halaman seterusnya untuk mengisi maklumat peribadi yang diperlukan
Langkah 3: Isikan nama penuh, dan nombor kad pengenalan. Setiap pengguna hanya boleh menetapkan satu sahaja nombor kad pengenalan bagi setiap akaun. Bagi pengguna yang ingin membuat akaun baru, anda perlu memadam akaun lama dahulu kerana ia menggunakan nombor kad pengenalan yang sama.
Langkah 4: Baca, dan fahami terma dan syarat terlebih dahulu sebelum tick pada kotak yang disediakan di sebelah kiri pautan tersebut
Langkha 5: Klik pada butang “Next” setelah semua maklumat lengkap diisi
Langkah 6: Tetapkan 6 digit nombor pin peribadi bagi tujuan keselamatan
3. Mula aktifkan ShopeePay anda
Langkah 1: Apabila proses 1 dan 2 tadi sudah anda lakukan, maka akaun ShopeePay anda juga secara automatik sudah diaktifkan
Langkah 2: Anda hanya perlu topup untuk menambahkan baki duit yang ada dalam ShopeePay tersebut sebelum membuat pembayaran
Cara menggunakan ShopeePay
Anda boleh menggunakan ShopeePay untuk beberapa tujuan transaksi seperti pembayaran luar talian, pembayaran bil, dan sebagainya.
1. Berbelanja di Shopee
Umumnya cara ini adalah tujuan yang paling biasa dilakukan oleh pengguna Shopee. Mereka akan membeli-belah dalam Shopee, kemudian bayar dengan e-wallet tersebut.
Langkah 1: Sebelum anda membuat bayaran semua barang yang ingin dibeli di “Add to cart”, tukar dahulu cara pembaran yang disediakan
Langkah 2: Pilih pilihan membayar menggunakan ShopeePay
Langkah 3: Klik butang “Place order”
Langkah 4: Masukkakn kod pin atau kata laluan yang telah anda tetapkan sebelum ini
Langkah 5: Anda akan dapat notifikasi setelah pembayaran berjaya dilakukan
2. Pembayaran luar talian
Pembayaran luar talian ini bermaksud anda masuk ke mana-mana kedai yang boleh menggunakan e-wallet kemudian bayar dengan mengimbas kod QR yang disediakan. Contoh kedai yang memberikan servis ini kepada pelanggan untuk membayar melalui ShopeePay adalah seperti 7 eleven, Caltex, Watson, Lotus Stores, Secret Recipe, Speedmart, Tealive, KFC, dan sebagainya.
Langkah 1: Tekan ikon imbas QR disebelah ShopeePay dalam aplikasi Shopee
Langkah 2: Imbas kod QR ShopeePay yang telah dipaparkan oleh kedai tersebut
Langkah 3: Sahkan maklumat pembayaran
Langkah 4: Lengkapkan pembayaran dengan sepenuhnya
Langkah 5: Anda akan mendapat notifikasi sama ada pembayaran itu berjaya atau tidak
Langkah 6: Mata atau coins akan dikreditkan terus ke e-wallet ShopeePay anda setelah pembayaran berjaya dibuat
3. Pembayaran bil
Langkah 1: Pergi ke ruangan Tickets, Top-ups dan Bills dalam aplikasi Shopee
Langkah 2: Klik pada butang “Biller”. Kemudian, isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Setelah siap, klik butang seterusnya
Langkah 3: Ada banyak kaedah bayaran yang dipaparkan di skrin anda. Untuk menggunakan ShopeePay, anda mesti pilih membayar menggunakan pilihan tersebut.
Langkah 5: Sahkan pembayaran
Cara topup ShopeePay
Untuk memastikan duit di dalam ShopeePay sentiasa ada, dan mencukupi, anda perlu topupkannya menggunakan pilihan pembayaran yang disediakan.
Langkah 1: Buka aplikasi Shopee anda
Langkah 2: Pergi ke ikon “Me”
Langkah 3: Klik pada pilihan “Topup”
Langkah 4: Anda boleh membuat pilihan sama ada ingin tambah nilai menggunakan kad debit, kad kredit, maybank2u, atau mana-mana pilihan online banking yang ada. Nilai yang ditetapkan adalah sama ada RM 5, RM 10, RM 20, RM 50, RM 100, atau RM 500 sahaja.
Langkah 5: Apabila proses tambah nilai selesai, anda akan dapat melihat baki duit pada ShopeePay akan bertambah serta merta.
Sekiranya, topup anda mempunyai masalah, dan hanya menunjukkan status “in progress” sahaja, anda boleh hubungi khidmat pelanggan Shopee di link ini. Selain itu, boleh juga bercakap terus dengan mereka di talian, 03-27779222.
Cara Transfer ShopeePay ke Bank
Adakah duit dalam ShopeePay akan kekal berada dalam e-wallat tersebut? Jawapannya, sudah tentu tidak. Duit itu adalah duit anda sendiri. Ini bermakna anda mempunyai 100% hak untuk mengeluarkan, menambah, atau mengekalkan duit itu dalam Shopee.
Sekiranya anda mahu keluarkan duit tersebut, ikuti 6 langkah ringkas ini:
Langkah 1: Klik pada ikon “Withdrawal”
Langkah 2: Masukkan jumlah wang yang mahu anda keluaran, dan transfer ke dalam akaun bank
Langkah 3: Tekan butan “Next”
Langkah 4: Pilih butang “Confirm”
Langkah 5: Masukkan kod pin atau kata laluan bagi tujuan verifikasi akaun ShopeePay
Langkah 6: Jika transasksi anda berjaya, Shopee akan menghantar notifikasi pemberitahuan
Apa itu SPayLater?
Selepas ShopeePay, syarikat Shopee telah menaik taraf lagi sekali sistem pembayaran atas taliannya dengan memperkenalkan SPayLater. Dengan menggunakan konsep “beli dulu, bayar kemudian” ia membolehkan anda untuk membeli dahulu barangan tanpa sebarang pembayaran dikenakan. Hanya bayar apabila sudah mendapat gaji.
Melalui pembayaran ini, terdapat dua pilihan iaitu Buy Now Pay Later (BNPL) dan juga ansuran sehingga 6 bulan. Untuk BNPL, 0% cas dikenakan manakala 1.25% / bulan dikenakan untuk ansuran bulanan. Jika lewat, cas tambahan 1.5% akan dikenakan setiap bulan.
Keistimewaan SpayLater
Ciri yang dibawakan oleh SPayLater adalah sama seakan-akan dalam penggunaan kad kredit. Bank akan mendahulukan bayaran, dan pelanggan perlu membuat bayaran balik kepada pihak bank sama ada ada dengan tunai atau ansuran.
Ia memfokuskan kepada pengguna yang tidak memiliki kad kredit tetapi ingin berbelanja lebih. Di sini Shopee memberi inisiatif dengan mendahulukan bayaran bagi pihak pembeli. Dengan langkah ini, kita boleh melakukan pembelian terlebih dahulu sementara menunggu gaji, dan membuat bayaran kemudian.
Syarat-syarat berdaftar dengan SpayLater
Antara syarat bagi sesiapa yang berminat untuk menggunakan SPayLater adalah seperti:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Mempunyai kad pengenalan (My Kad) yang sah
Bagaimana menggunakan aplikasi SPayLater?
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang SPayLater, anda boleh klik pada pautan ini: https://shopee.com.my/events3
Setiap pengguna akan diberikan had belanja dahulu sebelum anda menggunakan SPayLater.
Diharapkan artikel berkenaan dengan cara bagaimana untuk menggunakan ShopeePay ini memberikan anda pengetahuan yang berguna untuk merancang aktiviti pembeliaan dengan lebih baik, dan efektif. Berbelanjalah mengikut keperluan, dan kemampuan diri untuk ekonomi isi rumah yang lebih terjamin.
Hehehe…. I’m not an online shopper. So I jarang shopping the shopee. Skali skala adalah. However, thank you for sharing this tips.
no problem tak ada masalah. walaupun jarang tapi boleh manfaatkan.
Saya online shopper juga tapi tak pernah guna shopee pay ni lagi. Maybe lepas ni saya boleh cuba guna shopee pay pulak.
shopeepay banyak benefit terutamanya nak dapatkan free shipping voucher tu.
Thanks for this detailed info about shopeepay, learn so much from here & gonna fix up the rest as you have shared
Cheers Siennylovesdrawing
thanks and hope this article help.
banyak juga ya kelebihan guna shopee pay..mudah dan sangat praktikal juga..
betul, saya pun suka guna sebab bolh digunakan di luar shopee juga.
bagus bila ada shopeepay ni, lagi2 spaylater tp kena pandai kawal kalau tak memang shoping tak ingat dunia
spay later mmg kena disiplin yang tinggi, takut nanti terlebih belanja je
Thanks for sharing this, i m using this method of payment too. Its so user friendly and secure.
wow nice, yes very easy if using shopeepay and more secure.
tq for sharing. time to use ShopeePay more often now hehe
banyak betul manfaat shopee pay ni kan. berbaloi bila dapat voucher dan cash back tu. sangat berbaloi-baloi!