Kebaikan Dan Keburukan Mae Maybank

Setelah berbulan guna MAE ni, kali ni saya nak cerita kebaikan dan keburukan MAE Maybank ni. Memang satu applikasi yang bagus untuk anda gunakan dalam kehidupan seharian.

Memang tertunggu-tunggu juga cashback bila lakukan pembayaran dengan menggunakan MAE ini. Teringat bila buat pembayaran menggunakan MAE ini di mesin Touch N Go, tiba-tiba je dapat cashback RM1. Alhamdulilah, duit kan walaupun Rm1, kena la hargai. Yang lebih menarik, banyak lagi reward yang anda boleh dapat pada masa akan datang.

Apapun, adakah MAE ini berbaloi? Boleh baca artikel ini sampai habis kerana ianya memang bagus untuk anda gunakan. Juga ada beberapa kelemahan applikasi ini yang mungkin boleh diperbaiki dari masa ke semasa.

kelebihan kekurangan MAE

Apa Itu MAE? 

MAE singkatan kepada Maybank, Anytime, Everyone adalah E-Wallet ataupun dompet digital sama sahaja dengan Touch N Go E Wallet, Boost dan lain-lain. Cuma disebabkan oleh MAE ini adalah daripada Maybank, ianya terus disambungkan kepada akaun bank di Maybank.

Kalau anda tiada akaun Maybank pun tiada masalah kerana anda masih boleh gunakan app ini sebagai E- Wallet anda. Sama je macam Touch N Go E Wallet tu. Cuma kalau anda gabungkan dengan akaun simpanan di Maybank tu, akan ada beberapa kelebihan yang tiada pada applikasi lainnya.

Dari segi fungsi pula, memang ada banyak fungsi yang bagus yang ada pada MAE ini dan tiada pada applikasi lainnya. Anda boleh buat tabung sendiri, lihat perbelanjaan bulanan semua dengan appliasi ini.

Dengan adanya applikasi ini, secara rasminya dah tak perlu lagi applikasi M2U. Kerana ada banyak fungsi yang ada pada MAE ini adalah penambahbaikan daripada applikasi M2U. Harapnya, akan ada penambahbaikan dari masa ke semasa untuk applikasi ini pada masa akan datang.

Belum Daftar Lagi? Dapatkan Cashback 

Jika anda belum lagi mendaftar dengan applikasi ini, adalah lebih baik untuk anda cuba daftar dahulu. Dah alang-alang nak daftar tu, boleh gunakan referal code di bawah ini. Setelah anda menggunakan referal code ini, anda akan terus mendapat RM5 ke dalam akaun MAE anda. Mudah dan simple sahaja.

MFB10272

MFB10272

MFB10272

Sekali lagi, tak semestinya anda kena ada akaun Maybank ye, tak ada akaun Maybank pun masih boleh gunakan MAE ini. Jadi, apa tunggu lagi, daftar sekarang secara PERCUMA je untuk claim RM5 anda. Jangan lupa untuk lihat juga terma dan syaratnya. 

Ini adalah salah satu cara dan strategi untuk buat duit dengan handphone dengan mudah dan berkesan. 

Kalau misalkata anda rasa yang RM5 ini tak cukup, tak mengapa anda boleh lakukan perkara yang sama juga. Kongsikan referal code anda ini kepada rakan dan sedara anda yang lain juga dan lagi banyak yang mendaftar, lagi banyak yang anda bakal dapat.

Setiap referal daripada anda itu adalah sebagai tanda sokongan dari anda untuk kami terus menerus menulis konten dan artikel berkualiti dalam laman web smartinvest101 ini. Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih atas sokongan anda.

Sebagai alternatif lain, boleh juga tengok video di bawah ini.

Apa Kelebihan MAE Maybank Ini

Cashback – Siapa Tak Nak

Penggemar cashbank memang perlu memanfaatkan ini. Siapa yang tak nak cashback walaupun sedikit. Contoh kalau ada promosi makan di McDonald dan dapat cashback, siapa tak nak kan. Untuk cashback ini, rajin-rajin la ke bahagian promotion di mana hampir setiap hari dan setiap bulan pasti akan ada sahaja promosi terbaru untuk merancakkan lagi penggunaan MAE ini. 

Memang tak dapat nak tunjuk pada anda promosi yang macam mana kerana cepat sangat ianya bertukar, apapun, pergi sahaja ke bahagian promotion untuk lihat mana promotion yang bersesuaian dengan apa yang anda perlukan.

Nak Transfer Duit – Maybank2u

Semua fungsi yang ada pada Maybank2u, boleh digunakan dalam app MAE ini. Itu yang paling menarik sekali. Ditambah lagi dengan fungsi E-Wallet dan promosi yang ada. Sebab itu bila ada app MAE ini sahaja, saya dah uninstall sahaja App M2U dan diganti dengan applikasi ini.

Expenses Tracker

Semua perbelanjaan yang korang buat menggunakan applikasi MAE ataupun Maybank2u akan direkodkan dalam expenses ini. Juga termasuk debit kad Maybank yang attach dengan akaun anda di Maybank.

Daripada tab expenses ini, anda memang boleh nampak, di mana dan kemana duit anda dibelanjakan setiap hari. Tak perlu nak rekod satu persatu, ianya terus direkodkan secara automatik. Memang la sangat menarik.

Paling Best Adalah Untuk Tab More 

Di dalam Tab more ini memang ada macam-macam item yang menarik yang anda boleh cuba. Daripada Tabung, kepada Tiket Bas, Tiket Movie, Kapal Terbang dan lain-lain yang anda sendiri boleh explore. Senang kan, kalau student tu, nak beli tiker bas, order je dekat app MAE ini.

Apapun, untuk fungsi Tabung, adalah antara fungsi yang saya nak explain pada kali ini. Fungsi lain tu anda boleh cuba explore sendiri dan mana tau berbaloi untuk anda cuba.

Contoh anda ada target nak beli rumah tahun depan dan mula la nak simpan duit untuk bayar kos-kos berkaitan. Anda boleh buat satu tabung bernama “RUMAH”

Dari situ nanti, anda boleh buat penolakan daripada saving akaun anda terus ke Tabung Rumah. Duit yang tersimpan dalam Tabung ini tak akan kelihatan di Saving ataupun di applikasi MAE ye, cuma akan nampak dalam Tabung sahaja. Apapun, follow je step by step dan dari sana pun anda boleh nampak bila target tabung penuh dan juga tempoh masa yang akan diambil untuk memastikan tabung anda penuh.

Kalau tiba-tiba ada emergency nak keluarkan boleh ke? Jawapannya boleh tapi kami tak galakkan la. Lebih baik gunakan dana simpanan kecemasan dahulu, dan kalau anda belum ada lagi dana simpanan kecemasan, wujudkan dahulu. Macam mana nak wujudkan, boleh baca artikel kami di SINI

Apa Kekurangan MAE Maybank Ini

Kekurangan yang pertama adalah tak banyak merchant yang gunakan MAE ini, nak bayar untuk transaksi di kedai agak sukar. Kalau ikutkan tak susah pun nak setup QR Code untuk guna MAE ini, tapi memang kalau ikut pengalaman saya, penggunaan tak menyeluruh sangat. Ada la beberapa kedai yang menggunakan App ini untuk kedai mereka. Apapun, saya lebih prefer untuk pembayaran gunakan Kad Debit Maybank, tapi tak dapat la cashback.

Nak bayar pakai Maybank2u, masih lagi kena dapatkan tag ataupun notification di MAE. Ini mungkin satu penambahbaikan yang ketara dan terkini, Maybank sudah mula ke arah menggunakan MAE ini. Maksudnya mungkin, pada masa akan datang, akan tiada lagi penggunaan SMS TAG yang biasa digunakan. Saya secara peribadi masih lagi selesa dengan penggunaan SMS TAG berbanding dengan applikasi MAE ini. 

Pengguna MAE tak banyak promosi ataupun cashback seperti pengguna Touch N Go E Wallet. Kalau nak dibandingkan antara kedua-dua ini, memang TNG Wallet lebih banyak promosi yang anda. Mungkin pihak MAE boleh lebih agresif lagi untuk mempromosikan penggunaan MAE di kalangan “merchant” yang ada.

Ini sedikit kebaikan dan keburukan MAE dari Maybank ini. Untuk kekurangan, boleh je ataupun saya pasti akan ada penambahbaikan dari masa ke semasa. Belum ada lagi App ini? Download sahaja sekarang dan jangan lupa gunakan referal code kami di atas bagi membolehkan anda mendapat cashback percuma RM5.

Related Posts

13 thoughts on “Kebaikan Dan Keburukan Mae Maybank

  1. Oo lebih kurang sama dengan bank lain juga kan.. ada baik dan ada buruknya.. Sis guna CIMB, takde acc Maybank..

    1. cimb pun ok juga, yang penting utilise penggunaan. Kalau nak guna MAE, bolehlah guna referal dari pihak kami.

  2. Saya pengguna CIMB, and tak banyak beza gak dengan apps bank lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan kan.

    1. betul tu bro, tapi blh juga consider guna MAE ni in the future, ada banyak function best.

  3. Ohhh tapi betul memang jarang nampak MAE ni kat kedai. Tak pernah ada lagi e wallet Maybank ni cuma ada akaun Maybank ajer. Senang sebenarnya guna e wallet ni sebab tak payah bawa duit banyak2 kan.

    1. betul tak payah bawak duit banyak, cashback pun menarik.

    1. betul pengguna maybank2u, bolehlah consider guna MAE ni, lagi berbaloi.

  4. Nell memang suka guna MAE sekarang, senang nak track expenses juga kan! betul tue hopefully more merchants will onboard kan!

    1. ye btul, the more the marrier. Wish the best for MAE

  5. Macam-macam e-wallet sekarang. Ruby just sediakan aje. Bila kedai ada cara pembayaran MAE kita scan. TNG pun scan, ShopeePay pun scan QR, Starbucks pun scan. Memudahkan diri sendiri. Tapi suami jeling je, banyak betul duit u. sini ada sana ada. hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest