Cara Beli Rumah Second Hand Direct Owner

Macam mana cara beli rumah second hand direct owner? Memang dalam kebanyakan proses, jual beli rumah adalah melalui orang tengah ataupun perunding hartanah (bahasa mudah agen hartanah). Saya adalah salah seorang perunding hartanah untuk pengetahuan anda.

Khidmat perunding hartanah penting, akan tetapi, tak ada masalah pun kalau anda nak beli rumah ataupun tanah terus kepada “owner” tanpa melalui agen hartanah. Ya memang tak ada masalah cuma, ada beberapa perkara yang anda perlu untuk pastikan dan elakkan kalau anda nak beli rumah terus dengan tuan rumah.

beli rumah second hand direct owner

Kaji Maklumat Hartanah

Sebagai pembeli, anda perlu mengumpul maklumat lengkap tentang hartanah yang ingin dibeli. Ini termasuk keluasan hartanah, kos renovasi, keadaan hartanah, dan jenis geran (contohnya, geran strata atau individu).

Anda juga perlu tahu harga pasaran hartanah tersebut. Ini penting kerana anda perlu berkongsi maklumat ini dengan bank untuk mendapatkan nilai pasaran semasa. Maklumat berkenaan dengan sekatan sama ada sekatan bumi ataupun sekatan lain, leasehold ataupun freehold dan bermacam lagi yang anda perlu untuk ambil kira sebelum buat apa-apa pembelian.

Berapa Harga Jual Dan Harga Pasaran

Ada banyak cerita kisah jual beli di mana tuan rumah jual rumah pada harga yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran rumah. Jika ini terjadi, ianya akan menyusahkan anda sebagai seorang pembeli.

Tugas saya sebagai perunding hartanah, biasanya saya akan nasihatkan penjual untuk menjual harga rumah ataupun tanah mengikut harga pasaran. Jika pihak penjual masih lagi nak menjual lebih daripada harga pasaran, biasanya saya tak akan jualkan. Nak kami tolong anda berurusan dengan bank dan periksa harga hartanah percuma tanpa sebarang kos, boleh terus pm kami dengan mengisi Borang di SINI.

Tips untuk anda, kalau penjual cuba jual rumah atau tanah di atas harga pasaran, anda cuba nego untuk jual pada harga pasaran. Kalau penjual terus berkeras nak jual atas harga pasaran, terus lari laju-laju dan cari unit ataupun hartanah lain yang jauh lebih berbaloi dari ini. Banyak sahaja unit lain yang pada saya berbaloi untuk anda beli.

Anda pun boleh tengok video di bawah untuk info lanjut berkenaan dengan tips dan cara beli rumah direct owner.

Deposit Jika Anda Serious Nak Beli Rumah Tersebut

Katalah anda minat dengan satu rumah ini. Pihak tuan rumah pulak cakap “kalau minat OK, booking bayat ke akaun saya”

Ini pada saya red flag dah. Katalah anda bayar booking ke akaun tuan rumah dan anda terus memohon pinjaman di bank. Ada isu pinjaman tak lulus, lepas tu nak buat macam mana? Boleh dapat semula ke wang yang dah dibayar tu. Kalau boleh dapat alhamdulillah, kalau tak boleh dapat, nak kata apa. 

Kalau melalui perunding hartanah, biasanya akan gunakan khidmat akaun daripada agensi hartanah. Booking akan ke akaun tersebut. Ini memang satu amalan biasa. Kalau loan tak lepas, memang duit akan dikembalikan “full refund”

Kalau anda terus direct dengan tuan rumah, pilihan yang ada, boleh gunakan akaun lawyer sebagai booking dengan syarat, jika pinjaman tak lulus, wang akan dikembalikan. Biasanya tuan rumah tak akan ada masalah dengan syarat ini. Networking dengan lawyer pun penting kerana kalau tersalah pilih lawyer, proses akan menjadi semakin lambat dan akan ambil masa yang lama. Nak kami bantu anda boleh ke link di bawah ini.

Timbul persoalan, nak bayar booking fee berapa? Pada saya tiada speasifik jumlah, sebagai pembeli, lagi rendah lagi baik. Paling rendah anda beritahu penjual, RM1000 untuk booking. Biasanya akan ok atau ada jenis penjual yang mintak 10%, anda cuba untuk berunding sama ada anda setuju ataupun sebaliknya.

Buat Pinjaman Bank Sendiri

Anda perlu untuk buat pinjaman bank sendiri. Kalau anda tahu bank mana yang boleh tawarkan skim pinjaman 100% loan SJKP akan lebih mudah urusan anda. Kalau tak tahu, ada kemungkinan anda tak dapat nak buat pinjaman 100% dan terpaksa buat pinjaman 90% loan. Daripada maklumat di google dan beberapa panggilan talifon, biasa anda boleh dapat tahu bank mana yang offer skim SJKP ini dan bank mana yang tak tawarkan. 

Yang lebih kritikal daripada bank mana yang tawarkan pinjaman ini adalah, banker mana yang uruskan pinjaman anda. Banyak kes jika anda berurusan dengan pegawai bank yang salah, kes anda boleh kena “sidai” langsung banker tak ambil tahu. 

Saya yang dah lama berurusan dalam bidang ni pun kadangkala anda pengalaman kena “sidai” dengan pegawai bank. Untuk itu, saya lebih fokus kepada beberapa banker yang kerap dan mudah untuk berurusan dengan saya. Kepada anda, cuba cari banker sendiri untuk memudahkan urusan anda.

Lantik Pihak Peguam Untuk Urusan Jual Beli Rumah

Saya beranggapan pinjaman rumah dah lulus. Seterusnya adalah proses untuk lantik peguam bagi memudahkan proses jual beli ataupun pindah milik rumah ini.

Setelah itu, anda perlu menguruskan lantikan peguam untuk proses perjanjian jual beli. Biasanya, pihak pembeli dan penjual memerlukan khidmat peguam yang komited dan dapat menyelesaikan proses jual beli dengan segera.

Jika anda membeli rumah daripada direct owner, anda perlu menguruskan segala urusan sendiri. Ini termasuk mencari peguam hartanah, mendapatkan penilai hartanah, dan lain-lain.

Pastikan anda memahami proses ini dan bersedia untuk menguruskan segala perkara sendiri.

Pentingnya Lantikan Peguam:

Lantik peguam yang berpengalaman dalam urusan jual beli hartanah. Pastikan peguam memahami undang-undang dan proses yang terlibat.

Kos guaman juga perlu diambil kira. Pastikan anda memilih peguam yang memberikan perkhidmatan yang kompetitif serta kos guaman yang bagus. Peguam lakukan kes dengan bagus sebab kalau tersalah pilih, ada kemungkinan anda kena “sidai” sekali lagi dengan peguam selain daripada pegawai bank. Networking peguam pun penting sebenarnya.

Kelebihan Menggunakan Ejen Hartanah:

Jika anda memilih untuk menggunakan ejen hartanah, mereka sudah mempunyai rangkaian dengan pihak bank dan peguam hartanah yang boleh dipercayai.

Ejen hartanah juga dapat membantu anda dalam proses negosiasi dan memastikan segala dokumen lengkap dan sah.

Ingatlah bahawa membeli rumah direct owner memerlukan lebih banyak tanggungjawab, tetapi jika anda bersedia, ia boleh menjadi pilihan yang baik. Nak kami bantu anda jual dan beli rumah terutama di kawasan Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perak, Kedah dan Penang, boleh PM kami untuk lebih info dan detail.

Harap artikel cara beli rumah second hand direct owner ini membantu anda untuk buat pilihan yang terbaik untuk proses jual dan beli rumah anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *