5 Tips Beli Kereta Lelong 2024

Kereta bukan lagi menjadi kemahuan sesetengah orang tetapi sebaliknya ia adalah kemudahan untuk pengangkutan setiap hari bagi memudahkan perjalanan kita. Buktinya, kadar pembelian kereta semakin meningkat saban tahun. 

Bahkan golongan masyarakat mempunyai jenis kenderaan yang menjadi “target” mereka di pasaran seperti kenderaan utiliti sukan (SUV), kenderaan pelbagai guna (MPV), dan kereta padat (compact car). Namun begitu, ramai yang bergelut dengan keadaan di mana kadar pendapatan mereka yang tidak memungkinkan sama sekali untuk memiliki kereta baru. 

Anda memang tidak silap lagi, artikel pada kali ini akan berkongsi kepada anda intipati khusus tentang beli kereta lelong merangkumi tips, cara beli, manfaat luar biasa, risiko yang perlu anda siap sedia, dan tawaran menarik untuk anda dari Carsome. 

cara beli kereta lelong

Apa itu kereta lelong?

Kenderaan lelong atau terpakai bermaksud kereta yang telah ditarik oleh pihak bank atas sebab-sebab tertentu. Biasanya, kereta akan ditarik apabila pemilik kenderaan gagal membayar atau menjelaskan hutang yang sedia ada tertunggak. Tujuan utama bank melelong kenderaan tersebut untuk melangsaikan baki hutang yang tersisa.

Hasil lelongan tersebut akan diserahkan kepada pihak bank dan sebarang lebihan baki (setelah ditolak baki hutang dengan bank) akan diserahkan kepada anda. Prosedur jualannya pula adalah kereta ini akan diberi nilai oleh pihak bank dan seterusnya reserve price akan ditentukan dengan kadar permulaan yang paling minimum. 

Kelebihan beli kereta lelong

Setiap jenis kereta mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri bagi pemilknya. Ini termasuklah juga kereta lelong yang ada di pasaran sekarang. Sentimen yang mengatakan kereta sebegini tidak untung haruslah dibuang jauh kerana apabila dikaji dengan lebih mendalam sambutan pada sesebuah bidaan kereta adalah sangat menggalakkan sekali. Antara kelebihan beli kereta lelong adalah seperti:

  • Harga jauh lebih murah dari harga pasaran (20% hingga 50%) atau lebih
  • Dapat beli kereta cash tetapi dengan bajet minimum dan harga murah
  • Setiap car dealer akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda seperti kos baik pulih, komisen jurujual, kos masa menunggu untuk dijual dan sebagainya.

Kereta Lelong JPJ – Apa Anda Perlu Tahu

Ada tiga proses yang perlu anda fahami untuk membeli kereta lelong dari JPJ. Berikan 100% fokus anda kepada cara sebelum menyertai lelongan, ketika hari lelongan, dan apa yang berlaku sekiranya anda berjaya membida.

1. Sebelum menyertai lelongan

  • Cari maklumat sebanyaknya tentang kenderaan tersebut
  • Semak senarai kenderaan dan tarikh lelongan di laman web yang terlibat
  • Piilih kenderaan yang ingin dibida dengan sebaiknya
  • Kunjungi stor-stor terpilih dan ditetapkan oleh senarai iklan berkenaan
  • Periksa kenderaan dengan teliti untuk mengelak dari sebarang kerosakan
  • Pastikan kenderaan mempunyai nombor siri kenderaan dan nombor siri enjin yang sama pada geran kenderaan tersebut
  • Jika kenderaan telah diubah suai, pastikan maklumat itu jelas diberitahu dalam dokumen

2. Ketika hari lelongan

  • Sediakan deposit mengikut nilai yang ditetapkan
  • Patuhi syarat-syarat berkaitan deposit yang telah ditetapkan kerana setiap bidaan berbeza antara satu sama lain
  • Deposit perlu diserahkan supaya anda boleh masuk dalam proses lelongan
  • Pastikan anda mendapat kad bidaan bernombor untuk membolehkan anda menunggu kenderaan yang anda minati

3. Apa yang berlaku setelah anda berjaya membida?

  • Pastikan dokumen kontrak yang lengkap diserahkan kepada anda. Dokumen akan menyatakan harga yang anda menang dan baki yang perlu dijelaskan dalam tempoh tertentu. 
  • Anda akan mendapat kembali deposit tersebut sekiranya gagal dalam proses bidaan
  • Kenderaan akan diperiksa oleh Puspakom secara on-site inspection dengan jumlah bayaran yang ditetapkan
  • Deposit juga akan dikembalikan semula sekiranya kenderaan gagal dalam pemeriksaan Puspakom. Namun, tiada deposit dikembalikan sekiranya pemeriksaan kenderaan dibuat selepas keluar dari rumah lelongan
  • Setelah dokumen Puspakom diserahkan, anda perlu membuat baki bayaran kepada bank. 
  • Hanya selepas pembayaran dijelaskan sepenuhnya, pihak pembiaya pinjaman akan memberikan dokuman yang diperlukan untuk membuat pendaftaran kenderaan kepada pemilik baru
  • Untuk proses tukar nama, anda perlu hadir bersama-sama dokumen yang lengkap dengan butiran kenderaan tadi 
  • Pastikan insuran kenderaan telah berpindah milik kepada pemilik baru sebelum geran dan cuka jalan dikeluarkan oleh JPJ
  • Servis kenderaan anda selalu untuk memastikan ia terurus dan selamat digunakan untuk jangka masa lama

Apa Yang Anda Perlu Lakukan – Lelongan Kereta

Bidaan yang bijak adalah bidaan yang mempunyai strategi dalam pembidaan yang kompetitif untuk mencapai nilai yang terbaik. Oleh itu, wajar jika anda ikuti tips sebelum menyertai proses bidaan ini untuk mendapat keuntungan yang lebih berpihak kepada anda. Antara tips yang disarankan adalah seperti:

1. Pastikan semak dahulu harga pasaran kenderaan sebelum membuat bidaan. Hal ini untuk memastikan yang anda tidak tertipu atau terpedaya dengan membida kenderaan melebihi harga pasaran. Seberapa banyak pengetahuan dan maklumat yang boleh anda perolehi dari kenderaan tersebut, lagi tinggi peluang anda untuk berjaya semasa proses bida. 

2. Jika boleh, bawalah seseorang kenalan atau individu yang mempunyai keahlian tentang enjin kenderaan. Cara ini untuk memastikan kenderaan yang dibida tidak mengalami kerosakan teruk yang menambah kos pemilikan kenderaan.

3. Anggaran kos untuk caj lelongan, pertukaran nama, insuran baru, kos runner untuk Puspakom dan JPJ adalah RM1500 ke atas untuk kereta  dan RM 800 untuk motosikal

4. Tiada pinjaman yang boleh dilakukan selepas anda memenangi tender tersebut. Ini jelas dalam kontrak tender, bayaran penuh harus diselesaikan dalam tempoh 14 hari oleh pembida yang menang. Manakala pihak bank tidak boleh sama sekali memberi sebarang pinjaman. 

Bersiap sedia dengan risiko yang perlu anda hadapi 

Baru-baru ini kita sering terdengar dengan kes-kes penipuan yang berlaku pada individu yang ingin membeli kereta terpakai dari JPJ. Modus operandi yang cukup popular pada hari ini adalah individu yang tidak bertanggungjawab sanggup menyamar sebagai pegawai JPJ semata-mata untuk menipu mangsa dengan menyuruh mereka memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bagi tujuan tempahan. 

1. No waranti yang disediakan

Cubalah cari dimana-mana tempat pengedar kereta terpakai yang menjual kereta lelong dengan jaminan waranti yang tinggi. Yakin, pastinya tidak ada yang sanggup seperti Carsome. Jika anda berdepan dengan sebarang kerosakan selepas membeli kereta lelong, anda tiada jalan lain selain bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kereta yang dibeli. Tiada talian hayat, ya kecuali melakukan proses jual beli dalam Carsome.

2. Nilai bidaan boleh melambung tinggi dari biasa

Kereta lelong dijual seperti pisang gorang panas. Proses pembidaannya juga sangat pantas, segera, dan kompetitif. Oleh sebab itu, kadang kala kerana terlalu asyik membida, anda sering terpengaruh dengan keadaan sekeliling, emosi, dan senario yang berlaku. Tekanan dalam proses bidaan  menyebabkan sesetengah pembida hilang kewarasan untuk berfikir jauh. Apa yang ada dikepala hanyalah kejayaannya dalam bidaan tersebut. Ini sekaligus menggagalkan tujuan asal pembelian kereta lelong untuk mendapatkan kereta terpakai pada harga yang lebih murah.

3. Mudah berlaku penipuan dan terpedaya dengan helah penjual

Barang “rare” selalu menjadi lubuk penipuan ramai individu tidak bertanggungjawab di luar sana. Maka itu pastikan anda lebih berhati-hati terutamanya dalam memilih kereta lelong untuk dibeli.

4. Kos baik pulih dan selenggara yang perlu ditanggung

Mempunyai kepakaran atau kemahiran dalam asas penyelenggaran atau servis automotif  membolehkan anda berada dalam kedudukan paling ideal dan selesa untuk membeli kereta lelong. Hal ini kerana, keberangkalian kereta lelong untuk mengalami “cacat cela” dimana-mana itu amat tinggi. Jadi tidak hairan, jika kos pembaikan biasa bagi model yang anda beli termasuk kos tersembunyi yang mungkin perlu ditanggung.

Kereta Lelong ini memang murah tapi datang dengan risiko. Saya rekemen anda cuba dapatkan panduan secara komprehensif khusus untuk anda yang benar-benar nak beli kereta lelong. Boleh baca perkongsian bro Shafie di bawah.

Beli kereta di Carsome, manfaat dan faedahnya. 

Sekarang semuanya mudah di hujung jari. Tidak perlu beratur panjang, tidak perlu takut ditipu dengan “scammer” tidak bertauliah. Platfrom jual beli kereta terpakai popular, Carsome membolehkan anda menikmati manfaat dan faedah yang amat menarik sekali. Antaranya seperti:

  • Jaminan wang dikembalikan
  • Merangkumi pemeriksaan yang menyeluruh dari pakar professional
  • 1 tahun tempoh jaminan yang cukup panjang
  • No caj tersembunyi

Bagaimana, menarik bukan? Dah tak perlu susah payah dalam proses jual beli kereta terpakai. Apa yang penting, ia berbaloi, selamat, murah, berkualiti, dan pastinya pilihan terbaik untuk semua pengguna. Layari laman web Carsome, Carsome untuk info lanjut.

Kesimpulannya, jual beli kereta terpakai memang melalui proses yang mencabar tetapi menarik berbanding jenis kenderaan yang lain. Pilih Carsome sebagai platform yang menjadi pemudah cara anda berjual beli kereta lelong, pastinya banyak kelebiihan yang boleh diperoleh tanpa anda sedar. 

Diharapkan artikel pendedahan tentang tips membeli kereta lelong ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk memudahkan urusan proses bidaan nanti. Bijak dalam membida, Carsome pilihan yang tepat. 

Related Posts

8 thoughts on “5 Tips Beli Kereta Lelong 2024

  1. Sis tak pernah beli lagi kereta yang kena lelong. Satu….harga selalunya murah la daripada pasaran tapi bila tengok kekurangnya paling takut tiada waranti disediakan. Kalau kebetulan kita beli kereta tu tak ada masalah memang kita la yang untung. Kalau sebaliknya…kita pula yang rugi.

    1. memang agak berisiko, tapi ada juga yang suka dengan risiko. Terpulang pada masing-masing.

  2. Rawlins tak pernah beli kereta di lelongan. Tapi pernah berurusan dengan Carsome dan saya akui, sangat profesional, cepat dan bernilai tinggi. Sangat berbaloi berurusan dengan Carsome.

    1. Carsome ye, haah sangat bagus dan recomended. Boleh cuba.

  3. These are really good tips on savings while investing to own a vehicle which will depreciate value over time. Thanks for this. Cheers Siennylovesdrawing

    1. really ni and hope you find article about kereta lelong helpful.

  4. Oh baru tahu ada kereta lelong. Rasanya bagi yang berduit dan ada sach banyak bolehla beli. Kita beli pun pinjam bank aje. Btw tips yang berguna buat orng yng nak beli kereta lelong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *