Cover Note Insurans Kereta Hilang – 3 Cara Nak Dapat 

Apa nak buat bila cover note Insurans kereta hilang? Dan anda nak dapatkan semula cover note tersebut. Artikel ini akan tunjukkan kepada anda beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk dapatkan semula cover note yang hilang itu.

Biasanya kalau nak dapatkan semula cover note ni, apabila nak claim insurans kereta. Mungkin insurans yang berkaitan dengan kemalangan ataupun serendah nak ganti cermin kenderaan kereta anda. Pihak panel insurans memang pasti akan meminta cover note terkini. 

Mungkin ada sebab lain, tak ada masalah kerana anda boleh dapat semula cover note tersebut.

cover note insurans kereta

Renew Dengan Agen Takaful

Kalau anda renew insurans kereta dengan agen takaful, anda boleh cuba berhubung kembali dengan agen tersebut untuk dapatkan semula cover note yang anda perlukan. Biasanya tak ada masalah untuk anda nak dapatkan semual cover note tersebut kerana memang agen takaful akan buat simpanan untuk rekod mereka sendiri.

Jika misalkata susah sangat agen tersebut nak feedback dan berikan cover note yang anda perlukan, tak perlu lagi nak berurusan dengan mereka. Lebih baik anda berhubung dengan agen lain ataupun lebih mudah, lakukan je sendiri. 

Sekarang ini banyak laman web syarikat insurans yang menawarkan servis untuk anda lakukan sendiri pembaharuan insurans kereta / takaful kereta dan juga cukai jalan. Ya memang ada banyak dan saya sendiri dah banyak kali gunakan servis laman web seperti Motor Takaful, Takaful Malaysia dan lain-lain. Untuk step by step cara untuk renew takaful kenderaan dan juga cukai jalan, boleh baca artikel detail kami step by step di SINI.

Renew Sendiri – Lebih Mudah Nak Dapat Akses Cover Note Insurans Kereta

Saya lebih suka renew sendiri tanpa melibatkan pihak agen lain. Kenapa? Kerana lebih banyak fleksibiliti yang saya boleh ubah sendiri. Antaranya adalah;

  • Harga pasaran kereta, paling minimum dan maksimum berapa
  • Insurans banjir, perlu atau tak, anda boleh letak sendiri. Kalau anda yakin kawasan anda tak terlibat dengan banjir, tak perlu pun nak tambah.
  • Cermin kenderaan, perlu untuk letak atau biarkan sahaja. Kalau nak letak, anda boleh tentukan berapa jumlah.
  • Insurans lain yang anda perlu dan tak perlu anda boleh lihat dan tentukan sendiri.

Apabila anda lakukan sendiri, sebaik sahaja selesai pembayaran, pihak syarikat takaful kenderaan biasanya akan emailkan cover note tersebut ke dalam email anda. Anda boleh simpan cover note ini ataupun biarkan sahaja dalam email dan cari semula apabila diperlukan.

Misalkata cover note ini hilang saat anda memerlukan, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk cari sahaja dalam email. InsyaAllah tak sukar nak jumpa semula. Biasanya memang akan ada.

Kalau anda renew sendiri insurans dan takaful kenderaan anda, saya sangat mencadagkan untuk anda gunakan syarikat takaful kenderaan dan bukannya insurans konventional. Boleh baca beza antara insurans dan takaful di SINI.

Jika anda seorang Islam, adalah wajib untuk menggunakan syarikat takaful dan menjauhi syarikat konventional.

Call Hotline – Customer Servis

Misalkata anda dah cari dalam email tak jumpa, tapi anda ingat dengan syarikat apa anda perbaharui insurans kenderaan. Seterusnya tak susah, hubungi sahaja bahagian perkhidmatan pelanggan mereka. Cal sahaja Hotline dan beritahu yang anda kehilangan cover note dan nak dapatkan semual. Mungkin akan ada beberapa verification yang diperlukan, 

Ikut sahaja apa maklumat yang diminta dan selepas itu, anda bolehlah dapat semua cover note insurans kereta anda.

Gunakan Khidmat I-Search

Sebelum pergi lebih jauh, apa itu I-Search?

I-Search ini adalah salah satu servis dalam laman web mycarinfo. Dengan I-Search, anda boleh dapat tahu berkenaan dengan maklumat asas kereta yang anda sedang cari sebagai contoh, maklumat insurans kenderaan kereta anda. Ini kalau anda memang tak ingat dengan syarikat takaful mana yang anda renew pada tahun sebelumnya.

Dengan mycarinfo ini, anda boleh membuat semakan harga pasaran kereta anda, mengenai Non Claim Discount (NCD) juga, maklumat insurans kenderaan anda serta banyak lagi servis lainnya. Semuanya hanya dengan beberapa KLIK pada laman web tersebut sahaja.

Cara Periksa Cover Note Insurans – I-Search

Anda pergi ke laman web Mycarinfo sini, pergi ke menu services dan kemudian cari “I-Search”

Akan ada 2 pilihan pelan, yang free dan yang komprehensif. Untuk yang free, anda boleh masukkan maklumat seperti;

  • No Pendaftaran Kenderaan
  • Nama 
  • Email

Dan adna boleh dapat tahu syarikat insurans kenderaan yang anda sertai. Dah tahu agak mudah kerana anda boleh terus berhubung dengan syarikat tersebut memalui no hotline bagi mendapatkan cover note. Biasanya tak susah nak dapatkan cover note. Dan jika anda rasa agak sukar untuk syarikat tersebut memberikan cover note, boleh tukar ke syarikat lain pada masa akan datang nanti.

Anda pun boleh memilih untuk menggunakan plan komprehensif. Apa yang anda bakal dapat untuk pelan komprehensig adalah;

  • Policy information of current and past insurers for the past 3 years
  • Email/download I-search report.

Akan tetapi ada bayaran, bayaran adalah sebanyak RM6 untuk 1 kredit. Macam mana nak beli kredit, ada sahaja dalam laman web mycarinfo ni. Ini setakat pada masa artikel ini ditulis, mungkin akan datang bila keadaan berubah, harga kredit sudah menjadi lain.

Untuk pelan komprehensif ini, anda perlu untuk mendaftar akaun dengan mycarinfo terlebih dahulu dan membeli kredit milik mereka.

Boleh Guna Mana-Mana Cara Ini

Apabila cover note insurans kereta anda hilang dan anda perlukan cover note tersebut, ini adalah antara beberapa langkah yang anda boleh cuba. Kalau anda renew sendiri memang mudah kerana, pasti akan ada dalam email. Jika ada agen yang uruskan, boleh berhubung dengan agen yang uruskan cover note insurans anda. Jika tiada, barulah saya rekemen anda untuk gunakan servis i-search ini.

Dah alang-alang sampai sini, Mungkinlah satu hari nanti anda ada rancangan nak jual kereta anda dan beli kereta baru. Kalau tiada tak mengapa, tetapi kalau anda boleh jemput baca 2 artikel kami seperti di bawah ini.

Misalkata sayang pula nak jual sebab dah tak lama lagi kereta akan habis bayar, boleh cuba strategi lain pula. Anda boleh buat pembiayaan semula untuk kereta anda. Tak jauh beza pun dengan refinance rumah, tetapi ini lain, yang ini anda refinance kereta anda. Ownership kereta masih sama cuma anda dapat extra cash dari kereta anda sahaja. Apapun bergantung kepada jumlah harga pasaran dan susut nilai juga.

Sampai sini sahaja artikel pada kali ini, harap anda dapat input berguna dan bolehlah kongsikan artikel ini kepada mereka yang lain.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *